Tuesday, April 20, 2010

Tindakan Lanjut

Salam rakan2,

Dalam menunggu surat penempatan, pelbagaii perkara dan isu telah timbul. Saya pasti masih ada rakan2 yang sedang menunggu kedatangan surat penempatan ni. Kepada mereka yang dah dapat (termasuk saya) bolehlah melakukan tindakan seterusnya seperti medical check-up, tapisan keselamatan, aku janji, setuju terima dan lain2 bagi dihantar. Kepada mereka yang masih belum dapat, sila ambil langkah2 seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Saya sempat menemani Cikgu Raseli (kumpulan A) sewaktu dia ingin berurusan di BPSM dan berjumpa dengan Cik Rosaliza. Kes cikgu Raseli ni ialah dia dilantik ke DGA34 pada 16 Januari 2010 dan mengemukakan rayuan untuk dilantik ke DG41 selepas tarikh tersebut. Rayuannya tidak berjaya dan dia terpaksa menolaknya. Oleh itu dia akan kehilangan senioriti selama setahun berbanding dengan kita.

Disamping itu saya sempat menguruskan kes cikgu saya di Unit Tatatertib, BPSM yang nak dibuang kerja. Seterusnya saya sempat juga berurusan di Unit Naik Pangkat Siswazah untuk bertanyakan laluan kerjaya kita. Setakat ini laluan sebagai GB untuk ke DG44 adalah yang terpantas iaitu 3 tahun. Walau bagaimanapun bagi rakan2 yang bertugas di PPD, JPN, KPM boleh juga naik pangkat atau gred DG44 dengan kadar cepat iaitu 5 tahun secara hakiki dan bukannya time-based macam guru biasa iaitu 7/10 tahun.

Itulah beberapa maklumat terkini yang ingin dikongsi bersama dalam entri kali ini. Diharap semuanya dapat melakukan tindakan terbaik buat diri masing-masing.

Terima kasih.

10 comments:

zorro said...

cikgu raseli ni boleh terima dulu dga34..kemudian selepas disahkan mohon kembali dg41(tapi kena tduga lagisekali).lewat tu mmg la lewat.biar lewat sikit dari lewat banyak thn.

member aku ada yg mcm ni punya kes.aku suruh dia zzaaaaappppp dulu dga34.

ybs said...

mekasih faris, balik dr JB ni nt aku urus ler....

ko tak balik Lenga ke?

kembara kelana said...

faris mana balik lenga atau rompin dia orang kajang...

faris
aku ke KL pada 26 dan 27 ambik kak long kat UPM harap dapat sembang dgn kau

Faris said...

Zorro,
Memang itu yang terpaksa dilakukan. Berkorban sedikit untuk faedah jangka panjang.

YBS,
Kau dah terima ke surat penempatan? Kalau dah terima, baguslah jika ambil tindakan cepat2. Balik Lenga? Cuti sekolah hari tu aku balik kejap untuk kenduri arwah. Balik hantar org rumah, pergi UPSI dan balik semula ambil orang rumah. Tak sempat nk jumpa kau.

KK,
Sibuk.. sibuk... masa 24 jam tak cukup. Aku ada balik juga KK tetapi kejap2 aje. Tak boleh nak berkampung lama2. OK, kalau kau datang nanti, call aku. Kita sembang2. Bab sedut tu, mesti kau nak punya. Jangan lupa bawa thumb drive kau tu.

zalila said...

salam, syukur tadi petang ke jpn bersama asmah untuk mngambail surat tawaran dn penempatan.aku ambil sekali utk binzain.tarikh kami semua 5 oktober 2009.terima kasih faris ats, bantuan dn maklumat2. akan di ambil tindakan segera-medical, surat tapisan keselamatn dll.( pesan pegawai tapisan keselamatn tulis dgn pen hitam atau taip, semua huruf besar dn hantar yang original bkn fotostat). boleh hntr sendiri terus ke bsm tapi dia nasihat hntar melalui jpn masing2- mereka semak dn kumpulkan.jpn penang setiap hujung bulan pegawai sendiri bawa ke sana.jika bsm kta hilang ada nombor rujukan jpn masing2.kalau hantar(pos ) sendiri susah sikit la jika ada tk betul atau hilang.terima ksih faris dn rakan semua.skg happy la kembali.

ybs said...

hepi mami....

hehe

mpmn said...

kk...

tu berhenti lagi ke tabiat sedut menyedut. buat master biarlah yg ori. baru ada kelas. 100% idea kita.

faris...

berapa lama pula peluang nak ke 48. boleh ke? atau gb hya 44 shj? tlg jelaskan. biar kwn2 lain bertambah seronok khususnya yg sambung talian hayat 2 tahun.

zalila said...

MESTILAH HAPPY- KALAU KITA TAK JOLOK, AGAKNYA SAMPAI SKG BELUM TERIMA.MAMI TEL HARI JUMAAT, ZUL P ISNIN DEPA KTA MASIH TAKDA- PENGAWAI TAKDA LAH PENGARAH BELUM TTGN, AGAKNYA DAH KENA UGUT DENGAN ZUL YG KTA NK JUMPA PENGARAH TUP2 RABU TEL SURUH P AMBIL.NI KE BERSIH CEKAP AMANAH- 1 MALAYSIA.PEGI DAH.

jon said...

alhamdulillah..aku baru je terima surat tawaran beserta penempatan sekali. so bolehlah ambil tindakan seterusnya. tq faris n kawang2..
yg belom dpt tu bersabolah ye..takkan lari gunung dikejar...semua akan surat tu...
zorrro dah zaaaaaaapppp

jon said...

zalila..kata nak buat kenduri..dah dpt surat..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites