Monday, December 22, 2008

Kursus IAB 2009

Salam kepada rakan2,

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Yusof Sipan kerana telah memberikan maklumat tentang kursus anjuran IAB bagi tahun 2009. Rakan2 bolehlah memohon kursus2 tersebut secara online mulai sekarang.

Sila lawat di alamat berikut :

http://mail.iabu.moe.gov.my/permohonan_kursus_pilih.asp

Selamat memohon kursus. Untuk makluman setakat ini saya memohon kursus penyelesaian masalah di Sabah, Kajian Tindakan di Sarawak dan Designing Powerful Presentation using ICT di IAB Induk.

Terima kasih.

11 comments:

noris said...

Terima kasih Usop dan Faris yang beri info mengenai kursus di IAB.Kawan2 kata nak minta kursus yang sama supaya dapat jumpa group kita di sana.Macam mana ya ...kita boleh jumpa dalam kursus yang sama.ada cadangan......
Mana kawan2 yang lain .Dah lama tak dengar berita. Ita,zaim,azam,mpmn,emzax...semua masih bercuti ke...

cikguyusof said...

Kalau di IAB induk ada 2 kursus utk GB, kursus Pengurusan Perkhidmatan ICT pada bulan April dan Model Pengajaran & Pembelajaran dlm bulan Mei. Aku cadangkan pilih ler antara 2 tu. Aku dah pilih yg pertama!

emzex said...

kepada rakan2 yg dah buat mesyuarat diucapkan tahniah kerana proaktif.aku akan buat pd 30 Dis ni.

tentang PP bil 14/2008, aku keliru sikit membaca pekeliling ini.kalau ikut perkara 4 PPP tak terlibat, tapi perkara 6 iii terlibat pula.sapa2 yg boleh respon,tolong beri info sikit.sapa yg terlibat dan sapa yg tak terlibat.

adakah hanya Gb saja terlibat.

Faris said...

Emzex,
Berdasarkan PP 14/2008 tu, GB dan Pengetua terlibat kerana walaupun dia PPP tetapi layak cuti rehat tahunan. So, bolehlah pilih opsyen nak cuti tahunan sikit ke atau banyak.
Cuma satu perkara yang tidak jelas iaitu berkaitan dengan PP 18/2008 yang berkait dengan pengumpulan gantian cuti rehat 150 hari. Kalau diikutkan kedua2 pekeliling itu tidak berkaitan tetapi ada yang kata ia berkaitan.
Ada yang berkata jika pilih cuti rehat sikit maka ia layak kumpul sampai 150 hari tetapi jika pilih cuti rehat asal (35 hari) maka ia layak setakat 120 hari aje. Jika sesiapa yang ada maklumat, sila maklumkan.
Terima kasih.

Faris said...

Berikut adalah kursus yang dipohon oleh saya.
NAMA PESERTA : AHMAD FARIS BIN JOHAN
KAD PENGENALAN : 640713015217

IABI091B1H - DESIGNING POWERFULL PRESENTATION USING ICT FOR LEADER PENGURUSAN ICT - IAB INDUK -01/03/2009 06/03/2009

IABS091A28 - KAJIAN TINDAKAN TIADA BTPN SERAWAK - 08/03/2009 13/03/2009

KOLO095F03 - KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - IAB UTARA - 06/07/2009 09/07/2009

IABI092C13H - PENGURUSAN PENYELESAIAN MASALAH MENYELESAIKAN MASALAH - PAKEJ, PSPN SABAH - 21/07/2009 22/07/2009
IABI098B06 - PENGURUSAN PEMBANGUNAN SEKOLAH - PAKEJ, SARAWAK - 24/08/2009 28/08/2009

IABI093B56H - PENGURUSAN PENYEDIAAN PAT KUMPULAN WANG SEKOLAH PENGURUSAN KEWANGAN PAKEJ SELANGOR - 12/10/2009 14/10/2009

Mohon banyak2 tapi mana yang dapat tak tahulah. He he he he......

noris said...

Faris,hati2 tarikh kursus.takut nanti sama dengan masa kita nak konvo pula. Biasanya konvo bulan mac.

emzex said...

terima kasih faris atas info tersebut.

guru2 perlu tanda opsyen pertama,gb dan staf sokongan perlu buat pilihan opsyen pertama atau kedua.info ini saya dapat dari rakan2 gb.

opsyen kedua cuti kurang tapi GCR boleh kumpul sebanyak 150 hari.keterangan ini ada dalam bahagian implikasi opsyen.(10.iii)

emzex said...

kawan2 semua,
saya rasa kursus yg sesuai dan masa yg sesuai utk kump kita buat reunion adalah kursus leadership mentoring diiab induk pada 19/4/09 hingga 22/4/09.
kod kursus ialah IAB1098C074.

atau pun kalu nak keutara boleh mohon kolokium kepimpinan instriksional. 6/7/09 - 9/7/09.kursus ini utk seluruh peserta negara.

marilah ramai2 mohon. harap sure heboh kepada rakan2 yg tak pernah jengah blog kita nie.

cikguyusof said...

emzex,

salah la kod kursus leadership mentoring diiab induk pada 19/4/09 hingga 22/4/09 yg kau beri tu...(berhati2 lain kali tau!)

yg betulnya ialah IAB1098C07H

tq

cikguyusof said...

Ini adalah kursus yg aku mohon;

LEADERSHIP MENTORING PENYELIAN IAB INDUK 19-22/04/2009
PENGURUSAN PERKHIDMATAN ICT TIADA IAB INDUK 19-24/04/2009
KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TIADA IAB UTARA 06-09/07/2009

kalau nak join, cepat2 ler memohon!!!

cikguyusof said...

abaikan yg di atas tu, copy & paste problem ler tu...

Ini adalah kursus yg aku mohon;

LEADERSHIP MENTORING PENYELIAN-IAB INDUK 19-22/04/2009
PENGURUSAN PERKHIDMATAN ICT-IAB INDUK 19-24/04/2009
KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL-IAB UTARA 06-09/07/2009

kalau nak join, cepat2 ler memohon!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites