Tuesday, February 17, 2009

Buku Panduan Konvokesyen

Salam rakan2,

Tarikh Konvokesyen kita ialah pada 16 Mac 2009 (Isnin) jam 2.00 petang.

Buku Panduan Konvokesyen juga boleh dicetak dan boleh rujuk perkara2 penting. Di antara perkara2 penting ialah :

1. Peminjaman Pakaian Akademik - boleh dibuat pada 10-15 Mac 2009 jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.15 petang hingga 5.00 petang (kecuali hari Jumaat dibuka jam 2.45 petang di Bilik Jubah, Bangunan Pusat ICT.

2. Bayaran konvokesyen sebanyak RM80.00 di semua cawangan Bank Islam atas nama Universiti Pendidikan Sultan Idris di no akaun 08068 01 0023133. Bagi mereka yang tidak dapat hadir juga perlu membayar RM80.00 tersebut.

3. Raptai akan diadakan pada 15 Mac 2009 jam 4.00 petang di Dewan SITC

4. Lapor diri lengkap dengan pakaian akademik ialah pada 16 Mac 2009 di sesi 2 jam 1.45 petang kepada pegawai bertugas iaitu Encik Mohd Haryzal Mohd Zan bertempat di DA2 (Dewan Auditorium).

5. Perarakan graduan masuk ke dewan adalah pada pukul 2.00 petang.

6. Ijazah kita akan disampaikan oleh Pro Canselor.

7. Jemputan kepada keluarga ialah 1 pas masuk untuk 2 orang ahli keluarga.

8. Pemulangan pakaian akademik ialah pada 16 hingga 24 Mac 2009.

9. Pengambilan Transkrip dan Ijazah boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik.

Maklumat lengkap tentang konvokesyen ini boleh dibaca dalam buku panduan. Yang dipaparkan adalah cabutan2 perkara penting.

Tahniah kepada semua rakan2. Sila proaktif dan jangan tertunggu2 untuk orang lain sampaikan. Terima kasih.

21 comments:

Anonymous said...

TQ faris atas maklumat berkaitan. Dalam sibuk u mengurus is3 yg sakit, sempat juga menyediakan bahan penting utk perkongsian dan panduan kita semua.

Anonymous said...

Hi Kwn2, Tahniah kpd kita semua. Sayang sekali pd En Faris sbb selalu memberikan maklumat kpd kita semua. TQ.

Anonymous said...

amoi GCE,lu sayang faris solang2 ka.haiya lu nanti lia punya bini jelous ma....

lu sayang sama gua pun tarak pa.

Anonymous said...

Tahniah untuk semua rakan-rakan .
terima kasih faris . Memang rajin dan berdedikasi.

Anonymous said...

gua sayang lu punya keleta. muleh pinjam maa...

Anonymous said...

Hi, siapa itu Goh Tong? Jgn marah. Sya memang syang pd semua orang. Bkn sayang sbrg sayang, hnya sayang pd seoang classmate yg sanggup korbankan masa lapang beliau utk kita semua, Jgn jeleouslah. Sya memang syg pd semua rakan2 KUmp B. Kreta bru blm ambil. 19 hb Mac bru dpt kereta baru.

Anonymous said...

tk faris. tahniah kawan2. sapa yg nak ke sana baik tempah hotel cepat. kalau tidak hg pa tidur masjid le. aku ucap selamat pada semua kerana aku tidak dpt hadir.

Anonymous said...

Rakan2, jangan lupa buka laman web UPSI kerana ada ruangan (hyperlink) untuk jawapan hadir atau tidak hadir. Buat Pirzan, walaupun tak hadir jangan lupa bayar RM80.00 tu, kalau tak tak dapat transkrip dan ijazah tu.

Anonymous said...

Alhamdulilahlah sebab semua orang punya hajat dan cita-cita tercapai akhirnya.Faris..terima kasih kerana berusaha merapatkan hubungan ppgb5 yang seperti yoyo ni. Tahniah untuk semua.....

Anonymous said...

So excited utk berjumpa kawan-kawan nanti. Wah Kak Kiah, lama tak ada beritamu, apa kahbar? Tq Faris dan regards to your wife. See you, all my friends.

Anonymous said...

TERIMA KASIH PADA ADINDA FARISH,,.AKU AKAN MENJALANI MAJOR OPERATION PADA 25 FEB,ADMIT PADA 24 DI HOSPITAL BAINUN..SEMOGA AKU SIHAT DAN DATANG DGN MEMBAWA ENGINE PERUT YANG TELAH DI MODIFIED.TAK TAHU APA PULA MASALAHNYA SELEPAS INI DAN AKU AKAN DATANG BERSAMA ISTERI UNTUK BERJUMPA DENGAN KAWAN KAWAN..ITUPUN KALU UMUR KU MASIH PANJANG DAN DI IZIN ALLAH SWT.LE NI AKU BERCUTI SEHINGGA 25HB.DUDUK AJE DIRUMAH MENGURUSKAN KESAKITAN DAN BERMAIN DGN PAIN KILLER,KATAKANLAH AKU TAK DAPAT DATANG,,BERMAKNA SAKIT AKU SERIOUS DAN MAAFKANLAH SEGALA KESALAHAN AKU,HALALKAN SEGALA MAKAN DAN M INUM KU.DOA OALAH AGAR KITA DAPAT BERTEMU.

Anonymous said...

Sama2 Azam,sedih pulak dengar cerita kau ni. Walau apapun aku harap kau akan tabah menghadapi dugaan Allah s.w.t. kerana kau adalah orang yang terpilih untuk diduga dan ini secara tak langsung akan meningkatkan keimanan kau terhadap Allah. Aku sentiasa doakan kau akan beroleh kesihatan yang baik dan berjaya menjalani pembedahan. Harapan menggunung ialah dapat berjumpa kau semasa konvo nanti. Kalau tak ada, kami serakan akan pergilah menziarahi kau di hospital.
Azam, banyakkan amal ibadat dan doa ke hadrat Allah s.w.t.

Anonymous said...

Saya juga doakan agar kamu sihat dan sembuh dari penyakit kamu Azam.
Sabar hadapi dugaan Allah.Tapi kamu juga mesti pantang makan juga.apa yang tak boleh makan ,jangan kamu sebat juga.Kalau ikut selera kamu,lambat baiknya penyakit kamu tu. Saya doakan kamu cepat sembuh.
Kawan2 kalau nak sewa rumah upsi ,apartmen atau teres 3bilik atau 4bilik sila hubungi 05 4595002 -Ros.

Anonymous said...

faris aku baru hantar sms ke upsi. dia kata nama aku tiada dlm senarai konvekesyen. apa nak buat?
pd kwn2 lain lebih sms cepat takut jadi kes mcm aku le ni.

Anonymous said...

Pirzan,
Sila hubungi Unit Pengijazahan, Bahagian Akademik dan fakulti dengan segera jika nama masih tiada dalam senarai. Kalau tak nanti tak dikira konvo dan tamat. Nanti kena konvo bulan Ogos pula nanti.

Anonymous said...

mekasih faris for your info.

azamboy, rasa sedih ler pulak mengenangkan akan hal keadaan diri kau tu, bersabar dan ingat Allah swt banyak2, moga cepat sembuh seperti sedia kala.

Anonymous said...

sorylah faris n kwn2. aku tersilap. yg aku hantar tu utk diploma. azam bykkan sabar. moga cepat sembuh. buat masa ni jaga makan. tahan selera tu. bila dah sakit yg susah bkn diri kita seorang tapi melibatkan satu keluarga

Anonymous said...

Faris U ada no tel. tak unit pengijazahan,bhg akademiik?aku nak tolong kawan aku yg seorang tu.

Anonymous said...

Sila tengok pada entri sebelum ini. Disitu ada nombor telefonnya.

Anonymous said...

TK Faris 4 everthing.hope to see EVERYONE on 17 Mar.anywhere what time we are meeting on 10 Mar? I pray that Azam will recover soon & come for the convo.

Anonymous said...

I am sorry, that I interfere, but you could not give little bit more information.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites