Monday, December 15, 2008

Maklumat Semasa Keputusan Fasa 7 & 8

Salam kepada rakan2,

Hari ini saya telah memulakan panggilan telefon kepada Dr. Che Mohd Zulkifli (Timbalan Dekan) untuk mengetahui status keputusan peperiksaan kita. Beliau menyatakan ia akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu lagi kerana keputusan itu baru diterima dari pihak Akademik.

Seterusnya saya menelefon pula kepada Dr. Khuan dan beliau menyatakan bahawa sepatutnya telah diterima kerana beliau telah dimaklumkan oleh Yusof bahawa telah terima. Saya nyatakan bahawa yang telah terima hanya kumpulan A tetapi tidak bagi kumpulan B. Beliau berjanji akan cuba menyemak dan memastikan kembali perkara ini.

Saya pun menelefon ke pejabat fakulti dan bercakap dengan En. Hasrey iaitu kerani yang bertanggungjawab dengan kumpulan PPGB ni. Beliau menyatakan bahawa keputusan baru diperoleh dari pihak Akademik dan beliau belum sempat menyemak dan mengeposnya kepada kita semua kerana sepanjang minggu ini beliau sibuk menjaga peperiksaan. Saya bertanya bagaimana kumpulan A dah dapat keputusan? Beliau kata mungkin pihak Akademik yang telah pos keputusan itu kerana pihak fakulti masih belum mengepos sebarang keputusan peperiksaan.

Oleh itu dapatlah saya buat rumusan di sini bahawa mungkin pihak Akademik telah mengepos lebih awal keputusan kumpulan A dan setelah menyedari kesilapan tersebut barulah keputusan itu diserahkan kepada pihak fakulti. Saya harap rakan-rakan dapat bersabar dan insya-Allah keputusan itu akan kita peroleh sebelum akhir Disember ini.

Jika ada rakan2 yang tidak sabar, bolehlah SMS nama, no. matrik, kumpulan A atau B dan kohort kepada En. Hasrey di talian 0173017081 untuk mengetahuinya lebih awal. Sabar itu separuh daripada iman...... Tahniah kepada yang cemerlang.

9 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Faris kerana beri penjelasan sebab ada juga rakan2 yang telefon saya tanyakan keputusan.U dah beri jawapannya dan kita tak lah tertanya2.Saya tetap sabar menantinya.Apa lah keputusan kita ya..
InsyaAllah, semua lulus.....

Anonymous said...

Hai Kawan2,
Saya nak cerita sikit mengenai pengalaman pergi cuti2 Malaysia.Rasa terkesan dihati tentang keakrapan kita.Bukan saja dulu di kelas tapi bila jumpa di mana2.
Saya pergi ke Alor Setar dan konteklah Pak Ya (Zakaria Md.Lazim) .Tak sangka mesranya sama seperti di kelas kita.Dia dan Family bawa kami ke tempat2 menarik di Alor Setar.Kemudian kami makan bersama.Saya juga bawa keluarga.Husb.puji habis Pak Ya.memang profesional.Saya sekeluarga ucapkan terima kasih kepada Pak Ya atas layanan yang diberi kepada kami sekeluarga.Tapi sayang Pak Ya tak tahu nak buka blog kita untuk sama2 berborak selama ni.Dia minta alamat blog kita pada saya.
Dalam perjalanan pulang pula, singgah di Kuala Kangsar.Kontek Zubaidah tak dapat.Kontek lah Azam.Dia bawa kami tempat labu sayung sebab saya nak beli untuk staf sebagai buah tangan.Kemudian Azam bawa juga ke tempat2 sejarah di Kuala Kangsar.Tak kering gusi bila dah jumpa Azam.Semua anak2 suka.Husb pun ketawa dengan telatah Azam yang ada saja ceritanya. Tapi kesian azam ,walaupun kakinya sakit tercucuk dawai pagar semasa mesin rumput di rumahnya ,tapi masih ada masa bawa kami round Kuala Kangsar.Terima Kasih Azam .
Kepada mana2 kawan2 yang datang ke sesebuah negeri yang ada kawan2 kita ,kontek lah.Saya gembira jika ada yang sudi datang ke negeri saya.Jika tak ada halangan kita boleh bantu bawa jalan2 dan belanja makan.murah rezeki....

Anonymous said...

TQ Faris atas inisiatif anda mendapatkan maklumat terkini mengenai result kita tu. Ape pun masalah teknikal yg timbul di UPSI kita kena redha dan sabar lah kan, walaupun sebenarnya penantian itu satu penyiksaan. Bukannya ape pun... tapi bila dengar member sebelah dah dapat rasa teruja benar nak tahu pencapaian diri sendiri. Nasib baik kita masa ni sibuk dgn kerja2 pengurusan akhir pembukaan sek... jadi leka sikit kan? Ok 2 minggu lagi... tunggu...!!!
Kepada Noris, I tumpang seronok dgr crite percutian u tu dan ianya mmg benar . Raya dulu pun semasa I ke Johor I sempat singgah ke umah Chop berkenalan dgn family dan bermanja dgn baby barunya. Mcm mimpi tak caya pula bertemu kembali kan!
Ok jumpa lagi...

kembara kelana said...

semoga bersabar..tentu ada hikmahnya..macma kata faris..ramai sangat dapat 1st class kut..[ jangan marah faris..]

Anonymous said...

noris aku teringin nak melawat ng hg tu tp tpt hg tu tak ada yg free berbayar belaka. mahal2 pulak tu. wp ng kita bersempadan. tp kalau hg nak sponsor, kira oraitlah. pasai azam ni, yg mesin rumput pakai selipar buat apa. gunalah but getah tu. aku bkn tak selalu mesin rumput. la ni aku sdg buka syk mesin rumput rmh ke rmh. kalau ada sesiapa yg guna khidmat syt aku blhlah. aku bg special prize. kontaklah aku. pej buka 24 hours.
pasai pakya lazim tu, dia mmg lagu tu. berapa kali bg almt blg pun dia tak msk pya. alsn tak tahu almt. dgn aku entah berapa kali minta almt. nak kata tak tahu guna komp, tak bolh sbb pak ya ni teror guna komp oooo. dia byk ajar aku.
pasai kptsn tu, aku pun tak sbr juga nak tahu ni. entah berapa kali aku mimpi naik pentas terima first class.
sape2 teringin nak mkn ikan patin dtglah temerloh. aku belanja. patin sangkar sg. patin liar aku tak mampu. sbb belum dpt 38 lg.

Anonymous said...

yg di atas tu komen aku. bkn animal mouse tau. aku tertekan butang release, tak sempat tulis nama.

Anonymous said...

aku baca komen hg tu aku dah tau. ini mesti mpmn.perbezaan masa hanya 2 minit saja.inilah caranya kita nak trace sapa yg tulis komen tu.

kalu mimpi tu jadi kenyataan, alhamdulillah, aku takut mimpi tu jadi sebaliknya. eeee serammya.anyhow aku ucapkan semuga kita semua beroleh kejayaan termasuk aku juga.

tak boleh salah pada pakya,dari dulu lagi aku dah katakan kawasan dia mana ada reception yg baik.tempat jin bertendanglah katakan.

kelmarin aku jumpa ustz hafiz, dia nak berkursus dilangkawi.khalil pi ambil dia dijeti kuala perlis bawa mai ke alor setar(feri bertolak lambat)sempat lah aku pecut ke AS jumpa dia.

sekali sekala jumpa banyak cerita yg dapat.

aku ke sabah ,tapi tak jumpa pun member2 kita.aini ada disandakan, anas tak dapat kontek. winne lupa lak dia ada dikundasang. aku ke kundasang, tempatnya mcm camerooon highland, banyak sayur,tempat sejuk , cantik permandangannya.

Anonymous said...

wahai anyynomuos,,aku pakai but trafik ketika mesin tapi tembus lo..aduh...............

melissa said...

TQ faris utk mengingatkan saya utk membuka blog bagi dptkan info.Wow.. baru saya terasa bergunanya blok ini. So tq again to all my friends. I lov u all.
l nak share with u all pasal bayaran tambahan 2009.DiKL kami hadir taklimat bersama Dato'Alimuddin semalam. Hari per1 hanya kutip insuran saje. kutipan bayaran lain mesti persetujuaan dlm mesyuarat agung pibg.Kalau cepat mesyuarat maka cepat boleh kutip termasuk MSSM.Baca pekeliling terbaru buka sekolah bertarikh 17 disember 2008.
TQ dari NON

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites