Salam rakan2,
Agak lama saya tidak memuatkan entri baru kerana tiada kesempatan waktu. Tapi entri kali ini dirasakan perlu diberi peringatan supaya kita sebagai Ketua Jabatan (GB) peka terhadap perkara ini bukan sahaja untuk guru-guru dan staf tetapi juga untuk diri sendiri.
SEDARKAH KITA???? Kelayakan cuti rehat kita setelah dilantik ke DG41 adalah hanya 25 Hari??? Ini berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2008 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Oleh kerana kita telah dilantik pada 5 Oktober 2009, maka secara langsung kita tertakluk kepada pekeliling ini.
APA YANG PERLU DILAKUKAN?? Semak semula kelayakan cuti rehat. Bagi 1 Jan hingga 30 Sept 2009 (perkiraan kelayakan cuti berdasarkan kepada kelayakan 35 hari setahun) dan bagi baki 1 Okt hingga 31 Dis 2009 (perkiraan kelayakan cuti berdasarkan kepada kelayakan 25 hari setahun). Jadi.... kelayakan cuti rehat kita bagi tahun 2009 BUKANNYA 35 hari tetapi berasaskan kepada perkiraan sifir yang layak (mungkin 26/27 + 5/6 = 31-32 hari sahaja berdasarkan anggaran).
INGAT!!! Jangan sampai dah terlebih ambil cuti kerana jika dah terlebih ambil cuti, kenalah potong gaji untuk bayar kembali. AWAS!!! hati-hati dan prihatin.
Sekian untuk makluman rakan2. Terima kasih.
Sila klik utk lihat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2008
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
26 comments:
alamak! itu mcm ka???
GB 41 pun kira macam 41 biasa jgk ke...faris.
kalau itu macam kena semak cepat.
faris, tolong 'link' kan Pek. Perkhid. Bil. 14/2008 tu....
Jm dg 41 biasa tu cuti rehat dema hanya 7 ari shj.jgn ko berikan lebih dari itu, nahas nanti ko.
tu le ybs asyik2 cuti dan kursus...entah2 terlebih pulak. terlebih kawin boleh tak? heheeee..
aku tak faham le baca pekeliling ni....jadi mcm mana ha? knape jadi mcm ni!!??
orang biasa,
ko kena jadi orang luarbiasa barulah boleh faham pekeliling tu!
org saja biasa...tapi tenaga batin luar biasa tau. heeheeheee....
Salam. Kalau GB dapat lantikan 41 pada 31 Disember 2008, macamana status cutinya ya? 25 hari juga ke?
Link kepada Pekeliling itu telahpun dibuat. Sila klik aje pada perkataan Pekeliling yang berwarna merah.
Bagi mereka yang dilantik 31 Dis 2008, tidak tertakluk dengan pekeliling ini dan kemudahan cuti rehat masih 35 hari. Tapi kelayakan GCR hanya 120 hari (bukannya 150 hari bagi mereka yang kelayakan cuti 25 hari setahun).
Saya confuse. Pekeliling tu kita dah terima pada 2008 dulu dan kita dah buat pilihan. Pekeliling tu tak menyatakan pelantikan pertama atau ke-2 (1 Januari 2009)?
Saya ingin mengaitkan dengan Kursus Kenegaraan. Saya bertanya Kem Dalam Negeri. Pegawai KDN cakap kita tak perlu mohon Kursus BTN sebab mereka ambilkira pelantikan pertama sebelum 1 Februari 2002. Kita yang dah lantik lama ni tak perlu mohon. Saya dah apply pun - suka-suka. Katanya kalau saya dipanggil, abaikan.
orang biasa...tenaga batin tak perlu untuk baca pkeliling tu.hehe
orang biasa...tenaga batin tak perlu untuk baca pkeliling tu.hehe
JM aku faham maksud ko..tak payah taip 2x. heheheeee.
baca dgn mata hati tu bkn batin ke?
bila pn.aida kemukakan soalan aku lg konfuse. apa gcr pun terlibat sama ke faris?
haah la, ntah ape2 ntah.... nak baca pekeliling pon nak guna tenaga batin ke.....???
aku pon konfius jugak!!!
orang biasa...aku bukan taip 2x . satu tu salinan untuk kau masuk fail...hehehe
satu salinan utk aku takde ke jon???
kalau cuti dah short 10 hari mcm mana ana nak gi uzlah. sudahlah subsidi myk, gula, gas ditarik, cuti pun kena tarik ke?
faris cuba ko tya kementerian, boleh tak kita claim cuti bg menggantikan elaun keraian yg tak dibyr lsg pd th ni.
nak hidup pun susah, kalau mati tak tahu lg, susah atau senang.
kalau tgk pantun ybs tu, byinya mcm mdh je nak msk syurga
solok lada disblh kelantan ade le.org solok tak au pula...suluk tu kut.
hidup susah mati lgi susah maa...itu olang cina cakap " nang bo tinang, koi bo ti koi maa" hahahaaa.
PTK lak mcm mana? kita boleh ambil ke? ana baru tel MPM, kata peg tersebut, jika belum disahkan dlm jawatan tak boleh ambil.
sapa ada maklumat yg lebih terkini dan lebih valid?
ana...kau nak ambil ptk yg mana satu.kalu dg 34 atau dg 38 tak ada masalah. kalu dg 41 entah la pula..setahu aku dg 41 pun blm dilantik lg.
sabar ye tunggu dulu...!!!
Aku pula lain fahaman aku,
Aku baca tanda * di bawah jadual tu ada tulis kecuali PPP Pendidikan yang mengajar kat sekolah.Jadi kita GB dikecualikan ikut jadual tu.So cuti kita tetap 35 hari.Kita kan mengajar kat sekolah.Apa kata ybs dan jm.....
org biasa..
aku dah dpt pengesahan lantikan. kew. 8 pun dah htr ke PPD.
mmg kompem, kita tak leh ambik PTK kerana belum disahkan dlm jawatan DG41.
Jadi sementara menunggu tu, baca buku byk2.
melepas lagi-nak ambil ptk dg38 tak dpt masok web ntah apa sebabnya, kut le saya ni tk reti, su dan guru ict pun cuba berkali2 untuk saya tak boleh- fedup.prepare utk 41-baca buka banyak2 mcm kta anak luak
luar biasa sungguh fahaman ko "luar biasa" hehheee.
mmg le guru2 tu tak terlibat kerana mereka mempunyai cuti penggal dan cuti rehat khas. golongan kita ni yg terlibat. baca dan faham betul2...buat renungan sikit.
anak luak tahniah le kerna ekau dah dapet perlantikan tu. tak payah baco buku2 tu..ekau kan dah ado pengolaman semasa ket upsi dulu..guno le teknik menjawab tu. heheheheeeeee.
buat apa nak ambil ptk dg38...ko nak kemana selepas ni.nak lompat dg 40 sebelum dg 41 ha? aku tak faham le dgn ko orang ni....
wak nape coti banyok2? cuti sekoloh banyok doh..
HARAP PIHAK BERKENAAN KAJI BALIK MAKSUD PELANTIKAN BARU.
Post a Comment