Pertukaran dan Penempatan Guru

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 9:16 PM

0

Sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun 2010, pertukaran keluar dan masuk guru-guru akan dan telah berlaku. Begitu juga dengan penempatan guru-guru baru. Apa yang penting untuk kebajikan mereka ialah segala tuntutan perjalanan atau perpindahan perlu diselesaikan segera pada tahun 2009 juga kerana tiada peruntukan pada tahun 2010. Sebab itu penempatan dan pertukaran mereka berkuatkuasa pada 1 Disember.
Dalam menerima mereka di sekolah kita, apa yang pasti rakan2 rujuk kembali konsep pengurusan sumber manusia yang dipelajari sewaktu di UPSI yang melibatkan proses orientasi, sosialisasi dan seterusnya.
Selamat Merancang Bagi Tahun 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 8:51 AM

12



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2 walau dimana saja berada. Kepada mereka yang menjalankan ibadah korban, semoga semakin murah rezeki dan tergolong ke dalam mereka yang beramal soleh.

SPI Bil. 5/2009 - Bayaran Tambahan Persekolahan

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 11:52 PM

10

Rakan2,
Pihak KPM telahpun mengeluarkan pekeliling ikhtisas berkaitan perkara ini bagi sesi persekolahan tahun 2010. Mungkin kita masih belum menerima pekeliling ini, walau bagaimanapun rakan2 boleh download dari laman web KPM seperti dirangkaian hyperlink di bawah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 - Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan

Sekian, terima kasih.

Keputusan UPSR

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 9:38 AM

6

Salam rakan2,

Nampaknya debaran semakin kuat kerana kita semua sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR sekolah masing2. Bagaimana agaknya? Adakah akan berlaku peningkatan? Ataupun penurunan? Apa yang pasti kita telahpun melakukan pelbagai usaha ke arah kecemerlangan sekolah dan sekarang masanya kita berserah kepada takdir. Bagi mereka yang menerima pengiktirafan sebagai GB Cemerlang, ini merupakan satu cabaran yang paling hebat dalam usaha membuktikan kecemerlangan masing2 supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain. Debaran demi debaran akan tetap terus mendatang. Difahamkan keputusan tersebut akan diumumkan pada 19 Nov 2009 ataupun lebih awal tetapi yang pasti ianya pada minggu hadapan.
Kepada rakan2 yang berjaya meningkatkan kecemerlangan, tahniah diucapkan dan kepada yang gagal menunjukkan peningkatan, usaha lagi di tahun akan datang kerana penurunan keputusan bukan disebabkan kegagalan pengurusan kita tetapi mungkin disebabkan beberapa faktor lain yang boleh dikenalpasti setelah post-mortem.

Mengimbau Kisah Silam

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 7:29 PM

2

Saya baru sahaja balik dari Ipoh dan dikesempatan itu sempat bertemu Kharudin dan Hj Jamaluddin pada hari semalam. Bila dah berjumpa dan tambahan pula rakan serumah, macam2 citer keluar dan termasuklah nostalgia kisah lalu. Kharudin datang mengambil aku di hotel dan kami terus menuju ke rumah Hj Jamaluddin. Terkejut juga punyalah selesa rumah Hj ni. Yang seronok kami diberi buah rambutan di halaman rumahnya dan kerana terlalu banyak, terus bawa balik ke Kajang.
Selepas itu kami menuju ke bandar dan menikmati Mee Rebus Ramli di pekan Ipoh yang terkenal dan disebut2 ramai. Memang sedap juga mee rebus tu. Pertemuan kami tamat sebaik sahaja waktu maghrib dan aku pulang semula ke hotel. Walaupun seketika namun ia mengingatkan kembali kisah silam dan mengetahui berita semasa rakan2. Yang agak menyedihkan kerana aku tak berpeluang mengambil gambar kami semua kerana telefon aku rosak dan dah seminggu masuk bengkel dan belum siap dibaiki lagi.
Terima kasih kepada Kharudin dan Haji Jamaludin yang sudi menemui saya dan membawa saya ke tempat tertentu dalam tempoh masa singkat di sebelah petang. Terima kasih sahabat2 yang budiman.

Urusan Pemangkuan Guru Besar Pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dari gred DG41 ke Gred 44 Secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2009

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 4:59 PM

8

Salam rakan2,

Siaran bagi urusan pemangkuan ini telah pun keluar. Ini menunjukkan tanggapan dan khabar2 bahawa urusan pemangkuan ini secara one-off adalah tidak benar dan ia dilaksanakan secara berterusan.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat lanjut bolehlah klik hyperlink di bawah :

Surat Urusan Pemangkuan DG41 ke DG44 Untuk Guru Besar

Sekian, terima kasih.

Corat Coret, Geletek Sikit2.... Gelak Banyak2

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 9:04 AM

11

Nak letak entri apa ye? Kadang kala terasa buntu juga. Terlebih dahulu nak dimaklumkan bahawa rakan kita Rofidah sekarang tidak sihat. Minggu lepas sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di Crystal Crown, Port Klang, Ita dan Ton telah berkesempatan menemui saya dan sempatlah kami berbual seketika kerana hari dah agak lewat petang. Timbullah cerita Rofidah tak sihat dan sakitnya tidak berkait dengan sakit yang pertama dulu. Oleh itu sama2lah kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Rofidah.

Berbalik semula kepada tajuk entri kali ini. Pastinya semua sekolah kita sedang sibuk menjalani peperiksaan akhir tahun. Tambah mendebarkan lagi ialah apabila keputusan UPSR dah hampir nak keluar. Bagaimana agaknya prestasi tahun ini? Prestasi apabila kita sebagai GB telah mula berada di sekolah sepenuh masa setelah tamat belajar. Semoga semua rakan2 dapat melonjakkan prestasi UPSR sekolah masing2.

Bagaimana pula dengan persiapan untuk penutupan sekolah dan perancangan persediaan persekolahan tahun 2010? Tentu semua rakan2 telahpun mula merancang dan melaksanakannya.

Cuit2, coret apa yang patut, geletik jgn smpi terlebih krn nnti ada yang tersinggung dan gelaklah sepuas2nya. Entri caca marba untuk kali ini.

Terima kasih.

Koleksi Gambar Valarmathi Sewaktu Di London

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 8:44 AM

7

Rakan2,
Saya telah menerima email dari rakan kita iaitu Valarmathi. Seperti yang diminta rakan2, beliau sudi untuk berkongsi kegembiraan dan diemailkan kepada saya gambar2 sewaktu beliau di London bagi menghadiri konvokesyen anaknya serta meraikan sambuntan Deepavali disana.
Saya nak menjelaskan tentang lokasi gambar2 tu, tak tahu dan rakan2 bolehlah bertanya dengan saudari Valarmathi menerusi komen-komen anda.




















Tawaran Perlantikan DG41

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 6:57 PM

22

Salam rakan2,
Saya dihubungi oleh Saudara Haji Sabri yang memaklumkan bahawa tarikh surat tawaran perlantikan ke DG41 adalah pada 30 November 2009. Lantas saya menyemak dan ianya sama dengan Haji Sabri. Paparan semakan adalah seperti di bawah.


Rakan2 boleh melakukan semakan dengan klik hyperlink di bawah.

Semakan Permohonan Melalui e-permohonan

Ribuan terima kasih di atas kesetiaan Haji Sabri menyemak saban hari siang dan malam tanpa mengenal jemu. Haji Sabri kirim salam kepada semua rakan2. Jangan marah ye Haji Sabri.

Saya juga telah bertanya dengan BPSM, KPM dalam entri terawal sebelum ini dan kemungkinan besar tarikh perlantikan rasmi kita adalah pada 1 Oktober 2009. Tahniah kepada kita semua kerana ada kohort lebih awal dari kita masih terumbang ambing.

TQ

Pemansuhan PPSMI Mungkin 2011

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 7:36 AM

2

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.

"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.

"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan.

Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.

"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.

"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan.

Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.

"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang.

Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.

WARNING ! DONT READ THIS MESSAGE IF YOU HAVE NO GUTS. THE REVEAL OF NICK NAMES

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | | Posted on 1:54 PM

5

Kepada kawan-kawan yg mengenali saya, mohon maaf kerana menggunakan title dalam bahasa inggeris.Bukan apa saja nak tarik perhatian kawan-kawan semua.Saya Mohd.Zulkifli rakan sekuliah anda ingin memohon ribuan ampuan dan maaf sekiranya catatan saya selama ini mengguris hati rakan-rakan bloggers.

Diruangan ini saya mohon maaf daripada admin (faris) kerana menggunakan blog ini untuk membuat pendedahan atas nama-nama-nama tersebut, penggunaannya bukan untuk niat yang tidak baik ianya semata-mata untuk menghidupkan suasana respon merespon rakan-rakan sahaja.Mungkin tanpa saya sedari respon dari saya telah mengguris hati rakan-rakan.Ampun maaf dipinta.

Sejak akhir-akhir ini saya telah menggunakan nama-nama samaran seperti "tok lebai,teropong,pak lang (walaupun orang selatan telah gunakan,saya guna loghat utara) dan goh tong. saya akan respon menggunakan goh tong kalau GCE membuat catatan.maaf ye GCE,kalau mak lang saya akan gunakan pak lang, maaf ye mahani kedah dan kebanyakkan menggunakan tok lebai dan teropong.Kepada teja saya mohon berbanyak maaf.kepada semua rakan sekuliah yg sering berblog, faris,ita,non,noris,mpmn,ybs,azam,sabri,valar,goh,usop rompin dan lain-lain....ampun lah akuuuuu.

SALAHKAH JIKA IBU DODOIKAN
TIDURKAN ANAK DIATAS PANGKUAN
SALAH DAN SILAP HAMBA LAKUKAN
AMPUN MAAF HAMBA POHONKAN.

BADANG KUAT BERTUBUH SASA
MENCABAR DIA ELOKLAH BERJAGA
TERSILAP KATA TERSASAR BAHASA
KESALAHAN HAMBA MAAFKAN JUA.

BULAN MENGAMBANG BINTANG BERKELIPAN
PUNGGUK MERINDUI AMAT MERAWAN
ANDAI MENYINGGUNG JUA MELUKAKAN
KU POHON MAAF DARIMU TUAN/PUAN.

CEKAP BERSAJAK DATUK PANGLIMA
GAGAH BERANI JUA PERKASA
ANDAI DIKAU TAK DAPAT MENERIMA
MOHON MAAF SEGALA DOSA

DITEPI PANTAI BERENANG-RENANG
TEBARKAN JALA TANGKAP GELAMA
JANGAN DISEBUT JUA DIKENANG
LUPAKAN SAJA SENGKETA LAMA

PUTERI BERSIRAM DITEPI PERIGI
MENCEDOK AIR BERHATI-HATI
IZINKAN HAMBA BERLALU PERGI
JANGAN ADA DENDAM DI HATI.

Panggilan Haji Tiba Lagi

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 4:36 PM

7



Salam,
Musim haji tiba lagi pada tahun ini. Kepada mereka yang telah tertunai hajat untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini dan telah bersiap sedia, semoga selamat pergi dan kembali. Doa-doakanlah kami di sini supaya terpilih menjadi tetamu Allah di tahun2 akan datang.

Tetamu Allah pada tahun ini setakat yang saya tahu ialah :

1. Mohd Zulkifli bin Md Zain
2. Khatijah Sulaiman
3. Abdullah (PPGB5A)

Kalau ada sesiapa yang tahu siapa lagi yang akan menunaikan haji, bolehlah dimasukkan ke dalam komen ini. TK.

Kenangan Mengusik Jiwa

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 10:34 AM

0

Pagi tadi waktu aku sdg 'drive' ke sek sambil mendengar radio, DJ memutarkan lagu nyanyian Ameng Spring. Tajuknya aku tak ingat. Tiba-tiba ingatan aku terbius kenangan di Dusun Bay, tpt kita buat jamuan ketika di UPSI dan juga perjumpaan tak rasmi semasa konvo.

Adakah kau org perasan, DJ Dusun Bay tu suaranya persis Ameng Spring. Teringat Dusun Bay teringat pula aku pada rakan2 sekuliah. Teringat aku pd Din 'tall' dan Anas yg mendendangkan suaranya yg lemak merdu. Tak ketinggalan AMA n the geng jugak. Tak pasal2 professor pun ditariknya sama.

Aku teringin juga nak menyumbang suara tp tak berani sbb suara tak merdu. Kalau tidak gerenti aku nyanyi dan berduet dgn Ai Yang. Mesti gempaqlah, suara Ai Yang yg serak2 basah.

Si Dia Berwajah Baru - Cun Melecun......

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 1:31 PM

10



Rakan2,
Saya telahpun membuat pindaan kepada interface blog kumpulan kita. Diharap ianya menambah seri dan keceriaan serta menggalakkan rakan2 untuk terus setia mengunjungi blog ini. Kalau ada pandangan untuk menjadikan ia lebih berinformasi, sila maklumkan.
Terima kasih.

Selamat Hari Deepavali

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 9:48 PM

10



Sambutan Perayaan Hari Deepavali akan tiba beberapa hari lagi. Pastinya ia disambut dengan meriah oleh rakan2 yang berbangsa India terutamanya Saudari Valarmathi yang akan menyambutnya di United Kingdom kerana menghadiri konvokesyen anaknya dan sambil bercuti.

Selamat Hari Deepavali kepada Saudari Valarmathi.

Rumah Terbuka

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 10:31 PM

6



Bulan Syawal masih lagi tidak berpenghujung. Kini kita semua telah memasuki pertengahan Syawal. Mungkin ada di kalangan rakan2 yang masih mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka. Kalau sudi, rakan2 boleh membuat jemputan melalui blog ini.

Terima kasih.

Lantikan DG41 Pada Disember 2009

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 7:01 PM

15

Hari ini saya berkesempatan ke BPSM, KPM (unit tatatertib) bagi menguruskan tindakan tatatertib salah seorang guru sekolah yang telah bermasalah sejak dari sekolah lama. Tindakannya mungkin berhenti kerja dan mesyuarat terdekat akan dilakukan dan saya terpaksa mengemaskini segala maklumat.
Di samping itu saya sempat bertemu dengan Cik Rosaliza yang menguruskan penempatan kita nanti bila dah dapat senarai nama dari SPP. Sebenarnya saya telah mengambil peluang ke SPP sebelum hari raya lagi. Saya dimaklumkan bahawa penempatan kita (bagi PJJ) dilakukan 2 kali setahun iaitu Jun dan Disember. Oleh itu kita akan dilantik pada bulan Disember 2009 nanti. BPSM pula menyatakan bahawa mereka akan menempatkan kita setelah menerima senarai nama dari SPP. Besar kemungkinan penempatan kita akan back dated sikit iaitu pada 1 Oktober 2009. Itu serba sedikit makluman yang saya peroleh untuk dikongsi bersama.
Sekian, terima kasih.

Prinsip Baru Pengisian Jawatan Guru Besar

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 3:12 PM

19

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.

3.2.2 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48

(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(c) GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.

(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.

3.2.3 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52

(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.

3.2.4 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)

(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.

3.2.5 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.

3.2.6 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)

(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.

3.2.7 Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)

(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :

(i) Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii) Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii) Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv) Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.

3.2.8 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.

4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,




( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Rofidah Tak Sihat

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 2:08 PM

21



mak lang said...

Assalamualaikum,
Ramai anak-anak buah mak lang bersuka ria di selatan, barat dan timur tapi kami di utara ni bersedih.Rakan sekuliah kita Fidah admited kat Putera Medical Center, perlu darah AB.Nasib baik ada heroin Kohort 5 menjadi penyelamat.Rusma yang kebetulan Darah AB terpanggil menderma darah.
Fidah yang hanya ada 5 pt darah dalam badan perlu 3 pt lagi. Alhamdulillah akhirnya semua selamat.
September 29, 2009 12:31 PM


Itulah di antara komen yang disampaikan oleh Mak Lang dalam komen blog kumpulan kita. Rupa2nya rakan kita Rofidah berada dalam keadaan tak sihat. Nasib baik ada rakan2 yang setia membantu dan syukurlah semuanya dah selamat. Di kesempatan ini sama2lah kita mendoakan kesihatan yang baik dan sempurna kepada rakan kita Rofidah. Amin.

Ziarah Menziarahi

Posted by PPGB Kohort 5 UPSI | Posted in | Posted on 12:38 PM

26

Hari ini telah memasuki raya ke 6. Pastinya rakan2 ada yang telah bekerja dan ada juga yang masih meraikan hari raya. Walau apa dan di mana sekalipun, jangan lupa ziarah menziarahi antara satu sama lain terutama sesama saudara dan rakan taulan. Dan yang paling penting adalah selamat kembali semula ke rumah masing-masing.
Bagaimana dengan rumah terbuka? Tentu banyak undangan bagi rumah terbuka sepanjang Syawal. Dalam ziarah menziarahi, jangan lupa pula kepada penyakit2 yang ada dalam diri masing2. Ubat jangan diabaikan sekiranya ada mengambilnya. Pendek kata, semua aspek perlu kita fikirkan. Selamat Berhari Raya semua rakan2 sekalian.
TK.