Monday, December 29, 2008

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2008

Salam rakan2,

Diharap rakan2 peka dengan SPI 7/2008 ini berkaitan kutipan bagi sesi persekolahan 2009. Menurut SPI, hanya bayaran insurans boleh dikutip. PIBG perlu kelulusan mesyuarat agong. Bayaran pakej tak ada apa-apa keterangan. Bayaran2 bagi program sekolah perlu endorsement dari mesyuarat agong PIBG.

Memandangkan situasi ekonomi yang tidak menentu, pendekatan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung beban perbelanjaan persekolahan perlu diambil kira.

2.1 Bermula tahun 2009 sebarang sumbangan kepada PIBG hendaklah dibuat mulai pertengahan tahun, setelah amaun sumbangan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung PIBG.

2.2.6 Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) (SPI Bil.6/2006)

2.3 Bagi pelaksanaan bayaran2 lain persekolahan, pihak PIBG dan sekolah adalah digalakkan supaya mematuhi langkah2 seperti berikut :
2.3.1 Mengadakan mesyuarat di antara pihak pengurusan sekolah dengan AJK PIBG untuk menyediakan cadangan bayaran2 lain persekolahan
2.3.2 Cadangan bayaran2 lain perlu dibentang, dibincang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agong PIBG
2.3.3 Pihak sekolah hendaklah menyediakan surat makluman kepada ibu bapa mengenai jumlah bayaran2 lain yang telah dipersetujui
2.3.4 PIBG dan sekolah dikehendaki menggunakan budi bicara dengan memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak mampu
2.3.5 Semua bayaran yang dibuat oleh pihak ibu bapa hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang SUWA atau Akaun Asrama Sekolah atau Akaun PIBG mengikut pecahan akaun yang betul.


Sebar2kan maklumat ini kerana SPI tersebut belum diterima melalui pos. Boleh download dari laman web MOE.

TK.

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Faris,
Saya pun baru dapat taklimat dari PPD hari ni.Tapi saya masih lagi keliru tentang Opsyen cuti.nak tanda yang mana.Ada kawan2 boleh terangkan.

Anonymous said...

noris,
ttg opsyen cuti ni memang keliru.saya baru dapat maklumat dari kp jpn mengatakan yg terlibat hanya yg ada cuti rehat shj spt kerani,pembantu pra, pap dan pekerja am kerajaan .guru2 tak terlibat. arahan suruh pilih yg opsyen pertama sahaja.opsyen berikut, cuti tak kurang tapi golden hand shake sebanyak 150 hari.opsyen kedua cuti kurang 5 hari dan ghs juga sebanyak 150 hari juga.ini memang keliru sebab kalu ikut pekeliling opsyen pertama layak mendapat ghs sebanyak 120 hari shj.nak tak nak kena t/tgn opsyen pertama.

esok ada perjumpaan dgn pengarah.mkn akan diperjelaskan lagi.

Anonymous said...

aku baru dijlskan oleh jpn. yg terlibat ialah yg ada cuti rehat dan guru-guru. Ini adalah kerana mungkin suatu hari nanti guru-guru ini diserap ke PPD atau jabatan. Bagi staf skgn tidak perlu kerana cuti mereka tidak melebihi 21 hari. yg mudahnya pilih ajelah yg no.1. cuti tak kurang dan ghs dpt boleh kumpul hingga 150 hari. buat apa nak pening kepala

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites