Saturday, February 21, 2009

Manual / Panduan Mengisi Borang Permohonan DG41 Secara Online Melalui e-Permohonan SPP

Salam kepada semua rakan2,

Saya telahpun mengusahakan dan menyiapkan manual atau panduan untuk mengisi borang permohonan secara online iaitu e-permohonan untuk rujukan dan panduan kepada rakan2 sekalian. Saya merasakan panduan tersebut akan dapat membantu rakan2 dalam mengisi borang. Sebelum mengisi borang tu, pastikan semua dokumen2 dah dicari dahulu dan diletak bersebelahan komputer.

Untuk mendapatkan manual atau panduan tersebut, sila klik link di bawah untuk download:

Manual Daftar e-Permohonan

Manual atau Panduan Permohonan DG41

Selamat memohon kepada rakan2 sekalian. Jika menghadapi masalah, sila komen untuk saya respon. Terima kasih.

12 comments:

ybs said...

jutaan mekasih faris, apa2 ada masalah nt aku konteks kau ler...

mba said...

terima kasih faris kerana beri info. kalau DGA38, boleh terus mohon ke atau nak tunggu sah jawatan DGA38 dulu?

Faris said...

Kalau DGA38 tu, terpulang kepada deme lah. Nak mohon sekarang pun boleh atau nak mohon kemudian setelah disahkan dalam DGA38. Terpulang kepada kebijaksanaan sendiri.
Kalau nak tunggu sah DGA38 bermakna lambat dapat DG41 dan bila lambat dapat DG41 bermakna lambatlah naik DG44 setelah 3 tahun di DG41. Seandainya mohon DG41 setelah sah DGA38 pada tahun 2010 maka pada tahun 2013 baru naik DG44.
Kalau mohon sekarang DG41 maka pada tahun 2012 dah boleh dapat DG44.So, fikir2lah sendiri dan putuskan sendiri mana yang lebih baik.
TK.

Anonymous said...

faris, aku dah cuba buka "kajian pengesanan graduan" tu, tapi aku tak teruskan sebab soalannya berkaitan dgn kokurikulum persatuan, kelab, sukan sedangkan kita tak libatkan diri langsung dgn koku semasa di UPSI. apa nak jawab ye? aku baru dapat surat jemputan konvo hari ini.

Anonymous said...

faris, aku dah cuba buka "kajian pengesanan graduan" tu, tapi aku tak teruskan sebab soalannya berkaitan dgn kokurikulum persatuan, kelab, sukan sedangkan kita tak libatkan diri langsung dgn koku semasa di UPSI. apa nak jawab ye? aku baru dapat surat jemputan konvo hari ini.

Faris said...

Kajian Pengesanan itu bukan kokurikulum. Dia ada banyak muka surat. Selepas selesai muka surat 1, klik simpan dan teruskan. So, dia akan terus ke muka surat 2 pula. Kalau tak silap ada 5 muka surat sehingga tamat. Lepas tu boleh cetak slip pengesahannya untuk dibawa semasa ambil jubah. TQ.

mpmn said...

faris apa dokumen yg dikhdki utk online ni. kalau boleh tlg senaraikan. tk

Faris said...

Pirzan,
Dokumen yang perlu ada di sebelah sewaktu mengisi online ialah :
1. surat pengesahan senat
2. sijil perguruan
3. sijil SPM/STPM
4. surat2 lantikan dalam perkhidmatan
TK.

teropong said...

jang kalau ekau nak bagi surat nikah, surat saman, surat pajak atau surat2 cinta ke boleh jugak.

rokiahahmad said...

salam faris. kat mana nak dpt kajian pengesanan graduan tu? boleh tak bagi link/URL dia? mmg kena jawab ke? TQ in advance for ur co-operation

teropong said...

yelah kat mana ye.....

Faris said...

Saya dah buat entri dan hyperlink dalam blog kita.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites