Tuesday, April 6, 2010

Double Standard - Perlantikan @ Penempatan

Salam rakan2,

Double standard yang dibangkitkan disini adalah berhubung dengan ketidak selarasan tindakan oleh BPSM dan juga JPN. Ada tindakan JPN yang membayangkan mereka telah mahir bekerja tetapi ada juga tindakan mereka yang menunjukkan mereka macam tak tahu nak bekerja. Dimanakah silap dan salahnya???

Rakan2 kita di Perak dan Pahang serta Sabah telahpun menerima surat perlantikan dari SPP dan juga surat arahan penempatan sebagai GB DG41 di sekolah yang sama berkuatkuasa 5 Oktober 2009. Ada kekeliruan sikit apabila saudara Anas di Sabah berkuatkuasa 2 Oktober 2009. Kenapa ada perbezaan tarikh? Nampak macam perkara kecil tetapi impaknya amat tinggi terutama melibatkan senioriti apabila nak dinaikkan pangkat ke gred DG44 nanti.

Contoh surat penempatan daripada Anas


Rakan2 kita di Melaka pula memaklumkan telah menerima salinan surat perlantikan dari SPP tetapi diminta untuk bertindak setelah menerima surat penempatan dalam tempoh 60 hari. Rakan2 kita di WP KL juga menyatakan sedemikian. Saya telah meminta saudara Aziz dan Rozita bertanya pula di JPN Selangor. Dimaklumkan perkara yang sama. Di negeri2 lain pula masih tak ada sebarang berita kerana masing2 mendiamkan diri sahaja dan tanpa ada niat untuk berkongsi maklumat atau mungkin hasrat dan cita2 telah tercapai.

Persoalannya adalah arahan dan tindakan yang tidak selaras antara JPN dengan JPN sendiri. Atau adakah tindakan yang diarahkan oleh BPSM tidak difahami oleh JPN. Atau tindakan JPN yang segera sebagai tindakan proaktif untuk membantu sesama rakan pendidik. Semua persoalan ini menunjukkan ketidak selarasan tindakan seperti yang dinyatakan sebentar tadi.

Mengapa terjadi perkara sedemikian???? Kalau setakat tindakan JPN itu lewat sedikit mungkin disebabkan kekangan kerja yang banyak tetapi jika ada jawapan JPN yang menyatakan perlu tunggu surat penempatan dari KPM sehingga tempoh masa 60 hari sedangkan di JPN lain surat penempatan hanya dikeluarkan oleh JPN sendiri, mana satukah tindakan yang betul????

Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Kharudin, Anas, Awal dan Rozita yang sentiasa memaklumkan perkembangan terkini melalui telefon kepada saya.

23 comments:

aisyah said...

salam. sejak saya dapat berita drp JPN Johor, yang mengatakan surat drp BPSM dah ada di JPN, dan pihak JPN suruh tunggu, saya pun tak bertanya lagi akan hal itu. saya tunggu-tunggu juga. faris, tk kerana mengingatkan saya petang tadi. malam ni - terperanjat juga akan berita yang faris sampaikan ni. apa-apa pun saya akan dapatkan penjelasan selanjutnya drp pegawai yang berkenaan esok. maaf faris; kerana tak sempat dapatkan info petang tadi - mesyuarat. tq

azamboy said...

Saya dah dapat surat tawaran dari SPP dan surat pertempatan dari JPN.berkuatkuasa 5 Okotober 2009.Kena buat pemeriksaan doktor...Tak apa ke kalu banyak penyakit?????.Thanks to Faris and Khairuddin kerana banyak membantu

azamboy said...

saya dah dapat surat dari JPN dan surat dari SPP semalam,6/04/2010.kena check doktor..tak apa ke kalau ada banyak penyakit????? Thanks to Faris and Khairuddin.

ybs said...

rakan2 yg dihormati,
sy mencadangkan sesiapa yg dah dpt surat tawaran perlantikan tu emailkan ler kpd faris supaya dpt dipaparkan di blog ini dan nt kita boleh buat perbandingan di antara negeri.

azamboy, tahniah! apakata surat ko tu ko emailkan kpd faris, sbg yg pertama yg mengambil tindakan sedemikian, tq.

setakat ade penyakit jer ok lg kot, berbanding kalau berpenyakit dan tidak berdaya lg utk bekeje....

jon said...

salam. untuk Terengganu saya dimaklumkan oleh JPN yg surat dah ada di jabatan cuma tunggu untuk diedarkan.dia pun tak tau tarikh akan diedarkan.tunggu pengarah katanya.surat saya hanya diposkan ke post box. so tunggu esok baru dapat tengok. kalau-kalau ada.

aisyah said...

salam. pagi ini, pihak JPN Johor beritahu bahawa surat perlantikan dan penempatan akan diedarkan.tahniah kepada rakan-rakan yang sudah mendapatkannya. tq

noris said...

Saya tanya isteri Pengarah JPN saya ,dia kata surat penempatan tu JPN yang keluarkan. Dia kata tunggu aje. So macamana ye..
Sabor aje lah tunggu........

kharuddin said...

Teman baru telefon SPP, dia kata tawaran Perlantikan DG 41 dari SPP mulai 30hb November 2009 kena medical check up pulak. Naya betul! Nasib Kita le weh. Byk le sabo kekawan.

zalila said...

asalamualaikum, mamai baru je telefon jpn p.pinang tentang ni,mula2 tel unit perjawatan cakap dgn cc, dia kata unit naik pangkat. tel pula unit naik pangkat ckap dengan en abd hamid hassan- dia kata unit sek rendah. tel unit sek rendah cakap - satu surat apa pun jpn p.pinang belum terima.kta dia kalau dapt surat tawaran kena tunggu surat penempatan baru depa panggil tuan empunya diri p ambil sendiri. ini kedua2 surat belum terima .jadi ini nasib kami di penang. apa cerita.dia kta kalau terima dia akan tel.

azamboy said...

Chup..tak payah le sampai cam tu sebab telah faris pun dah faham, .Aneh betul, satu kementerian tapi punyai dasar yang berbeza....buat kawan2 kawan lain..sabor aje..insyallah akan dapt lah nanti

jon said...

sama samalah kita tunggu surat tu.nanti kita buat perbandingan tarikh ye..

zalila said...

ni la satu kementerian, macam2 tarikh macam2 hal.ni belum masok jpn g. apa ni, kata ptd hebat- hebat pe cam ni. tarikh beza2 apa mata depa bute ke.kalau kita silap boleh pecah anak telinga depa marah, maka turun lah berduyung2 pegawai jpn, ppd, nazir mai sek.konon kita tk reti buat kerja. tang depa....sekeh kepala baru tau. geramnya

ybs said...

lbh kurang jam 10.30 pg td aku amik surat tawaran pelantikan tetap di ppd. surat iringan drp jpn johor menyatakan bahawa bersama2 ini disertakan;
1. salinan surat tawaran....
2. dua salinan surat setuju terima tawaran
3. satu salinan surat akuan sumpah
4. jadual gaji baru
5. surat aku janji dan
6. borang tapisan keselamatan

takde pon surat penempatan, aduhai mcm mane bole jadi mcm ni? kena hubungi jpn ler pulak..... huhu

mpmn said...

aku dah terima surat pelantikan tadi. yg bestnya sekali dgn penempatan. Pahang semua mcm tu. tahniah kpd pengarah dan pegawai di jpn pahang. bgi kawan2 di negeri lain tu, sabor je lah n tabahkan hati. nak sangat cikgu degree.

aku rasa org penang punya surat dipegang oleh KM. Sebab hg tak sokong dia. Selangor pun gitu. Kedah pun gitu. kah..kah..kah..

mpmn said...

tak lupa aku nak merakamkan ucapan tk pd faris n yusup rompin yg sanggup memanjat bangunan spp utk bertanyakan perkembangan pelantikan kumpulan kita. tanpa usaha dia org belum tentu pelantikan kumpulan kita menemui jalan penyelesaian. tk gak pd member yg sanggup 'berdating' di telefon dgn cik rosaliza. sampaikan ada yg tak boleh bercakap tatkala mendengar suaranya.

faris, kalau aku turun di semenyih n jika ada kelapangan n ko sendiri free, boleh aku belanja cendul pulut di tepi billion. bkn di restoran ibrahim maju tu kerana tokeynya hindu. takut termakan benda yg haram.

Lee said...

Hujung tahun lalu, GPK Hem saya juga terima surat tawaran perlantikan dahulu dan surat penempatan pula dikirim kepadanya agaknya beberapa minggu kemudian. Adakah ini cara JPN Johor? Anyway I akan call JPN esok.
TQ to everybody who contributed de information in de blog, especially Faris yg dlm kesibukan belajar juga selalu beri info yg precious. Thousand thanks.

jon said...

tak selaraslah kalau macam tu ye...kat mana yg silap tu ye..

aisyah said...

salam. saya baru terima surat SPP drp JPN. tiada surat penempatan. JPN akan berhubung dengan bahagian pengurusan sekolah harian, KPM, berkaitan surat penempatan. JPN tidak akan keluarkan surat penempatan selagi tak dapat dari bahagian pengurusan sekolah harian KPM. mereka akan call saya tentang penempatan itu nanti bila dapat info. saya call BPSM; mereka sudah hantar ke bahagian sekolah KPM dan cadangkan saya call bahagian sekolah KPM berkaitan surat penempatan. saya belum call lagi. tindakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat penempatan. tq

kembara kelana said...

pembetulan :
wahai pirzan , bukan usop rompin ...usop temerloh sekarang ni...

macam macam kerenah birokrasi ris..aku ucapkan tahniah kepada JPN Pahang...dah kuar surat..harap johor one step a head...

terima kasih faris, atas segala pertolongan.

ybs said...

usof temerloh,
aku terasa mcm ko perli org johor bila ko kata, "harap johor one step a head..." huhu

ko sepatutnya balik johor sof utk sama2 merasakan iklim pendidikan di sini!!!

zalila said...

wahai mpmn memaang 110% aku tk sokong km- tapi tkn org kementerian khasnya jpn buat kerja camni. tadi kul 3 ptg aku ke jpn -ke unit sulit ambil surat perlantikan ke dga38 yang telah di uah tarikh dri 18 april 009 ke 1hb feb 2009. aku membuat rayuan mohon ubah tarikh sb raka2 ln dpt feb. silap aku juga htr ptk 2008 sedangkan 2006 aku dah dpt keptsn 3 dan 4.(keseluruhan 3) layak naik pangkat. proses 3 bulan cepat juga. ni yg 41 apa pn takda g.tanya juga tdi belum terima g.ntahlah surat tu pusing pulau dulu kut atau depa guna sampan duk kayuh tu lambat.geram sunguh

zorro said...

sombong ye ekau mpmn bera.....

tunggguuuuu aku zaaaaapppppp nanti..

Anonymous said...

salam. aku orang sarawak sampai hari ini(26.04.2010) belum juga ada surat berkenaan dengan penempatan. Masih tergantung juga perlantikan dengan SPP. Tak tahulah saya pegawai JPN sarawak kata tunggu surat dari bahagian sumber manusia KPM.Ini saya buat pala binggung. Sik tahu kame. Kenek tok nak ke JPN lagi....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites