Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Monday, December 29, 2008

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2008

Salam rakan2,

Diharap rakan2 peka dengan SPI 7/2008 ini berkaitan kutipan bagi sesi persekolahan 2009. Menurut SPI, hanya bayaran insurans boleh dikutip. PIBG perlu kelulusan mesyuarat agong. Bayaran pakej tak ada apa-apa keterangan. Bayaran2 bagi program sekolah perlu endorsement dari mesyuarat agong PIBG.

Memandangkan situasi ekonomi yang tidak menentu, pendekatan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung beban perbelanjaan persekolahan perlu diambil kira.

2.1 Bermula tahun 2009 sebarang sumbangan kepada PIBG hendaklah dibuat mulai pertengahan tahun, setelah amaun sumbangan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung PIBG.

2.2.6 Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) (SPI Bil.6/2006)

2.3 Bagi pelaksanaan bayaran2 lain persekolahan, pihak PIBG dan sekolah adalah digalakkan supaya mematuhi langkah2 seperti berikut :
2.3.1 Mengadakan mesyuarat di antara pihak pengurusan sekolah dengan AJK PIBG untuk menyediakan cadangan bayaran2 lain persekolahan
2.3.2 Cadangan bayaran2 lain perlu dibentang, dibincang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agong PIBG
2.3.3 Pihak sekolah hendaklah menyediakan surat makluman kepada ibu bapa mengenai jumlah bayaran2 lain yang telah dipersetujui
2.3.4 PIBG dan sekolah dikehendaki menggunakan budi bicara dengan memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak mampu
2.3.5 Semua bayaran yang dibuat oleh pihak ibu bapa hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang SUWA atau Akaun Asrama Sekolah atau Akaun PIBG mengikut pecahan akaun yang betul.


Sebar2kan maklumat ini kerana SPI tersebut belum diterima melalui pos. Boleh download dari laman web MOE.

TK.

Sunday, December 28, 2008

Keputusan Peperiksaan Semester 4

Salam rakan2,

Keputusan peperiksaan semester 4 yang merangkumi fasa 7 & 8 telahpun diterima oleh sebahagian rakan2 kita. Diharap semua rakan2 dapat bersabar menanti keputusan tersebut.

Kepada mereka yang ingin berkongsi terutamanya PNGK / CGPA, bolehlah reply post ini atau email kepada saya di afarisj@yahoo.com bagi saya senaraikan dalam blog kita seperti blog kumpulan A. Jika sesiapa yang tidak mahu tu, terpulang atau terserahlah jika tidak mahu berkongsi.

Tahniah kepada mereka yang cemerlang. TK.

Friday, December 26, 2008

Hijrah - Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam kepada rakan2,

Sempena kedatangan tahun hijrah yang akan disambut pada 29 Disember ini, sama2lah kita memahami, mengerti dan menyelami maksud disebalik hijrah itu sendiri. Berikut adalah petikan daripada beberapa artikel yang dapat saya kongsi bersama dengan rakan2 sekalian.

1 MUHARAM merupakan detik permulaan dalam perkiraan tahun Islam. Detik ini menjadi sejarah dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w untuk menegak, mempertahan, dan mengembangkan agama yang suci ini.

Hijrah pada zaman Nabi bukanlah semudah yang disangka. Ia berlaku akibat ancaman daripada kaum Musyrikin yang menentang dakwah Islamiah Nabi dan juga mengancam nyawa orang yang mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

“Jangan takut dan jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.” Itulah kata-kata semangat yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada sahabat baginda, Abu Bakar as-Siddiq ketika berhadapan dengan pelbagai halangan dan ancaman dalam perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah. Sesungguhnya penghijrahan itu menuntut kesabaran dan keberanian yang tinggi.

Seperti konsep hijrah Rasulullah s.a.w, pastinya perlu dilakukan bersunguh-sunguh dan sanggup menempuh jalan yang penuh risiko disamping sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah Taala.

Diantara konsep hijrah yang masih berlarutan:

Hijrah Iman - Iman para Anbiya tidak pernah surut malah sentiasa meningkat kerana saban waktu mereka berusaha keatas iman, sama ada untuk diri mahupun untuk menyampaikan pada orang lain, sementara iman kita sentiasa pasang-surut, dan terutamanya di zaman ini, lazimnya iman kita akan sentiasa surut kerana pengaruh duniawi, jadi untuk kita berhijrah ke arah keimanan yang lebih baik, hendaklah kita melalui usaha membersihkan sifat-sifat keji (mazmumah) dan berusaha mendapatkan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) agar hati akan sentiasa disinari nur-nur hidayat.

Lantas usaha pertama ke arah itu adalah usaha dakwah (sebagaimana para-para Anbiya dan juga para-para Sahaba), mengajak ke arah kebaiakan dan mencegah kemungkaran mengikut kemampuan diri. Usaha yang banyak memperkatakan tentang kebesaran Allah, ciptaan-ciptaan Allah dialam-semesta. Usaha yang mengenal apa kehendak agama pada diri, keluarga dan seterusnya untuk seluruh alam.

Hijrah ilmu - sebagaimana yang diperkatakan oleh ahli hikmah, ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya. Kejahilan membawa padah yang buruk, kerana setiap muslim samaada lelaki atau wanita adalah diwajibkan untuk mendapatkan ilmu terutamanya ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Juga ilmu tentang kehidupan yang sehariannya, kerana dengan berilmu sahajalah, seseorang itu dapat meningkatkan kefahamannya tentang kebenaran. Ilmu yang benar adalah seperti cahaya yang menyuluh jalan di dalam kegelapan dan merupakan dalil untuk beramal.

Hijrah amal - dari amalan yang buruk kepada amalan yang baik, serta mentaati segala amalan yang diperintahkan oleh Allah seperti bersolat, berpuasa, berzakat dan seterusnya. Setiap detik hidup adalah merupakan peluang untuk melakukan amalan-amalan yang baik, kerana bilamana seseorang itu menghembuskan nafas terakhirnya, tiadalah dia berpeluang melakukan amal-solehan lagi, hatta untuk menyebut satu ayat `Subhanallah´ pun, sudah terlambat. Dan, sebaik-baik dalam melakukan amalan baik, adalah yang dilakukan beristiqamah (berkekalan). Bak kata falsafah Islam, istiqamah adalah lebih baik dari seribu karamah.

Hijrah nafsu - dari nafsu yang buruk berserakah atau nafsu yang liar kepada nafsu dapat ditundukkan dan dikawal. Nafsu adalah ibarat kuda yang liar, bila kita dapat menundukannya, dapatlah kita menunggangnya. Dari nafsu amarah bisu (nafsu liar dan jahat) kepada nafsu lawwamah dan seterusnya pada nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang). Untuk ahli sufi, banyak peringkatnya seperti keperingkat nafsu kamilah (sempurna), tetapi kita berkata pada tahap biasa, seperti yang disebut di dalam Al- Quran, sesungguhnya mereka yang mencapai nafsu mutmainnah, mereka ini adalah termasuk golongan yang diredhai Allah dan akan dimasukkan kedalam syurgaNya.

Hijrah akhlak - dari tabiat atau berperangai buruk kepada berakhlak mulia seperti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Iainya merangkumi segala aspek, dari sifat pemarah kepada sifat penyabar, dari sifat gopoh-gapah kepada sifat cermat. Begitu juga dari sifat-sifat atau tabiat buruk seperti rakus, hasad-dengki, menghasut atau mengumpat, tiada sikap bantu-membantu, hormat-menghormati dan lain-lain kepada cara-cara dan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Begitulah konsep hijrah yang mana umat harus terus dalam konsep berhijrah ini sekiranya umat ini menginginkan kejayaan dunia dan akhirat. Wallahuallam.


Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maal Hijrah dengan semangat dan azam yang baru.
Sekian, terima kasih.

Monday, December 22, 2008

Kursus IAB 2009

Salam kepada rakan2,

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Yusof Sipan kerana telah memberikan maklumat tentang kursus anjuran IAB bagi tahun 2009. Rakan2 bolehlah memohon kursus2 tersebut secara online mulai sekarang.

Sila lawat di alamat berikut :

http://mail.iabu.moe.gov.my/permohonan_kursus_pilih.asp

Selamat memohon kursus. Untuk makluman setakat ini saya memohon kursus penyelesaian masalah di Sabah, Kajian Tindakan di Sarawak dan Designing Powerful Presentation using ICT di IAB Induk.

Terima kasih.

Saturday, December 20, 2008

Pengurusan Sumber Manusia Guru Baru

Salam kepada rakan2,

Tahun 2008 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi yang telah meninggalkan sejarah dan kenangan sama ada manis atau pahit. Kejayaan dan kegagalan yang ditempuhi sepanjang tahun 2008 perlu dijadikan iktibar agar boleh dibuat penambahbaikan dan pembetulan kepada kelemahan yang sedia ada.

Tahun 2009 yang bakal menjelma pastinya melibatkan tekad dan usaha yang berkobar-kobar untuk menempuh kejayaan yang lebih cemerlang. Tidak ketinggalan, jalan menuju kejayaan melibatkan sumber manusia yang berada di sekolah. Pastinya rakan2 akan menerima guru dan staf baru. Ingat lagi tak dengan Pengurusan Sumber Manusia yang dipelajari?

Empat (4) fungsi PSM ialah Orientasi, Sosialisasi, Latihan dan Pembangunan. Perlulah kita bersedia dengan dua fungsi utama iaitu orientasi dan sosialisasi untuk staf kita baik yang baru mahupun yang lama.
Orientas adalah bagi menyediakan maklumat latar belakang organisasi kepada kakitangan baru.
Sosialisasi ialah proses berterusan mewujudkan dalam diri setiap staf tentang sikap, piawai, nilai dan bentuk tingkah laku yang diharapkan daripada kakitangan oleh organisasi dan jabatan didalamnya.
Huraian dan maklumat lanjut tentunya ada pada rakan2. Ini adalah sekadar sepintas lalu bagi mengingatkan kembali peranan dan tugas kita.

Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2008

Pak Pandir Beli Handphone

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.

"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.

Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.

"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

Monday, December 15, 2008

Maklumat Semasa Keputusan Fasa 7 & 8

Salam kepada rakan2,

Hari ini saya telah memulakan panggilan telefon kepada Dr. Che Mohd Zulkifli (Timbalan Dekan) untuk mengetahui status keputusan peperiksaan kita. Beliau menyatakan ia akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu lagi kerana keputusan itu baru diterima dari pihak Akademik.

Seterusnya saya menelefon pula kepada Dr. Khuan dan beliau menyatakan bahawa sepatutnya telah diterima kerana beliau telah dimaklumkan oleh Yusof bahawa telah terima. Saya nyatakan bahawa yang telah terima hanya kumpulan A tetapi tidak bagi kumpulan B. Beliau berjanji akan cuba menyemak dan memastikan kembali perkara ini.

Saya pun menelefon ke pejabat fakulti dan bercakap dengan En. Hasrey iaitu kerani yang bertanggungjawab dengan kumpulan PPGB ni. Beliau menyatakan bahawa keputusan baru diperoleh dari pihak Akademik dan beliau belum sempat menyemak dan mengeposnya kepada kita semua kerana sepanjang minggu ini beliau sibuk menjaga peperiksaan. Saya bertanya bagaimana kumpulan A dah dapat keputusan? Beliau kata mungkin pihak Akademik yang telah pos keputusan itu kerana pihak fakulti masih belum mengepos sebarang keputusan peperiksaan.

Oleh itu dapatlah saya buat rumusan di sini bahawa mungkin pihak Akademik telah mengepos lebih awal keputusan kumpulan A dan setelah menyedari kesilapan tersebut barulah keputusan itu diserahkan kepada pihak fakulti. Saya harap rakan-rakan dapat bersabar dan insya-Allah keputusan itu akan kita peroleh sebelum akhir Disember ini.

Jika ada rakan2 yang tidak sabar, bolehlah SMS nama, no. matrik, kumpulan A atau B dan kohort kepada En. Hasrey di talian 0173017081 untuk mengetahuinya lebih awal. Sabar itu separuh daripada iman...... Tahniah kepada yang cemerlang.

Saturday, December 13, 2008

Maklumat Umum Blue Ocean Strategy

Salam kepada rakan2,
Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang Blue Ocean Strategy untuk pembacaan dan maklumat rakan2. Rakan2 juga boleh mengunjungi blog saya di afarisj@blogspot.com untuk maklumat2 lain.

Berikut adalah beberapa maklumat dan pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang saya dapat dari internet.

Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju. Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS. Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.
Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan. Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru. Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.
Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan. Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru. Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.
Prinsip
Blue Ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta BOS, buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu:
-How To Reconstruct Market Boundaries
-Focus On The Big Picture,Not The Number
-Reach Beyond Existing Demand
-Get The Strategic Sequence Right
-Overcome Key Organizational Hurdles
-Build Execution Into Strategy
Untuk lebih mempermudah makna definisi diatas, 3 contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australiam (Casella Wine) menciptakan produk angguryang terkenal dengan jenama Yellow Tail dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika dengan terbukti ianya berjaya. Apakah kaedah yang digunakan?Sudah tentu dengan BOS dia mampu. Menciptakan atau memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkabonat menjadi peminum anggur, juga dalam acara-acara tidak formal, anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu.
Berkembang
Malah harganya murah dan rasanya trendy, juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang,ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat,kerana itu pasarannya semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Yellow Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai di Amerika dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.
Pada tahun 2003, Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yang dijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal.Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melakukan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan ‘Eliminate’,’Reduce’,’Raise’,dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut. Kerangka utama BOS bertumpu pada 4 kerangka dasar iaitu eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMANATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘taking for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut. REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri,RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau ‘value’ yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.
Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan bisnes anda yang sekadar mampu bertahan, jangan membaca buku ini. Namun, jika anda ingin melakukan perubahan, menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelanggan, pekerja, pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru, bacalah buku BOS yang berharga RM69.90 .
Kim dan Mauborgne telah memetakan ’satu jalur yang baru dan berani untuk memenangi masa depan’.Mereka menawarkan 6 prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudera biru dengan sukses. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru. BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan, ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan. Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan. Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru.
Mengalihkan cara pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand! BOS mencabar kos industri. Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan yang baru dalam pasaran. Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dan memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

Friday, December 12, 2008

Gantian Cuti Rehat Sebanyak 150 hari

Salam,

Rakan2 yang dihormati, Ketua Pengarah JPA telahpun mengunumkan dalam berita jam 8.00 malam dengan menyatakan bahawa gantian cuti rehat boleh dikumpul sebanyak 150 hari dibandingkan 120 hari sebelum ini. Oleh itu sesiapa yang dah kumpul 120 hari tu, bolehlah tambah lagi sebanyak 30 hari lagi yang bersamaan 5 bulan gaji faedahnya apabila bersara nanti.

Terima kasih.

Sistem Sekolah Rendah Dirombak

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kementerian Pelajaran akan merombak pendidikan di peringkat sekolah rendah menjelang 2010 dengan mempertimbangkan kewajaran menjadikan sejarah sebagai salah satu mata pelajaran khusus.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu dilihat sejajar dengan usaha kerajaan menyemai dan mengukuhkan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

Katanya, rombakan itu yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), akan diteliti secara holistik oleh pihak yang mempunyai kepakaran.

Beliau berkata, aspek penting lain yang perlu diberi penekanan ialah cara negara mencapai kemerdekaan dan gandingan rakyat pelbagai kaum dalam mengisi kemerdekaan.

‘‘Bagi mencapai hasrat ini, pembabitan agensi seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam usaha memperkasakan nilai murni dan semangat patriotisme amat penting dan kementerian akan memberi sokongan penuh.

‘‘Kita juga akan memperhebatkan usaha menyampaikan maklumat dan fakta sejarah yang betul kepada masyarakat. Sejarah tidak akan berubah dan tidak boleh dipolemikkan atau dipolitikkan kerana ia adalah fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Perjanjian Lama dan Dokumen Lama Malaysia (1791-1965) di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh ITNM dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Buku itu yang menghimpunkan 26 perjanjian serta dokumen penting negara diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris adalah penerbitan pertama di Malaysia dan keempat seumpamanya di dunia.

Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan supaya Sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah negara.

Menurut Abdullah, bagi tujuan itu juga, Kementerian Pelajaran perlu menjadikan pengajaran mata pelajaran Sejarah sebagai sebuah subjek yang menarik dan bukan dianggap oleh pelajar sesuatu yang membosankan.

Sementara itu, diminta mengulas pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Hishammuddin berkata, kementerian mengekalkannya kerana keputusan itu diambil demi masa depan negara.

Katanya, kementerian sentiasa mengambil berat setiap aduan berkenaan program itu dan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak bagi mempertimbang perubahan selain mengkajinya secara terperinci.

‘‘Oleh itu, ugutan membuat demonstrasi terhadap isu itu adalah pelik. Terserah kepada mereka kerana kita menelitinya demi masa depan negara. Bersandarkan akal rasional dan matang kita mendapati ia mekanisme yang tepat,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, buku Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia memperlihatkan bagaimana Raja Melayu di Semenanjung suatu ketika dulu diperdaya untuk menyerahkan kuasa atau menerima masuk penasihat Inggeris ke negeri Melayu.

‘‘Buku ini turut memuatkan Ordinan Darurat dan Perjanjian Persekutuan pada 1948 sehingga Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965,” katanya.

Thursday, December 11, 2008

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008

Cuti Kakitangan Awam Baru Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

“Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

“Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan.

Setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan itu.

Katanya adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

Sebagai contoh, Ahmad Shah berkata kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

Beliau berkata CUEPACS akan memohon kakitangan terbabit diberikan pampasan. - Bernama

Wednesday, December 3, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam kepada semua rakan2 yang beragama Islam,

Kita sudahpun menghampiri Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada 8 November 2008. Kesempatan ini sama2lah kita mengucapkan selamat di antara satu sama lain dan yang paling penting ialah penghayatan ibadah korban itu sendiri. Bersama-sama ini disertakan beberapa soal jawab tentang ibadah korban untuk tujuan kita sama-sama mengingati sesama kita.



Ibadah korban dalam Islam

1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Wallahuaklam

2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”. Wallahuaklam

3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam

4: Apakah hikmah korban?
J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam

5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?
J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam

6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahualam

7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Wallahualam

8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?
J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan.. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahualam

Monday, December 1, 2008

Keputusan Peperiksaan Fasa 7 & 8

Salam kepada rakan2,

Saya telah dimaklumkan menerusi SMS oleh Yusof Rompin (Kumpulan A) bahawa keputusan peperiksaan fasa 7 & 8 telahpun keluar. Ia dihantar melalui pos dan tak ada dalam portal UPSI. So, rakan2 semua tunggulah surat daripada UPSI untuk mengetahui keputusan masing2.

Jika ada yang nak berkongsi kegembiraan dan kesedihan apabila dapat keputusan nanti, bolehlah luahkannya di dalam blog kita ni. Kepada yang berjaya dengan cemerlang, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerana kita boleh. Kepada yang kurang berjaya, redhalah dengan kudrat dan iradat kita yang ada.

Terima kasih.

Saturday, November 29, 2008

Ucapan Akhir Allahyarham YB Timbalan Menteri Pelajaran

Salam kepada rakan2,

Synergogy is an alternative mode of education that can be examined in the light of the benefits and limitations of two traditional approaches, pedagogy and andragogy.

Pedagogy is the most standard classroom model: an instructor, who is an expert in the subject under study lectures, gives assignments, tests student achievement, and so forth. In brief, the teacher teaches and the learners passively absorb whatever they can. A key advantage of pedagogy is that it permits codified knowledge to be presented in an orderly manner. Its chief disadvantage, however, is that the students are often passive and unmotivated.

Andragogy (meaning "adults teaching other adults") posits a different role for the instructor. The teacher serves as a facilitator or catalyst for the learners' activities. An advantage of andragogy is that learners' motivation is enhanced through greater responsibility for and involvement in learning. But andragogic methods are often situation dependent and cannot be applied to codify or standardize information for mass use.


Synergogy builds on the best features of pedagogy and andragogy while avoiding the limitations associated with each. It does so by enabling learners to acquire codified knowledge under conditions that arouse their involvement and commitment.

Itulah antara intipati kandungan ucapan YB Timbalan Menteri Pelajaran (Dato' Razali Ismail) dalam ucapan perasmian penutup Konvensyen Nasional Kedua PIPP pada 27 November 2008 iaitu sehari sebelum beliau meninggal dunia di IAB. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita fahami apa yang dimaksudkan oleh beliau dan rakan2 boleh memahami dan mendalami maksud yang diterakan. Kita telah kehilangan sebutir mutiara yang dapat membela kaum pendidik kita dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

Alfatihah kepada Allahyarham YB Timbalan Menteri Pelajaran yag telah kembali kerahmatullah pada 28 November 2008. Sama2 lah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. AMIN.

Friday, November 28, 2008

Tiada kutipan PIBG awal tahun

Salam kepada rakan2,

Ini adalah petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2008 berhubung kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia agar tiada sebarang kutipan PIBG tahun 2009. Berdasarkan kenyataannya sebelum ini bahawa sebarang kenyataan akhbar adalah dianggap rasmi dan tak payah tunggu surat pekeliling. Faham2lah sendiri.
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.

Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa.

''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, perkara berkenaan diputuskan selepas jawatankuasa itu membincangkan pendekatan terbaik mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berharap, PIBG tidak menjadikan keputusan kerajaan itu satu isu kerana pada masa sama kementerian terpaksa menanggung peruntukan besar bagi sesi persekolahan 2009.

''Perkara ini perlu diperjelaskan ke peringkat akar umbi dan saya telah meminta pengarah di Jabatan Pelajaran negeri untuk memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) supaya tidak ada mana-mana pihak terkeliru,'' katanya.

Hishammuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya kementerian melihat cara yang sesuai untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG secara telus.

Isu yuran tambahan PIBG sering menjadi rungutan setiap kali bermula sesi persekolahan kerana jumlahnya mencecah sehingga RM180 dan membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan.

Pada 30 Oktober tahun lalu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling mengenai garis panduan amaun maksimum atau siling yang boleh dikutip daripada ibu bapa.

Kementerian menetapkan amaun maksimum bayaran tambahan bagi sekolah rendah ialah RM38.50 manakala bagi sekolah menengah pula ialah RM55.50.

Kerajaan telah memansuhkan yuran rasmi bagi sekolah rendah dan menengah bermula sesi persekolahan 2008.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, bagi sesi persekolahan 2009, kementerian telah menyediakan peruntukan besar bagi tujuan bantuan tambahan antaranya RM1.06 bilion untuk Bantuan Makanan Asrama, RM270 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan, RM262 juta untuk Biasiswa Pelajar, RM246 juta untuk Skim Bantuan Tuisyen dan RM200 juta untuk tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Beliau berkata, peruntukan lain adalah RM72 juta untuk Bantuan Murid Orang Kurang Upaya (OKU), RM27 juta untuk Program Susu Sekolah dan RM20 juta untuk Bantuan Pakaian Seragam Unit Beruniform.

''Selain itu, kementerian turut menyalurkan RM96.319 juta untuk perluasan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

''Pada masa sama kementerian turut membantu pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari keluarga miskin iaitu berpendapatan kurang RM600 sebulan," katanya.

Monday, November 24, 2008

Konvensyen Nasional PIPP

Salam kepada rakan2,

Konvensyen ini diadakan pada 24 hingga 27 November 2008 yang melibatkan KPM, JPN, Pengetua dan Guru Besar. Satu negeri lebih kurang 30 orang wakil. Lebih kurang pukul 3.15 petang saya telah sampai ke IAB dan seperti biasa semasa NPQH di IAB dulu saya menempah bilik di blok F dekat dengan main entrance.

Untuk makluman rakan2, sudah terdapat perubahan di sini dalam aspek penginapan. Tak tahulah sama ada sempena konvensyen ini sahaja atau menyeluruh. Perubahan yang dimaksudkan ialah bila mendaftar saja telah diberi sabun dan tuala. Apabila masuk ke bilik, dah ada televisyen 21" di atas meja. Bila on komputer pula, dah pun ada wireless internet dan terus post entri ini untuk tatapan rakan2.. Setakat ni belum ke dewan makan lagi dan tak tahu menu yang disediakan. Di harap tak ada lagi ikan bawal dan sayur cicak yang sentiasa dikenang sepanjang 2005 berada di sini.

Kesimpulannya sudah terdapat beberapa perubahan di IAB dan sekiranya rakan2 datang ke sini bolehlah merasainya.

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 20, 2008

Cuti-Cuti Malaysia

Salam kepada rakan2,

Tinggal di hotel untuk berkursus agak membosankan. Oleh itu masa untuk melayari internet lebih luas lagi bagi mengisi kekosongan. Sebaik selesai solat maghrib, terfikir pula program cuti sekolah ni. Pastinya ada di kalangan rakan2 yang sibuk merancang untuk pergi bercuti ataupun telah memulakan perjalanan cuti. Saya berkesempatan melayari promosi cuti yang terdapat di internet.

Berikut adalah contoh portal/web cuti malaysia untuk dilayari.

1. Cuti Malaysia 1

2. Cuti Malaysia 2

3. Cuti Malaysia 3

Selamat Bercuti kepada rakan2 yang telah merancang untuk bercuti. Jika ada yang nak bercuti di luar negara, selamat melancong dan dapatkan pengalaman baru.

Terima kasih.

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir

Terpulang kalau nak percaya ke tak

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yangdicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu denganpasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandaimemperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapitidak kisah sekirannya pasangannya cemburuterhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguhbila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan danperhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadapindividu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Rahsia Tarikh Lahir Pasangan Anda

RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA


Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR
(BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30 Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29 Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13 Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17 Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27 Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31 Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23 Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21 Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19 Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26 Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir padatarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25 Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Semakan Pencalonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

Rakan2,

Sila semak calon2 murid sekolah masing2 di hyperlink di bawah.

Semakan Tingkatan 1 SBP

Terima kasih.

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK 2009 (Hari Guru)

Salam kepada rakan2,

Jika hendakkan penyertaan murid2 sekolah, sila lawati laman web KPM seperti di bawah :

Info Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru 2009

Terima kasih.

Pengurusan Kewangan

Salam kepada rakan2,

Pada masa ini saya dan Ita sedang menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan di Hotel Grand Continental, KL. Selari dengan penghujung tahun ini, dimana segala urusan kewangan perlu dibereskan maka diharap rakan2 akan peka dan teliti supaya segala2nya dapat dibereskan. Apa yang penting ialah supaya kita tidak dikenakan Audit Berteguran terutama GB2 yang DGA38 tu. Kalau tak nanti tak confirm. He he he....

Nampaknya banyak input yang kami peroleh dalam kursus ini. Mungkin ada yang boleh dikongsi dalam entri ini. Kepada rakan2 yang ada input baru tu, kongsilah juga bersama. Yang lain2 tu..... kenapa masih membisu? Cuti2 sekolah ni busy juga ke? Kesian blog kita ni.

Terima kasih.

Tuesday, November 18, 2008

Portal MyGovernment

Salam,

Rakan2 sekelian, pihak kerajaan telahpun mewujudkan satu portal yang bertindak sebagai one stop centre bagi agensi kerajaan. Oleh itu rakan2 bolahlah melayarinya dan jika ianya berfaedah, gunakanlah ia.

Sila lawat di alamat ini :

http://www.gov.my

Terima kasih.

Thursday, November 13, 2008

Tahniah! UPSR 2008

Salam kepada rakan2,

Hari ini 13 November 2008 telah diumumkan keputusan UPSR. Pastinya semua rakan2 telahpun mengetahui keputusan sekolah masing2. Kepada yang sudi berkongsi keputusan sekolah mereka, bolehlah disiarkan dalam blog kita di bawah entri ini. Seterusnya bolehlah nyatakan program atau projek yang telah dijalankan sehingga membawa kejayaan di sekolah masing2. Sekurang2nya kita dapat membantu rakan2 lain dan berkongsi program atau projek yang memberi impak kepada murid2.

Kepada rakan2 yang telah berjaya meningkatkan pencapaian UPSR sekolah masing2, diucapkan tahniah. Kepada mereka yang kurang berjaya, usaha semula bagi tahun 2009 dan sebaik2nya buatlah refleksi tentang program atau projek yang telah dijalankan sama ada berkesan atau tidak.

Sekali lagi TAHNIAH! kepada yagn berjaya. Terima kasih.

Tuesday, November 11, 2008

Slaid Powerpoint Taklimat Pengurusan Sekolah Tahun 2009

Salam rakan2,

Saya telah mendapatkan slaid powerpoint bagi taklimat dengan guru bagi sesi persekolahan tahun 2009 dari Maznon. Mungkin rakan2 boleh gunakannya sebagai panduan dan kandungannya perlulah disesuaikan dengan sekolah masing2. Terima kasih diucapkan kepada Maznon di atas ihsannya kerana sudi berkongsi.

Untuk dapatkan slaid tersebut, sila download melalui hyperlink di bawah :

Slaid Powerpoint

Terima kasih.

Monday, November 10, 2008

Minggu Terakhir Persekolahan 2008 - Apa Anda Lakukan??

Salam,

Rakan2 sekalian, minggu2 terakhir persekolahan pastinya menyibukkan diri kita. Selain terpaksa menyelesaikan tugas2 terakhir sebelum menutup tahun, terpaksa juga menyediakan persiapan pra audit, membuat perancangan tahun 2009 dan pelbagai tugas2 lain.

Walau apa pun kesibukan kita, buatlah sesuatu dengan terbaik. Semoga kita akan sentiasa dikenang dalam sejarah perkhidmatan kita.

Terima kasih.

Saturday, November 8, 2008

Keputusan UPSR 13 November 2008

PUTRAJAYA 7 Nov. - Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lalu dijangka mendapat keputusan peperiksaan itu pada 13 November ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan USPR itu diumumkan sehari sebelum cuti penggal persekolahan bermula.

Hishammuddin bagaimanapun tidak mengulas sama ada keputusan peperiksaan itu akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

''Saya perlu bawa perkara ini ke Kabinet terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.


Salam kepada rakan2,
Keputusan UPSR akan diumumkan pada minggu depan. Bagaimana perasaan masing2? Pasti ada yang berdebar2 dan riang. Walau apa pun keputusannya, kita terima saja dengan redha dan berusaha lagi di tahun depan. Kepada mereka yang berjaya meningkatkan keputusan jika dibandingkan dengan "Take Off Value" (TOV) dan bukannya dibandingkan dengan tahun sebelum (murid2 berbeza dan tidak adil), diucapkan tahniah.
Terima kasih.

Tuesday, November 4, 2008

Tuntutan UPSI Fasa 8

Salam,

Rakan2 yang dihormati, untuk makluman tuntutan elaun UPSI Fasa 8 telahpun masuk ke dalam akaun pada 3 Nov 2008. Oleh itu rakan2 boleh semak dalam akaun masing2. Kalau tak dapat, pandai2lah hubungi UPSI atau IAB.

Terima kasih.

Saturday, November 1, 2008

Perancangan Tahun 2009

Salam kepada semua rakan2,

Persekolahan tahun 2008 sudah hampir ke penghujung. Apa yang telah dilalui sama ada berjaya atau tidak terpaksa kita akur dan patuh kepada keputusan dan hasil yang diperoleh. Pastinya rakan2 telah pun mula membuat refleksi. Sebaik2nya gunakanlah refleksi tersebut bagi kita merancang sesuatu yang baru bagi tahun 2009.

Sekiranya rakan2 mempunyai idea dan pandangan bernas yang boleh membantu sesama kita, sebarkanlah di blog kita ini. Ada di antara kita sudah pun mula bergerak merancang dengan mengadakan mesyuarat2 dan bengkel2 perancangan. Bimbingan sesama kita sedikit sebanyak akan dapat membantu kita membawa sekolah ke mercu kejayaan.

Terima kasih.

Friday, October 31, 2008

'Lihat sapa yg melawat rumah Usof Sipan.....'



Salam,

Ini ada satu teka-teki. Soalannya mudah aje. Cuba teka siapakah yang telah menziarahi baby saudara Yusof Sipan?
Kalau betul jawapan rakan2, baru boleh naik DG41. He he he...

Nama penuh anak Yusof ni ialah NUR KHALISAH NADHIRAH BINTI YUSOF BIN SIPAN.

Terima kasih.

233 guru besar naik gred DG44

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kerajaan meluluskan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 233 guru besar untuk Gred DG44.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angka itu menjadi rekod kumpulan pertama guru besar yang dinaikkan pangkat guru besar siswazah dari gred DG41 ke DG44.

''Kenaikan ini merupakan susulan daripada cadangan yang dikemukakan wakil kesatuan dan persatuan guru selama ini.

''Kenaikan pangkat dipercepatkan dengan kelayakan sebaik sahaja tempoh tiga tahun perkhidmatan sebagai guru besar di gred asal DG41," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 di sini hari ini.

Tuesday, October 28, 2008

Takwim dan Kalendar Persekolahan 2009

Salam kepada rakan2,

Saya telahpun download kalendar persekolahan 2009 dan bina takwim persekolahan tetapi bagi negeri Selangor. Masih boleh diguna juga tetapi hanya masukkan cuti umum negeri masing2. Saya juga memasukkan cuti2 umum persekutuan dan negeri untuk dirujuk.

Sila ambil dalam Yahoo Groups kumpulan kita di :

http://groups.yahoo.com/group/ppgb5upsi/files/

ATAU :

Di Hyperlink di bawah :

Cuti Umum Persekutuan dan Negeri 2009

Takwim Persekolahan Selangor 2009

Kalendar Persekolahan 2009

Saya telah mula membuat perancangan bagi tahun 2009. Rakan2 bagaimana?

Terima kasih.

Kesesuaian Masa Kokurikulum

Salam kepada rakan2,

Ini ada isu kedua yang sering tidak dapat kita selesaikan kerana sentiasa ada pro dan kontranya. Masa kokurikulum ini sering menjadi perbualan hangat kerana kita terpaksa memenuhi kehendak dan permintaan guru, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. Pendek kata ada pelbagai cara boleh kita laksanakan ia mengikut kesesuaian 'stake holder' kita.

Soalan dari Puan Aishah ialah :

masa kokurikulum - waktu hari sekolah sebelah petang atau sabtu lebih elok

Oleh itu kita perlu melaksanakannya mengikut kebijaksanaan kita dan komuniti setempat kita.

Terima kasih.

Program Tasmik j-QAF

Salam kepada rakan2,

Saya telah menerima emel daripada Puan Aishah supaya membincangkan topik ini. Sekurang2nya ia akan membantu beliau dan juga rakan2 kita yang lain dalam melaksanakan program Tasmik.

Soalan beliau untuk kita bincangkan ialah :

JQaf - tasmik (bila masa menjalankan tasmik), agihan jadual waktu / tugas khas untuk guru JQaf

Kepada rakan2, marilah kita sama2 saling membantu.

Terima kasih.

Monday, October 27, 2008

Selamat Menunaikan Fardhu Haji



Salam kepada semua rakan2,

Mengikut beberapa maklumat dan berita, dimaklumkan beberapa rakan kita akan menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji dalam tempoh masa terdekat ini. Oleh itu sama2lah kita mendoakan kepada mereka agar selamat pergi dan selamat kembali dengan beroleh haji yang mabrur. Diharap mereka yang pergi tu dapatlah menyeru kita semua agar dapat menurut jejak langkah mereka.

Saya mewakili semua rakan2 memohon ampun dan maaf kepada mereka yang akan berangkat ke tanah suci terhadap segala tutur kata dan tingkah laku yang mungkin menyinggung hati dan perasaan sepanjang tempoh masa bersama.

Setakat ini yang didengar akan pergi ke Mekah ialah Saudara Adley (berangkat pada31 Oktober 2008) dan Saudari Normah. Kalau ada yang lain2 tu, maklumkan di sini.

Terima kasih.

Saturday, October 25, 2008

SMART Learning Programme

Salam Rakan2,

Hari ini sekolah saya buat program SMART Learning secara outsource dengan Smart Education Training Centre (SETC) bagi matematik dn bahasa inggeris. Program ini amat bagus bagi murid2 kerana ia memberi tips2 mudah bagi sifir dan grammar. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya untuk dapatkannya.

Terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Permohonan ke Gred DG41 PPGB

Salam kepada rakan2,

Disertakan maklumat semasa dari Bahagian Sumber Manusia, KPM melalui laman web KPM di http://www.moe.gov.my

DOKUMEN – DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN BAGI PERMOHONAN KE GRED DG41 OLEH CALON YANG TELAH TAMAT PROGRAM PENSISWAZAHAN SECARA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB), PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PPGB), PROGRAM KHAS PENSISWAZAHANGURU(PKPG) DAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH(PJJ)

Dua (2) salinan Ijazah dari universiti tempatan / luar negara atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( termasuk surat kelulusan nilai taraf ijazah, jika berkenaan dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi ijazah luar negara yang diperolehi selain daripada Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris )
Kelayakan Ikhtisas – Sijil Perguruan Asas / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma / Diploma Perguruan Malaysia / Diploma Pendidikan / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah / Keputusan Latihan Mengajar Sepenggal, jika disyaratkan dalam nilai taraf

Salinan Surat Kelulusan / Kebenaran mengikuti Kursus Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) / Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamatkan Permohonan Kepada :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 1-5, Blok E12
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p: Cik. Rosaliza Bt Adnan - ( KG1 – PJJ DG41) ( 03-8884 7714 )

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-8884 7714 / 03-8884 7768
En. Shahrizan ( Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Labuan, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu, P.Pinang)
Puan Rubiyah (Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak)

ARAHAN KEPADA CALON-CALON

Sila dapatkan Salinan Surat Persetujuan Penempatan SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE. Sila gunakan No.rujukan Surat tersebut semasa calon memohon PPPS Gred DG41 secara on line didalam laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Pegawai yang telah menghantar salinan dokumen yang diperlukan ke Kementerian tidak perlu menghantar sekali lagi ke Kementerian. Sila semak dengan Kementerian samaada salinan dokumen yang dihantar telah diterima atau tidak, kerana salinan dokumen tersebut akan digunakan untuk cadangan penempatan setelah calon lulus temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Semua salinan dokumen hendaklah diikat/dibinding bagi mengelakkan kehilangan atau keciciran dan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan. Sila catatkan NOMBOR TELEFON (HP) dan alamat tempat bertugas untuk dihubungi.
Segala perkara berkaitan status permohonan, tarikh temuduga dan status calon selepas di temuduga sila berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak Kementerian hanya akan menguruskan surat tawaran pelantikan ke Gred DG41 yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setelah lulus interview. Surat Pengesahan Pelantikan ke Gred DG41 akan dikeluarkan dan diberi oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) secara terus kepada calon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Urusan Pengambilan Bagi Calon-Calon yang Memohon Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG41 Setelah Tamat Program Pensiswazahan.
Sila lujuk lampiran dan format berkaitan

Pautan berkaitan adalah seperti berikut :

1. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=37&bhs=my&mod=baca

2. http://apps.emoe.gov.my/bsm

Terima kasih.

Tahniah! Yusof Sipan Dapat Anak Perempuan



Salam kepada rakan2,

Marilah sama-sama kita mengucapkan tahniah kepada rakan kita kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan pada hari semalam (21 Oktober 2008) melalui pembedahan. Alhamdulillah kerana ibu dan bayi selamat.

Cucunya bila pula Yusof? Walau apapun, kau memang hebatlah Cop.

Terima kasih.

Saturday, October 18, 2008

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan



Salam kepada rakan2,

Sudah menjadi rutin kita sebagai pentadbir akan melaksanakan penilaian prestasi kepada semua staf @ subordinat kita. Tiba musim begini, memang pening kepala dibuatnya. Yang mana nak diberi APC? Yang mana nak dibentuk kembali? Walau apa pun itu menjadi tanggungjawab kita. Apa yang penting gunalah kebijaksanaan kita dalam menilai subordinat kita. Tambahan kita dah belajar dan diikat dengan prosedur penilaian.

Oleh itu jika rakan2 ada tips yang boleh dikongsi bersama, sumbanglah dalam blog ini agar kita dapat bertukar2 fikiran.

Terima kasih.

Thursday, October 16, 2008

Entri Baru atau Isu Baru

Salam kepada rakan2,

Ada kalanya entri yang saya masukkan dalam blog ini tidak menarik minat kita. Mungkin ada di antara rakan2 yang inginkan sesuatu entri yang sesuai untuk perbincangan kita. Oleh itu saya amat berharap sekiranya ada di kalangan rakan2 yang inginkan sesuatu isu atau perkara baru untuk dibincangkan, diharap tuliskan isu atau perkara tersebut dan emailkan kepada saya di alamat afarisj@yahoo.com dan saya akan postkan entri tersebut.

Kerjsama dan sokongan rakan2 amat diperlukan bagi meneruskan kewujudan blog ini. Rakan2 juga turut dipelawa untuk terus memberi komen dan respon supaya hubungan kita di alam maya akan dapat berkekalan. Janganlah jadi macam kumpulan A yang terpaksa menutup blog kerana akhirnya pengendali blog yang syok sendiri kerana saya juga turut mempunyai tugas2 lain. Penerusan blog ini adalah atas keputusan kita bersama untuk meneruskannya dan sekiranya dirasakan tidak perlu lagi jadilah blog kita seperti kumpulan A. Janganlah sampai nak luangkan masa 5 - 10 minit pun tak boleh. Kalau 5 - 10 minit pun tak boleh, saya pun rasa membazirkan masa saya sahaja menguruskan blog ini.

So, ayuh rakan2. Kewujudan blog ini adalah atas kehendak rakan2. Jika tiada keperluan sama2lah kita tutup blog ini kerana sejak kebelakangan ini responnya agak berkurangan.

Terima kasih.

Monday, October 13, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Salam Kepada Rakan2,

Pastinya semua masih sibuk kerana selain dengan sambutan hari raya, sekolah akan melaksanakan peperiksaan akhir tahun. Agak2nya bagaimana dengan prestasi akademik keseluruhan sekolah. Sedikit sebanyak ia ada juga kesan akibat dari peninggalan kita untuk ke UPSI sebanyak 3 fasa pada tahun ini. Saya percaya kita semua telah buat sesuatu yang terbaik.

Bagaimana dengan persiapan sekolah masing2 setelah bergelumang dengan UPSR? Semoga semua akan sukses.

Terima kasih.

Saturday, October 11, 2008

Selamat Hari Deepavali



Salam kepada semua rakan2,

Walaupun mood raya masih belum habis tetapi akan tiba mood Hari Deepavali. Seperti yang kita sedia maklum, salah seorang rakan kita akan merayakan Hari Deepavali pada 27 Oktober ini. Oleh itu saya dan semua rakan2 mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada Puan Valarmathi sekeluarga.

Terima kasih.

Tuesday, October 7, 2008

Rumah Terbuka Aidil Fitri



Salam kepada semua rakan2,

Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Pastinya kemeriahan Syawal masih terasa. Apa yang berlaku setiap Syawal menjelma ialah budaya Rumah Terbuka. Saban minggu kita tidak lekang dari menghadiri rumah terbuka. Kepada mereka yang mengadakan rumah terbuka, moga bertambah murahlah rezekinya. Kepada yang hadir atau pergi pun, murah rezeki juga kerana perut penuh berisi. Kah... kah.. kah....

Kalau ada rakan2 yang mengadakan rumah terbuka tu, beritahulah kepada rakan2 lain dari segi tarikh, masa dan tempatnya. Manalah tahu jika ada di antara kita mempunyai kelapangan bolehlah juga menghadirinya.

Kalau dah beraya tu, janganlah lupa kepada puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Almaklumlah jika dah berseronok raya.

Selamat mengepos komen baru kepada semua rakan2.

Terima kasih.

Sunday, September 28, 2008

Coretan Hari Raya Aidil Fitri



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,

Hari Raya akan menjelang tiba. Dalam sedar atau tidak hanya tinggal 2 hari lagi kita berpuasa. Pastinya rakan2 telah pun mengatur program hari raya masing2. Ada yang dah balik ke kampung halaman dan ada juga yang masih terkapai2 menyiapkan persiapan raya. Diharap raya kali ini benar2 menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan untuk keluarga sendiri dan sanak saudara. Jika tidak berkesempatan menjenguk blog sebelum raya, luangkanlah masa mencoretkan sedikit catatan kemeriahan raya yang ditempuhi.

Sekali lagi di kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 jika ada kesilapan dan keterlanjuran tutur kata sepanjang kita bersama menjalani kehidupan sepanjang 3 tahun belajar.

Sekian, terima kasih.

Friday, September 19, 2008

Salam Aidil Fitri

Salam Kepada Semua Rakan2,

Aidil Fitri hampir menjelma. Pastinya semua sedang sibuk membuat persiapan. Diharap persiapan yang dibuat tidak mengandungi unsur2 pembaziran kerana pastinya bersederhana itu lebih baik. Sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 walau dimana jua berada.
Apa yang pasti raya tahun ini kita akan sambutnya dengan perasaan gembira kerana telah dapat menamatkan pengajian dan selesai menghantar projek 3. Jika sesiapa ada kesempatan atau buat rumah terbuka tu, beritahulah dan insya-Allah sesiapa rakan2 yang ada kelapangan akan hadir.

Terima kasih.

10 Malam Terakhir dan Lailatul Qadar

Salam rakan2,

Entri projek 3 menerima sambutan yang amat menggalakkan. Ada yang meminta dimasukkan entri baru. Sempena bulan Ramadan Mubarak ini, diam tak diam kita dah hampir sampai ke penghujung. 10 malam terakhir adalah malam yang teristimewa. Semoga kita dapat menambahkan amalan kita bagi merebut pertemuan Malam Lailatul Qadar.

Terima kasih.

Monday, September 8, 2008

Projek 3 Oh.. Projek 3 - Sekadar Ingatan

Salam kepada semua rakan2,

Tarikh 16 September 2008 dah hampir tiba. Tapi janganlah salah sangka pulak. Yang penting ialah tarikh tersebut kita perlu menghantar projek 3.

INGAT!!!! Ini adalah tarikh akhir hantar projek 3.

Terima kasih.

Thursday, August 28, 2008

Keputusan Peperiksaan Fasa 5 & 6

Salam kepada semua rakan2,

Dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan fasa 5 & 6 telah dihantar melalui pos. Pastinya rakan2 telah menerimanya. Kepada yang beroleh keputusan cemerlang, tahniah diucapkan.

Respon dari rakan2 yang telah menerima keputusan tersebut, didapati keputusan bagi Matematik dan Bacaan kurang memberangsangkan. Apa pandangan dan keputusan rakan2 yang lain?

Wednesday, August 27, 2008

Projek 3

Salam kepada rakan2,

Kita sudah menghampiri bulan September. Oleh itu perlulan sama-sama kita ingat mengingati bahawa projek 3 perlu dihantar sebelum 16 September 2008. Ini melibatkan 4 jam kredit. Kegagalan kita mungkin akan menyebabkan kita terpaksa mengulangi subjek berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Tugasan Penyeliaan Encik Shukri

Salam kepada rakan2,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan diri saya dan rakan-rakan tentang perlunya menghantar tugasan Encik Shukri sebelum 6 September 2008 melalui email kepada saya seperti berikut : afarisj@yahoo.com

Kegagalan rakan2 berbuat demikian akan menyebabkan tugasan rakan2 tidak dimasukkan ke dalam CD yang dikompilasikan.

Ingat akan tanggungjawab kita. Janganlah kita menyusahkan orang lain.

Terima kasih.

Friday, August 15, 2008

Tahniah Kepada Mereka Yang Dapat DGA38

Salam,

Kepada rakan2 diucapkan tahniah kerana berjaya mendapat perlantikan ke DGA38. Kalau ada kelapangan nanti, sesiapa yg dapat tu, bolehlah bersedekah untuk buat kenduri semasa kita konvo nanti. Biar tambah berkat kenaikan yang diperoleh itu.

Kepada rakan2 yang tak berpeluang, anggaplah tiada rezeki. Mungkin rezeki itu di masa lain, di tempat lain dan dikurniakan Allah di masa akan datang. Ada juga rungutan dari ramai orang sama ada yang dapat tu adakah benar2 berkelayakan atau kerana ada kabel2 tertentu. Janganlah ambil pusing tentang perkara sebegitu. Insya-Allah rezeki tu datang kemudian.

Jangan lupa buat kenduri di majlis konvokesyen ya!!!! Siapa yg dapat tu, isytiharkanlah.

Terima kasih.

Thursday, August 14, 2008

Cuti Sekolah 16 - 24 Ogos 2008

Salam kepada rakan2,

Cuti persekolahan hampir tiba. Apa rancangan? Hadir kenduri kahwin? Balik kampung? Buat program UPSR? Pastinya rakan2 mempunyai program dan rancangan tersendiri baik untuk sekolah atau keluarga sendiri.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bercuti bagi yang mengambil cuti rehat untuk bersama keluarga.

Monday, August 11, 2008

DG41 ke DG44

Salam kepada rakan2,

Siang tadi saya berkesempatan ke pejabat lama dan mendapatkan beberapa maklumat terkini dan semasa. Berkaitan jawatan GB DG41 yang akan naik ke gred DG44 selepas 3 tahun telahpun diluluskan dan surat pekeliling berkenaannya telahpun dikeluarkan tetapi mungkin kita belum dapat lagi surat tersebut.
Tentang gred DG41 naik ke DG44 yang diambil kira perkhidmatan sebelum siswazah, hanya maksimum 3 tahun perkhidmatan sebelum siswazah diambil kira. Kenaikan ke DG44 masih tetap selepas genap 10 tahun perkhidmatan dan jika diambil kira sebelum siswazah, ia memerlukan tempoh 7 tahun.
Oleh itu jalan terpantas untuk kenaikan ke DG44 ialah melalui jawatan GB iaitu kita akan dapat kenaikan pada tahun 2012. Jika kita tidak berada di jawatan tersebut, kita hanya akan dapat kenaikan ke DG44 pada tahun 2016 yang mungkin jika kita berada di jawatan GB, kita telahpun dapat kenaikan ke DG48 pada tahun 2016 tersebut.
Rakan2, fikir2kanlah.

Terima kasih.

Thursday, August 7, 2008

Isu Jamuan Akhir Kumpulan B

Salam sejahtera kepada semua rakan2,

Ini ada isu terbaru yang perlu rakan2 tahu, fikirkan, buat cadangan serta keputusan dengan reply kepada tajuk blog ini. Berkaitan pengundian nanti, saya akan masukkan dalam Yahoo Groups. Isu berbunyi begini ....

SMS En. Shukri kepada CG Sabri :
Assalamualaikum Cikgu, malam semalam saya hadir ke majlis jamuan akhir pengajian kumpulan A kat Kalumpang Resort. Cukup ceria. Saya teruja sekali. Bila kumpulan cikgu akan buat jamuan pula?

Jawapan CG Sabri kepada En. Shukri :
Kami dah buat minggu lepas kerana kesilapan teknikal tentang surat menyurat, semua pensyarah tak tahun dan tempahan lewat dan penuh. Maaf, kami bercadang bila konvo Mac 2009 nanti.

OK, renung2kan dan fikir2kan. Jika kita nak buat semasa konvo, saya cadangkan kita ambil pakej penginapan dan makan di Kalumpang Resort serta adakan majlis tersebut disitu dengan menjemput pensyarah dan ahli keluarga kita bersama.

Terima kasih.

Tuesday, August 5, 2008

Group Baru di SCRIBD

Salam kepada rakan2,

Saya telah mewujudkan satu group baru di ruangan SCRIBD kerana didapati terdapat banyak bahan2 yang boleh dimanfaatkan. Rakan2 dijemput menyertai group baru ini di alamat seperti berikut :

http://www.scribd.com/groups/view/14484-ppgb-kohort-5-upsi

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 31, 2008

Hari-Hari Terakhir di UPSI

Salam kepada rakan2,

Minggu depan adalah hari-hari terakhir kita berada di UPSI. Pastinya kita sibuk dengan peperiksaan akhir yang akan membawa kita mendapat gelaran sebagai Guru Besar Siswazah. Apakah yang berada di pemikiran rakan2? Mungkin di antara kita tidak dapat menyatakan sesuatu yang terbuku atau terpendam di hati. Mungkin ada kekangan-kekangan yang tidak membenarkannya ia berlaku. Seperti mana rakan2 kita telah mendedahkan identiti mereka dalam majlis jamuan akhir, pastinya apa saja bicara dan tutur kata kita sudah tidak menjadi satu tutur kata yang akan mengguriskan lagi hati dan perasaan. So, di harap rakan2 akan dapat meluah dan menyatakan apa sahaja di ruangan topik ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, July 28, 2008

Soalan Esei 2 Penyeliaan

Salam kepada rakan2,

Sila beri sumbangan kepada jawapan soalan ini.

Baca kajian kes di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya

Cikgu Rosemary seorang guru besar di SRK Hujung Benua. Sebagai seorang pentadbir yang baru dilantik ke jawatan tersebut, cikgu Rosemary berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi di samping gelagat guru-guru dan staf sokongannya. Sebahagian besar guru-guru di SMK Hujung Benua tidak membuat persediaan mengajar. Bagaimanapun, kebanyakan guru baru didapati rajin membuat dan menghantar persediaan mengajar kepada penolong kanan. Tetapi setelah beberapa bulan, cikgu Rosemary mendapati terdapat segelintir daripada kumpulan guru baru ini sudah mula terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya tidak membuat persediaan mengajar. Sebagai pentadbir dan penyelia cikgu Rosemary perlu membina semula norma kendiri positif guru sekolahnya. Tetapi cikgu Rosemary tidak pasti bagaimana semua itu harus dimulakan. Apatah lagi tanpa sokongan penolong kanan yang menganggap mengubah tabiat tidak sihat yang disemai pentadbir lama sejak 15 tahun lalu adalah sia-sia. Sesetengah guru sudah mula menunjukkan pola pemikiran dan perlakuan menentang arahan cikgu Rosemary supaya buku persediaan mengajar dihantar sekali dalam sebulan. Cikgu Rosemary rasa bersendirian dalam usahanya.


1. Pada pandangan anda, bagaimanakah tindakan terbaik yang perlu cikgu Rosemary
lakukan dalam konteks peranannya sebagai pentadbir dan penyelia di sekolah?
Kaitkan jawapan anda dengan mana-mana TIGA (3) teknik dalam CoRT 1 atau teori pemikiran model konseptual penyeliaan pengajaran dan pembelajaran

Sekian, terima kasih.

Soalan Esei 1 Penyeliaan

Salam kepada rakan2,

Sesiapa yang boleh bantu beri jawapan ini, bolehlah reply kepada soalan ini.

1. Nyatakan LIMA (5) peringkat utama dalam model penyeliaan klinikal

2. Terangkan secara ringkas terminologi-terminologi berikut

(a) Pendekatan maklumat mengarah (the directive informational approach)

(b) SKPM

Sekian, terima kasih.

Friday, July 25, 2008

Persiapan Peperiksaan Akhir

Salam dan Selamat Sejahtera Rakan2,

Kuliah kita hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas itu kita akan menghadapi peperiksaan akhir dan seterusnya menamatkan sesi pembelajaran kita selama 2 tahun di UPSI.

Bagaimana dengan persiapan? Dah ada tips2 terbaru? Dah ada soalan2 bocor? Diharap rakan2 dapat berkongsi bersama maklumat2 peperiksaan kita.

Terima kasih.

Friday, July 18, 2008

Cuti Berganti dan Peristiwa Hari Raya dan Deepavali

Salam Kepada Rakan2,

Dimaklumkan bahawa KPM telah mengeluarkan surat siaran berhubung cuti tersebut.

Bagi Cuti Berganti dan Peristiwa Hari Raya Aidil Fitri boleh merujuk kepada surat KP(BS/Dsr)201/001/19(IV) bertarikh 9 Julai 2008. Cuti berganti pada 26 Julai dan 9 Ogos 2008.

Bagi Cuti Berganti dan Peristiwa Deepavali boleh merujuk kepada surat KP(BS/Dsr)201/001/19(IO) 9 Julai 2008. Cuti berganti pada 6 September 2008

Untuk lebih kepastiannya boleh layari laman web KPM atau download surat tersebut yang telah saya letak dalam yahoo groups.

Terima kasih.

Thursday, July 17, 2008

THANATOS versus EROS

Salam rakan2 sekalian,

Pastinya rakan2 telah melihat, mendengar dan memerhati apa yang berlaku dalam kumpulan kita. Pastinya ada yang tersentak atau tersedar bahawa adakah hubungan kita selama ini adalah bersandarkan kepada realiti atau kepura-puraan semata2. Sudah tentu inilah masa untuk kita bermuhasabah sama ada hubungan dan semangat setiakawan akan berterusan selepas kita tamat UPSI nanti atau masing2 akan kembali ke dunia asal mereka seperti sebelum memasuki UPSI. Semoga rakan2 renungkanlah kerana ada di antara kita yang sering menunjukkan kepura-puraan kerana tidak berani untuk berhadapan tetapi berani bercakap di belakang.

Berilah pandangan dan komen anda tentang apa yang telah berlaku. Terima kasih.

Jamuan Akhir Kumpulan B



Salam,

Rakan2, jamuan akhir kita telah dipinda seperti maklumat berikut :

Tarikh : 30 Julai 2008 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Proton City
Anggaran Bayaran : RM70

Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat melaksanakan tugas2 mereka dengan semangat yang tinggi.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 15, 2008

Majlis Jamuan Akhir PPGB Kumpulan B

Rakan2,

Digariskan cadangan majlis yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 6 Ogos 2008 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Shah Alam Golf Club

Tentatif Program:

6 Ogos 2008
2.00 ptg - bertolak ke Intekma, Shah Alam (check-in)
4.00 ptg - pertandingan bowling di Kompleks PKNS, Shah Alam
8.00 mlm - Jamuan di Kuala Lumpur Golf Club
11.30 mlm - majlis tamat

7 Ogos 2008
10.00 pg - check-out dan pulang ke rumah masing2.

Apa komen anda? Harapan semua JK agar semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen untuk kali terakhir kita bersama meraikan kejayaan kita menamatkan zaman belajar di UPSI.

Terima kasih.

Monday, July 7, 2008

Bicara Julai 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,

Kita telah memasuki bulan Julai dan juga fasa 8. Tentu ia mengujakan kerana ini merupakan fasa terakhir kita. Fasa yang akan terus meninggalkan kenangan indah, manis dan pahit yang mengingatkan kita kepada sejarah dan kisah silam. Walau bagaimanapun kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan. Usah patah semangat dan kecewa kerana itu adalah sifat orang yang lemah.

So, apa yang perlu dilakukan ialah terus berbicara di dalam blog ini supaya segala perbincangan akan menjadi suatu tempat percambahan fikiran.

Terima kasih.

Saturday, July 5, 2008

Pindaan/Ralat Kuliah Fasa 8

Salam Sejahtera Rakan2,

Adalah dimaklumkan bahawa Penghulu telah SMS kepada saya pada 5 Julai 2008 jam 2.15 petang menyatakan bahawa KULIAH SEBENAR BERMULA PADA PUKUL 9.00 PAGI PADA 7 JULAI 2008 setelah ada pindaan oleh pensyarah terlibat.
Oleh itu rakan2 diminta abaikan makluman awal sebelum ini. Segala kesulitan yang dihadapi, Penghulu memohon maaf.
Terima kasih.

Friday, July 4, 2008

Kuliah Fasa 8

Salam Sejahtera Rakan2,

Saya selaku penyimpan mohor besar gurubesar-gurubesar dan atas titahperintah yang mulia penghulu kita (CG Sabri) melalui SMS pada 4 Julai 2008 mengisytiharkan bahawa KULIAH PADA 7 JULAI 2008 AKAN BERMULA PADA PUKUL 2.00 PETANG.

Oleh itu jika sesiapa yang nak datang pada 7 Julai pagi tu, bolehlah.

Terima kasih.

Friday, June 20, 2008

Fasa 8 (6 Julai - 7 Ogos 2008)

Salam sejahtera rakan2,

Pastinya rakan2 telah menerima surat kemasukan bagi fasa 8. Rasanya belum lepas nafas tension exam fasa 7 tempoh hari dah nak masuk fasa 8 pula. Bila terlalu hampir antara dua fasa, tak seronok juga kan. Apa yang menguatkan semangat adalah kerana ini fasa terakhir kita yang amat kita nanti-nantikan sejak Julai 2005 apabila mula bertapak di IAB.
Tahniah kepada rakan2 kerana kita telah sama2 berjaya mengharungi pahit dan getir sepanjang tempoh 3 tahun dan ini merupakan langkah penamat yang diharapkan semua diantara kita dapat menujunya.
Ayuh! rakan2, teruskan perjuangan. Mungkin di fasa 8 ini kita perlu mengadakan satu program keraian atau perlu kita adakan sewaktu konvokesyen nanti. Fikir2kanlah. Jika semasa konvo, pastinya masing2 sibuk dengan keluarga masing2.

Selamat bertemu kembali pada 6 Julai 2008.

Wednesday, June 11, 2008

Tamat Fasa 7 dan Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kerana kita telah berjaya menempuh fasa 7 dengan jayanya. Pastinya kehadiran fasa 8 amat dinanti-nantikan kerana ia merupakan fasa terakhir kita sebelum bergelar graduan. Walau apapun, sama-sama kita ucapkan tahniah kepada diri kita sendiri kerana dengan semangat yang membara telah melalui 7 fasa dengan cemerlang.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua rakan2 walaupun hanya 3 minggu. Manfaatkan tempoh masa tersebut untuk menyelesaikan segala kerja yang perlu dibereskan sebelum bertemu kembali pada 6 Julai 2008.
Apa yang penting, sama-samalah kita tanamkan tekad dan azam untuk menamatkan hanya 1 fasa saja lagi.

Selamat Pulang dan kembali ke pangkuan keluarga juga.

Terima kasih.

Tuesday, June 3, 2008

Exam 9 & 10 Jun 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan2, dah bersedia untuk exam? Manalah sempat nak bersedia. Assignment bertimbun-timbun nak disiapkan. Buatlah apa yang patut, takkan 2 paper pun tak sempat. Sekurang2nya fasa ni mesti boleh dapat 4.0

Kalau ada maklumat dan tips, kongsilah bersama. Terima kasih.

Sunday, May 25, 2008

Jemputan Kahwin Faris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua rakan2 di Kumpulan B dan A, dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan adik bongsu saya yang akan diadakan seperti keterangan berikut :

Tarikh : 31 Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : E2/1104, Kampung Bahagia, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Sesiapa yang mempunyai kelapangan masa, sudilah kiranya memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran rakan2 saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday, May 21, 2008

Sambutan Hari Guru Kumpulan B (28.05.2008 - Rabu)

Salam sejahtera,
Saya mewakili AJK sambutan menjemput semua rakan-rakan ke Jamuan Hari Guru yang akan diadakan bertempat di Dusun Bay pada hari Rabu 28.05.2008 bermula jam 4.00 petang (selepas kelas Cik Asmara). Pakaian bebas. Menu utama nasi goreng Thai, Mee kari, sup, satay, kuih, buah-buahan dan minuman panas/sejuk. Sila bawa hadiah (RM20.00) sebagai pertukaran . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dan sudi menjadi AJK kerja untuk majlis tersebut. Semuga persahabatan dan persaudaraan kita lebih akrab dan mesra .
TQ.

Tuesday, May 13, 2008

PPGB Kohort5 UPSI Yahoo Groups

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Rakan2,

Untuk makluman, saya telahpun menyediakan tapak Yahoo Groups seperti saranan Encik Shamsul Arrieya dalam kuliah kita tadi. Oleh itu diharap semua rakan2 yang telah mempunyai Yahoo Account, bolehlah join di alamat ini :
http://groups.yahoo.com/group/ppgb5upsi/

Bagi mereka yang masih tidak mempunyai akaun, sila berdaftar dengan yahoo terlebih dahulu. Jika tidak mahir atau tidak tahu, sila berhubung dengan sesiapa yang tahu dan boleh membimbing rakan2.

Harapan saya, seberapa banyak platform yang ada seperti blog dan yahoo groups ni, apa yang penting ialah penglibatan aktif rakan2. Janganlah kita salahkan guru2 kita kerana tidak menggunakan peralatan PPSMI kalau kita sendiri tidak menunjukkan contoh teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh guru kita.

Terima kasih.

PPP3043 Isu-isu Perundangan Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kitakan Guru Besar. Masing2 dah menghadapi pelbagai masalah dan kes di sekolah. Diharap subjek ini akan banyak membantu kita. So, ada yang hendak dikongsi bolehlah kita berkongsi.

Terima kasih.

KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ada apa2 yang hendak dikongsi? Atau ada apa2 yang hendak ditanya? Gunakan blog ini untuk berkongsi maklumat.

Terima kasih.

Monday, May 5, 2008

Hari Guru 2008

Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2008
Tarikh : 16 Mei 2008
Masa : 3.00 Petang - 6.15 Petang
Tempat : Dewan Sri Negeri Ayer Keroh, Melaka

ATUR CARA PELANCARAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2008

3.00 petang : Ketibaan Para Jemputan
3.10 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
3.30 petang : Ketibaan YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pelajaran
Malaysia
3.40 petang : Ketibaan YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam Ketua Menteri Melaka 4.00 petang : Ketibaan YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri
Malaysia
4.10 petang : - Nyanyian Lagu Negaraku
- Persembahan Overture
- Tarian Selamat Datang Dondang Sayan
- Tarian Etnik Negeri Melaka Baba Nyonya, Chetty dan Portugis
- Majlis Diteruskan
Bacaan Doa
- Ucapan oleh:
- Yg. Bhg. Dato’ Alimuddin B. Mohd Dom
(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
- YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Menteri Pelajaran Malaysia) - - Ucapan Perasmian oleh:
- YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Malaysia)
- Penyempurnaan Gimik Perasmian Pelancaran Perayaan Hari Guru oleh
YAB Perdana Menteri
- Upacara menaikkan Bendera - Ikrar "Hari Guru"
- Persembahan Koir
Lagu Hari Guru Lagu Tema Hari Guru
- Persembahan Pentomen :
Deklamasi Sajak - "Guru oh Guru"
- Perarakan masuk Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan & Pengurusan
Pendidikan dan Tokoh Guru dengan iringan bacaan nazam
- Tayangan Multimedia Tokoh Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan dan Tokoh
Guru
- Ucapan Penyampaian Anugerah Tokoh Guru disempurnakan oleh
YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Malaysia)
- Penyampaian Cenderamata kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri
Pelajaran
- Sesi Bergambar
6.15 petang : Majlis Bersurai

Saturday, May 3, 2008

Berita dan Perkembangan Terkini Bulan Mei 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan2,

Kita telah memasuki bulan Mei dan pada bulan ini kita telah menempuh Hari Pekerja pada 1 Mei. Apa yang penting ialah apa yang akan diumumkan oleh PM pada sambutan Hari Pekerja pada 10 Mei 2008 ini berkaitan tuntutan CUEPACS. Walau apapun yang akan diumumkan, diharap kita akan menyambutnya dengan sebaik mungkin dan anggaplah itu semua rezeki yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bulan Mei juga akan menyaksikan kita meneruskan perjuangan yang masih belum tamat iaitu fasa 7 yang akan bermula pada 11 Mei 2008 ini. Siapkanlah diri masing2, senjata2 sulit untuk menghadapi peperangan belajar dan peperiksaan, cekalkan diri, tabahkan hari, tekadkan azam dan bulatkan niat untuk berjaya dengan cemerlang.

Paling tidak lupa pada bulan ini juga kita akan merayakan Hari Guru pada 16 Mei 2008 iaitu hari yang bertujuan mengenang segala jasa dan bakti yang telah kita sumbangkan kepada negara, bangsa dan anak didik kita.

So, jika ada apa2 yang nak dikongsi pada bulan ini, bolehlah rakan2 terus menyumbang dalam blog kita.

Terima kasih.

Monday, April 28, 2008

Fasa 7 (11 Mei hingga 13 Jun 2008)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Rakan2,

Untuk makluman semua saya telah menelefon ke Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan dimaklumkan surat telah dihantar pada hari Rabu minggu lepas. Mungkin pada minggu ini surat itu sampai ke tangan kita.

Tarikh fasa 7 kita bermula pada 11 Mei 2008 dan dijangka tamat pada 13 Jun 2008. Oleh itu, rakan2 semua diharap bersedia untuk ke UPSI dan bawalah apa saja bahan yang patut.

Cadangan saya adalah supaya kita mengatur satu program lawatan kerja ke luar negara jika rakan2 berminat kerana ada kumpulan di UKM telah mengadakan lawatan kerja ke luar negara. So, kumpulan kita bila lagi?

OK, jumpa di UPSI.

Terima kasih.

Monday, April 21, 2008

Jemputan Kahwin CG Yusof Sipan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Rakan2,

Dengan titah perintah CG Yusof, beliau telah mengisytiharkan bahawa rakan2 taulan (kumpulan A & B) untuk berangkat menghadiri dan memeriahkan majlis perkahwinan anaknya yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh: 4 Mei 2008
Hari : Ahad
Masa : 12.00 tgh - 4.00 ptg
Alamat : No. 20, Taman Seribu Jaya, Parit Pinang Seribu, Jalan Temenggong Ahmad, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor.
No. HP: 013-7705035, 019-6858677, 019-6925586

Kehadiran rakan2 diharap dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

Sunday, April 13, 2008

Melanjut Pelajaran ke peringkat Sarjana (Master)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan2,

Saya telah meneroka ke laman web UM dan UKM, disertakan bersama ini hyperlink maklumat yang rakan2 boleh lihat dan baca.

UNIVERSITI MALAYA
Master of Educational Management (MEdM)

1. Struktur Program bagi Master dalam Pengurusan Pendidikan adalah seperti berikut :
http://www.um.edu.my/professionals/ips/list_programmes/faculties/fac_prog_details.php?intPrefLangID=1&intRecordID=114

2. Kadar yuran bagi tempoh pengajian 3 semester ialah seperti berikut :
http://ips.um.edu.my/fee/P-pendidikan-w.htm

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Master of Education

1. Maklumat Program bagi Master dalam Pendidikan adalah seperti berikut :
http://www.ukm.my/ukmportal/UKMgraduate.htm dan http://pkukmweb.ukm.my/~pps/

2. Kadar yuran bagi tempoh pengajian 4-8 semester ialah seperti berikut :
http://pkukmweb.ukm.my/~pps/m_yuran.htm



Berbanding dengan UPSI, saya tak pasti lagi. Kandungan subjek berkait dengan apa yang kita telah belajar.

Jika berminat, bolehlah tinjau2 dulu dan selepas grad bulan Ogos ni, bolehlah apply. Kalau ada ramai rakan2 yang berminat, bolehlah kita rancang bersama.

Terima kasih.

Thursday, April 10, 2008

Tuntutan Fasa 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan2, untuk makluman bahawa tuntutan UPSI Fasa 6 telahpun keluar pada 8 April 2008 yang lalu. Bolehlah semak tuntutan masing2.

Terima kasih.

Wednesday, April 2, 2008

Berita dan Perkembangan Terkini Bulan April 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,
Kini kita telah memasuki bulan April 2008 dan tinggal hanya empat bulan lagi kita akan tamat UPSI dan sebulan lagi nak masuk fasa 7. Apa perkembangan semasa dan berita terkini yang boleh dikongsi bagi bulan ini?
Ayuh rakan2, curahkan apa yang berfaedah untuk dikongsi bersama.
Terima kasih.

Sufiah Yusof a.k.a. Shilpa Lee, From Brainy to Hooker

Sufiah Yusof, the child Maths genius who won a place at Oxford University when she was just 13, has been found to be working as a prostitute, according to a report in London's News of the World.

Apa pandangan dan pendapat anda? Adakah salah pendidikan atau salah ibu mengandung?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites