Friday, April 9, 2010

Fakta Penempatan Dan Contoh Surat




Salam rakan2,
Saya telahpun mendapat tiga contoh salinan surat penempatan iaitu untuk Saudara Anas Yusof, Saudara Kharudin dan Saudara Yusof Rompin@Temerloh. Persoalan yang ingin dibangkitkan ialah :

1. Tarikh lantikan : Anas pada 2 Oktober 2009 manakala Kharudin dan Yusof pada 5 Oktober 2009. Nampak remeh tetapi impaknya besar apabila melibatkan kenaikan pangkat atau gred ke DG44 nanti.

2. Surat kuasa dari KPM : Jika Anas dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dengan rujukan KP(BPSH-SPSR)401/02/008/Jld.3(38) bertarikh 4 Januari 2010 manakala saudara Kharudin dan Yusof pula dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan rujukan KP(PP)0013/66/6/C(33) dan KP(PP)0013/66/8/A(38) dengan kedua-duanya bertarikh 22 Mac 2010. Adakah punca kuasa dari BPSH atau BPSM yang digunapakai? Kalau dilihat surat untuk Kharudin dan Yusof, mereka gunakan fail yang sama dan yang berbeza ialah kod C (Pahang) dan A (Perak) serta bilangan surat sahaja.

Kalau nakkan surat punca kuasa dari BPSH, dalam satu kumpulan telah dikeluarkan pada 4 Januari 2010. Manakala kalau nakkan surat punca kuasa dari BPSM pula, surat tu juga dah dikeluarkan dan dihantar serentak oleh BPSM bersama-sama surat perlantikan SPP (menurut maklumat dari Saudari Aishah apabila beliau menelefon Cik Rosaliza pada hari Khamis (8 Apr).

Sila rakan2 semak dan gunakan fakta ini untuk berurusan dengan JPN masing2 kerana rakan2 semua berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dan itu bermakna kita semua bercakap berasaskan fakta dan ketepatan maklumat. Apa lagi jawapan dolak dalik yang akan mereka berikan.

Terima kasih.

17 comments:

ybs said...

mengapa ada kelainan dan perbezaan ek???

leceh betol la, ni nak kena godak jpn ler pulak....huhu

zalila said...

tu la, hang p jumpa mahyudin bagitau.dia org johor. benda mudah cam tu pn depa tk reti buat. buat 1 surat tarikh dah sama, print kmdn tukr nama org lain print, buat cam tu sdampai hbis, tukar nama je yg lain tak ya usik. bengap buat kerja.

jon said...

aku pun fening cop.tarikh surat boleh beza2.sb kita pun tak pernah buat kje mcm ni kan..hehe

zorro said...

ye le ,tarikh mesti berbeza, sebab buat surat hari yg berlainan.buat satu relax,lepas tu buat satu lagi ...pun relax juga. mcm tu la keja kat kementerian sampai habis....tu sebab surat kita lambat. "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan..."boleh laung saja la...tindakan masih lagi lembab.

aku ingat kita fax saja surat2 ni kepada karam singh walia.... apamcm...biar bagi dia KARAM kementerian tu sikit..

tapi aku nak fax apa,surat pun tak dapat lagi....

aku tak leh tahan ni...kira nak zaaaapppppppp aje ni...

zorro said...

hoi jang....ekau jgn cakap mcm tu...kedah.penang,kelantan dan tak lama lagi t'ganu kite pun kita tawan.

nogori2 lain mcm mcm nogori ekau ni, jang patut ikut cth nogori eden ni kodah.biar meka sedar sikit dan tak leka dgn pemerintahan secara relax ni.

ekau sombong ye sobab dapet surat dg 41 ye.....

Aku zaaaaaapppppppppp nanti !!!!!

kembara kelana said...

minggu ni aku selesaikan penghantaran surat tawaran tu...pastu menanti lerpulak perlantikannya...lepas tu daftar ptk dan induksi...macam macam

jon said...

hai zooro.kalau semua surat siap satu hari..hari lain mau keje pe...

zorro said...

keje le apa2 pun, asalkan ko bahagia. hehehhe.

kk mcm2 ada......heeeeh.

zaaaaaaapppppp la selagi bole....

mpmn said...

pagi tadi aku dah siap bual medical check up. melayang rm100. petang ni nak jumpa PPD utk t.tgn aku janji n lepas tu pos laju.

jgn mare ye zorro. hg tu asyik nak zzaap je tp tak zzaap2 pun.

usop temerloh, kita tak payah buat induksi kerana kerana sudah ada peperiksaan awam. sertakan itu je. aku dah rujuk dgn jabatan. tapi kalau kau rajin, gi lah.

zorro said...

eh knape pulak melayang RM 100. bukan ke free......

ekau zaaaaappppp mc up swasta kut....

ita said...

Kami kat Selangor ni masih menunggu antara sabar dengan tak sabar jer... Bukan tak sabar menunggu tapi geram dan rimas dgn kerenah mereka dan cara kerja mereka ni serta jawapan2 yg memualkan. Mana tak nye.. kawan2 lain dah dapat bukan satu bahkan kedua-dua surat Tawaran Perlantikan dan Penempatan).

Surat Tawaran perlantikan kami semua dah siap tapi tak di keluarkan lagi dgn alasan menunggu dulu surat / endorsement drpd Bahagian Sekolah mengenai penempatan kami ni.Bila saya kata nape negeri so n so dah dapat, katanya panel di BS belum bersidang lagi utk kelulusan.
Ape mereka di BS bersidang ikut lain2 negeri ke??? Tak menjawab pulak dia? Memanglah dia tak boleh menjawab...kalau tidak kita ramai2 pakat nyanyi lagu 'katak oh katak' kat depa.

Em...efisien ke tu cara dia orang buat keje!!!

ita said...

Hai zorro....nothing is free in this competative world now!!!

jon said...

nampaknya pelantikan kita ni haru biru sikit.agaknya ramai sangat.lebih dari budget..mereka pun tak selaras dlm mengeluarkan surat arahan penempatan.sabo n sabo

ybs said...

ko mmg jenis penyabo jon, lbh2 lg tinggal di pulau, sendirian pulak tu!!!

selalu mengigau ke? hehehe....

jon said...

aku nak tunggu khamis nanti unit rendah jpn dan kementerian nak dtg ke sekolah aku.kot kot dia bawa sama.....

ybs said...

bagi dia makan sotong banyak2, tgh musim mencandat sotong kan?

ko pos kat aku sotong tu idup2 bole tak? hehehe....

mpmn said...

sabo lah ita. aku simpati sungguh dgn nasib rkn2 yg ibarat menanti buah tak gugur. tak pe. lambat dpt nanti byk tunggukkannya.

tahniah juga pd n. sgor kerana telah mendapat audit tanpa berteguran.

ISO tak memberi apa-apa makna. ISO atas kertas je.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites