Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan 2009

Salam kepada rakan2,

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu sudahpun bermula pada hari semalam. Pastinya hari pertama telah dapat memberikan gambaran tentang perjalanan sekolah dan aspek pengurusan kita. Walau apapun keadaan hari pertama, kita perlu tabah kerana ada diantara kita menghadapi dugaan dan cabaran seperti bertukar sekolah, murid baru masuk, guru kurang dan pelbagai lagi. Itulah asam garam dalam kehidupan pekerjaan kita. Tapi kita semua boleh melakukannya kerana kita semua bersemangat waja, berketrampilan dan berkebolehan setelah menerima latihan demi latihan dan menempuh banyak pengalaman. Apa yang penting ialah konsep perkongsian terutamanya perkongsian pintar sesama kita bagi menyelesaikan atau mendapatkan segala maklumat yang tidak diketahui.

Selamat menempuh persekolahan tahun 2009 kepada semua rakan2 dan semoga dapat mengurus sekolah dengan terbaik.

Terima kasih.

14 comments:

Anonymous said...

Hari pertama sekolah ingatkan boleh jalan lancar.arahan JPM seorang guru naik pangkat jadi GPK koku sekolah lain.Guru opsyen B.Ing pula tu mulai hari ni.Guru tersebut lapor diri di sek.baru.Jadual kena rombak sebab tak dapat guru ganti.Dugaan jadi GB.kena hadapi semua dengan sabar tapi tegas.Apa nak kata ,JPM saya melarang GB Bercuti dari Jan hingga Mac.Hai macam2 cerita hari pertama.Usop,emzex,mpmn,ita dan lain2 ceritalah......lama dah tak dengar ita cerita.

Anonymous said...

Noris, seorang aje tak ada masalah sangat. Saya mengalami 4 orang guru yang tak mendaftar. Agaknya pakai kabel sebesar peha minta tukar ke sekolah lain agaknya. Itulah di Selangor, semuanya kroni dan berkabel. Kalau kita orang luar dan mendatang, alamat tak merasalah. Jadual waktu totally kena rombak semula. Maybe dalam minggu kedua baru dapat cukup guru. For the time being, terpaksa buat jadual ganti.
Itulah cabaran2 awal tahun ni. Yang di Melaka pandai2 tak bagi GB cuti sampai bulan Mac tu pakai pekeliling mana?????? Itulah orang pendidikan kalau dah pandai sangat sampai diperlekeh oleh orang PTD. Banyak syarat2 yang tak ada telah diada-adakan. Begitu juga dengan kenaikan pangkat dan lain2. Terlampau cerdik sangat sampai buat peraturan sendiri. Sabar.... itulah cabarannya.
TK.

Anonymous said...

noris, aku cerita dah kat blog aku mengenai hari pertama tu, datang ler jengah dan beri komen...

faris, biasa ler jadual waktu kena rombak dua tiga kali sebelum betul2 jadi mantap...

Sekolah aku diminta tubuhkan Kelas pendidikan khas pada tahun ini, muridnya belum ada tapi gurunya dah masuk seorang. Masalahnya tidak ada kelas yang sesuai, akhirnya terpaksa gunakan bilik operasi spbt yang luasnya hanya 2 bay, buat sementara boleh laa...

Anonymous said...

Salam semua.
Terpanggil utk berkongsi cerita bila nama I diseru oleh noris. Rindu kat senyuman di bawah redupan mata cantik awak tu.
Memang I agak lama tak menulis...namun I selalu masuk meneroka setiap pelusuk blog ni tau. Kadang tu kepenatan badan, kelesuan minda ditambah hati yg tidak tenteram menjadikan I very selective dalam menggunakan masa terluang. Dalam kesibukan mengurus sekolah diminggu akhir sebelum sekolah dibuka, mak i kritikal dan dimasukkan ke ICU smula...2 doktor pakar mengatakan its too serius dan kami perlu bersedia dgn segala kemungkinan. Mana berdebar dgn penantian result PMR anak, result UPSI dan persediaan masy/taklimat guru,orientasi murid baru,guru baru, pokok besar sekah dan menimpa rumah jQAF. Kadang2 rasa tak tertanggung kepala nak memikir semua itu.
Namun sahabat semua..dalam kepayahan I mengharungi semua itu dan dgn doa kalian (faris selalu mghubungi I bertanya khabar Mak I-TQ)... Alhamdulillah..maha besar Allah..I diberi kelapangan dan sekelumit kebahgiaan. Mak menunjukkan respon positif (dah boleh gerak kaki, mata dan mula nak bersuara), anak beroleh 8A 1B,rsult I sendiri ok, pemautauan hari pertama oleh penyelia PPD seawal 7.30am lancar dan 4 guru baru masuk cukup on time.
OK.. dah pjg I menulis, nanti kita crite lagi. C U all...Bye!

Anonymous said...

Ita,saya harap U tabah dan sabar hadapi segala dugaan Allah.Allah selalu menduga ketabahan hati kita untuk lihat keteguhan hati kita sebagai hambanya.Tentang kesihatan ibu,jagalah dia sehabis baik dengan penuh kesabaran.Saya sudah merasainya.Saya doakan U bahagia sekeluarga dan cemerlang dalam apa jua yang dilakukan.Saya tahu U seorang yang rajin dan sabar.
Saya rindu dengan fesyen kebaya U yang selalu cantik2 bila dipakai.

Anonymous said...

saling memuji ler pulak kau orang berdua ni ye... elok ler tu, jaga penampilan diri supaya kelihatan anggun, kalau dah mcm nenek kau tu, pakai baju cantik macam mana pun tak boleh nak nampak cantik lagi dah, dah kerepot... serupa atuk jugak! hehehe

ita, hadapi ler segalanya dengan hati yang cekal dan tabah... be strong!

Anonymous said...

Salam persaudaraan & Salam perpaduan.

Maaf rakan2....lama jugak saya tak masuk blog kita ni. Apa pun tahniah dan terima kasih kpd rakan2setia blog terutama buat Faris yg masih awet muda....ceria, cergas dan bersemangat waja. Maaf mcm ada sesuatu aje yg dibengangkan, betul sabar itulahkunci segalanya. Saya selalu guna,'sabar semakin subiur, tidak sabar boleh jadi masuk kubur'-murid & cgu2 agak tergamam.
Al-kisah kan saya dah dipindahkan ke sek baru....alhamdulillah nampaknya mcm ok aje tp tak taulah hrp2 segalanya berjalan lancar. Mesyuarat2 dah bermula sejak 22 Disember lagi....di akhiri dgn mesyuarat panitia m.pel pd 31 Hb dan 2 Januari. Transisi th 1 dah dijlnkn pd 15 Nov lagi dah susun pun krn sek baru ni buat ujian rankkn murid-muridnya ( ada 13 buah kelas setakat hr ini dah berjumlah 605 org murid Th 1). Jumaat 2 Jan tu juga sek tu buat majlis pemuafakatan ibubapa murid Th 6. Isnin hingga kini ok lah....cuma isnin tu sek menerima lawatan awal tahun persekolahan oleh 2 org peg PPD....ok lah nampaknya. Drp 132 org guru,2 org tertangkap belum buat apa2 di buku rekod mengajar dan seorg didapati melayan HP di bilik darjah. Guru Asas & guru PPKI cukup hanya guru j-Qaf dan PAI saje lagi perlukan 6 org masih belum melapor diri. Memang semacm sek ni....setakat ni saya sudah pun ditemui oleh 4 org Dato'- Datin parens.....yg lain tu berbagai l/belakang Prof, Dr, Lawyer dll yg status profesional terasa kt ni amat kecil di kalangan mereka - alhamdulillah kuncinya adalah PR gb berurusan dgn mereka tu nampaknya telah menyejukkan sedikit kepanasan sek itu....... Muridnya tadi saya fakskn ke PPD
peg Bhg pengurusan sek minta) dah berjumnlah 3337 org murid. Odit kewangan 06, 07 & mungkin 08 beeteguran. 09 hrp2 tanpa berteguran. Entah2 gbnya tak confirm.....seriau jugak.

Rkn2 ....Hjh Ita, noris, usop, faris, mpmn, emzek,eton, joni,azam,noi, lee, atuk dll Tahniah dan selamat urus diri & urus sekolah. Jaga kesihatan dan pemakanan.....sejahtera selalu.
Terima kasih. Wassalam.

Anonymous said...

Atuk ni mcm usup sipan jer... u ke tu?? Nape nak menyamar pula!

Anonymous said...

Hai, boleh tau siapa itu ama?Tahniah,telah ditukar ke sek baru. Imagine sek yg begitu besar nak diuruskan, tentu bukan senang, lagi nak layan org2 besar, PR gb mesti sgt baik, tapi I percaya you can do it! AMA Boleh!

Anonymous said...

Salam Sejahtera.....
Thanks Mdm Lee - i aziz md ali la member Sgor tau sek tu SK Subang Bestari ( berjiran taman perumahan rkn kt Pn Maznon Mat Sidin - dia tau serba sdkt perihal sek ni ). Apa boleh buat....saya cubalah yg terbaik terutama ilmu & penglaman yg diperolehi di IAB & UPSI khasnya drp kuliah & kerenah/pengalaman rkn2 kalian.

Tahniah ampaknya U lah wakil group kt yg dpt result 1st class upper. I tabik .....pngk saya hanya 3.49 aje. Syukur alhamdulillah janji kt boleh konvo Mac nanti. Bgmana ya ttg isu surat tauliah drp UPSI yg dibangkitkn oleh sdr Faris kita tu....hrp2 Tn Hj Sabri dpt konteks penyelaras prog Dr Kamaruddin atau Dr Kwan. Semoga tn haji seklrga sihat2 shj dan sejahtera selalu.
Sek baru saya tu- jumlah kelas 72 buah aliran perdana, aliran PPKI ada 8 buah. Kws sek tak besar -Lot parking kereta guru tak cukup....isu bayaran tambahan hrp2 PIBG ok...yg dulu ada masalah sikit. 31 Jan ni mesy agung-saya jemput Yg Bhg Prof Madya Datuk Hj Ali b Hassan Presd.Pemuafakatan PIBG Nasonal hadir beri ucapan & merasmikan majlis prasmian mesy agung. Hendaknya parens akan sokong gb baru ni & pihak sekolah. O key rkn2 adius.....Thanks

Anonymous said...

hari pertama pegawai dari ppd datang,,lain semua ok tapi komen tentang kerusi murid,meja murid,kerusi guru dan meja guru..tak cantik,tak elok..sialan mereka,,tak tahu ke sekolah aku ni sekolah bantuan modal,,terpaksa mengemis ke sekolah sk yang lain kalau ada kerusi lebih,meja lebih..tu bukan kerja aku..bulan 10 aku dah mohon,mintak kerusi tambahan,meja tambahan,,sapapun tak peduli,,sebab sekolah aku bantuan modal..90% indian..so aku dah macam nak gila,,cikgu aku ramai yg gila..ada seoarang cikgu india ditukarkan ke sekolah ghandi kalasalai,,sebuah sekolah tamil..dia menangis siang dan malam dan malam tak mahu pergi..cikgu india,,di hantar ke sekolah tamilpun tak mahu pergi..tapi sapa tak salute aku,,cikgu melayu,,gurubesar sk tapi sekolah aku persis sekolah tamil..melayan kerenah pelajar dan yg paling pening melayan kerenah ibubapa..sapapun tak salut cikgu cikgu aku yang majoriti melayu,,mengajar bagai nak rak sehingga keputusan upsr meningkat saban tahun samada dari segi kualiti atau quantiti..balik balik bila datang kesekolah tak puas hati pasal meja cikgu tak elok,meja murid tak elok..nak elok hantar le bantuan,,hantarle peruntukan..mentang mentang le abang samy aku kalah,,kalau tak jaga le kome,,,hehehehapapun aku seronok disekolah ini,,pelajar india tapi guru guru aku berjaya menerapkan kesopanan dan kesusilaan macam orang melayu,,hormat guru,beri salamat pagi bile bertemu,,bersalam,,ehehehe,,manisnya dunia ni dan memang sengaja allah jadikan manusia ni beranika jenis supaya saling kenal mengenali kerana kita sebenarnya semua mahkluk tuhan yang lemah.rindu aku pada sekolah saban malam dan tidak sabar utk kesekolah bila paginya..sebab,,aku berazam akan membuat kejutan lagi pada tahun ini..sehingga segala unggas unggaspun kehairanan...hehehehh rozita,,jaga emak tu sebab tulah peluang utk masuk syurga..lagipun sebenarnya bukan senang nak masuk syurga..susah,,jagalah emak tu..aku ni yatim piatu dan mak mentua serta ayah mentua pula jauh..jika wang ringgit dapat mengembirakan meraka,,aku bagi saja wang ringgit..aku jenguk mereka sekali dalam setahun..rupa rupanya baru aku tahu bila sekali kita menjenguk atau menziarahi ibu,ayah alias mentua mentua kita..pahalanya sama dengan mengerjakan umrah..aduh besar pahalanya.

Anonymous said...

Helo Azam, Ama dan rakan semua.
Semoga kita diberikan kekuatan mental, fizikal dan spiritual dalam menggalas tugas sebagai pemimpin institusi sosial era melenium yg penuh dgn kerenah biokrasi dan permainan politik. Cabaran yg kita hadapi saban tahun memang menguji kebijaksanaan kita berdepan dgn pelbagai persoalan yg kadangkala boleh menghiris sayu hati kita kerana bagai berpaut pada dahan yg rapuh je. Masyarakat asyik mengintai kelemahan kita dan pegawai atasan spt juga mencari2 kesalahan saja.
But above all...hebat juga kita ni kerana kena sentiasa bersedia dgn jawapan, tindakan positif dan pro aktif.
Norish, Azam thanks 4 all d concern dan nasihat u regarding my mum. Actually this is my third round facing d situation kerana 15 dan 7 tahun lepas I telah melalui saat2 yg sama bilamana ibuayah yg membela i sakit tua dibawah jagaan i sendiri. Ni.. I baru balik menjenguk mak. setiap mlm atau petang I spend my hours with her.. bagi susu, ubat, alih2kan kedudukan badannya, salin pampers dan tunggu smpai mak lena. Kadang2 terus tidur kat sana. Hanya Allah yg tahu rahmatnya utk siapa...dah 2 bulan mak terlantar.Kami mengurus mak sebaik mungkin selagi boleh berbakti utknya. Terima kasih atas ingatan kalian.
K, dah mlm...hubby pun dah masuk bilik... Bye!

Anonymous said...

Hai kawan,
Saya nak betulkan kenyataan Noris tu.. Bukannya tak boleh cuti hingga MAC tapi hingga Januari sahaja. Bukan arahan JPN tapi KPM kata PPD, setelah mereka hadiri taklimat di Putrajaya pada 24 Disember lalu. Rasionalnya supaya semua guru dan GB berada di sekolah dan menjalankan P&P. Mesyuarat dan taklimat sepanjang Januari kemungkinan tidak ada di waktu pagi.Dikehendaki perjalanan persekolahan lancar dan teratur.
Ada guru kita yang tak boleh fikir. Minggu pertama dah nak mohon cuti. Patut ke? Nak pergi periksa perut la...
Mereka tak fikir tentang anak-anak yang ditinggalkan di sekolah.
Tapi tak tahulah di negeri lain.

Guru tak cukup tu biasalah. Pengalaman sering mengajar kita menjadi seorang yang matang untuk menghadapi cabaran. Pernah saya menghadapai 13 orang guru tak cukup. Jadual untuk minggu 1 dan 2 memang hanya untuk sementara. Jadual hingga sekarang saya yang buat. Sering tidur hingga jam 3 pagi bila buat data mentah untuk jadual waktu. Sekarang.... tidak menjadi masalah lagi.

Sejak buka sesi 2009 ni... dah tiga kali kami mengadakan gotong-royong menyiapkan bilik-bilik khas. Alhamdulillah setakat ini mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru.Tak tahulah dalam hati. Tuhan maha mengetahui.

Tahniah pada Ita dan rakan-rakan lain yang mendapat pointer yang tinggi.

Anonymous said...

ita, mcm mana pulak kau sangka yg atuk tu adalah aku? Aku, aku ler....

ama, tahniah kerana menjadi GB di sekolah yang 15 kali ganda lebih besar drp sekolah saya, selamat maju jaya, jgn selalu provok orang... hehe gurau jer

azamboy, pi rebus telur mentah masak utk sarapan nt tgh hari aku masak ler nasi.... hehe

noi, rajin benau kau buat jadual waktu, gpk 1 tak reti buat ker?? Jaga kesihatan, jgn tido lewat sangat, kalau terganggu kesihatan nanti, sapa yg susah....??
Noi dpt bape pointer?

Lately, aku pun selalu jugak tido lewat, my new baby taknak tido lagi wp dah tgh mlm, huhuhu...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites