Wednesday, July 8, 2009

PPSMI Dimansuhkan - Sains dan Matematik Mulai 2012

Salam rakan2,
YB Menteri Pelajaran telah mengumumkan keputusan pelaksanaan PPSMI dan berikut adalah petikan dari akhbar untuk makluman.

08/07/2009 2:37pm

PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini

08/07/2009 2:50pm

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

2 comments:

mpmn said...

ada yg pro n kontra. itu biasalah. mana ada org akan sependapat dgn apa yg kita buat. hati n pemkrn tak serupa. aku mmg setuju dari dulu lagi. malahan pd aku tak perlu tunggu 2012. buang masa je. kita ni sbgi pelaksana dasar, kita buat n tgk je hasilnya.

tok lebai said...

knape nak tunggu 2012.
eden raso la, sebab ; pertama kontrak blm habis lagi,nak kaut faedah la tu.kedua sebab politik kut.dah dakat pilihanraya,nak ambil hati konon.yg paling utama duit nak bayar elaun ppsmi dah tak ada.

mkn kita boleh suruh guru2 ajar mm yg tahun empat dan 5 dlm bahasa melayu,lagi pun soalannya dlm dwi bahasa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites