Wednesday, February 4, 2009

Keputusan Final Semester dan Surat Tamat Pengajian



Salam rakan2,

Keputusan terkini semester akhir talah dihantar dan saya telah memperolehnya pada hari semalam sebelah petang (3/2/09). Ada kenaikan CGPA kerana telah dicukupkan jumlah jam kredit. Bersama2 keputusan disertakan juga Surat Tamat Pengajian dan dianugerahkan ijazah kelas berapa. Dinyatakan juga bahawa kita akan menerimanya pada sidang pertama. Jika betul sidang pertama maka kemungkinan kita akan terima ijazah kita pada 16 Mac 2009 (diharap2 betullah jangkaan saya). Walau bagaimanapun tarikh sebenar adalah selepas 14 Februari. Surat tersebut diposkan ke alamat rumah dan kalau rakan2 tunggu ia sampai ke alamat tempat bertugas memang tak ada. Apa yang penting alamat rumah kita betul dalam pangkalan data UPSI kita.

Kepada rakan2 yang menerima kenaikan CGPA, tahniah diucapkan dan jika ada yang nak berkongsi semula bolehlah maklumkan kepada saya.

Terima kasih.

11 comments:

Anonymous said...

barulah aku merasa dok atas sekali. kalau tak ybs sapulah. pointer aku 3.50. aku punya dihantar ke sekolah. mungkin dulu almat srt myrt aku guna alamat sek. tp aku mungkin tak hadir kerana budjet tak ckp. selamat n tahniah sahabat2ku. moga kalian bergumbira di sana setelah penat berjuang.

Anonymous said...

kau ni apa la mpmn, nak komen kat sini pun kau nak berebut dgn aku, takde benda lain ke yg nak direbut, rebut ler pahala sebanyak2nye ke....hehehe. Naik sikit lagi pointer kau tu ye, alhamdulillah, tahniah! nape taknak hadir pulak mpmn, budget kan boleh diusahakan dr sekarang....

faris, kau punya pun naik jugak ye, tahniah! aku lom dapat laa....

Anonymous said...

ybs, aku tak naklah bentang belanjawan aku di sini. sdg gawat sangat. tgklah kalau dpt kumpul besi buruk, plastik n kertas mungkin boleh tampung perbelanjaan aku ke sana.

kembara kelana said...

tahniah...tahniah tahniah...aku kat pulau sekrang ni...sapa nak makan angin tiponlah aku, bye bye

Anonymous said...

Tahniah kpd kwn2 yg pointer sdh meningkat. Saya juga dpt sedikit kenaikan iaitu dr 3.44 jadi 3.46.Sya baru dpt surat tamat pengajian dan layak dianugerahkan ijazah hai ini . skrg bru rasa lega sikit.

Anonymous said...

aku pun baru dpt semlm... berubah jugak ler pointer, naik 0.01, hehehe naik jugak kan!

Anonymous said...

Tahniah kepada semua rakan2 yang dapat pointer bertambah baik.
mpmn,tak kan sampai tak nak konvo.penat2 kita belajar sama2,Kalau hang tak cukup barjet,aku sedia bantu pinjamkan. Kamu ni macam merajuk saja...

Anonymous said...

anony, apa yg aku nak merajuk pulak. tak kan dpt pointer 3.5 aku nak merajuk. aku sdg berusaha dgn gigih mengumpul dana dari jualan besi buruk. malangnya harga besi dah murah. nak noreh gotah, harga dah merudum pulak. aku ingat nak tikam loteri pulaklah. dlm keadaan terdesak bolehkan?

Anonymous said...

mana pulak kau belajo boleh buat benda haram kalau terdesak??? ....dan mintalah perolongan dan bersabar dan bersolat!

Anonymous said...

tklah pak lebai atas nasihat hg. kalau tidak aku sudah tersesat di alam nyata.

Anonymous said...

asalamualaikum..maaf kepada mereka yang selalau telipon aku kerana tak jawab kerana aku berperang dgn kesakitan yang amat sangat di perut.selalunya mereka talipon ketika aku berada di depan mesin mri atau computed tomology scan.nampaknya sakit aku ni terlalu simple,,tak boleh makan banyak kerana perut akan menekan saloran kencing.susah pula buang air kecil..resolusinya,,banyak makan buah dan nasi yang lembik..pantang sekali aku makan benda lembik apatah lagi le kalu anu tu lembik,.tentang result..memang ada pertambahan tapi tidak menanjak ke anugerah yang lebih baik..jadile..syukur,,dapat lawan bersama anak anak kecuali yang doktor tu dan yang di upsi..result mereka 3.75..mana aku nak lawan..apapun,,salam untuk semua

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites