Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Tuesday, May 31, 2011

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

24/05/2011 12:28pm


KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.


Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Saturday, May 21, 2011

Sabarlah cikgu

2011/05/21

TPM janji usul kenaikan gred guru akan diselesaikan

BALING: Keluhan kira-kira 400,000 guru yang mendakwa tercicir daripada kenaikan gred atau pangkat bermula 1 Januari tahun depan seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, sememangnya dalam perhatian Kementerian Pelajaran untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka bersabar kerana beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerima aduan, SMS dan tuntutan beberapa kesatuan guru yang mahukan kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu.
“Saya akan teruskan usaha berbincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah JPA yang akan memutuskan cara untuk me-menuhi tuntutan berkenaan.

“Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam.

Beliau berkata, guru terbabit tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih mempunyai masa enam bulan lagi untuk meneliti perkara itu sebelum ia berkuat kuasa Januari tahun depan.

Sebelum ini, beberapa kesatuan dalam perkhidmatan perguruan menyatakan kekecewaan mereka kerana enam tuntutan mereka tidak diberi perhatian, termasuk kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid (SKM).
Selain itu, mereka menuntut kerajaan mewujudkan jawatan baru gred DG40 iaitu gred tertinggi dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), selain memperluaskan gred DGA38 kepada semua guru besar dan pengelola kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) gagal dilaksanakan.

Mereka juga berharap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid, khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah diberi perhatian.

Muhyiddin berkata: "Kita masih ada masa enam bulan dan dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku... apa ada dalam fikiran Perdana Menteri pun saya tidak tahu tetapi yakin beliau tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi.

"Bersabarlah... kerana bila Perdana Menteri umum tarikh kuat kuasa 1 Januari 2012, kita ada masa dan saya harap bila sampai Januari nanti dia (Perdana Menteri) akan tokok sikitlah."

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran diarah mengkaji insentif dan pengiktirafan kepada guru yang menjadi pengurus pasukan dan pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan prestasi serta pencapaian atlet dan sukan di sekolah.

Beliau berkata pengiktirafan kepada guru terbabit adalah sama seperti yang diberi kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan.

“Guru terbabit juga perlu diberi pendedahan supaya kewujudan mereka sebagai pegawai kejohanan diterima di persada antarabangsa.

"Atlet yang berjaya dan mempunyai potensi tinggi dalam bidang sukan tertentu harus dilatih secara intensif sebelum menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa.

“Begitu juga dengan pegawai kejohanan, pendedahan harus diberi kepada mereka supaya kewujudan pegawai kejohanan ini diterima di peringkat antarabangsa seperti atlet," katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-53 2011 di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Wednesday, May 18, 2011

Iklan Kemasukan Program Pengajian Siswazah

Sila lawati laman web http://mysis.upsi.edu.my/postgrad/ untuk membuat permohonan Kemasukan Program Pengajian Siswazah bagi Semester I Sesi 2011/2012 secara online. Iklan ini bermula pada 16 Mei 2011 (Isnin) hingga 17 Jun 2011 (Jumaat).

Sebelum membuat permohonan sila dapatkan ID BITARA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM26.00.

Definisi Mod Sarjana akan dikenali sebagai :

Mod A = Tesis Sepenuhnya,

Mod B = Kerja Kursus Dan Disertasi; Dan

Mod C = Kerja Kursus Dan Projek.

Klik Iklan Kemasukan untuk rujukan dan maklumat lanjut. Sila klik Panduan Login bagi pengguna yang memohon secara atas talian menggunakan Mozilla Firefox.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-4505480/5482 atau 5511.

Monday, May 16, 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM

2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara



Salam rakan2,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan2 sepengajian dan tidak lupa juga kepada semua warga pendidik yang telah bertungkus lumus dan membangunkan modal insan. Percayalah setiap kerja buat kita hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Bersama-sama ini disertakan perutusan dan buku program untuk rujukan rakan2.

1. Buku Program Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

2. Perutusan YAB Menteri Pelajaran

3. Perutusan Y.Bhg. Dato' KPPM

Diharap ianya dapat membantu rakan2.

Terima kasih.

Saturday, May 7, 2011

Apakah Perbezaan http:// dengan https://

Salam rakan2,

Saya telah mendapat maklumat ini dari blog MyAdha dan ianya merupakan maklumat yang amat memberi faedah kepada pengetahuan kita. Walaupun saya telah mengetahuinya begitu lama, secara kebetulan ianya dinyatakan semula maka seeloknya ia dikongsi bersama sebagai peringatan kepada diri kita dalam segela urusan secara elektronik.

Perbezaan Antara http Dan https

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

S adalah singkatan daripada Secure. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa perbualan dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.

Sumber : http://carkeyinject.blogspot.com/2011/05/perbezaan-antara-http-dan-https.html

Thursday, May 5, 2011

Bahan kertas kerja perlu dibukukan

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/05/05

PESERTA Seminar Pengurusan Kewangan UMS di Taman Kinabalu Kundasang, Sabah.
PESERTA Seminar Pengurusan Kewangan UMS di Taman Kinabalu Kundasang, Sabah.
KERTAS kerja yang dibentangkan dalam seminar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanya memberi pengetahuan kepada peserta, sekiranya bahan ilmiah itu tidak diterbitkan dalam bentuk buku atau jurnal.

Sehubungan itu, pelajar masa kini perlu membudayakan gaya hidup membukukan kertas kerja yang dibentangkan sebagai rujukan siswa dan siswi akan datang.
Pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah, Rosland Taib, 36, berpendapat ilmu yang disampaikan penceramah hanya sia-sia jika tiada usaha untuk mengumpul dan menerbitkan bahan ceramah terbabit.
Katanya, tidak semua ilmu yang disampaikan boleh diperoleh dalam buku atau Internet, sebaliknya banyak fakta ilmiah berkenaan ialah hasil kajian dan pengalaman penceramah mengikut kepakaran mereka masing-masing.

Beliau berkata, menyedari hakikat itulah beliau bersama 35 rakan seperjuangannya mahu menerbitkan buku hasil dapatan pada Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan SPPS UMS di Taman Kinabalu Kundasang, Ranau, Sabah, baru-baru ini.

Cadangan membukukan kertas kerja yang dibentangkan pada sesuatu seminar itu dicadangkan pensyarah kanan SPPS UMS, Dr Shukri Zain ketika merasmikan seminar sehari berkenaan.

Beliau turut mengumumkan pihak UMS menyokong penuh komitmen kumpulan pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan UMS menganjurkan seminar yang bermanfaat itu.
Seminar berkenaan berjaya mendedahkan pelajar mengenai peranan, fungsi dan amalan organisasi pendidikan dalam pengurusan kewangan sekolah dan jabatan.

Rosland berkata, menguasai kemahiran mengurus kewangan sektor kerajaan ialah aspek yang sangat penting bagi kakitangan awam terutama yang terbabit secara langsung dengan amanah berkenaan.

Begitu juga di sekolah, setiap guru perlu mengetahui tatacara pengurusan kewangan bagi memudahkan sebarang aktiviti sekolah yang membabitkan tadbir urus perbelanjaan.

Dalam pada itu, Dr Shukri berkata, usaha murni kumpulan pelajar terbabit akan menjadi panduan kepada rakan mereka yang lain kerana ilmu bukan semata-mata diperoleh dari dalam bilik kuliah.

Katanya, ilmu juga boleh ditimba menerusi pengalaman mengurus program luar seperti mempraktikkan teori pengurusan yang dipelajari dalam bilik kuliah.

“Saya percaya seminar ini berupaya memantapkan pengetahuan pelajar untuk dijadikan pedoman ketika mereka menjalankan amanah mendidik di sekolah rendah atau menengah,” katanya.

Pengarah Taman Kinabalu Kundasang, Justinus Guntabid, berkata SPPS UMS turut mencipta sejarah sebagai institusi pendidikan yang pertama menjalankan program di situ sejak ia beroperasi pada 1994.

“Kami mengalu-alukan pensyarah dan pelajar UMS serta universiti lain untuk menjalankan kegiatan, kajian serta penyelidikan dan pembangunan di Taman Kinabalu Kundasang,” katanya

Wednesday, May 4, 2011

Blue Ocean Strategy @ Strategi Samudra Biru

Adakah rakan2 telah membaca buku ini? Jika belum, bolehlah membelinya di kedai-kedai buku berhampiran. Jika belum berkesempatan membeli, saya kongsikan maklumat tersebut.

Slik klik tajuk di bawah kerana ianya terdapat dalam blog saya.

STRATEGI SAMUDRA BIRU

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites