Monday, November 24, 2008

Konvensyen Nasional PIPP

Salam kepada rakan2,

Konvensyen ini diadakan pada 24 hingga 27 November 2008 yang melibatkan KPM, JPN, Pengetua dan Guru Besar. Satu negeri lebih kurang 30 orang wakil. Lebih kurang pukul 3.15 petang saya telah sampai ke IAB dan seperti biasa semasa NPQH di IAB dulu saya menempah bilik di blok F dekat dengan main entrance.

Untuk makluman rakan2, sudah terdapat perubahan di sini dalam aspek penginapan. Tak tahulah sama ada sempena konvensyen ini sahaja atau menyeluruh. Perubahan yang dimaksudkan ialah bila mendaftar saja telah diberi sabun dan tuala. Apabila masuk ke bilik, dah ada televisyen 21" di atas meja. Bila on komputer pula, dah pun ada wireless internet dan terus post entri ini untuk tatapan rakan2.. Setakat ni belum ke dewan makan lagi dan tak tahu menu yang disediakan. Di harap tak ada lagi ikan bawal dan sayur cicak yang sentiasa dikenang sepanjang 2005 berada di sini.

Kesimpulannya sudah terdapat beberapa perubahan di IAB dan sekiranya rakan2 datang ke sini bolehlah merasainya.

Sekian, terima kasih.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Faris ,Tak habis2 U pergi ke majlis ilmu.Kalau ada yang baik nanti beritahu kami dalam entri seterusnya.Untung juga dapat kursus di IAB.Dapat ingat kenangan lama...

Anonymous said...

Faris, terasa rindu ler pulak aku nak ke IAB, bilakah agaknya ada peluang dan kesempatan. Sepertimana kata noris, memang banyak kenangan pahit manis sewaktu mengikuti NPQH dulu...

Kau dah makan ke ikan bawal di dewan makan asrama, ke dah takde ikan tu? Ada sesapa ke member kita yg turut serta konvensyen itu?

Anonymous said...

hai chop, kau tu asyik2 rindu je.rindu dgn upsi, rindu dgn iab.tapi tak pe le kan.asal kau bahagia

Anonymous said...

Salam,

Buat Noris, segala bahan konvensyen tu akan dimuatkan dalam laman web IAB nanti. Saya nak minta softcopy pun dia tak beri dan dia suruh download aje nanti.

Buat Ucop,setelah lama tak ke IAB memang agak seronok juga. Walau apapun, malam pertama semalam dah pun jumpa ikan bawal, he he he.... nasib baik besar. Tentang member2 yang lain tu, tak ada. Terkonteng2 aku seorang disini. Nasib baiklah ada member2 di KPM. Ada jugalah teman. Kau mohonlah kursus2 yang dibuka tahun 2009 nanti. Tapi beritahu dululah supaya kita ramai2 mohon kursus yang sama. Dapatlah jumpa nanti.

Dalam konvensyen ni, malam semalam agak interesting. Ini disebabkan ada forum di mana ahli panelnya ialah Dato Dr Wan Chik Rahmah (bekas Pengarah IAB), Datu Dr Adi Badiozaman (bekas Pengarah Lembaga Peperiksaan) dan yang seronok dengan ialah Prof Dr Sidek Baba yang turut serta. Seronok dengar dia bercakap pasal modal insan.

OK lah kawan2, ada masa celoteh lagi. TK.

Anonymous said...

faris, u makan aje. kalau tak kena pi gotong dikedai mamak.

dah jadi trade mark iab genting dgn ikan bawal.mungkin ikan tu saja yg mudah dapat,maklumlah atas bukit. harap2 jangan ada sayur cicak sudah lah.

ttg kursus di iab tu , thn 2009 kena mohon melalui online.tapi pertengahan bln disember baru dibuka untuk pendaftaran. macam aku katakan tempoh hari, kalu kita ramai2 buat permohonan boleh lah kita buat reunion kohort 9 kita.member2 yg lain kena maklum melalui blog ini kursus apa yg diminta atau kau cadangkan saj faris. kalu tak kita seorang yg terkonteng2, macam kau sekarang nie.

aku baru selesai check kedua-dua buku tunai.kerani yg meninggal tinggalkan masalah kpd aku.banyak baucar bayaran dia tak catat no baucar dan susun mengikut turutan.GB dulu mungkin tak peduli langsung.nasiblah apabila kita kena ambil alih GB yg tak perihatin.

Anonymous said...

Salam,

Bagus juga Emzex, jom kita ramai2 isi kursus.

Untuk makluman terkini, melalui Teras 2 Membangunkan Modal Insan, transformasi kurikulum akan menekankan 4M dan bukan lagi 3M dalam KBSR. 3M tu sama macam dulu dan 1M yang baru ialah Menaakul (reasoning) yang akan dilaksana mulai 2010/2011.

TK.

Anonymous said...

Hai ..kawan-kawan,

Saya dah rasa perubahan yang dialami faris tu.. ketika di IAB baru-baru ni. Mungkin pengarah baru tentu ada perubahan yang positif. Tapi yang pasti nak bilik di bawah, tulis dalam borang ada sakit. Tentu dapat bilik bawah. Saya tak tulis apa-apa kerana tak sakit, kena hantar bilik di tingkat atas.Na..ya..

Tahniah,emzex.
Bukan perli tapi itu satu cabaran bila kita ambil alih sekolah baru. Tak semuanya manis. Kadangkala lebih pahit dan menyeksakan. Cobaan..(bak kata P.Ramlee)
Samalah apa yang saya rasa sekrang.
Sabar ajalah.
Bukan satu masalah tapi entahlah... malas nak cerita.
Nasib badan... Tapi Tuhan tahun.

Anonymous said...

Salam,

Hari ini adalah hari terakhir konvensyen. Perasmian penutupnya dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelajaran.

Antara intipati ucapannya ialah synergogy iaitu seangkatan dengan pedagogi dan indragogi. Ia membawa maksud menggabung, menggembeling dan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu sebagai pengurus institusi. Jangan bekerja dalam chylo atau senyap dan bersendirian.

Lagi satu ialah konsep energy, energize and let's do it. Pengurus mesti bertenaga dan menggunakan tenaga yang ada semaksima dan laksanakan apa yang dirancang.

Itulah antara intipati yang disampaikan dalam ucapan penutupnya. Saya pun nak tutup komputer kerana nak packing untuk balik.

Terima kasih.

Anonymous said...

macammana dgn ppsmi,ada disebut tak? dengar kabar thn depan thn 1 & ting 1 m3 dan sains dlm bahasa melayu balik.

kalu nak tenaga faris, kenalah makan dan minum benda2 yg memberi tenaga.baru lah ada power mcm power ranger. hhahahah.

noi apa nak buat.nasib la. tapi bagus juga sebab ada cabaran.hidup dan kerja mesti ada cabaran dan dugaan baru fikiran berkembang."mind are like parachute, its open when it function" betoi tak ?!!.

Anonymous said...

tabik kat faris kita ni. selalu sibuk dgn majlis ilmu. si ucop ni lak asik rindu je manjang.meroyam ke. hang tggu je lah si faris tu dapatkan bande2 baik untuk kita semue. hang,kalau g sana tentu buat laman web lg hehehe. sorry sop...lame x ngata kat hang.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites