Sunday, July 5, 2009

Cuti Rehat Bagi Temuduga dan Tidak Boleh Cuti Tanpa Rekod

Salam rakan2,
Dah agak sunyi juga blog ini. Rakan2 pun macam dah tak sudi nak aktifkan blog ini. Bagi saya, mohon maaf sikit kerana kesibukan untuk terus mengendalikan blog ini.
Seperkara perlu diingatkan bahawa untuk menghadiri temuduga kita seharusnya mengambil CUTI REHAT kerana tiada peruntukan untuk membolehkan kita mengambil cuti tanpa rekod. Begitu juga dengan guru2 kita jika sekiranya mereka ingin menghadiri temuduga kenaikan pangkat ke DG41. Jika rakan2 tak pasti dengan apa yang saya cakap, sila rujuk kepada pekeliling dan perintah am. Jangan sampai guru2 kita menempelak kita pula.
Terima kasih.

5 comments:

anas sabah said...

Faris, i gi interview kena hari Khamis. Jadi is it necessary for me to wear batik atau blazer. which one is suitable?
or any one can help me to answer this question?

anas sabah said...

Firzan,Al awal, Dan Zakaria kena hari khamis jugak lah. So i cadang pakai blazer pada hati tu kerana nampak kemas dan bersesuain dengan hari bertemu duga. Tak tahu pendapat koran Pirzan, Al-Awal and Pak Yah ?

mpmn said...

anas member yg dah gi temuduga suruh pakai blazer. Bior org yg temuduga tu cuak tgk hg msk ke blk temuduga

kembara kelana said...

aku rasa elok pakai blazer, batik hanya digalakkan, blazer lengkap adalah lebih rasmi...baru baru ni, majlis perasmian penutup di IAB utara, semua orang pakai batik tetapi pengarah IAB pakai balzer...tak taulah aku, dia lupa ke apa ke

Anonymous said...

Pakai blazer, siap ngan name tag. Bila calon sebelum kita dah keluar, tarik nafas, kira sepuluh saat kemudian masuk dengan salam dan senyum. Letak fail depan dia dan mtk kebenaran utk duduk di kerusi yg diletakkan agak jauh sikit dari penemuduga tuh. Dia nak pandang cara duduk kita, reaksi, gerak badan dsbnya sebab ada markah untk sahsiah. kena jaga nih!

Aku dah kena tegur sebab sewaktu menjawab aku gabra sehingga tak sedar aku goyang2kan kaki..aduh! Dia cakap,"will you please stop shaking your legs!" Aku TESL, jadi kena speaking ah skit.

Bab menjawab tak der masalah sebab dia cuma tanya soalan aplikasi dlm p&p, goreng jerlah, janji logik dek akal.Mujurnya soalan yang ni dlm BM jer!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites