Thursday, April 29, 2010

SPP dan BPSM

Rakan2,

Tadi saya ke SPP untuk hantar surat setuju terima, medical checkup, akuan sumpah dll, saya sempat bertanya berapa lama tempoh masa untuk dapat surat pelantikan. SPP cakap lebih kurang hampir sebulan sebaik sahaja tarikh diterima. Sekarang ni dia sedang proses yang hantar bulan Mac. Untuk pengesahan pelantikan pula mungkin memakan masa setahun dan bergantung kepada sijil tapisan keselamatan yang dah lulus. SPP juga kata sepatutnya dalam surat tu memang disuruh hantar BRP tetapi cetakan telah menyebabkannya tercicir. Kalau BRP dah kemas kini, tak jadi masalah. Kalau pengemaskinian tunggang terbalik, itu yang dia nak tengok Kew 8 terakhir.

Selepas itu sempat singgah di BPSM untuk hantar salinan BPSM punya dan berjumpa kejap dengan Cik Rosaliza (yang cun tu... he he he ... jangan marah rakan2 yang selalu cakap aje tapi kelu nk cakap dalam telefon terutama Saudara Yusof Sipan) tentang isu yang dibangkitkan oleh Saudara Saupi. Isunya kenapa geng2 GB yang 3 tahun dilantik pada 2 Oktober 2009 sedangkan dia tamat Dis 2008 sedangkan kita Ogos 2008 dan cuma konvo aje sama. Cik Rosaliza menyatakan bahawa dah ada standing bahawa group PPGB dilantik pada satu tarikh yang sama untuk satu kumpulan tersebut. Manakala group PKPGB (3 tahun) akan dilantik berdasarkan siapa cepat dia dapat dan ini menyebabkan tarikh mereka kemungkinan besar tak sama di antara satu sama lain. Kalau siapa awal mohon, dia akan dapat awal dan kalau siapa lewat, dia akan dapat lewat. Sebab itu PKPGB antara satu universiti dengan universiti lain akan berbeza tarikh lantikannya.

Itu sahaja maklumat terkini yang dapat saya sampaikan setakat masa ini. Terima kasih.

13 comments:

ybs said...

mcm tak adil ler pulak kalau mcm tu kan....huhu

faris,lain kali kalau ko jumpa cik Rosaliza tu lg ckp aku kirim salam....hehe

Faris said...

YBS,
Kirim salam dia tak nak. Dia kata kirim duit atau hadiah bolehlah. He he he ....
Lebih baik kau datang dan jumpa dia sendiri.

zorro said...

TQ Faris atas info ini.Kump kita tak terlibat, kalau hantar lewat atau lambat, tak gitu?

ko kirim saaaaalllllaaaammm kat ybs tu...pantang jumpa title cik dah nak kirim salam..lain la kalau aku ni. ko kirim "salam sayang" aku kat cik tu leh tak faris.heeeeeeee..

teruskan zaaaapppppp ko tu sehingga isu perlantikan kita selesai.

jm said...

faris..salinan pe ke BPSM..?
cop aku dah kirim salam ko kat cik tu..nt dia akan call ko.tunggu je ye.
zorro sorry ia suka kat org ade janggut je hehehe

zorro said...

helo JM, aku pun ada janggut juga. ada pedang lagi.....heeeheheee

ko antar ape2 je ke bpsm tu...sijil nikan ke,surat pajak ke...ape2 lah.

ko pakai zaaaaappppppp aje ni.

mpmn said...

pd pendapatan aku dasar yg diguna oleh spp n bpsm ni tak boleh diterima akal yg sihat. grop kita ni sebenarnya dah kerugian jika dibandingkan dgn kumpulan 3 th. baru ni aku jumpa gb dr kuantan. dia temuduga bulan 1 2010. konvo bulan 8 2009. tawaran lantikan 2 okt 2009. malang betul nasib kump kita.

jm said...

faris..salinan apa untuk BPSM ..
takkan dia nak surat nikah plak zorro hehe

Faris said...

JM,
Salinan surat setuju terima.

Anonymous said...

salam:
ari tu saya ada gi jumpa cik rosaliza btanyakan pmaslahatan plantikan saya dan kita...
saya tanya knapa ada 2 tarikh bbeza antara 2 program pjj gb ni..
i. ppgb spp tetapkan 5 okt
ii. pkpgb spp tetapkan 2 okt
saya tanya atas faktor/ptimbangan apa spp bg 2 tarikh bbeza..dia kata spp tetapkan bgitu utk bezakan kohort...itu je?? tapi implikasinya besar pe...bila nak lantik dg44 nanti kita tengok la apa jadinya...

adely.sura

zorro said...

apa dah jadi? apa dah jadi...tarikh surat berbeza2 lagi.(baca spt lirik lagu sm salim).

mcm mana ni??????. zaaaaapppppppp la selagi boleh.

mpmn said...

aku tak ralat sangat geng pkpgb yg sama2 konvo dgn kita. wp dia dpt tarikh 2 okt. tp ... member pkpgb yg belum tmt bljr lagi waktu kita dah tmt bulan dis 2008 n ditwrkan 2 okt. tak silap dia tamat bulan mac 09 n konvo buln ogos 09. temuduga jan 10. cuba bygkan berapa punya beza jarak dia dgn kita. tup. tup dia dpt twrn 2 okt.

pandir sungguh org spp ni.

zorro said...

beza 2 okt dng 5 okt tak banyak ari pun....tapi banyak ke implikasinya kerna perbezaan tarikh tu...

sapa2 boleh jelaskan hal ini...aku tak faham la.

kalau implikasinya banyak besar,kita zaaaaaaaaappppppp aje spp ni.

Anonymous said...

aku baru je antar jawapan tu, guna bas ekspres, opp, pos ekspres

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites