Thursday, July 2, 2009

Skop Soalan Temuduga

Salam rakan2,

Sambil mendengar taklimat praktikum saya sempat ber SMS dengan En Wan Hamzah (bekas Pengetua Cemerlang SM Sains Tengku Faris Petra, Kelantan) yang kini adalah panel temuduga SPP. Tujuannya tidak lain adalah untuk mendapatkan info tentang skop soalan yang akan ditanya. Beliau memberi SMS meminta kita bersedia tentang skop berikut :

1. FPK
2. PIPP
3. KBSR/M dan KSSR
4. Isu2 semasa pendidikan - spt PPSMI, BI wajib lulus SPM dll
5. Isu2 dalam negara dan luar negara

Mudah-mudahan rakan2 boleh buat persediaan awal. Selamat bertemuduga dan berjaya. Jangan risau dan susah hati. Insya-Allah semua akan berjaya dalam temuduga.

3 comments:

ybs said...

mekasih faris.... mudah2an kita semua berjaya, amin!!!

mpmn said...

faris n kwn2 yg dah isi borang maklumat tambahan. tolg skt.
1. status ijazah-sepenuh masa / pjj. 2. nilai taraf 3. no. ruj. srt JPA 3. tgs2 dlm ko sek dlm borg senarai tugas. kosongkan aje ke. cuma isi jaw yg dipegang? btl ke. tlg jwb

Faris said...

Salam Pirzan,
Jawapannya ialah :
1. Status ijazah - PJJ
2. No ruj surat JPA - kosongkan
3. Senarai tugas - senaraikan tugas utama, di lampiran senaraikan detail.
Selamat melengkapkan borang tu. TK.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites