Salam rakan2,
Saya telah berbual dengan Penghulu kita (Sabri) mengenai majlis ini kerana melihat kepada perkembangan hari konvokesyen kita.
Pertamanya kita akan menghadiri konvokesyen pada 16 Mac 2009 jam 2.00 petang dan mungkin akan tamat pada jam 5.00 petang. Setelah selesai konvo kita perlu mengambil transkrip dan ijazah. Sewaktu nak mengambil transkrip dan ijazah kita perlu memulangkan jubah. Walaupun tempoh masa pemulangan jubah adalah seminggu selepas itu tetapi saya rasa rakan2 semua tak mahu datang dua kali iaitu kali kedua semata2 nak pulang jubah.
Keduanya, oleh kerana saya jangkakan kita tak akan sempat pulang jubah dan ambil transkrip serta ijazah maka kita terpaksa bermalam semalaman lagi dan akan pulang pada 17 Mac 2009.
Atas kedua2 faktor ini, ada cadangan supaya kita mengadakan majlis makan malam untuk kumpulan kita bersama keluarga masing2 (jika nak bawa keluarga turut serta) di mana2 tempat di Tanjung Malim. Oleh itu jika ada rakan2 yang bersetuju bolehlah menyampaikan maklumat ini kepada rakan2 yang lain dan kita selaraskan sewaktu perjumpaan pada 10 Mac 2009 iaitu sewaktu nak pergi ambil jubah nanti.
Jika bersetuju, bolehlah kita cadangkan siapakah yang boleh kita amanahkan untuk mengendalikan majlis ini. Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat. Mungkin selepas ini kita akan sukar untuk bertemu kembali secara berkumpulan beramai2. Insya-Allah saya harap ia akan dapat dijayakan. Sampai2kan maklumat ini.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
10 comments:
Baik juga cadangan tu.Dapat berkumpul ramai2 kelas kita.
Betul! betul! betul!!
10 mac tu kalau ramai hadir jadi mcm reunion kite lah kan. Boleh lepak n borak2 dgn free skit coz tiada family bersama.
Dan tentunya 16 Mac malam tu ramai yg ade... so why not!
Lepas ni rasenya terlalu sukar nak gather lagi.
aku setuju ler jugak... tapi 10 mac tu aku dtg berdua dgn wife, anyway masih boleh melepak dgn korang...
ybs kenape dtg berdua, dtglah bertiga baru adilkan.tak kan nak tinggal yg seorang tu.yg muda atau yg tua yg kau nak tinggal tu.kecil hati dia tau.
aku bawak yg muda, maksud aku yg aku kahwini semasa dia masih muda.... hehehe
tak larat la nak bawak dua2!!!
Hai cop... bukannya u nak kena dukung dia orang! Kurang asam u...
apa hal tak boleh bawa dua-dua sekali, masa dok bercintan dulu, bukan main lagi kau sop, ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni, ke laut sama direnangi, ke UPSI sama=sama hadirilah baru namanya cinta sejati
hai cop, isteri muda kau, kan cikgu. dia tak kerja ke pada 10 mac tu?
aku tak setuju nak buat gathering tu sebab aku datg seorg je. kalau kau org nak buat aku alu2kan. aku excuse diri aku sorg je. sedih tgk kau org gembira dgn keluarga. ini yg buat aku nak cari bini baru ni. si A merajuk ada B, A tak dpt ikut boleh ajak B. betul tak? aku rasa org lelaki yg tak berani tambah satu lagi tu dayus. takut bini. apa pendapat kau org
jang oh jang..... apo kona ekau nie jang.
kura2 dlm perahu,
sudah gaharu cendana pula..
pura2 tak mahu....eleh.eleh...
gathering tu untuk kite semua.kita ni kan satu keluarga..
habis tu ekau ni dayus ke? bila lagi.eden dongar ekau dah lamo doh rancang...eheheh takut bini ye.
Post a Comment