Thursday, January 8, 2009

Surat Tamat Pengajian

Salam rakan2,

Saudara Yusof Sipan kita telah dihubungi oleh Bahagian Akademik UPSI dengan menanyakan beliau status pengajian kita. Bahagian Akademik memaklumkan bahawa surat penamatan pengajian kita tidak dapat dikeluarkan lagi kerana senat masih belum bersidang. Tarikh senat UPSI akan bersidang ialah pada 20 Januari 2009 dan selepas itu baru kita akan dapat surat penamatan tersebut.

Apa yang dapat saya rumuskan disini ialah pihak UPSI mungkin ada kesilapan dan terlepas pandang status kumpulan kita yang mempunyai dua kumpulan tetapi tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Walau apapun, kita minta Penghulu kita terus menghubungi pihak UPSI (Penyelaras, Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti) untuk terus mengingatkan mereka kerana kalau tidak kita tak berpeluang untuk konvokesyen pada bulan Mac nanti.

Sekian, terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

haah jangan ler nanti sampai tak dapat konvo bulan mac, malas ler nak nunggu2 lagi...

Anonymous said...

Kepada kawan2 yang dapat tawaran DGA38 Ogos lepas,menurut guru Data saya yang pergi Taklimat semalam, minta apply untuk ambil PTK pada tahun ini .sertakan surat tawaran DGA38.PTK itu mengandungi kursus seminggu,presantation,
assignment dan ujian bertulis.mungkin lantikan DG41 lambat lagi,so siapa yang nak sila apply sebelum tarikh tutup.Sekadar kongsi maklumat.Wassallam

Anonymous said...

sedihnya aku kerana tak aply 38 hari tu. kalau dah aply tak dpt, lain citenya. ini ada peluang aply menolak pulak. itulah dinamakan rezeki. qada dan qadar kita yg telah ditentukan sejak azali lagi di loh mahfuz. redholah. aku nak buat lawatan benchmark. ada sapa2 boleh sek yg boleh aku lawati dgn guru-guru. bior terbuka minda dia org dgn gbnya sekali.

Anonymous said...

Thank you noris for giving us information.
Based on our experience, we have to prepare also for presentation.

yusofsipan said...

Faris, apa citer ttg jumlah jam kredit tu, kita punya semua hanya 83 kan, grup A punya 86 pulak, kena tanya FPE ni...

Macam2 hal pulak berkaitan result kita ni!

Anonymous said...

Dlm slip result aku, bahagian kumulatif (keseluruhan) kredit daftar 83, kredit lulus 83, sepatutnya 86 ke? Kekawan punya macammana?

Anonymous said...

Salam,

Jumlah kredit kita jika dikira memang 89 tetapi lihat semula keputusan exam, projek 1 ada dua kali di cetak. So... memang jumlahnya 86. Cuma Bahagian Akademik di UPSI yang tersilap. Bila mereka kata negotition kita tak hadir, saya dah beritahu ada keputusan dalam slip peperiksaan. So... selesai.

Tak tahu mana silapnya.
Jangan jadi bangau oh bangau sudahlah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites