Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Thursday, December 31, 2009

UPSR Pada 21 hingga 23 September 2010

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 21 hingga 23 Sept. tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt. tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov. hingga 16 Dis. tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya, peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt. tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan,” katanya. - Bernama

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Maju Jaya Tahun 2010




Tahun 2010 sudahpun hampir menjelang tiba. Ketibaannya memberikan kita semangat baru dalam menghadapi kerjaya kita. Keazaman untuk menjadi pemimpin terbaik dan menjana modal insan terbaik serta membawa organisasi ke arah kecemerlangan merupakan suatu usaha yang begitu mencabar. Jadikan tahun 2009 sebagai satu teladan yang perlu diberi perhatian kerana jika ia adalah baik maka jadikanlah ia terbaik pada 2010 dan jika ianya buruk maka jadikan ia sebagai pengajaran yang bermakna untuk kita memperbaikinya dan memacu semula ke arah hasrat dan impian yang hendak dicapai.

Kepada semua rakan2 Kumpulan A dan B serta kumpulan kohort 9 IAB, sama-sama kita menjadikan tahun 2010 adalah tahun terbaik dalam perkhidmatan kita. Semoga maju jaya dalam semua bidang.

Thursday, December 24, 2009

Rasionalkah Jawapan Ini?

Rakan2,
Hari ini saya mengambil cuti rehat dengan tujuan untuk merehatkan badan dan melegakan kepenatan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Disamping itu saya mengambil kesempatan untuk menyelesaikan beberapa urusan baik peribadi mahupun yang berkaitan dengan kumpulan.

Langkah 1 - Pergi ke SPP
  • Jumpa Pn Murni di SPP (Unit Pengambilan Guru)
  • Dimaklumkan surat tawaran perlantikan yang bertarikh 30 November 2009 telah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM
Langkah 2 - Pergi ke BPSM, KPM
  • Jumpa Cik Rosaliza di BPSM
  • Dimaklumkan bahawa baru seminggu terima surat tersebut dari SPP belum sempat diproses
  • Alasan yang diberi sedang sibuk menguruskan tawaran untuk mereka yang ditawarkan pada 19 Jun 2009. Persoalannya kenapa masih tak selesai lagi? Sudah berapa bulan? Inikah kerja PTD yang diuar-uarkan cekap dan efisien dan mahir dalam pengurusan?
  • Jawapan juga diberi bahawa kumpulan kita akan dibuat setelah selesai kumpulan bulan Jun. Juga akan dilaraskan dengan BPSH bagi menentukan kekosongan jawatan PJJ. Jika tak ada kosong, mungkin akan dilantik pada tahun 2010. Adakah BPSM masih tak ada angka atau unjuran kekosongan? Sehingga sekarang masih nak tanya dengan BPSH?
Langkah 3 - Akan berurusan pula dengan BPSH bagi mengetahui status kekosongan perjawatan PJJ.
  • Masih belum berkesempatan. Insya-Allah kalau ada kelapangan di lain masa.
Sekian untuk makluman rakan2.

Tuesday, December 22, 2009

Permohonan Kursus IAB Secara Online

Salam rakan2,

Walaupun sejak akhir2 ini blog kumpulan kita ini dah macam tak ada sambutan langsung namun begitu saya masih mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama.
Permohonan kursus secara online di IAB telahpun dibuka. Rakan2 bolehlah memilih kursus yang sesuai untuk dipohon bagi menambah nilai ilmu dan pengetahuan masing2. Rakan2 boleh klik di hyperlink di bawah :

PERMOHONAN KURSUS IAB SECARA ONLINE

Inilah maklumat semasa untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

Thursday, December 17, 2009

Semakan Online



Rakan2,
Sebelum ini semakan dibuat melalui portal e-permohonan tetapi sekarang rakan2 sudah boleh membuat semakan online dengan klik di url di bawah :

SEMAKAN ONLINE

Apa yang kita tunggu sekarang hanyalah surat lantikan rasmi yang setakat ini masih belum dapat dikenalpasti di mana sekarang sama ada di SPP lagi atau BPSM atau di JPN? Harap rakan2 bersabar kerana saya sendiri tidak berkesempatan untuk mendapatkan maklumat tersebut disebabkan kesibukan yang putus2. For the time being, just check your status first. Thanks.

Thursday, December 10, 2009

Mesyuarat Pertama Sesi Persekolahan 2010

Setiap kita mempunyai pendirian dan pendapat yang berbeza. Dari sini lahirlah pelbagai pendekatan. Pendekatan yang diambil akan melibatkan perancangan. Perancangan mestilah strategik. Perancangan yang strategik akan membantuk pelaksanaan yang berkesan.

Menurut Dennis D. McDonald (2007) :

"Some organizations develop strategies for adopting social media and social networking based on an informal process that proceeds spontaneously and with minimal central coordination. Others prefer a more formalized process, especially in situations where management recognizes the potential for impacting so many different corporate functions".

Deskripsi lain atau rumusan Dennis ialah :

"A strategic planning process delivers a set of defined initiatives (projects) that achieve a desired set of business goals. The planning process involves a definition of these business goals, an assessment of the resources available for meeting these goals, and the definition of specific plans (initiatives) that are designed to achieve the goals. The process usually incorporates a ranking exercise that identifies the highest priority initiatives".

Peluang ini kita ambil bersama untuk saling bertukar pandangan dan pendapat. Kita semua berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing2. Kepada rakan2 yang tidak berjaya, mereka memerlukan perkongsian idea kita. Oleh itu sama2lah kita berikan pendapat dan pandangan masing2 dalam menghadapi mesyuarat pertama sesi 2010 sebelum sekolah dibuka. Pandangan boleh meliputi :

(a) Apakah perkara2 yang akan disampaikan dalam mesyuarat pertama?
(b) Apakah program terbaik yang rakan2 telah laksanakan sepanjang 2009 yang telah memberi impak kejayaan?
(c) Apakah strategi dan tindakan dalam menangani perkara2 yang melibatkan penyelesaian masalah semasa yang timbul?

Selainnya apa sahaja boleh kita bincangkan disini. Sumbangan rakan2 walaupun sebaris ayat akan membantu rakan2 yang lain.

Terima kasih.

Wednesday, December 2, 2009

Pertukaran dan Penempatan Guru

Sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun 2010, pertukaran keluar dan masuk guru-guru akan dan telah berlaku. Begitu juga dengan penempatan guru-guru baru. Apa yang penting untuk kebajikan mereka ialah segala tuntutan perjalanan atau perpindahan perlu diselesaikan segera pada tahun 2009 juga kerana tiada peruntukan pada tahun 2010. Sebab itu penempatan dan pertukaran mereka berkuatkuasa pada 1 Disember.
Dalam menerima mereka di sekolah kita, apa yang pasti rakan2 rujuk kembali konsep pengurusan sumber manusia yang dipelajari sewaktu di UPSI yang melibatkan proses orientasi, sosialisasi dan seterusnya.
Selamat Merancang Bagi Tahun 2010

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2 walau dimana saja berada. Kepada mereka yang menjalankan ibadah korban, semoga semakin murah rezeki dan tergolong ke dalam mereka yang beramal soleh.

Thursday, November 19, 2009

SPI Bil. 5/2009 - Bayaran Tambahan Persekolahan

Rakan2,
Pihak KPM telahpun mengeluarkan pekeliling ikhtisas berkaitan perkara ini bagi sesi persekolahan tahun 2010. Mungkin kita masih belum menerima pekeliling ini, walau bagaimanapun rakan2 boleh download dari laman web KPM seperti dirangkaian hyperlink di bawah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 - Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan

Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

Keputusan UPSR

Salam rakan2,

Nampaknya debaran semakin kuat kerana kita semua sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR sekolah masing2. Bagaimana agaknya? Adakah akan berlaku peningkatan? Ataupun penurunan? Apa yang pasti kita telahpun melakukan pelbagai usaha ke arah kecemerlangan sekolah dan sekarang masanya kita berserah kepada takdir. Bagi mereka yang menerima pengiktirafan sebagai GB Cemerlang, ini merupakan satu cabaran yang paling hebat dalam usaha membuktikan kecemerlangan masing2 supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain. Debaran demi debaran akan tetap terus mendatang. Difahamkan keputusan tersebut akan diumumkan pada 19 Nov 2009 ataupun lebih awal tetapi yang pasti ianya pada minggu hadapan.
Kepada rakan2 yang berjaya meningkatkan kecemerlangan, tahniah diucapkan dan kepada yang gagal menunjukkan peningkatan, usaha lagi di tahun akan datang kerana penurunan keputusan bukan disebabkan kegagalan pengurusan kita tetapi mungkin disebabkan beberapa faktor lain yang boleh dikenalpasti setelah post-mortem.

Friday, November 6, 2009

Mengimbau Kisah Silam

Saya baru sahaja balik dari Ipoh dan dikesempatan itu sempat bertemu Kharudin dan Hj Jamaluddin pada hari semalam. Bila dah berjumpa dan tambahan pula rakan serumah, macam2 citer keluar dan termasuklah nostalgia kisah lalu. Kharudin datang mengambil aku di hotel dan kami terus menuju ke rumah Hj Jamaluddin. Terkejut juga punyalah selesa rumah Hj ni. Yang seronok kami diberi buah rambutan di halaman rumahnya dan kerana terlalu banyak, terus bawa balik ke Kajang.
Selepas itu kami menuju ke bandar dan menikmati Mee Rebus Ramli di pekan Ipoh yang terkenal dan disebut2 ramai. Memang sedap juga mee rebus tu. Pertemuan kami tamat sebaik sahaja waktu maghrib dan aku pulang semula ke hotel. Walaupun seketika namun ia mengingatkan kembali kisah silam dan mengetahui berita semasa rakan2. Yang agak menyedihkan kerana aku tak berpeluang mengambil gambar kami semua kerana telefon aku rosak dan dah seminggu masuk bengkel dan belum siap dibaiki lagi.
Terima kasih kepada Kharudin dan Haji Jamaludin yang sudi menemui saya dan membawa saya ke tempat tertentu dalam tempoh masa singkat di sebelah petang. Terima kasih sahabat2 yang budiman.

Thursday, November 5, 2009

Urusan Pemangkuan Guru Besar Pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dari gred DG41 ke Gred 44 Secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2009

Salam rakan2,

Siaran bagi urusan pemangkuan ini telah pun keluar. Ini menunjukkan tanggapan dan khabar2 bahawa urusan pemangkuan ini secara one-off adalah tidak benar dan ia dilaksanakan secara berterusan.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat lanjut bolehlah klik hyperlink di bawah :

Surat Urusan Pemangkuan DG41 ke DG44 Untuk Guru Besar

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 29, 2009

Corat Coret, Geletek Sikit2.... Gelak Banyak2

Nak letak entri apa ye? Kadang kala terasa buntu juga. Terlebih dahulu nak dimaklumkan bahawa rakan kita Rofidah sekarang tidak sihat. Minggu lepas sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di Crystal Crown, Port Klang, Ita dan Ton telah berkesempatan menemui saya dan sempatlah kami berbual seketika kerana hari dah agak lewat petang. Timbullah cerita Rofidah tak sihat dan sakitnya tidak berkait dengan sakit yang pertama dulu. Oleh itu sama2lah kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Rofidah.

Berbalik semula kepada tajuk entri kali ini. Pastinya semua sekolah kita sedang sibuk menjalani peperiksaan akhir tahun. Tambah mendebarkan lagi ialah apabila keputusan UPSR dah hampir nak keluar. Bagaimana agaknya prestasi tahun ini? Prestasi apabila kita sebagai GB telah mula berada di sekolah sepenuh masa setelah tamat belajar. Semoga semua rakan2 dapat melonjakkan prestasi UPSR sekolah masing2.

Bagaimana pula dengan persiapan untuk penutupan sekolah dan perancangan persediaan persekolahan tahun 2010? Tentu semua rakan2 telahpun mula merancang dan melaksanakannya.

Cuit2, coret apa yang patut, geletik jgn smpi terlebih krn nnti ada yang tersinggung dan gelaklah sepuas2nya. Entri caca marba untuk kali ini.

Terima kasih.

Koleksi Gambar Valarmathi Sewaktu Di London

Rakan2,
Saya telah menerima email dari rakan kita iaitu Valarmathi. Seperti yang diminta rakan2, beliau sudi untuk berkongsi kegembiraan dan diemailkan kepada saya gambar2 sewaktu beliau di London bagi menghadiri konvokesyen anaknya serta meraikan sambuntan Deepavali disana.
Saya nak menjelaskan tentang lokasi gambar2 tu, tak tahu dan rakan2 bolehlah bertanya dengan saudari Valarmathi menerusi komen-komen anda.



















Wednesday, October 21, 2009

Tawaran Perlantikan DG41

Salam rakan2,
Saya dihubungi oleh Saudara Haji Sabri yang memaklumkan bahawa tarikh surat tawaran perlantikan ke DG41 adalah pada 30 November 2009. Lantas saya menyemak dan ianya sama dengan Haji Sabri. Paparan semakan adalah seperti di bawah.


Rakan2 boleh melakukan semakan dengan klik hyperlink di bawah.

Semakan Permohonan Melalui e-permohonan

Ribuan terima kasih di atas kesetiaan Haji Sabri menyemak saban hari siang dan malam tanpa mengenal jemu. Haji Sabri kirim salam kepada semua rakan2. Jangan marah ye Haji Sabri.

Saya juga telah bertanya dengan BPSM, KPM dalam entri terawal sebelum ini dan kemungkinan besar tarikh perlantikan rasmi kita adalah pada 1 Oktober 2009. Tahniah kepada kita semua kerana ada kohort lebih awal dari kita masih terumbang ambing.

TQ

Pemansuhan PPSMI Mungkin 2011

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.

"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.

"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan.

Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.

"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.

"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan.

Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.

"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang.

Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.

Friday, October 16, 2009

WARNING ! DONT READ THIS MESSAGE IF YOU HAVE NO GUTS. THE REVEAL OF NICK NAMES

Kepada kawan-kawan yg mengenali saya, mohon maaf kerana menggunakan title dalam bahasa inggeris.Bukan apa saja nak tarik perhatian kawan-kawan semua.Saya Mohd.Zulkifli rakan sekuliah anda ingin memohon ribuan ampuan dan maaf sekiranya catatan saya selama ini mengguris hati rakan-rakan bloggers.

Diruangan ini saya mohon maaf daripada admin (faris) kerana menggunakan blog ini untuk membuat pendedahan atas nama-nama-nama tersebut, penggunaannya bukan untuk niat yang tidak baik ianya semata-mata untuk menghidupkan suasana respon merespon rakan-rakan sahaja.Mungkin tanpa saya sedari respon dari saya telah mengguris hati rakan-rakan.Ampun maaf dipinta.

Sejak akhir-akhir ini saya telah menggunakan nama-nama samaran seperti "tok lebai,teropong,pak lang (walaupun orang selatan telah gunakan,saya guna loghat utara) dan goh tong. saya akan respon menggunakan goh tong kalau GCE membuat catatan.maaf ye GCE,kalau mak lang saya akan gunakan pak lang, maaf ye mahani kedah dan kebanyakkan menggunakan tok lebai dan teropong.Kepada teja saya mohon berbanyak maaf.kepada semua rakan sekuliah yg sering berblog, faris,ita,non,noris,mpmn,ybs,azam,sabri,valar,goh,usop rompin dan lain-lain....ampun lah akuuuuu.

SALAHKAH JIKA IBU DODOIKAN
TIDURKAN ANAK DIATAS PANGKUAN
SALAH DAN SILAP HAMBA LAKUKAN
AMPUN MAAF HAMBA POHONKAN.

BADANG KUAT BERTUBUH SASA
MENCABAR DIA ELOKLAH BERJAGA
TERSILAP KATA TERSASAR BAHASA
KESALAHAN HAMBA MAAFKAN JUA.

BULAN MENGAMBANG BINTANG BERKELIPAN
PUNGGUK MERINDUI AMAT MERAWAN
ANDAI MENYINGGUNG JUA MELUKAKAN
KU POHON MAAF DARIMU TUAN/PUAN.

CEKAP BERSAJAK DATUK PANGLIMA
GAGAH BERANI JUA PERKASA
ANDAI DIKAU TAK DAPAT MENERIMA
MOHON MAAF SEGALA DOSA

DITEPI PANTAI BERENANG-RENANG
TEBARKAN JALA TANGKAP GELAMA
JANGAN DISEBUT JUA DIKENANG
LUPAKAN SAJA SENGKETA LAMA

PUTERI BERSIRAM DITEPI PERIGI
MENCEDOK AIR BERHATI-HATI
IZINKAN HAMBA BERLALU PERGI
JANGAN ADA DENDAM DI HATI.

Thursday, October 15, 2009

Panggilan Haji Tiba Lagi



Salam,
Musim haji tiba lagi pada tahun ini. Kepada mereka yang telah tertunai hajat untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini dan telah bersiap sedia, semoga selamat pergi dan kembali. Doa-doakanlah kami di sini supaya terpilih menjadi tetamu Allah di tahun2 akan datang.

Tetamu Allah pada tahun ini setakat yang saya tahu ialah :

1. Mohd Zulkifli bin Md Zain
2. Khatijah Sulaiman
3. Abdullah (PPGB5A)

Kalau ada sesiapa yang tahu siapa lagi yang akan menunaikan haji, bolehlah dimasukkan ke dalam komen ini. TK.

Kenangan Mengusik Jiwa

Pagi tadi waktu aku sdg 'drive' ke sek sambil mendengar radio, DJ memutarkan lagu nyanyian Ameng Spring. Tajuknya aku tak ingat. Tiba-tiba ingatan aku terbius kenangan di Dusun Bay, tpt kita buat jamuan ketika di UPSI dan juga perjumpaan tak rasmi semasa konvo.

Adakah kau org perasan, DJ Dusun Bay tu suaranya persis Ameng Spring. Teringat Dusun Bay teringat pula aku pada rakan2 sekuliah. Teringat aku pd Din 'tall' dan Anas yg mendendangkan suaranya yg lemak merdu. Tak ketinggalan AMA n the geng jugak. Tak pasal2 professor pun ditariknya sama.

Aku teringin juga nak menyumbang suara tp tak berani sbb suara tak merdu. Kalau tidak gerenti aku nyanyi dan berduet dgn Ai Yang. Mesti gempaqlah, suara Ai Yang yg serak2 basah.

Wednesday, October 14, 2009

Si Dia Berwajah Baru - Cun Melecun......



Rakan2,
Saya telahpun membuat pindaan kepada interface blog kumpulan kita. Diharap ianya menambah seri dan keceriaan serta menggalakkan rakan2 untuk terus setia mengunjungi blog ini. Kalau ada pandangan untuk menjadikan ia lebih berinformasi, sila maklumkan.
Terima kasih.

Monday, October 12, 2009

Selamat Hari Deepavali



Sambutan Perayaan Hari Deepavali akan tiba beberapa hari lagi. Pastinya ia disambut dengan meriah oleh rakan2 yang berbangsa India terutamanya Saudari Valarmathi yang akan menyambutnya di United Kingdom kerana menghadiri konvokesyen anaknya dan sambil bercuti.

Selamat Hari Deepavali kepada Saudari Valarmathi.

Monday, October 5, 2009

Rumah Terbuka



Bulan Syawal masih lagi tidak berpenghujung. Kini kita semua telah memasuki pertengahan Syawal. Mungkin ada di kalangan rakan2 yang masih mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka. Kalau sudi, rakan2 boleh membuat jemputan melalui blog ini.

Terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

Lantikan DG41 Pada Disember 2009

Hari ini saya berkesempatan ke BPSM, KPM (unit tatatertib) bagi menguruskan tindakan tatatertib salah seorang guru sekolah yang telah bermasalah sejak dari sekolah lama. Tindakannya mungkin berhenti kerja dan mesyuarat terdekat akan dilakukan dan saya terpaksa mengemaskini segala maklumat.
Di samping itu saya sempat bertemu dengan Cik Rosaliza yang menguruskan penempatan kita nanti bila dah dapat senarai nama dari SPP. Sebenarnya saya telah mengambil peluang ke SPP sebelum hari raya lagi. Saya dimaklumkan bahawa penempatan kita (bagi PJJ) dilakukan 2 kali setahun iaitu Jun dan Disember. Oleh itu kita akan dilantik pada bulan Disember 2009 nanti. BPSM pula menyatakan bahawa mereka akan menempatkan kita setelah menerima senarai nama dari SPP. Besar kemungkinan penempatan kita akan back dated sikit iaitu pada 1 Oktober 2009. Itu serba sedikit makluman yang saya peroleh untuk dikongsi bersama.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 30, 2009

Prinsip Baru Pengisian Jawatan Guru Besar

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.

3.2.2 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48

(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(c) GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.

(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.

3.2.3 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52

(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.

3.2.4 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)

(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.

3.2.5 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.

3.2.6 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)

(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.

3.2.7 Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)

(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :

(i) Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii) Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii) Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv) Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.

3.2.8 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.

4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,




( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday, September 29, 2009

Rofidah Tak Sihat



mak lang said...

Assalamualaikum,
Ramai anak-anak buah mak lang bersuka ria di selatan, barat dan timur tapi kami di utara ni bersedih.Rakan sekuliah kita Fidah admited kat Putera Medical Center, perlu darah AB.Nasib baik ada heroin Kohort 5 menjadi penyelamat.Rusma yang kebetulan Darah AB terpanggil menderma darah.
Fidah yang hanya ada 5 pt darah dalam badan perlu 3 pt lagi. Alhamdulillah akhirnya semua selamat.
September 29, 2009 12:31 PM


Itulah di antara komen yang disampaikan oleh Mak Lang dalam komen blog kumpulan kita. Rupa2nya rakan kita Rofidah berada dalam keadaan tak sihat. Nasib baik ada rakan2 yang setia membantu dan syukurlah semuanya dah selamat. Di kesempatan ini sama2lah kita mendoakan kesihatan yang baik dan sempurna kepada rakan kita Rofidah. Amin.

Friday, September 25, 2009

Ziarah Menziarahi

Hari ini telah memasuki raya ke 6. Pastinya rakan2 ada yang telah bekerja dan ada juga yang masih meraikan hari raya. Walau apa dan di mana sekalipun, jangan lupa ziarah menziarahi antara satu sama lain terutama sesama saudara dan rakan taulan. Dan yang paling penting adalah selamat kembali semula ke rumah masing-masing.
Bagaimana dengan rumah terbuka? Tentu banyak undangan bagi rumah terbuka sepanjang Syawal. Dalam ziarah menziarahi, jangan lupa pula kepada penyakit2 yang ada dalam diri masing2. Ubat jangan diabaikan sekiranya ada mengambilnya. Pendek kata, semua aspek perlu kita fikirkan. Selamat Berhari Raya semua rakan2 sekalian.
TK.

Thursday, September 17, 2009

Esok Cuti Khas!!!!! Selamat Pulang Ke Kampung Halaman



Rakan2,
Balik mana? Kampung sendiri atau mertua? Atau beraya di rumah sendiri? Kalau ada info trafik, bolehlah dikongsi bersama.
Selamat Pulang ke Kampung Halaman semua dan Berhati-hati di jalanraya.

TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA

ADAB DAN SUNAT HARI RAYA

Untuk kawan-kawan,bukan bertujuan hendak mengajar itik berenang, tetapi sekadar hendak mengingat amalan yg setahun sekali kita tempuhi.Itu pun kalau ada yang sudah terlupa.
Amalan2 yang diajar oleh Rasulullah SAW semperna menyambut ketibaan hari lebaran Eidulfitr.

* Bertakbir
Merupakan satu amalan yg disyariatkan, bermula pada 1 Syawal ketika terlihatnya hilal(anak bulan) dan berakhir setelah selesainya imam berkhutbah.adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir dosepanjang perjalanan dari rumah kita ke masjid untuk menunaikan solat eidulfitr.

* Lafaz ucapan selamat pada hari raya Eidulfitr.
Majoriti kita diMsia mengucapkan antara satu sama lain dgn ucapan "Selamat hari Raya",Maaf Zahir Batin.Namun apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah nabi SAW ialah dgn mengucapkan "taqabbalullah minna waminka"-bermaksud semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.

* Mandi Sunat Eidulfitr.
Disunnahkan mandi di pagi raya sebagaimana andi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan Eidulfitr.

* Makan sebelum solat Eidulfitr
Disunnahkan mmenjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Eidulfitr. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

* memakai pakaian yang indah lagi bersih
Disunnahkan menghiaskan diri dgn pakaian yg indah2. kaum lelaki di sunnahkan memakai wangi2ian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.Sabda Rasulullah SAW"Mana2 wanita yg memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."- Hadis

* Berjalan kaki menuju ke tempat mengerjakan solat Eidulfitr
Umat Islam diunjurkan berjalan kaki ke tempat solat Eidulfitr jika tidak keberatan.

* Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari solat eidulfitr
Disunnahkan ikut jalan yg berbeza ketika pergi dan kembali.

* Mengerjakan solat eidulfitr
Di antara syiar Islam yang utama dalam menyambut Eidulfitr adalah pelaksanaan solat Eidulfitr sebanyak 2 rakaat.

* Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal
Sabda Rasullallah SAW " Sesiapa yg berpuasa pada bulan ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah2 dia berpuasa setahun,"- Hadis

Sunday, September 13, 2009

Salam Kemaafan Sempena Aidil Fitri



Pejam celik dah tinggal seminggu aje lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya ada yang rasa gembira dan ada juga yang merasa sedih. Walau apa pun perasaan kita, itu adalah hari kita meraikan kemenangan kita dalam menghadapi sebulan bulan ramadhan dengan menahan dugaan, melawan nafsu, mengerjakan ibadah dan pelbagai amalan kebaikan untuk diri kita.

Dalam tempoh sepanjang empat (4) tahun sejak tahun 2005 kita telah saling mengenali di antara satu sama lain dan pastinya juga sepanjang perkenalan kita ada pelbagai peristiwa dan kenangan yang telah melingkari kehidupan kita. Tentu ada yang mengguris hati, ada yang terlanjur kata, ada yang terumpat, ada yang memendam rasa dan pelbagai lagi.

Oleh itu sempena kehadiran Syawal, marilah kita sama-sama saling memaafkan dan memohon keampunan di atas segala yang telah menyinggung hati dan perasaan kita secara disedari atau tidak disedari.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terutama dari diri saya sendiri selaku administrator blog.

Thursday, September 10, 2009

Kalendar Persekolahan dan Jadual Hari Kelepasan Am 2010

Rakan2,

Saya memuat naik kalendar persekolahan 2010 seperti yang telah diumumkan oleh Tan Sri KPPM. Bersama-sama ini juga saya muat naik jadual hari kelepasan am negeri, persekutuan dan persekutuan dan negeri untuk rujukan rakan2 bagi membuat perancangan 2010.

Rakan2 boleh memuat turun dengan klik di hyper rangkai yang tertera pada tajuk.

1. Kalendar Persekolahan 2010 dan Penggal Persekolahan 2010

2. Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2010

3. Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2010

4. Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2010

UPSR telah tamat, perancangan tahun mendatang sudah boleh dimulakan. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan sekolah.

Terima kasih.

Selamat Bertemuduga

Salam,
Hari ini (10/09/2009), rakan kita Normah menghadiri temuduganya di Melaka. Dalam kesibukan dengan tugasan, saya terlupa untuk memasukkan entri ini untuk beliau. Saya tersentak apabila dihubungi beliau yang bertanyakan tentang teori2 untuk dijawab dalam temuduga kerana panelnya adalah India dan pastinya panel yang suka bertanya tentang teori2.
Saya rasa tidak terlambat untuk mengucapkan selamat bertemuduga kepada saudari Normah dan semoga dapat menjawab dengan tenang. Semoga berjaya.

Wednesday, September 9, 2009

Ujian Aptitud

Ujian ini akan dihadapi oleh murid-murid Tahun 6 pada hari esok sebelah petang.

Apa yang anda faham tentang ujian ini?

Adakah anda setuju? Atau tak setuju?

Gerakkan minda anda.....

Wednesday, September 2, 2009

UPSR

UPSR akan menjelang tiba padda 8, 9 dan 10 September 2009. Ini bermakna pada minggu depan murid2 kita akan bertarung di medan pertempuran minda yang menguji ketajaman akal mereka serta menguji segala persiapan dan kerja2 yang telah kita lakukan sepanjang membentuk mereka.
Sekiranya rakan2 mempunyai tips-tips tertentu di saat-saat akhir ini, bolehlah berkongsi bersama-sama. Didoakan semua murid-murid kita akan berjaya dengan cemerlang dan sekolah kita akan melonjak ke arah kecemerlangan modal insan.

Selamat Berjaya Semua!!!!

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52

TEMA : 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.



Kemerdekaan mempunyai pelbagai persepsi kepada semua orang. Jika ditanya kepada kanak2, jawapannya lain. Jika ditanya kepada orang dewasa, pastinya jawapannya lain juga. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja baik sasterawan, negarawan, budayawan, jutawan, hartawan dan berbagai2 wan lagi tentu kita akan mendapat jawapan yang berbeza erti kemerdekaan bagi mereka semua.
Bagi diri kita sendiri, mesti mempunyai tafsiran tersendiri. Apa yang penting ialah pembentukan jati diri dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Mempunyai jati diri sama ertinya mempunyai pendirian diri yang utuh berasaskan prinsip2 agama kita dan siasah yang berlandasrkan hukum Allah s.w.t.
Apakah yang kita hajati dalam erti kemerdekaan pada ketika ini? Adakah senario2 semasa yang kita hadapi merupakan sesuatu yang kita hendak? Atau adakah cukup peranan yang telah kita mainkan sebagai salah seorang warganegara dan bertugas sebagai seorang guru? Banyak persoalan yang perlu kita jawab sendiri dan perlu kita terjemahkan dalam bentuk tindakan kita agar anak cucu dan generasi yang kita tinggalkan dapat mewarisi sesuatu yang boleh dibanggakan dan bukan sesuatu yang akan dicaci.

Rakan2 boleh download titah ucapan dan perutusan hari merdeka dengan klik hyperrangkadi di bawah :

Titah Ucapan SPB YDP Agong

Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia

Perutusan KPPM

Kesempatan ini diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 kepada semua rakan2 di seluruh negara.

Wednesday, August 26, 2009

Penutupan Blog. Anda Setuju atau Tidak?

Salam rakan2,

Melihat kepada keadaan semasa dan tambahan pula semuanya dah selesai temuduga serta dahpun merasa selesa, tak ramai lagi yang berkunjung ke blog ini. Kadangkala saya terfikir kerana mengikut persetujuan kita semua bersetuju untuk menjadikan blog ini sebagai tempat perhubungan kita secara berterusan. Kepada mereka yang benar2 berminat untuk meneruskan hubungan silaturahim, alhamdulillah. Tetapi ada juga rakan2 kita yang agak2nya tak berminat kerana dah berada dengan dunia masing2.

Oleh itu mungkin kita boleh melihat kembali objektif dan peranan blog ini. Saya pun dah merasa agak kepenatan bagi mengendali blog ini. Kepenatan akan terubat jika mendapat sambutan hangat rakan2. Tapi kepenatan akan terasa tidak berbaloi jika sambutan dingin. Jika difikir2kan apa faedahnya yang saya dapat? Ibarat hidung tak mancung pipi tersorong2. Tambahan pula saya memang sibuk dengan pelbagai tugasan2 yang perlu dibereskan tetapi atas rasa tanggungjawab yang terpanggil, saya berusaha mencoretkan sesuatu agar boleh direspon oleh rakan2. Kadangkala terfikir juga, lebih baik ditumpukan kepada tugas dan kerja sendiri.

Lantas saya memohon cadangan rakan2 untuk menutup blog ini atau sesiapa yang sudi mengendalikan blog ini boleh mendapatkan id dan password daripada saya. Bukannya merajuk atau tidak sudi tetapi apabila semua hasrat dan cita2 dah tercapai, mungkin masing2 rasa tidak perlu lagi maklumat2 terkini.

Kepada mereka yang masih setia mengunjungi blog ini dan jika sudi untuk mengendalikannya, sila maklumkan kepada saya.

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Sunday, August 23, 2009

Selamat Bertemuduga Pada Rakan2 Minggu Ini

Salam rakan2,
Pada minggu ini dua orang rakan kita di Sandakan akan menghadapi temuduga. Semoga rakan kita berdua ini akan dapat menjawab segala soalan temuduga dengan jayanya terutama di bulan Ramadhan ini.

1. AINIE BTE OMAR - 25 Ogos 2009
2. KHAREN@SIMAH BINTI MATUSIP - 25 Ogos 2009

Selamat Bertemuduga.

Fadhilat Menunaikan Solat Tarawikh Sepanjang Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk terus diizinkan Allah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Kami memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika terdapat salah dan silap kami selama ini.

Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

malam 1:

keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:

diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:

berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:

memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:

seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:

Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:

keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:

datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:

datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:

datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:

semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:

Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:

Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:

seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:

Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:

Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:

Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:

Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:

Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:

Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:

Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”

” Sila abaikan fadilat tersebut kerana wujud keraguan mengenai kesahihannya. Apapun, bak kata alim ulama. kita berbuat janganlah kerana pahala. wallahualam.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan bahawa permulaan puasa adalah pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Oleh itu SELAMAT BERPUASA kepada semua rakan2 yang beragama Islam di seluruh negara dengan harapan bulan Ramadhan tahun ini memberikan kita peluang untuk beribadah sebanyak mungkin dan meninggalkan segala kemungkaran. Apa yang lebih penting semoga doa kita supaya dipanjangkan umur di sepanjang bulan Ramadhan ini agar dapat kita bertemu Lailatul Qadar.

Sekadar berkongsi dan ingat mengingati. Almaklumlah setahun sekali dan ketika itulah baru nak mengingat kembali terutama kepada anak-anak kita.

Niat Berpuasa


Doa Berbuka Puasa


Kepada semua rakan2, saya selaku penyelenggara blog ini memohon ampun dan maaf andai kata sepanjang mengendalikan blog ini ada kekasaran dan ketidak selesaan yang telah saya lakukan.

Terima kasih.

Monday, August 17, 2009

Tazkirah Ramadhan

Salam rakan2 yang beragama Islam,
Setelah melihat beberapa blog di internet, saya telah dapat membaca satu tazkirah dan saya mengambil kesempatan memuatnaikkan ke dalam blog kumpulan kita. Bukan niat dan tujuan untuk mengajar tetapi sekadar saling mengingati dan merenungnya. Kadangkala kita tidak berkesempatan mendengarnya di surau2 atau masjid dan mungkin melalui pembacaan sedikit sebanyak menyedarkan kita dengan kedatangan bulan mulia ini. Sama2lah kita membacanya.

Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:
Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.
Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.
Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.
“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya.
Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)
Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.
“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)
Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"

Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.
” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah

Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.
Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah;
“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,
“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama;
“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman;
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman;
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)
Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah: 43)
“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)
“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.
“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)
Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.
“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219),
lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Thursday, August 13, 2009

Master UPSI (Disember 2009)



Rakan2,
Permohonan untuk melanjutkan pelajaran bagi program Master telah dibuka bagi kemasukan hujung tahun ini. Saya uar-uarkan disini kepada sesiapa yang berminat dan boleh memohonnya. Diharap rakan2 meneruskan pengajian masing2 terutama Aziz yang dengar2nya nak sambung.

Sila klik hyperlink di bawah :

PERMOHONAN MASTER UPSI


Terima kasih.

Renungan H1N1

Salam rakan2,
Pagi ini saya terbaca petikan berita ini di Malaysia Kini. Saya sendiri telah terdetik dan terfikir bahawa perkara ini mungkin benar2 berlaku. Jika tidak, pihak barat tidak akan membuat filem yang berkaitan dengan perkara ini. Kita boleh melihat bagaimana filem2 barat yang berbentuk cereka pada awalnya, akhirnya akan menjadi satu cerita benar yang berlaku di dunia ini. Cubalah rakan2 baca petikan berita ini sama ada ia adalah kebenaran atau tidak. Kita gerakkan minda kita untuk merenung dan memikirkan tentang perkara ini. Jangan kita asyik nak bergaduh dan berbalah sesama sendiri sedangkan secara globalnya pihak barat telah mengusahakan sesuatu yang kadang kala di luar jangkaan kita dengan menggunakan sumber2 dalam sesuatu negara itu. Go Beyond Your Mind.

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Hishamuddin Rais
Ogos 12, 09
5:29pm

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Wednesday, August 12, 2009

Ooo... Anak Bulan. Dah Hampir Ramadhan Rupanya



KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa pada tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 Ogos ini (29 Syaaban 1430 Hijrah

Monday, August 10, 2009

Status Perakuan Temuduga

Rakan2,
Saya telah dihubungi oleh saudara Khalil yang memaklumkan bahawa semakan perakuan temuduga telah boleh disemak. Oleh itu rakan2 boleh menyemak status masing2 melalui portal SPP dibawah menu Semak Status PPP. Contohnya adalah seperti dibawah. Surat keputusan rasmi mungkin dalam proses. TK

SEMAKAN ATAS TALIAN
SELAMAT DATANG KHALIL BIN YUSOF
Berikut adalah maklumat permohonan anda.
NO. KAD PENGENALAN BARU : 611002025627
NO. KAD PENGENALAN LAMA : 6315850
NO. RUJUKAN : SPP/09/PJJ/K34/611002025627


Maaf kepada Khalil kerana menggunakan contoh keputusannya untuk dipamerkan di blog ini.

Sunday, August 9, 2009

Kes Naya

Rakan2,
Saya sempat berbual dengan Muntasir (rakan kohort 7 UPSI) untuk bertanyakan konvokesyen mereka. Mereka dah habis bulan Jun lagi dan ingatkan sempat konvo pada 14 Ogos ini. Bila ditanya, mereka tak sempat. Ini disebabkan kecuaian penyelaras program dan kepekaan mereka untuk sentiasa mengingatkan penyelaras. Alkisahnya mereka tidak cukup kredit untuk diluluskan oleh senat sebagai graduan. Oleh itu mereka dimasukkan ke dalam kes khas iaitu terpaksa mengambil 1 paper lagi (3 kredit) pada bulan Ramadhan nanti selama 2 hari penuh (pagi hingga malam), rehat sehari dan seterusnya exam.
Itulah kes naya yang terpaksa dihadapi oleh rakan2 kohort 7 dan alhamdulillahnya ia tidak berlaku kepada kumpulan kita. Pengajaran yang boleh diambil, setiap orang perlu memainkan peranan masing2 dan bukan setakat menjadi pengikut aje. Ada kalanya pemimpin juga ada kelemahannya. Kepekaan adalah penting, jangan jadikan dia sebagai satu perkara mudah sehinggakan bom meletup di sebelah pun tak sedar. Maklumat perlulah sahih dan bukan setakat mendengar cerita orang lain. Siasat segala maklumat terutamanya senario maklumat dari blog yang tidak dapat kita tentukan kesahihannya.
Terima kasih.

Monday, August 3, 2009

Siapa Ya Yang Ditemuduga Minggu Ini???

Salam,
He Kome, dorian dah berbunge, mari kite makan same2. Apa salahnya gurau2 kan. Minggu ini tibalah giliran oghang Perak pula akan ditemuduga. Pasti ada soalan2 yang panas2 akan ditanya. Soalan-soalan tu kena fahami dengan teliti. Apa yang diharapkan semoga sukses kepada oghang Perak dalam menjawab soalan2 temuduga

1 Jamaludin b. Mat Mokhtar - 5 Ogos 2009
- Jawab mesti macam pensyarah Haji. Jangan keluar tajuk dahlah.

2 Kharuddin b. Omar - 5 Ogos 2009
- Din, soalan2 yang senang aje. Mesti jawab dengan panjang lebar biar dia tak sempat tanya.

3 Mohd Nor Azam b. Abdul Hamid - 5 Ogos 2009
- Ko jangan keluar citer lawak dahlah Azam. Nanti panel tu lupa nak tanya ko soalan apa seterusnya.

4 Zubaidah bt. Harun - 6 Ogos 2009
- Keep going. Jangan terkejar2 dan tergesa2. Datang awal sikit. Jangan rushing.

Kepada semua rakan2 lain, sama2lah kita berdoa semoga mereka dapat menghadapinya dengan tabah dan bersemangat.

Friday, July 31, 2009

Hujung Minggu Yang Panas

Sabtu dan Ahad pada hujung minggu ini merupaka suasana panas seluruh negara. Dijangka pelbagai peristiwa penting dalam lipatan sejarah akan berlaku. Sama ada peristiwa itu benar2 akan berlaku atau tidak masih tidak dapat dipastikan. Peristiwa hangat yang dijangka akan berlaku ialah perhimpunan anti ISA dan pro ISA. Masyarakat kita sering menuding jari ke arah orang lain tanpa menyedari empat jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri. Bertindak mengikut akal dan bukan mengikut perasaan. Pendirian mesti tegas dan bukan sekadar menjadi pak turut.
Disinilah perlu letaknya kebijaksanaan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah swt. Lebihnya manusia dengan binatang adalah kurniaan akal oleh Allah kepada manusia. Jika akal tidak dapat membuat perbezaan dan penilaian yang baik maka pertimbangan akallah yang menentukannya. Dari satu aspek iaitu kezaliman kita boleh membuat penilaian. Adakah negara kita sahaja yang melaksanakan ISA atau seumpamanya? Tidakkah negara lain seperti Singapura dan Amerika yang menyediakan Guatanamao Bay tidak melaksanakan ISA? Teringat kata2 pemimpin kita terdahulu bahawa demokrasi ala Malaysia tidak mestinya sama demokrasi ala Amerika.
Kebetulan terdengar ucapan Dato Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa kita di Malaysia masih boleh berjalan pukul 2 hingga 3 pagi dalam keadaan aman. Kita masih boleh membiarkan anak2 kita bersekolah dan pergi ke sesuatu tempat tanpa rasa bimbang. Kita boleh beramal ibadat di masjid, kuil dan tokong tanpa sebarang gangguan atau rusuhan kaum. Adakah ini yang hendak kita hancurkan?
Kedengaran juga kata2 pemimpin PAS yang menyatakan ISA adalah zalim. Difikirkan dari satu sudut memang benar. Kezaliman kerana menurut hukum Islam sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan perlu mengambilkira pelbagai perkara.
Saya bukanlah orang yang mahir untuk membicarakan tentang perkara ini dengan lebih mendalam. Ini sekadar mencetuskan idea agar kita sebagai guru dapat memikirkannya secara lebih serius dan mendalam. Ada kala terfikir dan terlintas juga adakah ini murid yang telah kita hasilkan sewaktu kita mengajar mereka dahulu? Rata2nya remaja yang berusia 20an dan 30an iaitu sebaya dengan usia perkhidmatan kita. Adakah ini yang dihasilkan oleh sistem KBSR yang mula dilaksanakan pada tahun 1983 dulu?
Fikir2kanlah, apa langkah kita seterusnya dalam membangunkan modal insan yang kita hasratkan dan yang lebih penting dimana dan situasi mana perlu kita letakkan anak cucu kita dalam tempoh 10 tahun akan datang. Akal fikiran yang waras berlandaskan ilmu agama dan pengetahuan yang luas akan membantu kita.
Itulah serba ringkas lontaran idea untuk sama2 kita fikir dan renungkan. Rakan2 boleh terus memberikan pandangan dan idea masing2 dalam usaha kita menjana minda untuk membuat pertimbangan terbaik.
Terima kasih.

Wednesday, July 29, 2009

Kenali H1N1 dan Ambil Langkah Berjaga-jaga

Salam rakan2,
Keadaan di negara kita sekarang semakin hebat dan gawat dengan serangan virus Influenza A (H1N1). Sekarang angka kematian telah menjangkau 4 orang di Malaysia dan semakin banyak institusi terpaksa ditutup dan penguatkuasaan kuarantin. Oleh itu saya mengambil kesempatan disini untuk sama2 kita berkongsi maklumat dan mengenali simpton2 yang akan membantu kita membuat keputusan yang tepat apabila ia berlaku di sekolah kita. Kepada rakan2 yang telah mengalaminya terutama saudara Aziz kita diharap dapat memberi tips2 berguna untuk kita bertindak sekiranya berlaku serangan virus ini.


ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites