Friday, August 15, 2008

Tahniah Kepada Mereka Yang Dapat DGA38

Salam,

Kepada rakan2 diucapkan tahniah kerana berjaya mendapat perlantikan ke DGA38. Kalau ada kelapangan nanti, sesiapa yg dapat tu, bolehlah bersedekah untuk buat kenduri semasa kita konvo nanti. Biar tambah berkat kenaikan yang diperoleh itu.

Kepada rakan2 yang tak berpeluang, anggaplah tiada rezeki. Mungkin rezeki itu di masa lain, di tempat lain dan dikurniakan Allah di masa akan datang. Ada juga rungutan dari ramai orang sama ada yang dapat tu adakah benar2 berkelayakan atau kerana ada kabel2 tertentu. Janganlah ambil pusing tentang perkara sebegitu. Insya-Allah rezeki tu datang kemudian.

Jangan lupa buat kenduri di majlis konvokesyen ya!!!! Siapa yg dapat tu, isytiharkanlah.

Terima kasih.

11 comments:

yusofsipan said...

Tahniah, tahniah dan tahniah!

Anonymous said...

Assalamualaikum
Memang ramai kawan-kawan dapat DGA38.Tahniah diucapkan.Eton dan Rosita ,kamu dapat tak? mesti dapat punya sebab kamu GB yang rajin dan diminati ramai.Bagaimana dengan Azam dan member Perak yang lain.Tak dengar berita pun.Azam,aku dengar kamu dilanda ribut taufan .Tapi aku tahu semangat kamu kuat,boleh tempuhi dengan sabar.Walau apapun Tahniah kepada semua, dan jangan lupa siapkan Projek 3 sebelum 15 Sept.
wassalam....

Anonymous said...

Askm... Anas ke tu?
Lama tak dengar crite dari u dan member2 dari negri di bawah bayu.
Nas.. first of all million thanks for the sweet memory and wonderful poem that u dedicate to me. Really apprecite it. Berulang kali i baca dan terharu pada u yg selama ini prihatin dan memandang dlm diam setiap keresahan i.

Nas.. Nampaknya tahun ni dg38 bukan rezki i. Di Klang ni yg dapat semuanya mereka yg 50an. Kami bdua ni junior lagi kot. But itu x mematahkan semangat i... tahniah pada semua rakan yang berjaya , tak ketinggalan u juga.

K, jumpa lagi

Anonymous said...

Memanglah yang tak dapat akan mempersoalkan kenapa orang lain dapat. Itulah ketentuan Allah. Jika nama ada tapi bukan kehendakNYA tetap tak dapat. Janganlah kata ada kabel. Syukur sajalah apa yang kita terima sekarang. Insyaallah. Kita tak tahu sebab dan musababnya. Jika tetlau mempersoalkan rezeki, nanti gila dibuatnya. Berdoa dan usaha selalu. Jangan putus harap.

yusofsipan said...

Benar, benar dan benar! Bersyukurlah dengan apa yang ada....

Anonymous said...

Hari ini terima email dari Maznon. Dia hantar tugasan En. Shukri. Dia adalah orang kedua selepas Normah. Tahniah kepada kedua-duanya yang dah hantar.
Berita terbaru yang diterima, orang wilayah iaitu Maznon, Rokiah dan Valarmathi dapat DGA38. Tahniah diucapkan....

Anonymous said...

assalamualaikum,

dah lama tak tulis blog ni,bukan apa ari tu cari tak jumpa.

tahniah kepada rakan-rakan yang dapat DGA 38.bolehlah kumpulkan kesemuanya yang dapat dan buatlah kenduri kesyukuran semasa konvo nanti.

yang tak dapat tu apa nak buat, bukan rezeki lah tu.mungkin ada rezeki yang lain pulak.kadang-kadang yang dapat tu kalau tak bersyukur mungkin rezeki tu mengalir ke lain pula.

setahu saya pak ya,khalil dan rashidi mereka dapat,berkuatkuasa 1ogos 2008.tahniah la.pak ya dah pun buat kenduri fasa lepas. khalil bila lagi.

Anonymous said...

tahniah sekali lagi pada kwn2 yg dimurahkan rezekinya dpt dga38. anda tergolong antara org yg bertuah. yg tak dpt jgn resah gulana, minta lagi th dpn. kalau dibuka n ada kesempatan buat begitu. sempat lagi ke faris.
kita ni baru saja ganti buku baru mengikut kelendar islam. salah satu niat baca yasin kita ialah minta dimurahkan rezeki utk bekalan akhirat. oleh itu rezeki yg diberi oleh Allah wajib kita belanjakan pd jalanNya. utk jalan fisabilillah, utk kegunaan umum msykt dll. mudah2an kita termasuk dlm glgn org yg bersyukur.nasihat aku pd kwn2, jgn meminta pd rakan yg naik 38 utk belanja atau menaja jamuan semasa konvo nanti, kalau jadilah. nanti org memberi kerana malu bkn kerana ikhlas di hati. yg kita tukang makan ni, takut memakan yg tidak halal atau syubhat. hati2. sekian, wasalam

Anonymous said...

Salam untuk semua,
Terlebih dulu tahniah untuk semua rakan-rakan yang dapat 38! Dengar2nya AMA pun dapat, betul ke? Kalau ye tahniah! Semoga kalian akan meneruskan kehebatan menerajui sekolah masing-masing. Tapi bagi yang belum ada rezeki pun, bukan menjadi alasan untuk tidak meneruskan kegigihan untuk menjadikan sekolah kita cemerlang. InsyaAllah rezeki tu tak ke mana.. Bagi saya rasanya banyak masa digunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah terutamanya yang melibatkan perasaan tak puas hati ibu bapa. Mana tidaknya hari pertama saya ke sekolah pada hari Selasa ( saya bercuti sehingga Isnin sempena lawatan ke Kedah bersama ta, terima kasih atas layanan istimewa yg diberikan kepada kami oleh rakan-rakan di Kedah) dah ada lawatan dari nazir. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan ( yang sama dengan sebelum ini yang dah pun diselesaikan dengan PPD, JPN dan SUHAKAM) yang telah dihantar kepada Menteri pelajaran dan juga Menteri Besar. Walaupun segala2nya dapat diselesaikan dengan baik dengan nazir tersebut tapi kadang kala sikap ibubapa yang begini membuatkan saya patah semangat...
Tahniah untuk Normah, Maznoon dan yg lain2 yag dah hantar asg Sukri. Saya baru nak mula malam ni... Selamat malam. Jumpa lagi.

Anonymous said...

sop n kwn2
sapa yg dah ada buat cover tgsn sukri tlg email kat aku. tlg ya

Anonymous said...

aku lom buat la pirzan, nt kalau dah aku hantar....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites