Thursday, February 19, 2009

Permohonan DG41

Salam rakan2,

Saya sebenarnya ada mesyuarat berkaitan pembekalan makmal komputer di Pusat Latihan, JPN Selangor di Seksyen 6, Shah Alam pukul 2.00 petang tadi. Dalam perjalanan ke sana, saya mengambil kesempatan keluar awal dari sekolah iaitu sekitar 11.30 pagi semata2 bertujuan untuk singgah di SPP bagi mendapatkan maklumat permohonan kita ke DG41.

Tindakan yang perlu kita lakukan ialah :

1. Sila isi permohonan melalui online secepat mungkin (lagi cepat isi, lagi cepat dipanggil temuduga).

2. Surat kebenaran belajar, ambil rujukan surat tawaran IAB bagi pensiswazahan GB.

3. Dokumen yang diperlukan tak perlu dihantar ke SPP. Apa yang perlu dilakukan ialah membawa segala dokumen asal tersebut seperti yang diperlukan dalam senarai semak sewaktu temuduga nanti.

Saya sedang cuba buat capture screen borang permohonan online tu dengan memasukkan panduan2nya dan cuba memuatkan dalam Yahoo Groups kita nanti jika berkesempatan. Buat masa ini amat sibuk dan insya-Allah akan cuba bantu rakan2 sekalian.

Selamat mendaftar permohonan ke DG41. Terima kasih.

4 comments:

Seri Suryati said...

Thank you Faris for the information.I suka orang macam u, i mean cepat bertindak dan tau apa nak buat. Syabas.

kembara kelana said...

terma kasih faris, aku akan sebarkan kepada kumpulan a

Anonymous said...

Bertuahnya kita dapat sahabat seperti faris ni...amat advance dan yang penting perihatin dan sayang kawan. TQ faris! Moga cita dan usaha u untuk mendapat master dipermudahkan Allah, itu doa saya.

Anonymous said...

tk faris. kalau kau tak ambil tindakan ni naya geng lain terutama org mcm aku ni. maklumlah dok di tasek. nak dpt wifi kena panjat pokok dulu. tk sekali lagi

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites