Monday, July 27, 2009

Anak Yusof Sipan Selamat Menjalani Pembedahan

Salam rakan2,
Petang tadi saya berkesempatan ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang sehingga 6.15 petang. Menurut saudara Yusof, anaknya menjalani pembedahan pukul 9.00 pagi tadi selama hampir 2 jam. Alhamdulillah kerana segala2nya selamat. Sama2lah kita doakan semoga anaknya cepat sembuh. Kepada sesiapa rakan yang ingin menziarahinya bolehlah ke Institut Pediatrik, Wad KK7, Bilik No. 3 dan katil No. 4. Saya tak pasti berapa lama saudara Yusof dan isterinya akan berada di HKL.
Bersama2 ini saya sertakan gambar yang dapat diabadikan sewaktu lawatan saya. Amin Ya Rabbal AlAmin.




12 comments:

cikguyusof said...

Faris,

jutaan terima kasih atas ingatan dan kesudian kau datang menziarahi aku ptg tadi...

selepas kau balik doktor bedah dtg tgok anak dan bawak filem x-ray sekali...dia kata tulang tu masih tak stabil dan tak masuk so esok kena buat sekali lagi dan simen tu kena bukak....doakan moga kali ini berjaya dgn sempurna!

azamboy said...

cop..kenapa cop??sakit apa???terkejut aku,,anyhow,syukur kerana semuanya sudah selamat,,sabar dan redha dgn kehendak allah swt,

mpmn said...

nape doc tu bedah tak msk pulak cop? cuba hg tya org yg arif. moga semuanya selama. tj seorg bapa. ank2 belum tentu akan berkhidmat dgn cemerlang semasa hayat parentnya.

Anonymous said...

salam sof. alhamdulillah anak hang selamat menjalani pembedahan...joni n rakan trg.

Lee said...

Yusof, hope evything is ok. I doakan anak u cepat sembuh dan sihat.

Faris said...

Cop,
Macam mane dgn second operation? Everything okey ke? Hopefully semuanya selamat dan hasil x-ray tidak akan menyebabkan pembedahan seterusnya.

ama sksb said...

Salam.

Kepada sdr kita Yusof.....sabar ye...Didoakan semoga anak mu itu cepat sembuh dan didoakan juga pembedahan kali ke-2 akan lebih berjaya. Amin....

Rakan2 kalian kita doakanlah anak Yusof cepat sembuh....tk.
Wassalam.

rozita said...

Salam cop.
Smoga u and mrs kuat semangat menghadapi ujian ini. Smoga Khalisah juga sihat dan cepat sembuh. Didoakan semoga pembedahan kedua esok selamat.
Cop.. i and kak ton tak dpt nak menjenguk u all coz pg esok dah nak bertolak ke Terengganu selama 4 ari di sana dalam Lawatan Penandaarasan MGB Klang... namun doa kami sentiasa bersama kalian.

ybs said...

azamboy, mpmn, joni, Ai Hiang, faris, ama, ita dan yg kain2....

terima kasih di atas ingatan dan doa kalian. Ptg td saya telah batalkan pembedahan kali kedua tu...simen kaki telah dibuka dan kami dibenarkan pulang. Kami akan dtg semula pd 18 Oktober 2009 dan esoknya akan dibuat pembedahan yg sebenar. Doakan moga berjaya! amin!!!

emzex said...

usup, kenapa dgn anak kau tu?kesian dia.aku doakan semoga anak kau tu cepat sembuh, dan ibubapanya dlm keadaan tenang, jgn stress, jaga kesihatan tu.

nampaknya kau tu dah nak mula melalut, lain-lain kau tulis kain2....hai teringatkan kain batek ka?.......

cikguyusof said...

emzex,

anak aku ada masalah tulang paha dia tidak berada dlm 'soket' la....

aku keletihan la zul dua tiga hari ni, ngeja pun silap, hehehe.... aku takde terfikir ape2 pun tersalah eja lain jd kain tu.....

Anonymous said...

salam sof.. anak kau dah ok ke...jon.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites