Sunday, April 25, 2010

Check List (Senarai Semak)

Salam rakan2,

Adakah semua rakan telah menerima surat penempatan berserta tawaran perlantikan? Diharap semua telah menerimanya. Jika ada yang masih belum menerima surat penempatan tu, hubungilah JPN masing2.

Ingat perkara2 yang perlu kita lakukan iaitu :

1. Lengkapkan dan tandatangan Surat Setuju Terima.

2. Lengkapkan dan dapatkan tandatangan Ketua Jabatan bagi Surat Aku Janji

3. Dapatkan salinan Buku Rekod Perkhidmatan

4. Buat Surat Akuan Sumpah di mana2 Pesuruhjaya Sumpah

5. Buat Medical Check-up di hospital kerajaan atau hospital swasta (yang berdaftar)

6. Lengkapkan Borang Tapisan Keselamatan (berserta 3 keping gambar untuk 3 salinan borang).

7. Lampiran A berkenaan pemakluman penerimaan kepada JPN masing2.

Selepas itu sila hantar ke SPP dengan kadar segera. Bolehkan sesiapa yang telah lengkap membantu rakan2 lain dengan memberi maklumat2 terkini. Terima kasih.

27 comments:

jm said...

rasanya semua dah terima kot. senyap je ni faris...

zalila said...

salam, geng penang semua dah terima, skg2 masing2 akan mengambil tindakan mengisi, melengkapkan borang2. jpn penang hanya beri 2 borang tapisan keselamatn yang tebal 2.borang tu bila lengkap boleh pos sendiri atau melalui jpn.saya separuh jalan tunggu balik dari iab akan bawa ke ppd untuk ttgn.30hb ni insyallah.

cgany said...

Simah.Aini dan Mawi belum dapat lagi. Yang senyap tu dah terimalah tu Faris.

Zalila, by hand is much better coz,worry ta sampai nanti ,lagi kes naya.

kembara kelana said...

buku perkhidmatan?? ni baru tau ni faris...nak wat apa tu

ybs said...

sof,
salinan buku rekod perkidmatan la, aritu aku kursus di jb aku dah amik dah....ko nak ke aku punye, hehe....

Faris said...

KK,
Buku Rekod Perkhidmatan tu penting sebab dari maklumat dalam BRP itulah yang akan digunakan untuk menentukan tangga gaji DG41 iaitu P berapa dan T berapa supaya tak tersilap. Kalau tak hantar, dia akan hantar surat makluman semula untuk dihantar salinan BRP tu. Kalau kau terlupa hantar, lebih baik kau dapatkan salinannya dan hantar ke SPP.
TK.

zalila said...

borang saya akan hntar pos register akuan terima.teringin nk hntr by hand tpi jauh sgt la.p sana nti tercari2 ke sana sini.kita mana kenal org di kemetrian-adely dh p sek kan. abu mgkn sibuk.tapisan keselamtan hntr melalui jpn.tgok lah macam mana nti balik dri iab.

jm said...

tapisan antar melalui jpn atau terus je ke spp....

mpmn said...

brp tak payah htr. mana ada dia minta dlm surat twrn pelantikan tu. bukan ke masa temuduga kita dah bawa brp. jadi spp akan guna yg itulah. setahu aku gitulah mgkit rkn2 senior.

Faris said...

MPMN,
Kena hantar BRP. Kalau masa nak temuduga mungkin kau tak disahkan lagi DGA38. Selepas tu mungkin dah disahkan, so dia akan lihat perubahan2 dalam BRP sebelum surat perlantikan rasmi dikeluarkan yang akan tertera ditawarkan jadi P?T?. Kalau tak ada BRP, silap dan lepas tu kau kena berurusan semula dengan SPP dan ambil masa lagi.
Itu seperti apa yang berlaku kepada cikgu aku sewaktu hantar, SPP balas semula surat suruh hantar BRP.

Kalau kau tak nak hantar, tak ada masalah. Tak menjadi kesalahan jika kita hantar terlebih dokumen daripada di query semula.

Terima kasih.

Anonymous said...

Faris,
Tq kerana maklum pasalBRP.Saya terus call jawapan utk uruskan mencatat tarikh confirm DGA38 dan besuk saya boleh ambil salinan di JPWP dan boleh pos ke SPP.
Harap kawan2 ambil tindakan yg sama utk call checker kita di jabatan so prosesnya cepat sikit. Belanjalah dia org sekali sekala ke jabatan senang kita.
Tq to khalil kerana belanja breakfast di sekolah barunya bersama pak Ya minggu lepas lepas on the way balik dari padang besar.
NON

jm said...

kalau dah ada keputusan Peperiksaan Am Kerajaan..sertakan sekali salinanya..untuk pengecualian kursus induksi nanti..

Anonymous said...

brp kena hantar.tak hantar zaapppp

zorro said...

mpmn...org suruh antar ekau antar le...banyak songeh pula ekau ni.

BRP aku hilang dlm simpanan di jabatan...nak wat mcm mana ni?

ni aku nak zaaaaaappppp org jabatan ni.aku bagi tempoh seminggu suruh mereka cari...kalu tak aku yg cari mereka.

anymous tak leh ke guna perkataan selain zaaaaappppp tu. ko guna la zzuuuppp ke atau zipppp ke.

zaaaaappppp aku dah sign kontrak dah. nanti aku zaaaaaapppppp ko....

valar said...

Dpt surat tapi belum hantar.macam-macam nak buat.

Anonymous said...

zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppppppppppp

NON said...

Bercakap pasal buku oerkhidmatan ini, saya cuma nak ingatkan kawan2 supaya check mengenai cuti dan ganjaran cuti rehat 15 hari yg boleh dibawa ke pencen. Pada tahun 2005 masa kita dalam proses nak pegi belajar di IAB dulu, kerani saya tak isi borang nak tolak 15 hari cuti tersebut utk ganjaran masa pencen maka rugilah saya setahun. nasib baik saya baru sedar so saya berunding dgn ketua unit perkhidmatan maka di perbetulkan semula.
The moral of the story nya, please check buku perkhidmatan dgn teliti takut kita rugi nanti.

NON

mpmn said...

non tu pun ko nak berkira. sedekah jelah.

mpmn said...

aku nak hantar segera brp ni. nampak gayanya aku kena ke spp sendiri.

Anonymous said...

salam kekawan seupsi...aku ni adely sura..
1. aku dlm dilema ni..mintak kawan2 semua tolong bg pandangan dan kutukan pun ok juga..tu pun kalau korg sampaihati nak kutuk aku..haa
2. aku ni statusnya DGA34(M) mulai 1.10.2009 pastu terima tawaran DG41 mulai 2.10.2009...sian aku tak sempat nak kompem kalau aku trima..
3.kalau aku tolak DG41 tu..aku kena pegi temuduga semula dan kena denda 3 bulan..tahun depan [tahun ni mohon smula utk tmuduga] dan dlm masa yg sama hantar pmohonan kompemesen ke bpsm utk dg34...
4. kalau aku pilih laluan jd GB dga34 pastu mohon dg41 dan dlm masa 3 tahun boleh kup g44..bmakna dlm tahun 2011 aku dilantik ke DG41 dan 2014 dah dapat KUP DG44 atau
5. amik dg41 dan abaikan 34 tunggu 7 tahun dr skrg utk 44...bmakna 2009 aku DG41 dan tunggu 2016 utk KUP44..uih jenuh juga ni nak pikir
6. skrg aku dah lapor diri jadi guru biasa DG41 kat SK Taming Jaya Balakong..tapi aku belum hantar surat setuju terima ke SPP dan aku ada masa lagi utk patah balik???
tolong kawan2 bagi pandangan

zorro said...

SATU SOALAN AKU NAK TANYA? KO NAK TUNGGU LAMA KE SEKEJAP DG 44 TU.

Kalu nak sekejap,terima aje dgA 34 tu..temuduga sekali lagi apa salah nya.rugi setahun aje.kalu nak dg41 ko terima tapi laluan kerjaya ke dg 44 kena tunggu 7 tahun.

itu saja pandangan yg aku dpt berikan, yg lain ko fikir la sendiri.

kalau aku aku zaaaaaaapppppp yg mana lebih menguntungkan.. heheheeee.

Anonymous said...

zorro: nak jd GB pun kena ada kabel kat mana2 jpn kot

adely.sura

jm said...

terima je DG34 tu, adely.walau pun ko lewat DG41...tp cepat dpt DG44.Pilih yg cepat menguntungkan...

Faris said...

Adely,
Seperti yang telah aku sarankan kepada kau, aku syorkan kau tolak dulu DG41. Lepas tu sambil tunggu confirm DGA34, kau mohon jadi GB dan kalau nak masuk Selangor ada beberapa sekolah di Hulu Langat yang akan bersara pada bulan Julai, Sept dan November nanti. Kita boleh pergi jumpa Pengarah JPS (Sulaiman Wak) dan aku boleh rekomenkan.
Lebih baik kau ke sekolah dan ambil jawatan GB daripada kau jadi guru biasa. Sebaliknya jika kau dah ada tempat di Bahagian, kau ambil aje DG41 tu kerana laluan ke DG44 hakiki memerlukan tempoh 5 tahun aje (yang 7/10 tahun tu untuk time-based)setelah aku tanya di unit naik pangkat BPSM. Last year surat mohon naik DG44 adalah bagi mereka yang dilantik tahun 2004. So, kalau surat mohon naik DG44 tahun ini, mesti bagi mereka yang dilantik DG41 pada tahun 2005.

Fikir2kanlah. Terima kasih.

mpmn said...

adesu..

ko dah buat keputsan ke belum. dah buat solat istikharah? itu adalah sebaik2 tpt mdpt petunjuk.

aku setuju dgn rkn2 yg dah beri pendapat. tapi...

kalau kau tak nak bebankan kepala kau dgn hal2 pentadbiran ni, terima je 41 tu. nmpk mcm best je jadi gb ni. cabaran yg menunggunya pun besar. lambat sikit kepala kau beruban n botak. kah--kah..kah..

zorro said...

botak depan melambangkan "dia fikir",botak dibelakang melambangkan "dia cerdik".... tapi kalu botak depan belakang melambangkan "dia fikir,dia cerdik" .heheheeeeeee

zaaaaaapppppp aje adley yg mana untung.tapi bagus juga cadangan mpmn tu...banyakkan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk.kekadang yg kita fikir untung tu merugikan kita...sebab Allah saja yg maha mengetahui..

kodu2 said...

sori,sa dr sabah, mo nyampuk dulu.. saya adalah pk hem hakiki. tengah tunggu lantikan dg41, sudah temuduga, lulus. kelak saya ditawarkan ke dg41 adakah sbg guru biasa atau pk hem? saya prefer guru biasa sbb saya buat sains degree...lagi pula saya amat suka mengajar, bukan mentadbir. sapa2 yg ada pengetahuan bagaimana tukar jawatan ni, sila beri pendapat.. terimakasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites