Friday, September 19, 2008

10 Malam Terakhir dan Lailatul Qadar

Salam rakan2,

Entri projek 3 menerima sambutan yang amat menggalakkan. Ada yang meminta dimasukkan entri baru. Sempena bulan Ramadan Mubarak ini, diam tak diam kita dah hampir sampai ke penghujung. 10 malam terakhir adalah malam yang teristimewa. Semoga kita dapat menambahkan amalan kita bagi merebut pertemuan Malam Lailatul Qadar.

Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
sedih rasanya bln ramadan dah hampir tiba penghujungnya.banyak lagi yang belum sempat ditunaikan.alquran banyak juzuk belum dihabiskan.bila nak qatam tak tau lagi.harap2 tahun ini sempat la.
esok nak bawa murid2 miskin dan anak2 yatim berbuka puasa jemputan surau tmn.bertan indah dan ada sumbangan utk mereka.gb nak kena beri ucapan sikit....aduh nak cakap apa ha.kalau cakap banyak nanti depa kata mcm penceramah /tazkiran pula.

kita doakan semoga ramadan kali ini kita beroleh petunjuk dan barakah.lailatulqadar memang dinantikan dengan penuh kerinduan.

Anonymous said...

assalamualaikum,
Memang sedih nak meninggalkan ramadan sebab kita tak tahu dapat sambut lagi ramadan tahun depan atau tidak.Walau apapun kita rebut keberkatan malam sepuluh akhir ramadan tahun ini dengan amalan yang ikhlas untuk mohon keampunan dari Allah.Semoga semua rakan2 akan beroleh keberkatan.
Selamat Beramal..........

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites