Wednesday, January 14, 2009

Penghulu Tak Sihat

Salam rakan2,

Penghulu kita (Sabri) telah dimasukkan ke hospital Kemaman sejak dua hari lalu kerana lemah jantung. Menurut cerita yang disampaikan kepada saya, beliau merasa sukar bernafas dan badan berpeluh2. Apabila ke hospital, terus ditahan dan pemeriksaan awal menyatakan kemungkinan kena penyakit lemah jantung. Buat masa sekarang rawatan lanjut belum dilakukan kerana doktor meminta beliau berehat sepenuhnya di hospital.

Kepada rakan sekalian jika ada kelapangan masa tu, telefonlah Sabri untuk bertanya khabar dan memberi sokongan moral. Disamping itu sama2lah kita berdoa semoga beliau sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tn.Hj Sabri.
Saya doakan semoga U cepat sembuh dan banyakkan bersabar.Ini semua dugaan Allah kepada kita.Umur meningkat ,penyakit mudah datang jika tak jaga kesihatan dan pemakanan kita.Jangan selalu tension.Releks dan selalulah baca Al-Quran untuk ketenangan hati.
Kepada kawan2 semua ,jaga kesihatan kita.Semoga semuanya sihat2.

Anonymous said...

semoga cepat sembuh tuan hj ...relaks. jgn fikir sgt pasal result tu....

Anonymous said...

Assalamualaikum Tn Hj Sabri,
Semoga sentiasa sabar menerima dugaan dariNya ,banyakkan berihat.
Doa saya semoga you cepat sembuh..

kembara kelana said...

semoga cepat sembuh sabri...kuat kan semangat

usop rompin

Anonymous said...

aku percaya hj sabri tak baca blog buat masa ni kerana dia sedang berada di wad. cuma aku nasihatkan kwn2, kita kena cek taraf kesihatan kita selalu. lebih2 lagi kalau ada tanda2 ganjil yg timbul.
cth kalau selalu sakit dada dll. hjg th lepas kwn aku baru meninggal dunia kerana sakit jantung. dia selalu sakit dada tp tak mahu cek di hospital. sedih aku tengok dia kerana anak ada yg msh kecil. itulah kehidupan. pd hj sabri aku doakan hj cepat sembuh dan serahlah segalanya pd yg memiliki diri kita.

Anonymous said...

mpmn,
jgn kesian aje,masa ni la ekau kena bantu anak2 dan juga isterinya.apa mcm kalau ambil jadi isteri angkat ke ? ikutlah sunnah nabi tu, dapat pahala juga.

Anonymous said...

wei paklang,
aku cdg nak buat begitu juga tp aku dah hitung keupayaan diri aku, maka aku tergolong dlm glgn org yg tidak mampu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites