Thursday, February 12, 2009

Guru Besar Sebagai Penasihat dan Ex-Officio

Salam,
Ada di antara rakan2 telah bertanya tentang peranan GB sebagai ex-officio apabila sibuk dengan musim Mesyuarat Agong PIBG. Saya perturunkan sedikit maklumat berkaitan tugas GB sebagai ex-officio seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakan2.

Penasihat Persatuan

a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.

Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut;

i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;

iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

vii) memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan

viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

7 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Faris,Saya dah pun buat mesy Agong PIBG dua minggu lepas.Alhamdulillah semuanya lancar. dah pun tetapkan bayaran Tambahan dan dipersetujui semua.Panggil YB rasmi dapatlah sebuah komputer baru.
Banyak juga soalan ibu bapa tapi bila dijawab semuanya puas hati.
Ada yang tak datang mesy. pertikaikan bayaran tambahan.

Anonymous said...

berapa hari mesti diadakan mesy ajk pertama slps perlantikan dlm mesy agung? bolehkah pmlhn dibuat 2th sekali? bolehkah ibubapa yg tiada anak menjadi ajk dlm pibg. kalau boleh, adakah dia boleh memegang jawatan ydp?

Anonymous said...

Pirzan,
Tak ada tempoh untuk mesyuarat AJK selepas mesyuarat agong. Pemilihan boleh dua tahun sekali dengan syarat pindaan perlembagaan dibuat melalui usul dalam mesyuarat agong. Bukan ahli PIBG boleh jadi AJK dan YDP dengan syarat permohonan perlu dibuat kepada pendaftar terlebih dahulu.
TQ.

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei finest on the internet blogshop for wholesale & quantity korean accessories, accessories, earstuds,
pendant, rings, bracelet, bracelet & hair accessories. Offer 35 % wholesale price cut. Ship Worldwide
My site ... capacidades cognitivas

Anonymous said...

Hi, I want to subscribe for this weblog to take newest updates,
therefore where can i do it please assist.
Review my web site ... mobile mlm marketing

Anonymous said...

Why people still make use of to read news papers when in this technological world everything is available on web?


my web blog ... Spazio Kovan

Anonymous said...

Everyone loves it whenever people come together and share ideas.
Great website, stick with it!

my blog ... http://www.teenpornpost.com/

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites