Sunday, January 11, 2009

Program Master di UKM

Rakan2,
Seharian hari ini aku telah menjelajah ke seluruh pelosok universiti di UKM, UM dan UPSI. Aku mencari maklumat2 berkaitan program master yang disediakan di universiti tersebut. Setelah diteliti dan dijelajahi aku telah membuat kesimpulan berikut :

1. Jika diambil kira kos - UKM menawarkan kos yang hampir sama dengan UPSI tetapi tidak di UM kerana lebih mahal.

2. Perjalanan - ke UKM lebih dekat jika dibandingkan dengan UPSI. Rakan2 yang tinggal di Selatan dan pantai timur lebih hampir untuk datang. Kemudahan pengangkutan awam lebih banyak dan mudah.

3. Masa - masa tidak dibazirkan dengan begitu lama kerana badan kita juga memerlukan rehat.

4. Kemudahan rujukan - UKM adalah di antara universiti yang mempunyai banyak bahan rujukan di librarynya. Kita juga boleh mencari bahan2 di pusat dokumentasi EPRD, KPM di Putrajaya serta ke Perpustakaan Negara.

Rakan2 boleh melawati laman web ini http://pkukmweb.ukm.my/~pps/.
Maklumat lain saya letakkan dalam Yahoo Groups kumpulan kita.

Kepada rakan2, sila respon jika ada yang berminat kerana kita boleh buat group di sini.

Terima kasih.

10 comments:

Anonymous said...

aku lom nampak jalan la faris utk buat master, isteri tak bape sokong, mmg aku pernah jugak terniat utk sambung lagi belajar....

Anonymous said...

Salam rakan2.

Saya pun setuju dgn Faris...hrp2 ada yang berminat ke UKM. Lagi pun UPSI tu ada semacamla.....nanti mcm2 lagi perkara berupa cabaran & rintangan yg terpaksa kt tempuhi.

Tapi mcm Usop jugak saya masih tak pasti boleh sambung lagi ke tidak.....mcm dah terdaya aje nampaknya. Agaknya sbb dah menjangakau ke usia 50 th ni lain mcm aje....tp Pak Ya dah 51 masih seteady dapat baby lagi...entah2 ada lagi kot tahun ni.

Kawan2 lain amacam.....ada hajat nak bergelumang lagi. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biarlah basah.Huh...semanagt...

17 Jan (Sabtu) sek saya berpakat dgn 2 sek jiran + guru2 sek swasta ( APIIT Smart School di Jln Lapangan Terbang Subang Lama-guna Dewan Audi sek tu) buat prog pkembangan staf jemput En ShashimShah bin Harun, Peg Khas Timb Ment Pelajaran mengupas perihal Etika Perguruan dan Isu-isu Keguruan dan hal ehwal kependidikan kini; seorg lagi peg JPN (Ketua Unit Pencegahan Dadah) serta taklimat pegawai Yapim berkenaan amal ikhtiar Jariah.Sasaran guru lebih kurang 400 org. 31 Jan (sabtu) pulak mesy agung PIBG sek- saya jemput Yg Bhg Prof Madya Datuk Hj Ali bin Hassan Presd Majlis Pemuafakatan PIBG Nasional merasmi-mudah2an parens sek tu ok dan akan bantu sumbang kat sek almaklum GBnya baru.....Lagi pun jk cepat mohon kelulusan kutipan bayaran2 tambahan-PPD akan beri kelulusan cepat seterusnya sek bolehlah berbelanja....jk tidak nak tunggu Jun nanti haai alamat banyak sangatlah hal2 yh sukar nak diuruskan. Sek rkn2 ok la kot ya......apa pun kt cubalah yg terbaik. InsyaAllah ada hikmahnya........

Ok rkn2. Jumpa lagi terima kasih........

Anonymous said...

Mengenai bayaran tambahan yg perlu kelulusan dlm mesyuarat agung PIBG tu hanya boleh dikutip selepas pertengahan tahun. Dlm taklimat tempoh hari ada seorang GB bertanya "kalau mesyuarat dibuat awal, boleh ke lepas tu bayaran dikutip?" PPD tanya balik, "awak sanggup ke tukar apa2 yg telah dinyatakan dlm SPI itu, saya tak berani..." So kami di sini tak berani ler nak kutip bayaran sebelum pertengahan tahun!

Anonymous said...

Kawan-kawan,
Sekolah saya akan mengadakan mesyuarat agung pada 7 Februari akan datang.
Sememangnya pungutan yuran dan bayaran lain yang dipersetujui dalam mesyuarat agung boleh dipungut pada bulan Jun. Selepas pemilihan UMNO. Tak mahu timbul isu-isu pendidikan.

Anonymous said...

Salam.

InsyaAllah akan ditanyakan kpd Peg Khas Timb Ment Pelajaranketika prog perkembangan staf sek saya nanti
(17 Jan-sabtu)-di Sgor para PPD minta sek-sek rancang pelaksaan mesy agung PIBG secepat mungkin utk mbolehkn pmohonan kelulusan dpt diserah kpd pihak PPD-dinyatakn atas restu Pengarah JPN jk boleh mereka akan cuba meluluskannya cepat....SPI kt kutipan dibuat di pertengahan tahun bermakna Jun.Projek khas UPSR misalnya tentu memerlukn sejumlah bayaran bg setiap org murid/parens-lepas Jun hanya ada 3 bulan dan exam.Atas rasional itulah agaknya mcm boleh surat kelulusan tu dikeluarkan oleh PPD/JPN tp mestilah berasaskn MOU pihak sek dgn PIBG flatformnya tentulah mesy agung. Jk ada rakan2 lain yg ada maklumat spt noi yg sering dpt maklumat drp JPNM tentu boleh komen....apapun jk mesy agung dah selesai dan dah dpt keputusan ttg cadangan bayaran2 tambahan bolehlah fokus kpd yg lain2 lagi. Skrg ni pun akt MSSD dah mula rancak berjln. Esok murid saya dah bermain Bola Jaring peringkat daerah ( 3 hari pesta sekali dgn sek menengah).....kan semua tu dah perlukn kos utk makan minum murid wakil sek, tambang atau minyak kereta guru hantar murid serta kos pengurusan pasukan sekolah.....insuran takaful RM1.50 dah kutip tp kena serah ke JPN akhir bulan ni.Sek rkn2 ok kot....sek saya pun nasib baik masih ada baki amuan kewangan th lepas tp jap lagi sapanlah tu-sikit sgt tak sampai 5% yg ditinggalkan........tk. Wassalam

Anonymous said...

aku skg kwn2 yg berhajat utk buat master. teruskan bagi yg mampu dlam segala aspek. jgn tunggu org lain. aku byk kangkangan(pinjam azid punya istilah. bab yuran ni juga memeningkan kepala gb saja. itulah dia nak jadi pemimpin tapi tak berani menghadapi kecaman (dalam kata lain penakut). ama hg kalau berhajat teruskanlah, teman si Faris tu. umur bkn faktor hlgn. tgk Pn Ramlah (kaunselor) dah siap PHDnya wp usia dah 56 th. bkn lamapun 2 th aje. hg tu pulak jaga sek tpt org elit2. kalau hg ada master org nak komplen, mereka akan pandang hg dari atas sampai bwh dulu. lainlah noi, backup dia kuat, sampai upsi pun boleh dia gegar. aku setakat gegar pokok sawit di felda ni bolehlah.

Anonymous said...

wei mpmn, kira kuat ler kau tu sampai pokok sawit pun boleh kau gegar! ke pokok sawit yg baru berusia setahun?

sapa lagi ek yg dah bersedia utk menyambung pengajian peringkat master?

Anonymous said...

ada le aku nuntut ilmu pategeni. takkan hg tak tau, sbb hg org jawa. disebalik kekuatan tu ada bantuan jin.

Anonymous said...

tahu jugak ler aku sikit2 ttg pategeni tu... arwah abang dan kekawannya masa muda2 dulu penah nak cabut pokok duku yg besarnya hampir 2 pemeluk. banyak pantang larangnya tu, antaranya; takleh lalu bawah ampaian dan takleh langkah parit sempadan.... toksah ler terfikir nak ngamal ilmu yg pelik2 mcm tu....!

FIRZA KAIN PASANG said...

salam guys....saya bersetuju...sy pun plan nak smbung kat ukm tapi still planning...try nak cuba environmnet baru...sementara masih muda, y not try...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites