Monday, November 10, 2008

Minggu Terakhir Persekolahan 2008 - Apa Anda Lakukan??

Salam,

Rakan2 sekalian, minggu2 terakhir persekolahan pastinya menyibukkan diri kita. Selain terpaksa menyelesaikan tugas2 terakhir sebelum menutup tahun, terpaksa juga menyediakan persiapan pra audit, membuat perancangan tahun 2009 dan pelbagai tugas2 lain.

Walau apa pun kesibukan kita, buatlah sesuatu dengan terbaik. Semoga kita akan sentiasa dikenang dalam sejarah perkhidmatan kita.

Terima kasih.

8 comments:

aishah said...

salam. benar bagai dikata oleh faris tu. minggu ini sekolah memang sibuk dengan tugas rutin akhir tahun dan persediaan awal tahun.mungkin kesibukan itulah yang menyebabkan rakan-rakan kurang beri komen pada blog kita ni.sekian, salam ingatan daripada saya.

AMA said...

Assalamualaikum & Salam sejahtera rakan-rakan.

Tk kawan-kawan atas nasihat dan dorongan. Benar saya baru bertukar ke sek baru SK Subang Bestari mulai 3 Nov, arahan bertukar bermula 16 Okt dan surat hanya di terima 28 Okt. Sek tu bersebelahan taman perumahan Pn Maznon (anaknya pun belajar di Th4, Th 5 tahun 2009 di sek tu...).Pertukaran setara di daerah yg sama, kelewatan rupanya disbbkn gb DGA38 adalah di bwh bidang kuasa BSM, KPM-Dt' Hjh Noreezan yg t.tgn bukan bidang kuasa pengarah JPN. Apa pun tgh bergelutlah utk menghadapi th 2009. Muridnya 3062 org, guru 123 org (masalah utama limpahan murid di th 2009....sek baru yg berdekatan baru nak mula bina, hrp2 akan dpt diatasi jk dah siap nanti ( Tmn Sbg Perdana . Satu lagi sek tu bukanlah sek kluster di s'gor hanya 'Bestari' tu ada masalah skt....akan diusahakan. Ini semua kesan drp Pengarah Pn Asha bt Samah yg telah pun bertukar ke Bhg SBP & Sek Kluster, KPM (la ni Sgor pengarah baru lagi....).Ok lah kwn2 saya memang dah lama tak jengah blog kita ni.. Apa pun selamat berkursus kpd rakan2 yg terlibat-kpd sdr admin dan kwn2 regular teruskn berblog. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, Krismas dan Tahun Baru 2009.

azamboy said...

salam,,hari ini,selasa aku ke kuala lumpur ambil anak di maktab tentera,cuti awal mereka dan balik juga awal iaitu pada 10/12/08,kena masuk hutan.ini mneyebabkan percutian aku di sarawak hanya dapat dua minggu.cadangnya nak balik sarawak dan beraya di sana.saat nak tutup sekolah,memang kerja semakin banyak,ditambah dengan kajian yg nak di buat oleh eprd di sekolah,kena jawab beberapa soalan.di tambah pula dengan arahan mengenai isu bayaran tambahan.tak boleh kutip selagi tiada kelulusan dari jpn atau kementerian itupun setelah diluluskan oleh mensyuarat pibg.wow pening juga di buatnya..sebab terlalu banyak pengaduan yg diterima oleh kemeterian dalam soal kutipan yuran.seronoklah jadi mak bapak,,sebab tak usah bayar apa apa,nanati bila anak dapat result teruk,,jangan salahkan sekolah.buku latihan tambahan tak boleh kutip.malah segala soala soal kewangan dilarang sama sekali.bagus juga sebab kadang kala ada orang yang ambil kesempatan.keputusan periksa semakin dekat,debar aku juga semakin kencang tapi keno kontrol,,nanti budak tak mati,,aku yang mati,,so see u all dan selamat tahun baru 2009

cikguyusof said...

alhamdulillah, komen pada entri ini dimulai oleh mereka yang dah lama tak jengah blog, ok ler tu....

Apa yang aku lakukan? Semalam, perhimpunan terakhir bagi sesi persekolahan 2009, panjang ler sikit pesanan dan ingatan kepada murid2, pastu guru dan staf bergambar.

Hari ini, panitia Pendidkan Islam mengadakan program Bestari Solat untuk Tahun 6 (sebagai ulangkaji dan usaha terakhir sebelum mereka ke sekolah menengah)

Esok, Seminar Bahasa Inggeris utk Tahap 2. Ada sebuah Pusat Bahasa di Muar yang sukarela mengadakannya secara percuma.

Lusa, Hari Anugerah Kecemerlangan.

Jumaat, Majlis Perpisahan Guru Cemerlang BM yang akan bersara wajib.

Tak ler sibuk sangat kan, masih sempat nak makan dan minum .... hehehe

emzex said...

ama, u memang sesuai ditempatkan disekolah tu. GB 38 mesti memerintah sekolah besar macam tu.
tahniah, selamat maju jaya.

emzex said...

usup kau dah buat perhimpunan terakhir 2009 ke.mimpi ka kau nie?
takkan dapat anak baru pun dah lalok kut.

aku ni lagi pening.kerani aku baru semalam meninggal dunia.hujung tahun nie kena buat patskom dan tutup akaun.aduuh macam mana nie?

Faris said...

Salam rakan2,

Emzex, kalau kerani dah tak ada lagi tu, gunalah ilmu pengurusan kewangan yang diajar oleh En. Ibrahim masa fasa 8 tu. Kan kau kira cepat.

Seperkara di hujung tahun ni saya nak berkongsi cerita tentang 2 kejadian yang berlaku di daerah saya. Kejadian pertama pada 21 Oktober apabila wang sebanyak RM7000 lebih daripada RM24000 yang ibu bapa tak datang untuk terima bantuan KWAPM telah disimpan dalam peti besi sekolah. Rompakan telah berlaku dengan pengawal keselamatan diikat dan peti besi dipecahkan. Wang dan 2 laptop telah diambil. JPN kata tak ikut prosedur kerana simpan duit banyak dalam peti besi.
Kejadian ke 2 pada 5 November 2008 (minggu lepas) apabila wang RM12600 yang dikeluarkan oleh GB sekolah tu untuk bantuan pendidikan khas lesap dalam laci GB apabila sebaik sampai ke sekolah telah didatangi oleh 4 orang berpakaian ala Arab. Dia mengatakan untuk memasukkan anaknya ke sekolah dan anaknya tidak mahu dan minta GB pujuk anak dia. Rupa2nya GB tak perasan bahawa dia datang bersama 3 orang lagi yang berada di pejabat sekolah tetapi tak perasan. Sekali lagi GB tak ikut prosedur dan dipersalahkan.
Oleh itu rakan2, beberapa pengajaran boleh kita peroleh dari 2 kejadian ini. Walaupun niat kita murni untuk memudahkan ibu bapa yang tidak mempunyai akaun di bank untuk menerima bantuan itu, kita telah bertindak tidak mengikut prosedur kewangan dan akhirnya kita dipersalahkan juga. Bagi diri saya dan rakan2, waspadalah bahawa kita sentiasa diperhatikan bukan sahaja oleh JPN tetapi juga penjenayah. Fikirkanlah cara terbaik.
Terima kasih.

emzex said...

meanglah salah faris. yg GB tu simpan begitu banyak dlm peti besi tu buat apa?sejumlah RM 500 sahaja yg boleh disimpan itu pun kalu tak sempat dibankkan.peti besi tu bukan untuk simpan wang tetapi innya merupakan transit sementara saja sebelum sejumlah wang disimpan didlm bank.
RM12600 pasai apa pula disimpan dlm laci, peti besi kan ada.simpanlah sementara disitu....ooops lupa lak peti besi dia kena kopak daaa.
nasib la GB tu.buat tu salah buat mcm ni salah.
insyaAllah akan aku gunakan ilmu yg didapat dari UPSI.tapi pening juga sebab kerani yg meninggal tu tak buat ikut prosedur.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites