Saturday, January 10, 2009

Isu-isu Semasa dan Keperihatinan

Salam kepada semua rakan2,

Petang tadi saya berkesempatan berbincang dan berbual panjang dengan Yusof Rompin kerana meraikannya dengan makan Satay Kajang bersama keluarganya. Almaklum kerana lama tak jumpa dan sambil membincangkan tentang isu tamat belajar dan result kumpulan kita.

Ada beberapa isu semasa yang perlu rakan2 beri PERHATIAN. Isunya adalah seperti berikut :

1. Sila semak jumlah kredit lulus. Ia sepatutnya 86 kredit dan bukannya 83. Sila jumlahkan nilai kredit setiap kursus (dari result fasa 1-8) dan bahagikan dengan 86. Itulah PNGK sebenar. Jika tak sama dengan result semester akhir yang baru diterima, ada masalah dengan result rakan2.

2. Sepatutnya keputusan yang tertera ialah telah menamatkan pengajian seperti yang diterima oleh kumpulan A dan bukannya dibenarkan meneruskan pengajian seperti yang kita semua terima.

3. Kita perlu menerima surat penamatan pengajian yang diluluskan Senat. Sehingga sekarang masih belum terima.

Jika rakan2 menghadapi masalah tersebut, sila maklumkan kepada saya atau penghulu bagi kita kemukakan masalah ini kepada pihak UPSI. Kalau boleh semua rakan2 turut menghubungi penyelaras kita (Dr. Kamarudin) atau Ketua Jabatan (Dr Khuan)atau Timbalan Dekan (Dr. Che Mohd Zulkifli) atau Dekan (Dr. Norlia) bagi menyedarkan bahawa terdapat banyak masalah kepada kumpulan kita.

KEPERIHATINAN rakan2 amat dialu-alukan kerana jika ia tidak diselesaikan segera maka kemungkinan besar kita tidak konvo bersama2 dengan kumpulan A pada bulan Mac ini. Pihak UPSI tidak melaksanakan tugasnya dengan sempurna dan kita perlu memaklumkan perkara ini segera.

Terima kasih kepada rakan2 yang perihatin.

20 comments:

Anonymous said...

Salam & Selamat sejahtera......

Terima kasih kpd Sdr Faris dan Yusof Rompin atas maklumat yg diberikan. Harap2nya pihak UPSI terutama Pensyarah Prog kita dpt mengatasi masalah kita ini. Nampaknya mereka terlepas pandang bhw kita terdiri dua kump-ini mungkin disbbkn ketiadaan En Khalip yg belajar ke US 3 bulan - lps tu peny prog dah tukar org.......insya-Allah saya cuba hubungi En Khalip jk dia ada di UPSI atau tel Dr Norlia/Dr Che Zul. Cuma mohon Penghulu kt follow-up - khuatir juga al-maklum saje kt yg tak berkaitan sgt ni nanti didakwa menyibuk-nyibuk pulak atau lain2 lagilah yg brunsur negatif......lantas wujud konflik gitu. Jk menjelang 20 Januari tiada juga tanda2 akan selesai wajar wakil kump kita ke UPSI berjumpa peny prog atau pihak Fakulti FPE atau ok ke jk kita maklumkn kpd Prof Madya Dr Omar misalnya. Agak sukar juga kita menghadapi cabaran & rintangan se begini ye kwn2, mudah2an Allah permudahkan hajat kita. Sila rkn2 respon apa yg terdaya berkaitan kempen membantah Israel & mbantu sdr2 kt di Plastine.... tk. Wslm

yusofsipan said...

Aku dah check dah, dlm slip result yg sebelum ini tercatat jumlah 67 kredit dan kalau dicampur dgn jumlah kredit dlm slip yg terakhir ni iaitu 19 maka sepatutnya jadi 86 ler, macam mana boleh jadi 83 pulak??? Tersilap ler tu, memang kena beritahu ke upsi tu!. Kekawan yg berdekatan, molek sgt ler kalau dpt membantu. Aku sendiri, esok akan telefon bahagian akademik.

Anonymous said...

aku ingat mrk dah terlupe ada satu lagi kumpulan kita yg belajar kat sini... terlepas pandang. tak ada checklist ye...kena buat sesuatu tu....

Anonymous said...

kalau macam tu ramai lah kita dapat first class apabila dicampur markah yg tertinggal tu. yg dapat pointer 3.6 keatas tu boleh lah berangan2 dari sekarang. apala upsi ni,kump kita dilayan mcm tu.

Anonymous said...

kira punya kira jika dibahagi dengan 86 aku rasa boleh dapat 3.63

Anonymous said...

sop kau sibuk sangat ni apahal, dah dapat 3.63 tu okle tu.jangan marah ye?

Anonymous said...

yeh,,yeh..aku anytime kalau suruh belajar aku nak datang..2 minggupun jadile..hehehehehh..bagi menampung yg tak cukup tu

Anonymous said...

Azam,
Kalau pergi lagi ke UPSI tu, biorlah pergi buat master dan bukannya pergi nak repeat paper. Anak kau sendiri pun nanti gelakkan kau. Apalah bapak aku ni, mengaji pun tak pandai2 lagi..... he he he.... sorry Azam, gurau aje. Sakit2 kau tu dah sembuh ke?

Anonymous said...

Salam rakan2. Alhamdulillah tadi saya dpt bercakap dgn Dr Norliah Dekan FPE-dia kt tak de pulak mana2 Ketua Jab maklum kat dia fasal kump kt ni....tp dia sendiri akan take action seblm 20 Jan. Dia akui jk senarai nama ahli kump kt (53 org) tak dibawa dlm mesy sanet UPSI kt tak kan konvo Mac nanti. Dia juga akui kemungkinan setelah En Khalip digantikan dgn Dr Kamaruddin sebg Peny Prog PPGB-perkara ini terjadi.
Begitu juga Sdr Faris telah dpt bercakap dgn Dr Che Zulk Timb Dekan FPE-nadanya sama dgn Dr Norliah.....malah dia sempat berpesan jgn risau insyaAllah kita akan konvo sekali dengan kump A Mac nanti. Doa2lah rkn2 semoga segala rintangan & halangan akan dpt dihurai lantas tercapailah hajat kita semua. Satu hal lagi saya rasalah Bhg Akademik mcm tak Ngam ajedgn FPE tu....almaklum prog2 di bawah pengurusan FPE merupakan extra income para pensyarahnya. Cuba tanyakn sdr Din kita dia pernah dikhabarkn begitu oleh para warden (Pengetua) di Zaaba atau KAB, Proton City tu......begitulah Universitikan.
Saya rasa saya pun agak berminat ke UKM utk sambung sarjana tu...agak seriklah di UPSI takut2 ada lagi hal2 kurang baik yg terpaksa kt tempuhi-sementelah umur kt dah semakin lanjut ni-takut kt pulak yang tumbang...mana nak fikir hal sek, family, tekanan oleh PPD/JPN/KPM dan akhir2 ni parens melalui PIBG pun boleh tahan bahangnya....Sabar ajelah. Ok lah kekwn adius......tk

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih Aziz kerana maklumat tersebut. Insya-Allah jika Dr Zul ada telefon saya esok akan saya maklumkan kepada rakan2 sekalian.
Syabas Aziz kerana berminat untuk ke UKM. Bolehlah join dengan aku. Aku juga sedang ajak rakan2 kita yang lain untuk turut bersama.
Sabri, kau macam mana? Nak join di UKM ke atau tidak? Agak sesuai kerana rumah mertua kau pun di Bangi.
Mahani Rahim pun macam mana? Kata nak sambung juga. Jomlah join di UKM. Hari2 kau boleh ke KL.
Kak Pah, jom juga join di UKM. Senang naik public transport dari Kota Bharu terus ke KL atau terus ke Hentian Kajang (lagi dekat dgn UKM).
Kos yuran pun sekitar RM7000 saja iaitu sem 1 RM1850 dan sem seterusnya RM1600. Rakan2 yang lain, jomlah.......

Anonymous said...

Salam rakan2,
Lebih kurang pukul 9.30 pagi tadi Dr. Che Mohd Zulkifli telah menelefon saya dan telah meminta seseorang bercakap dengan saya tentang isu dan masalah yang kita hadapi.
Saya telah menjelaskan 3 perkara kepada orang tersebut (yang tidak mahu memberikan nama penuhnya) iaitu :
1. Mengapa pada slip terakhir kita tidak menyatakan telah tamat pengajian manakala kumpulan A tulis tamat pengajian. Seterusnya telah menerima surat senat.
2. Mengapa jumlah kredit lulus kita 83 manakala kumpulan A 86.
3. Mengapa jumlah kredit 83 dan dikatakan kita tidak menduduki kursus Negotiation.
Saya meminta mereka memberi penjelasan tentang perkara-perkara ini dan Dr Zul telah meminta orang tersebut menghubungi saya setelah siasatan selesai.
Dr Zul juga memberi jaminan kepada kita bahawa kita akan tetap konvo pada bulan Mac nanti. Harap2 begitulah dan tiada aral yang melintang.
Itu makluman terkini yang dapat saya sampaikan bagi hari ini (13/1/09)

Anonymous said...

Hai ..kawan2,

Saya telah menggunakan banyak saluran untuk menyelesaikan masalah group kita ni.
Alhamdulillah, insyaallah dalam masa terdekat kita akan menerima surat yang diperlukan. Guna orang dalam!

Masalah Zul,(dia ke yang ada masalah?) tolong telefon saya dengan segera! 012-3980403 Norishah.
Kesihan kawan kita.

Anonymous said...

Saya rasa terharu dengan keperihatinan oleh sahabat kita Noi tentang masalah yang kita hadapi semua.Kita berharap masalah kita dan member yang satu tu( tak tahu siapa)akan selesai. Ke gunung sama di daki ke laut sama diharungi.Masa susah kita sama bersusah,masa senang sama kita bersenang.

Anonymous said...

Kawan-kawan,
Berita terkini yang saya perolehi ialah surat tamat pengajian dan slip peperiksaan yang betul dan terkini akan dikeluarkan semula pada 20 Januari ini setelah senat bersidang semula.
Berdoalah...
Masalah kawan kita yang dikatakan tak dapat konvo sama kita, tolong tampil segera kerana saya diberi jalan untuk menyelesaikan masalah itu sebelum senat bersidang.

Telefon saya segera!

Anonymous said...

Tahniah noi.Lega rasanya.Kepada member yang berkenaan bolehlah hubungi noi dgn segera.kita convo sama yo.Dapatkan tarikh konvo supaya kita lebih bersedia lebih awal terutama kawan2 dari Sarawak dan Sabah. boleh Tempah flight

Anonymous said...

Salam % Slmt sejahtera.

Terima kasih dan syabas kpd Hjh Noi...atas usaha anda dan 'org dlm' tu.....mudah2an kita semua konvo Mac nanti dan kpd sdr kt yg dimaksudkn sila berhubung dgn noi utk diuruskn masalah tersebut supaya tiada sesiapa antara kt tercicir atau konvo dgn geng kohort lain pulak. Saya yakin noi & 'org dlm' dapat bantu......Wbgmanapun kt tunggulah surat tauliah & perakuan tamat pengajian drp UPSI lantas boleh dikemukakan kpd pihak JPA & SPP serta utk kt mohon lantikan ke DG41. Kpd noris tk atas info berkaitan PTK bg geng DG38-kami di Sgor belum ada apa2 maklumat lagi. Faris.....jk nanti dah nak submit permohonan ke UKM tlg maklum dan ajak saya sekali ya mungkin saya akan ikut.....tk. Amacam rkn2 lain jomlah, cuma di UKM tu kt semua tak kenallah pensyarah2nya. Ok jumpa lagi. TK

Anonymous said...

TQ to all yg amat perihatin dlm menangani kemelut masalah yg kita hadapi ni.Moga semuanya dapat diselesaikan dan hajat kita untuk berkonvo bersama2 kelak tercapai. Amin...

Anonymous said...

aku dah geram ni dgn masalah yg melanda kump. kita ni. kalau tak setle 20 jan ni, aku nak tulis dlm akhbar atau msk tv terus. aku kontek saudara aku di bhgn penerangan. amacam kwn2? alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Anonymous said...

Semalam noi telefon saya untuk dapatkan no.HP kawan kita yang ada masalah projeknya tu.Terima kasih kepada azam dan Pak Ya yang dapat bantu.Pak ya memang dah tengok slip keputusannya memang ditulis gagal pada Projek 3.Tapi saya harap noi dapat bantu.sebab dia ada orang dalam di UPSI.Kita cuba tolong kawan2 yang ada masalah.Ketawa dan sedih bersama.emzex mana kamu?Kenapa kamu diam saja.Timbullah. dah lama tak dengar cerita kamu....

Anonymous said...

wei mpmn, kau jgn ler nak geram tak tentu pasal.... tapi kalau dah tak boleh tahan, kau buat jer la apa2 yg kau suka.... kalau kau boleh pergi mengamuk bawak parang panjang dan pakai selempang merah di upsi lagi bagus....hehehe, baru ler kira sampai lengan pekasam yg kau seluk tu!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites