Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Sunday, August 29, 2010

Teachbook

Salam rakan2,

Kebetulan terbaca dalam akhbar Berita Harian tentang saman yang dikemukakan oleh Facebook terhadap Tachbook atas alasan menggunakan perkataan 'book' dalam portal komuniti Teachbook ini. Apabila dilihat kepada kandungan portal ini, tiada pun sebarang ancaman kepada Facebook.

Agak sesuai kita sebagai guru mendaftar dalam portal ini agar perkongsian secara universal dapat berlaku ke arah bertaraf dunia. Perkongsian dengan guru-guru di seluruh dunia akan membantu kita membuka minda dan mengadaptasi sesuatu yang baik.

Jika ingin mendaftar, sila lawati portalnya di alamat ini dengan klik saya di perkataan :

TEACHBOOK

Paparan seperti dibawah akan tertera dan apa yang penting, rakan2 kena mendaftar dahulu sebelum boleh sign-in. Ini adalah portal baru dan tiada kandungan lagi kerana ia baru dilancarkan.














Selamat mencuba dan menggalakkan guru2 kita menggunakannya. Ini akan menggambarkan betapa efisiennya GB yang berkelulusan UPSI dalam Pengurusan Pendidikan.

Terima kasih.

Tuesday, August 17, 2010

Sama-samalah Kita Berdoa Kepada Suami Puan Rusma

Salam rakan2 sekalian,

Saya menerima mesej SMS dari saudara Aziz dan Hajah Rozita yang memaklumkan bahawa suami rakan kita iaitu Puan Rusma sedang kritikal dan tenat. Penyakit apa saya tak dapat maklumat kerana cuba hubungi Puan Rusma tetapi tiada jawapan. Mungkin HP nya di 'off' kan kerana berada di wad ICU atau pun tidak boleh 'on' HP sewaktu dalam wad hospital.

Kesempatan ini sempena bulan Ramadhan yang mulia, sama-samalah kita menadahkan tangan dan memanjatkan doa semoga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku ke atas rakan kita ini.

AMIN....

Tuesday, August 3, 2010

Cuba Perhatikan Video Ini... Apa pandangan anda??

Video ini mengambarkan satu insiden di sebuah sekolah yang melibatkan guru dan murid. Pertengkaran sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini amat mendukacitakan. Adakah murid itu yang bersalah? Atau guru tersebut yang bersalah. Apa yang tidak aku persetujui adalah apabila Presiden NUTP dan Pengerusi PIBGN menyalahkan guru tersebut tanpa mendapatkan maklumat lanjut secara lengkap dan teliti tetapi sekadar melihat video klip ini dan terus membuat tafsiran sendiri. Inilah yang dapat kita saksikan dalam berita TV3 malam ini.
Mungkin rakan2 masih ingat apabila video klip wanita Malaysia dibogelkan di lokap polis dan terus dikatakan wanita itu warga Cina sehingga memaksa wakil Malaysia memohon maaf ke negara Cina tetapi kebenarannya lain pula. Rakan2 lihat sendiri dan buat penelitian.

video

Adakah semudah itu guru dipersalahkan??? Adakah anda sebagai seorang guru sanggup dicerca dan diherdik oleh seorang murid??? Adakah tak ada sebarang budi bicara sebagai seorang guru?

Renungkan dan berilah komen anda. Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites