Wednesday, January 14, 2009

Berita Terkini Keputusan, Kelulusan Senat & Konvokesyen

Rakan2,
Saya dihubungi oleh Dr Zul dan En. Hasrey pada pukul 3.55 petang tadi dan dimaklumkan bahawa masalah dan kemelut yang kita hadapi telah diselesaikan oleh FPE dan Bahagian Akademik.

Diantara sebab/faktor/alasan yang diberi ialah :

1. Berlaku kesilapan teknikal dan communication break down antara FPE dengan Bahagian Akademik.

2. Penyelaras kita telah membuat pindaan-pindaan tertentu dalam sistem komputer untuk kumpulan kita sehingga tercatat paper Negotiation kita tak duduki dan Bahagian Akademik telah menyalahkan FPE.

3. Tiada follow-up dari FPE kerana mereka menganggap semua perkara telah selesai dan Bahagian Akademik tidak memaklumkan kepada FPE (mungkin Bhg Akademik tidak mengetahui kita mempunyai 2 kumpulan). Jika kita tidak membangkitkan isu ini, pastinya memang kita tercicir dan tidak akan konvo pada bulan Mac 2009 nanti.

4. Pertukaran penyelaras mungkin merupakan faktor tragedi ini berlaku.

Bahagian Akademik dah berjanji akan mengepos result terbaru, surat kelulusan senat dan surat konvokesyen secara serentak sebelum akhir bulan ini.

Cuma ada satu perkara yang melibatkan salah seorang rakan kita iaitu Kharen@Simah kerana result dia masih tercatat TG (Tiada Gred) di Bahagian Akademik dan jika beliau terbaca blog ini, sila respon kepada En Hasrey di talian 0173017081 atau 05-4506294. Jika gagal berbuat demikian, mungkin beliau tidak akan dapat konvo dengan kita. Saya telahpun cuba menghubungi beliau melalui nombor telefon yang diberi tetapi dijawab oleh orang lain. PERINGATAN KEPADA RAKAN2, JIKA TUKAR NO TELEFON SILA MAKLUMKAN KEPADA RAKAN2 LAIN ATAU MELALUI BLOG INI SUPAYA DAPAT DIHUBUNGI.

Kepada salah seorang rakan kita yang disebut nama oleh En Hasrey kerana gagal Projek 3, sila hubungi UPSI dengan kadar segera bagi menyelesaikan kemelut ini kerana jangan mengharapkan orang lain untuk menyelesaikannya kerana pihak UPSI memerlukan dokumen2 sokongan dan menurut FPE, tidak mustahil rakan kita ini akan dapat konvo bersama kita pada bulan Mac ini jika tindakan drastik dilakukan oleh beliau.

Itu sahaja setakat ini berita terkini untuk rakan2. Kepada mereka yang sama2 berusaha untuk menyelesaikan masalah ini diucapkan terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

Saya dah hubungi Simah tentang result dia tu.Dan dia janji akan telefon En Hasrey esok.

No Tel Simah ialah 0145508772

Anonymous said...

Terima kasih kepada Faris dan semua yang terlibat yang berusaha menyelesaikan masalah kumpulan kita.Semoga jumpa di konvo nanti.

Anonymous said...

Saya pun nak rakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yg telah berusaha utk menyelesaikan masalah tersebut.

Terima kasih daun keladi, jumpa nanti di upsi!

Anonymous said...

Rakan2, kalau hingga akhir Januari ini masih tak terima berita dan surat2 tu, sila maklumkan kepada ahli kumpulan kita.

Anonymous said...

Berita terkini juga.
Kawan kita Azam telah dimasukkan ke hospital Ipoh,semalam dan ada di wad sekarang untuk menunggu bagi pembedahan.Ada ketumbuhan di ususnya. Saya doakan dia juga cepat sembuh.
Masih teringat lagi gelagatnya di kelas yang sering buat kita ketawa.

Anonymous said...

tahniah dan tk pada kwn2 yg bekerja keras utk menyelesaikan kemelut yg dihadapi oleh kump. kita. moga usaha yg kalian usahakan dibalas oleh Allah dgn kebaikan.

Anonymous said...

TQ Faris & others, for all de effort been done to make sure we could attend de convo in March. Tadi Chia baru SMS saya dan tanya tentang result. Rupa-rupanya dia belum terima result lagi. Suruh dia contact En Hasrey, betulkah?

Anonymous said...

Betul tu Lee, suruh Chia hubungi En. Hasrey. No telefon ada pada blog ini. May be alamat dia dalam database UPSI tak betul.

Anonymous said...

aku rasa kump kita ni kena ucap tk pada kelana kerana dia yg membuka cerita cgpa yg tak cukup dan juga surat pengesahan. kalau dia buat tak tahu, meranalah kump kita. kelana aku ucpkan tk atas keprihatinan anda terhdp kwn2. aku hrp hg dpt twrn dg34 sebelum ke 41. pd penilaian aku hg sgt lyk berada di tempat tersebut. tk sekali lagi dan tk pd faris, noi dll yg menguruskan kemelut yg dihadapi.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites