Tuesday, November 11, 2008

Slaid Powerpoint Taklimat Pengurusan Sekolah Tahun 2009

Salam rakan2,

Saya telah mendapatkan slaid powerpoint bagi taklimat dengan guru bagi sesi persekolahan tahun 2009 dari Maznon. Mungkin rakan2 boleh gunakannya sebagai panduan dan kandungannya perlulah disesuaikan dengan sekolah masing2. Terima kasih diucapkan kepada Maznon di atas ihsannya kerana sudi berkongsi.

Untuk dapatkan slaid tersebut, sila download melalui hyperlink di bawah :

Slaid Powerpoint

Terima kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ,
Terima kasih Faris kerana kongsi slaid powerpoint.Kita boleh ubah suai untuk sekolah kita.Itu antara kebaikan blog kita.A
Alhamdulillah.

emzex said...

tq maznon.
boleh lah diambil serba sedikit info tu.tapi tentang bayaran tambahan tu,bukankah ada arahan dari kementerian sekolah tidak lagi dibenarkan untuk membuat sebarang kutipan bayaran tambahan.
malah di PPg buku kerja juga mesti mendapat persetujuan dalam mesyuarat agung PIBG 2009 nanti.

emzex said...

esok keputusan UPSR akan diumumkan.
GB akan ambil diPPD masing-masing.kali ni aku nak buat suprise sikit kepada murid2.sapa pun tak akan tahu sehingga aku umumkan.
nak himpun semua murid UPSR,nak buat sambutan pelajar mendapat 5A dan 4A 1b (perarakan masuk dewan)yg lain guru kelas akan umumkan selepas majlis tersebut.aku dah pakat dah dgn seorang guru thn 6.

harap2 menjadi.kalu tak aku yg akan kena suprise kalu tak ada murid dapat 5A .heheheh.

pada hari jumaat hari terakhir nanti akan diadakan majlis konvokesyen murid thn 6.mereka akan dapat fail yg mengandungi keputusan UPSR,surat penempatan ting satu, sijil lahir dll.

cikguyusof said...

Terima kasih Maznon dan Faris jugak, aku download dah.

emzex, fail meja GB tu, hang jangan lupa na...email ler kat aku dah siap kalu... Eh kau rancang nak konvo tahun 6 tu, idea bagus laa sbb aku pun tak penah buat, konvo prasekolah adalah... Tahun 2009 nanti boleh ler aku cuba buat.

Faris said...

Salam,

Emzex, tentang kutipan bayaran pakej tambahan tu memang betul tidak lagi dibenarkan buat kutipan. SPI Bil. 13/2007 itu telah dibatalkan dan nanti ada SPI baru. Itupun kena tunggu 1 April 2009. Pada ketika itu pemilihan agong UMNO pun dah tamat. Play safe.
Kau punya idea buat konvo tahun 6 tu memang bagus. Kalau Ucop nak buat tahun depan, akupun nak guna idea tu tetapi everything must prepared well. Kalau dapat buat serentak dengan pengumuman UPSR tu lagi cun....
Rakan2 yang lain tu kalau ada idea dan bahan yang nak dikongsi bersama, sila email kepada saya.
Terima kasih.

emzex said...

alah usup konvo peringkat dalaman saja.ttg manual prosedur kerja & fail meja GB tu nanti aku emailkan kalu dah siap sepenuhnya. 1 hingga 3 dis. ni baru nak dimurnikan sekali lagi dengan GB2 yang lain yg telah menjalani kursus tersebut.
apa macam dgn keputusan UPSR sekolah kamu usup. hari ni memang aku suprise murid2 dan guru2 aku. keputusan yg diterima aku umumkan dlm majlis,aku rashiakan sehinggalah diumumkan. murid2 yg dapat 5A, 4A 1B aku selendangkan mereka dan diarak dengan paluan kompang.sebelum ni memang tak pernah dibuat macam nie, bagi macam tu saja.sekolah aku 10 orang 5A & 3 org 4A 1B.peratusmeningkat sebanyak 10.3 % iaitu 80.7%. alhamdulillah.kawan2 yg lain macam mana. tentu lagi bagus kan?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites