Saturday, February 21, 2009

Ambil Jubah

Salam rakan2,

Pagi tadi saya dihubungi oleh saudara Khalil kita dari Utara meminta saya memasukkan maklumat ini tetapi tidak berkesempatan kerana terpaksa menguruskan majlis perasmian penutup Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Selangor. Beliau bersama rakan2nya bercadang untuk mengambil jubah pada 10 Mac 2009 (Selasa) dan mengesyorkan kumpulan kita datang pada hari tersebut beramai2 untuk kita berjumpa. Cadangan itu adalah baik kerana sambil2 tu bolehlah kita berbual atau makan bersama2.

Apa pandangan rakan2 yang lain? Jika bersetuju bolehlah reply atau pos komen anda. Jika ada cadangan tarikh lain pun dialu-alukan. Tapi bagi saya, saya tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat JK Pelaksana Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Bil 3 yang akan membincangkan perkera2 penting sebelum kedatangan kontinjen dari seluruh negeri pada 14 Mac 2009.

Seperkara lagi yang rakan2 kena peka ialah surat dari UPSI yang mewajibkan kita mengisi Kajian Pengesanan Graduan di https://graduat.mohe.gov.my secara online serta mencetak slip pengesahan. Slip pengesahan tersebut perlu dibawa bersama dan ditunjukkan kepada UPSI sewaktu mengambil jubah. Maklumat ini boleh diisi mulai 16 Februari hingga 25 Mac 2009. Jika nak ambil jubah pada 10 Mac, ini bermakna rakan2 perlu melengkapkannya sebelum 10 Mac 2009.

So, rakan2 perlu prihatin dengan perkara ini.

7 comments:

Anonymous said...

aku rasa bagus jugak dtg amik jubah pd 10 mac tu

Anonymous said...

faris, aku dah cuba. tapi jawapannya - tidak ada dalam rekod. aku salah log in ke...............

Anonymous said...

For the time being, tak boleh masuk lagi. Aku pun dah cuba. But always keep trying esok, lusa dan seterusnya sebelum pergi ambil jubah.

Anonymous said...

baik kita akan jumpa pada 10 hb.

Anonymous said...

Its a good idea. Member wanita kedah pun dah mengconfirmkan kehadiran mereka pada 10hb tu. Kalau ramai yg hadir syok juga ... jadi mcm small gathering kita ler. Coz rasanya pada hari konvo tu terlalu ramai... and masing2 sibuk dgn family kot. But faris ... tak best ler u tak ade!

Anonymous said...

jom kita beramai2 turun pada 10 hb ni. kita gegar kedai abuya

Anonymous said...

jang, aku takut abuya yg gegarkan kita.hari selasa 10.2.09 tu baru lepas saja hari maulidurrassul.takut nanti abuya ambil cuti tutup kedainya.

GEGAR..GEGAR..GEGAR...HEHEHE.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites