Thursday, December 11, 2008

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008

Cuti Kakitangan Awam Baru Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

“Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

“Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan.

Setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan itu.

Katanya adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

Sebagai contoh, Ahmad Shah berkata kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

Beliau berkata CUEPACS akan memohon kakitangan terbabit diberikan pampasan. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Mulai 1 Januari, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari.

ini bermakna PPelajaran tidak terlibat?

Anonymous said...

Pegawai Pelajaran yang melibatkan guru di dalam bilik darjah memang tak terlibat kerana mereka hanya berhak cuti rehat khas sebanyak 7 hari. Tetapi mereka yang berkhidmat dalam pengurusan dan pentadbiran akan terlibat seperti sesiapa yang menjadi guru besar, PPD, JPN dan KPM yang dilantik selepas kuatkuasa pekeliling ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites