Friday, July 31, 2009

Hujung Minggu Yang Panas

Sabtu dan Ahad pada hujung minggu ini merupaka suasana panas seluruh negara. Dijangka pelbagai peristiwa penting dalam lipatan sejarah akan berlaku. Sama ada peristiwa itu benar2 akan berlaku atau tidak masih tidak dapat dipastikan. Peristiwa hangat yang dijangka akan berlaku ialah perhimpunan anti ISA dan pro ISA. Masyarakat kita sering menuding jari ke arah orang lain tanpa menyedari empat jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri. Bertindak mengikut akal dan bukan mengikut perasaan. Pendirian mesti tegas dan bukan sekadar menjadi pak turut.
Disinilah perlu letaknya kebijaksanaan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah swt. Lebihnya manusia dengan binatang adalah kurniaan akal oleh Allah kepada manusia. Jika akal tidak dapat membuat perbezaan dan penilaian yang baik maka pertimbangan akallah yang menentukannya. Dari satu aspek iaitu kezaliman kita boleh membuat penilaian. Adakah negara kita sahaja yang melaksanakan ISA atau seumpamanya? Tidakkah negara lain seperti Singapura dan Amerika yang menyediakan Guatanamao Bay tidak melaksanakan ISA? Teringat kata2 pemimpin kita terdahulu bahawa demokrasi ala Malaysia tidak mestinya sama demokrasi ala Amerika.
Kebetulan terdengar ucapan Dato Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa kita di Malaysia masih boleh berjalan pukul 2 hingga 3 pagi dalam keadaan aman. Kita masih boleh membiarkan anak2 kita bersekolah dan pergi ke sesuatu tempat tanpa rasa bimbang. Kita boleh beramal ibadat di masjid, kuil dan tokong tanpa sebarang gangguan atau rusuhan kaum. Adakah ini yang hendak kita hancurkan?
Kedengaran juga kata2 pemimpin PAS yang menyatakan ISA adalah zalim. Difikirkan dari satu sudut memang benar. Kezaliman kerana menurut hukum Islam sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan perlu mengambilkira pelbagai perkara.
Saya bukanlah orang yang mahir untuk membicarakan tentang perkara ini dengan lebih mendalam. Ini sekadar mencetuskan idea agar kita sebagai guru dapat memikirkannya secara lebih serius dan mendalam. Ada kala terfikir dan terlintas juga adakah ini murid yang telah kita hasilkan sewaktu kita mengajar mereka dahulu? Rata2nya remaja yang berusia 20an dan 30an iaitu sebaya dengan usia perkhidmatan kita. Adakah ini yang dihasilkan oleh sistem KBSR yang mula dilaksanakan pada tahun 1983 dulu?
Fikir2kanlah, apa langkah kita seterusnya dalam membangunkan modal insan yang kita hasratkan dan yang lebih penting dimana dan situasi mana perlu kita letakkan anak cucu kita dalam tempoh 10 tahun akan datang. Akal fikiran yang waras berlandaskan ilmu agama dan pengetahuan yang luas akan membantu kita.
Itulah serba ringkas lontaran idea untuk sama2 kita fikir dan renungkan. Rakan2 boleh terus memberikan pandangan dan idea masing2 dalam usaha kita menjana minda untuk membuat pertimbangan terbaik.
Terima kasih.

7 comments:

ybs said...

faris,

Ntah la, aku pun sampai dah tak reti nak komen, bimbang jugak menyebabkan keadaan menjadi bertambah panas.... berdoa jer la mudah2an tidak berlaku perkara2 yg tidak diingini!

azamboy said...

aku juga hampir teperangkap dgn kesesakan lalu lintas di hadapa istana negara tempohari ketika dalam perjalanan ke maktab tentera dan kemudiannya ke klia dan ke lcc.Masing masing dgn perjuangan yang mereka akui betul dan benar.dan aku jadi keliru.anihnya,,pertempuran yang pada satu masa dahulu berada cuma di dalam hutan,,kini telah berunah menjadi pertempuran di dalam pekan.Banyak saudara mara dan rakan kenalan aku yang tergolek di makan peluru ketika memperjuangkan kemerdekaan dan mengekalkan dari ianya dirobek,,kini aku lihat banyak pula perempuan perempuan melayu yang bersusun susn menaiki Blak Maria atas nama perjuangan.Memang benar,,perjuangan menuntut sesuatu yang paling berhagara dalam kehidupan..kebebasan,,atas nama kebebasanlah mka kita menjadi tidak bebas,Aku menyongkong penuh ISA ini kerana pada aku,,kalau keujudan kita hanya utk melaga lagakankan masyarakat,mengapi ngapikan orang ramai untuk merusuh dan melakukan kemusnahan,,,mereka wajar disumbatkan dalam penjara.Kepentingan masyarakat lebih patut diutamakan dari pada kepentingan individu.Tenguk saja di China,,,medan tianamen yang menjadi medan demokrasi disenyapkan oleh lenyekan dan deruman kereta kebal di atas mereka yang merusuh,di mana lagi agaknya ada sebuah negara yang seindah malaysia boleh dijadikan contoh??????Amerika????Britain????China????India????Indonesia???? Arab Saudi???Pakistan???Maka kita kehausan menuntut demokrasi dan pelbagai hak serta pemansuhan ISA.Bila dan mansuh ISA,,,,kita boleh bercakap apa saja,,berkata apa saja walaupun kata kata itu membenihkan perkauman,,Ingatlah,,kebebasan itu perlu,,tapi ada batasnya..dan bukannya kebebasan kita menjadikan negara ini menjadi porak peranda.

Anonymous said...

kepimpinan negara kena bertegas sikit bila bab keselamatan negara.tiada tolak ansur.pihak polis rasanya sudah dapat mengesan awal sape yg jd penggerak perhimpunan haram ni.tangkap sebelum mrk perhimpunan diadakan lagi. memang lah akan org marah (segelintir). Yang perlu dijaga ialah keselamatan orang awam macam kita ni... yg tak ada apa-apa kepentingan..(teropong lama)

Anonymous said...

Salam kemerdekaan. Bagus semua BERSEMANGAT PETRIOTIK YANG TINGGI.Pendapat Kak kiah ISA ini sangat penting untuk sumbatkan mereka2 yang sangat melampau sehingga mencabar ketuanan melayu.Contoh Teresa Kok suruh wujudkan Bandar Cina untuk memudahkan hubungan ekonomi negeri Cina dengan Malaysia. Ada ramai kawan-kawan kita dari bangsa lain yang mempunyai semangat malaysian yang tinggi. Inilah yang perlu dicontohi. Censelor UIA pernah kata... nak minta, boleh.. kerajaan boleh beri tapi sanggupkah rakyat menerima keadaan yang sebaliknya tidak seperti keadaan sekarang.Beliau menyebut perkara ini di PICC bulan MEI lepas sempena perpaduan remaja. Memang remaja-remaja kita sungguh bersemangat melemparkan hujah.Tapi memang anih kalau lita tengok di tv, ramai juga di kalangan wanita. Hebatnya wanita, kalaulah perjuangan mereka di tempat yang betul alangkah bahagianya. Mereka ini bukan calang-calang orang..berpendidikan tinggi. Kadang-kadang terigin juga hendak menghadiri ceramah mereka untuk ketahui sendiri apakah yang mereka ingin perjuangkan atau untuk perjuangkan masalah individu orang lain. Allah.. macam Sharizat pulak rasnya. Jumpa lagi

Anonymous said...

betul tu. i pun setuju. setiap orang tak kiralah politik mana hijau ke, merah ke, biru ke..bila bercakap kena fikirkan negara.cikgu disuruh bercakap satu malaysia.. tapi orang politik bila naik minyak bercakap sudah lupa satu malaysia..ramai yang bercakap untuk kepentingan politik masing-masing....

Anonymous said...

Buat apa nak susah, kembali sahaja kepada Islam. Pergi haji, sembahyang, puasa, tapi kalau tak yakin dengan Islam buat apa. Sebenarnya kita ni mengaku saja Islam tapi tak yakin dengan Islam. Syurga tu mahal. Kalau jadi Mufti, Tok Guru, Sultan, Perdana Menteri ingat senang-senang masuk syurga belum tentu lagi. Janganlah kamu rasa kamu sudah beriman selagi kamu belum diuji keimanan kamu. Apa yang berlaku itu adalah ujian kepada keimanan kita kepada ALLAH SWT. Jangan letak kat otak letak kat kalbu kita tentang apa yang berlaku di negara kita sekarang.

Anonymous said...

tu la.. kalau dah nak sesat balik le ke pangkal jalan.. bukan main redah je..last last tak tau nak balik ke pangkal...jadi terus je lah dengan kesalahan..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites