Sunday, September 28, 2008

Coretan Hari Raya Aidil Fitri



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,

Hari Raya akan menjelang tiba. Dalam sedar atau tidak hanya tinggal 2 hari lagi kita berpuasa. Pastinya rakan2 telah pun mengatur program hari raya masing2. Ada yang dah balik ke kampung halaman dan ada juga yang masih terkapai2 menyiapkan persiapan raya. Diharap raya kali ini benar2 menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan untuk keluarga sendiri dan sanak saudara. Jika tidak berkesempatan menjenguk blog sebelum raya, luangkanlah masa mencoretkan sedikit catatan kemeriahan raya yang ditempuhi.

Sekali lagi di kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 jika ada kesilapan dan keterlanjuran tutur kata sepanjang kita bersama menjalani kehidupan sepanjang 3 tahun belajar.

Sekian, terima kasih.

23 comments:

Anonymous said...

Saya mendahului bloges yang lain terumanya YBS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua semua rakan PPGB Kohort 5 yang bertaburan di seluruh Malaysia. Semoga hari raya tahun ini memberi satu kenangan yang amat bermakna buat semua. Pada Azam, saya teringat laksa buyung yang kau ceritakan dulu. Moga semuanya bergembira disamping keluarga yang tersayang. Maaf zahir dan batin sekiranya ada kesalahan yang saya lakukan kepada kalian semua. Buat rakan serumah terutamanya orang Kelang, buat kueh banyak ke?

Anonymous said...

assalamualaikum,
Cayalah fidah, hang jadi yg pertama beri komen ye, baguih la, tahniah...hang dok sibuk siap nak raya ka? Banyak buat kuih? Ke hang main tunjuk jer? Anyaway, selamat hari raya aidil fitri khas buat fidah dan jugak semua kekawan... aku dah banyak kali dah beri ucap selamat hari raya kat dalam blog ni tapi takpa la no, banyak kali pun...raya pun setahun sekali jer...

faris, sempat jugak kau post entri baru ye walaupun aku tahu kau sangat 'sibuk', hehehe... Call ler aku masa kau kat muat nanti, mana ler aku ada boleh gak kita berjumpa, boleh sembang panjang sambil pekena kopi 434! Masa raya nanti aku akan tetap cuba utk jengah blog, aku takleh la kalau tak tengok blog.

Okay kekawan, sekali lagi aku ucapka selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan bathin!!!

Anonymous said...

erata:

faris, sempat jugak kau post entri baru ye walaupun aku tahu kau sangat 'sibuk', hehehe... Call ler aku masa kau kat muar nanti, mana ler tahu aku ada, boleh gak kita berjumpa, boleh kita sembang panjang sambil pekena kopi 434! Masa raya nanti aku akan tetap cuba utk jengah blog, aku takleh la kalau tak tengok blog....

Anonymous said...

Wah, orang kedah kali mendahului YBS.Tahniahlah orang kedah.
Cop, aku balik Lenga, Muar pada hari raya kedua. Maybe raya ketiga atau keempat aku adalah di sekitar bandar Muar. Insya-Allah kalau ada kelapangan aku akan contact kau. Banyak citer aku nak kongsi dengan kau ni. He he he... Citer kita berdua aje tau....
Rakan2 yang lain, mana pi ni? Senyap sunyi je.... Bertungkus lumus tolong isteri didapur buat kuih raya kot... Atau sibuk membeli baju raya, seluar raya, kuih raya dan isi duit raya. Selamat bergembira semua di hari raya dan berhati-hati di jalan raya.
TK.

Anonymous said...

aku kena cuci rumah,,nasib baik anak ramai,,selamat hali laya...datang gua punya rumah..insyallah,,biasale,,laksa buyung,daun kesum,bunga kantan,ikan sadin,ikan tenggeri,otak udang..mai le fidah..dan semua kawan kawan

Anonymous said...

Salam semua !
Wah Faris, meriahnya entri baru kita. Time kasih ye.
Dalam menuju akhir ramadan ni.. sayu pula rasanya bilamana kita sibuk nak rak mengemas umah dan letih membuat pelbagai persiapan raya hingga kadang2 terfikir gak masa menanti rindu Lailatul Qadar di ambil ringan dan ringkas. Ya Allah.. ampuni dosa kami yang kadangkala lalai dalam keinsafan dan alpa dalam kerancakan berhariraya.
Kepada kekawan, I mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Berhari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada smua. Jemput ke umah jika berkelapangan.
Kepada Fidah.. miss u so much! Seronoknya awak beraya di banglo baru ye..mesti tak buat kueh ni, takut dapoq canggih tu kotoq kan? he..he..he.
Kepada Pirzan.. den raso tak balik Rombau kali ni, den poi Palong ngan Serting yo. Tak leh lamo balik.. anak den nak PMR dan SPM. Den lambai yo ekau kat highway nanti!
Buat Emzek.. I akan ke SP akhir Okt ni, mghadiri hari temumesra akademik dan graduasi anak di MRSM K.Batas. Kalau sempat boleh gak jumpa u and Zalila.
K lah .. dah hampir subuh ni..
Salam Kasih Ramadan dan Mesra Syawal buat kawan semua !

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya juga nak ucapkan selamat Hari Raya ,maaf zahir batin kepada semua rakan2.Penat juga nak buat persiapan untuk raya ni. Nasib baik raya setahun sekali, kalau banyak kali tak tahu penatnya macam mana nak cakap.Ita ,Fidah,usop,Azam,emzex,
Faris dan semuanya,Maaf saya minta jika ada terkasar bahasa,terumpat bicara selama kita bersama menuntut ilmu.
Saya jemput datang ke rumah jika ada yang lalu Melaka sebab tahun ni semua kuih saya buat sendiri, tiada yang beli.best tau.....

Anonymous said...

Terima kasih sop, faris, azamboy,ita, norisma kali ini bersemangat sikit nak masuk blog kerana dah tak tension dengan kerja-kerja yang nak dinilai. Untuk pengetahuan usop, saya buat kueh tunjuk saja.sebabnya hari Isnin masih lagi bertugas di sekolah. Hari selasa baru nak buat ketupat dan rendang. tentang dapur baru tu, buat apa beli kalau tak guna. Saya lepas raya ni( 6-9 Okt ) sibuk pula pertamanya kena pi Terengganu - mesyuarat MGB 4 hari lepas tu, minggu 11-16 Okt. Kursus Pengurusan Pejabat di IABU pula. Ini yang tak syok ni. apapun "take it easy". kan?

Anonymous said...

Salam untuk semua,
petang ni I nak balik beraya ke NS.Tak tahulah jalan jem ke tidak..harap2 ok, rasanya tak lama kat kampung sebab anak I pun nak ambik PMR tahun ni. Di kesempatan ini I nak memohon maaf kepada semua di atas segala kesalahan yang dilakukan secara segaja atau tak segaja semasa kita sama-sama "mengaji"( perkataan ini mengingatkan pada kawan2 kat utara) dulu. Kalau ada kesempatan jemputlah beraya ke Klang.

Anonymous said...

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan muslim. Rindu juga kuih-kuih yang dibawa oleh kawan-kawan ke IAB & UPSI raya yg lepas, alangkah bertuah dapat menimati kuih-muih dari setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Anonymous said...

assalamualaikum'

kepada semua kawan2, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. usup,pirzan,fidah,saupi,azam dan yg lain2 aku mohon maaf, semasa aku menjadi GOBLOG dulu aku banyak menyakat engkau orang,sehinggakan engkau orang terfikir siapa itu GOBLOG. maafkan daku sekiranya catatan aku semasa itu banyak yg mengguriskan hati2 kalian.

ita kalau datang ke SP give a call lah. hari Jumaat ( raya ke 3) nanti aku buat open house, jemput semua datang lah ke teratak aku nie.

fidah aku pun kena kursus di IABU juga,tapi aku kansel kerana aku terlibat dengan PMR sebagai penyelia kawasan kalau tak boleh lah jumpa lagi. hujung okt ni aku ada diAlor Star kena cek baucer PMR.
dan mungkin okt & nov akan ke kelante dan ipoh mesyuarat MGBPP.mari lah kawan2 kita giat dlm MGB, boleh juga jumpa semasa konvension dan memperjuang hak2 kita.

kepada zaimz petua untuk elak jem ialah bawa roti banyak-banyak.insyallah jem tu akan reda / habis. hahahahahah.oppps maaf ye.

kepada amoi leemuar, gua calang kalu lu mau lasa itu kueh tiap2 negeli, lu latang la kerumah kawan2disetiap negeli maa.boleh juga kita jumpa lu.ampau pun boleh lapat maa.

Anonymous said...

raya tahun nie, aku beraya di kg isteri aku, ptg raya pertama baru pulang berada diPenang.tahun ni tak cuti banyak mcm tahun lepas.

selama 22 tahun aku sentiasa bergilir2 raya dikg masing2.memang dah buat mou sejak dari mula kahwin dulu. tak jadi hal kalau masing2 setuju.janji jangan ada yg melanggar perjanjian.yg penting mesti ada bertolak ansur dalam segala hal.

Anonymous said...

Hello Kawan-kawan UPSI yang beragama Islam,

Saya mendahului dgn ucapan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri". Semoga semua rakan UPSI bergembira di samping keluarga yg tersayang.

Dpd GCE

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Kullu a'am wa antum bikhair.

Anonymous said...

Salam kepada rakan2,

Oh.. oh.. letihnya beraya tahun ini. Baru sampai tengah malam tadi. Hari ini kemas rumah pula, nak hantar anak ke asrama dan tugas2 lain.
Nak bermula semula bekerja setelah cuti selama 1 minggu pun menjadi masalah. Harap2 dapat semula mood bekerja pada hari esok.
Raya tahun ini saya beraya di Pahang dan Johor. Tapi tak sempat nak singgah di rumah rakan2. Terutama Yusof Sipan, maaflah kerana tak berkesempatan untuk singgah walaupun berada di sana pada hari Jumaat.
Kepada semua rakan2, jika ada kelapangan dijemput ke rumah pada bila2 masa. Insya-Allah tidak ke mana2 kecuali hujung minggu pergi rumah terbuka. Pada 18 Oktober pula buat sekolah terbuka melibatkan semua guru-guru dan staf untuk beraya bersama2 kerana kalau nak pergi rumah ke rumah tentunya banyak aral kerana jadual yang padat.
OK rakan2, raya dah sudah. Sekarang kita kena buat persiapan untuk hujung tahun dan awal tahun persekolahan tahun 2009. Jangan lupa pula.....

TK.

Anonymous said...

kawan kawan yang dingati..kini hari raya ke 5,,aku dah ditinggalkan oleh anak anak..semuanya pulang ke destinasi masing masing,mula yang medic tu,kemudian yang muzik,then anak yang tua balik uum,then anak yang bongsu balik ke maktab tentera,at last,,anak yang diupsi..memangle,,jammednya tuhan aje yang tahu,teringat sewaktu hari raya bila kita balik ke Iab genting,,,aku dgn wazir,,jammed mati gila,,esoknya masing masing di kuliah menceritakan kejammean yang kita alami,,then kita buat jamuan hari raya,,kita makan beranika jenis kuih,,aku bawah kuih gunting dan ptu kacang serta baulu..masa makan aku ngan sabri bantai lemang aje..aduh,,indahnya kenangan dan ianya tak mungkin berulang..sebagai insan yang lemah,,lagi sekali aku mohonmaaf kepada semua yang mengenali aku,,ampunkan dosa aku,,usup, sabri, normah,wan..oh ya wan ..hari itu kamu datang ke kuala ye,,aku di rumah keluarga meninggal dunia..norisyah,mahani,fidah..oooo ramainya sehingga tak tersebut nama malaha ada yang kad hari rayanya (sms)aku x balas sebab kehabisan kredit..i sayang kome,,ajiz,bol,din panjang,prof,pirzan,saupi,zul,pak ya,semoga kita bertemu lagi.mail.joni,hj rasdi, kalil,dan geng ketum,ustaz,adele,cik ajij take care..geng kedah,norizam,katijah terengganu dua senama,fidah..aisyah comel,non,zaitun,rozita..ooooooooo i miss all of u...esok kita ke sekolah..ada lagi ke sekolah aku????

Anonymous said...

Selamat Hari Raya pada semua kawan2 yang dirindui dan dikasihi. Mood tahun ini kuranglah kerana saya tidak sihat sebelum hari raya menjelang. Agaknya Tuhan nak turunkan rahmat agaknya. Reda sajalah... Walau bagimanapun tetap meriah kerana anak-anak semua ada dan dua dah bekerja. Seronok lihat telatah anak-anak bila berkumpul. Berguruau senda dengan mesra. Kini saya tinggal berdua sahaja. sibuk dengan open house rumah datuk2 di Melaka. Sibuk... Jika kawan2 ada kelapangan jemput ke rumah saya di Melaka pada 12 Oktober 2008(Ahad) dari jam 2.00 hingga 7.00malam. Saya dan suami akan mengadakan rumah terbuka. Taklah terbuka sangat!
Malasnya nak ke sekolah. Banyak kerja dan kursus yang perlu saya hadiri serta terpaksa menerima lawatan dari Kelantan. Bila nak tamat?

Anonymous said...

salam sejahtera kwn2
lama betul aku tak menjengah blok kita ni.
aidil fitri telah pun berlalu tp syawal masih ada. mcm2 peristiwa yg kita lalui. yg penting bersykur pd Allah kerana kita masih lagi diberi kesempatan menjalani ibadah berpuasa sebulan n merayakan kemenangan dgn sambutan aidil fitri. Masih adakah lagi ramadan utk kita pd th 2009 lagi. Marilah kita sama2 memanjatkan doa pd Allah moga diberi kesempatan lagi berjumpa Ramadhan pd th 2009.
Puasa 6 jgn dilupa. Puasa ni penting bagi menampal ketirisan puasa Ramadhan yg lepas. Jgn syok sangat beraya n gi open house hingga akhirnya kita jadi org yg ggl dlm melaksanakan puasa 6. Nanti tergantung je puasa bulan Ramadhan tu.
Akhirnya kita balik ke alam sekolah. Hujung2 ni mcm2 nak disettlekan. Cuti dalm raya ni, mmg mengusik sedikit persiapan mental utk ke sekolah semula.
Aku nak tanya sek siapa yg pernah buat sambutan jubli. Aku ingat nak buat sambutan jubli sempena sekolah dah lebih 25 th. Siapa yg ada pglamn, syer dgn aku. bye kwn2.
oh ya khalil dtg Rembau beraya di rmh emak aku hari tu. tunggu gak kok ton n ita dtg.

Anonymous said...

assalamualaikum,
kenangan lama jangan diingatkan lagi azamboy oooi.memang indah apabila dikenangkan.mungkin tak akan dapat lagi seperti itu.

mood raya memang ada lagi,nak mula bertugas hari ini rasa liat lah,tapi apakan daya dek tugas kita.

mpmn terima kasih diatas pesanan dan peringatan ekau tu.nampak nya lebih seminggu ekau menghilangkan diri semakin mantap hal2 keagamaan. kemana menghilangkan diri... berkhalwat ke ?.apapun berhati2 dalam memilih jalan tarikat tu. aqidah kita mesti kuat dulu supaya kita dapat memilih mana yang betul dan menyeleweng. buka apa zaman sekarang banyak yg menyeleweng.eden hanya memberi nasihat saja.baguih la kalau ekau dapat mempelajarinya.I KNOW WHAT YOU DIDI LAST RAYA.

Anonymous said...

assalamualaikum,

kemana pergi kawan2,masih sibuk kah sehingga tiada kesempatan menjengah blog nie.aku boring,boring entah mengapa.atau pun kawan2 merajuk dengan blog nie.

entah mengapa bila boring, timbul pula idea untuk berpantun.pantu ini ditujukan kepada semua kawan2 ppgb kohort 5 yang mengenali aku....

aku rasa tidak terlambat menukilkan PANTUN MAAF ini.

salahkah jika ibu dodoikan,
tidurkan anak diatas pangkuan,
salah & silap yg aku lakukan,
ampun maaf aku pohonkan.

badang kuat btubuh sasa,
mcabar dia elok bjaga,
tsilap kata tsasar bahasa,
kesalahan aku maafkan jua.

bulan mgambang bintang bkelipan,
pungguk mrindui amat merawan,
andai menyinggung jua mlukakan,
ku pohon maaf darimu kawan.

cekap bsenjata datuk pang5,
gagah berani juga pkasa,
andai kawan tak dapat menerima,
mohon dimaaf segala dosa.

ditepi pantai berenang2,
tebarkan jala dapat gelama,
jangan disebut,jangan dikenang,
lupakan saja sengketa lama.

mandi bersiram ditepi perigi,
mcedok air bhati2,
izinkan aku blalu pergi,
jangan ada dendam dihati.

mana kalian semua..........!!!!

Anonymous said...

aku ada laa kat sini.... hehehe, masih dalam mood raya....


Kullu a'am wa antum bikhair!!!

Anonymous said...

mujur kau masih jengok blog nie usup.tak kan dalam mood raya sampai tak boleh tulis apa2 kut. kulum2 am am aku tak pandai la usup.bahasa tok arab ke tu?

Anonymous said...

bahasa arab ler tu emzex, kalau kau nak tahu maknanya kau tanya ler guru jQaf kau, yg aku tahu 'bikhair' tu jer maknanya 'dengan kebaikan'...., hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites