Saturday, January 17, 2009

Tarikh Konvo dan Majlis Jamuan Pertemuan Keluarga

Salam rakan2,

Melalui blog kumpulan A mereka menyatakan bahawa tarikh konvokesyen ialah pada 16 hingga 18 Mac 2009. Selagi tak ada surat secara hitam putih, tarikh tersebut tidak pasti sehingga ada pengesahan dari Bahagian Akademik yang menguruskan konvokesyen. Walau bagaimanapun rakan2 boleh bersedia lebih awal.

Seperkara lagi, adakah rakan2 bersetuju untuk kumpulan kita mengadakan jamuan pertemuan diri dan keluarga di Tanjung Malim semasa menghadiri konvokesyen? Jika setuju, siapakah yang paling sesuai untuk kita lantik sebagai penyelaras? Respon dari rakan2 amat dialu-alukan.

Terima kasih.

10 comments:

Anonymous said...

betul ler tu faris, yg confirm nya nt ialah apabila kita telah terima surat.

Anonymous said...

aku tak pastilah sama ada boleh buat atau tidak jamuan kump kita kerana msg2 sibuk dgn urusan msg2. tapi kalau ada yg sanggup handle dialu2kan. tk

Anonymous said...

Saya cadangkan Pn.Che Norizam ,Masnon dan Hjh.Norishah.Saya rasa mereka ini selalu banyak idea.Cadangan saja.Jangan marah....

Anonymous said...

anony hg asyik tjk org lain aje. kenapa tak hg sendri yg ofer utk handle. hg pun bkn sedei sgt hingga tak boleh nak urus.

Anonymous said...

sedei tu apa mpmn ?
tak payah lah nak buat jamuan tersebut.masing2 sibuk.belanja mesti berhemah.kos utk ke konvo tu banyak juga.

tapi kalau orang lain sepakat aku turut serta.

Anonymous said...

sedei tu adik beradik koman sepana. menyentuh mengenai jamuan semasa konvo aku lebih pesismis. sdgkan kita bersama nak jamuan akhirpun kecoh dan hampir tak jadi apatah lagi dah tak bersama ni. aku setuju juga dgn hg pak turut, belanja utk ke konvo pun dah besar, nak tampung pula kos jamuan. bagi aku dpt hadir konvo tu pun dah seribu rahmat. ada di antara kita kewangan tidak menjadi masalah baginya.

Anonymous said...

buat saja dikarim koner,makan roti canai seorang sekeping.apa susah jamuan juga kan,kan.

Anonymous said...

Nak buat jamuan akhir pun kucar kacir.. inikan pula dah masing masing berjauhan..agak susah sikit nak satukan group kita.maklumlah GB ... so rasanya no need jamuan konvo tu..

Anonymous said...

Eh...eh..Pak Lang ni asyik-asyik karim koner ...makan roti canai tak da tempat lain ke? dah jemu mak lang dibuatnye. Sekurang2nya makan spageti/piza ke...

Anonymous said...

aku teringin juga nak makan piza atau spageti tu tp org islam yg buat. kalau di kfc ke mac donald aku tak nak. mak lang pandai buat kot. boleh guna resepi org utara.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites