Mengurus dan membina matlamat serta hala tuju organisasi bukan perkara yang mudah. Sebagai pemimpin anda harus meneliti setiap sumber yang ada dan “meneropong” lebih jauh apa yang harus dicapai oleh organisasi yang anda pimpin. Organisasi yang tiada halatuju adalah organisasi yang “gagal”.
Matlamat organisasi mengikut kaedah “Piramid”. Kaedah piramid ini lebih memudahkan dan jelas pergerakkanya. OK, cuba anda lihat 2 piramid dibawah ini :-
Apa yang anda dapat perhatikan ? Ok, mudah sahaja.
Piramid A - ialah kita bermula dari bawah iaitu menentukan plan tindakan atau gerak kerja organisasi anda. Daripada Plan tindakan tersebut, anda akan membentuk Objektif, Misi dan Visi organisasi anda. Maksudnya didalam Piramid A ini, hala tuju organisasi anda dibentuk bermula dari Plan Gerak Kerja yang dirancang dan akan menentukan Visi organisasi.
Piramid B - ialah kita bermula dari atas iaitu menentukan Visi (dreams) organisasi anda. Daripada Visi tersebut ia akan berkembang membentuk Objektif, Misi Dan Visi organisasi. Maksudnya di dalam Piramid B ini, hala tuju organisasi anda dibina bermula dari Visi (dreams) yang akan membentuk Plan Gerak Kerja anda. Secara tidak langsung setiap aktiviti yang dirancang akan menjurus kepada Visi yang dibentuk diatas tadi. Menarik bukan ….!
Selamat Mencuba.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
7 comments:
terima kasih Faris kerana beri info pengurusan yang baik.Kebanyakan pengurusan saya gunakan pendekatan B sebab kita tahu apa yang kita perlu capai iaitu target kita.Kawan2 yang lain macam mana...
Dah lama tak dengar Ita cakap....
Kebaya baru dah siap untuk konvo.Tentu cantik kan...
Visi dulu ke misi dulu???
hehehe.....
Kamu nak kena marah Bustamam lagi ke usop.tak reti2 dari dulu...
adat ler belajo kena marah.... buah cempedak di luar pagar kan? mmg banyak lagi perkara yg aku tak reti2... hehehe
Suka hati komelah Sop nak visi atau misi dulu. Itulah di antara kata2 Azam yang popular. Mana si Azam ni? Tak sihat2 lagi ke? Atau masih di hospital? Semoga saudara Azam kita sihat hendaknya. Kau kena pergi hantar sambal tumis ikan bilis kau tu Sop kepada Azam. Kempunan dia.
wife aku tgh merajuk la, tak mahu dia nak buatkan sambal ikan bilis tu....hehehe, malas aku nak mujuknye!
Usop, kamu kalau merajuk satu boleh pegi rumah satu lagi.Kalau dua2 merajuk kamu jangan pasang 3 sudahlah...
Kesian kome dengan Azam, keluar masuk hospital sebab penyakit dalam perutnya.Sabor ajelah Azam.Allah duga iman kamu...
Jangan makan ubat kuat lagi Azam.. Mane ade.......
Ya Allah, Sembuhkanlah penyakit Azam dan kembalikan lah kesihatannya.Amin......
Post a Comment