Saturday, May 3, 2008

Berita dan Perkembangan Terkini Bulan Mei 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan2,

Kita telah memasuki bulan Mei dan pada bulan ini kita telah menempuh Hari Pekerja pada 1 Mei. Apa yang penting ialah apa yang akan diumumkan oleh PM pada sambutan Hari Pekerja pada 10 Mei 2008 ini berkaitan tuntutan CUEPACS. Walau apapun yang akan diumumkan, diharap kita akan menyambutnya dengan sebaik mungkin dan anggaplah itu semua rezeki yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bulan Mei juga akan menyaksikan kita meneruskan perjuangan yang masih belum tamat iaitu fasa 7 yang akan bermula pada 11 Mei 2008 ini. Siapkanlah diri masing2, senjata2 sulit untuk menghadapi peperangan belajar dan peperiksaan, cekalkan diri, tabahkan hari, tekadkan azam dan bulatkan niat untuk berjaya dengan cemerlang.

Paling tidak lupa pada bulan ini juga kita akan merayakan Hari Guru pada 16 Mei 2008 iaitu hari yang bertujuan mengenang segala jasa dan bakti yang telah kita sumbangkan kepada negara, bangsa dan anak didik kita.

So, jika ada apa2 yang nak dikongsi pada bulan ini, bolehlah rakan2 terus menyumbang dalam blog kita.

Terima kasih.

9 comments:

rajawali said...

salam sejahtera wahai geng yg beku, kaku

aku ingat blog kita ini elok ditutup aje kerana geng kita tak minat nak join. aku kesian tengok usaha kau 2 faris. dia org ni memang sibuk sungguh aku rasa hingga tak ada masa nak berkongsi idea. ke dia org dah habis idea dlm erti kata lain mandul idea.

tak apalah faris, sabor ajele. marilah kita siapkan diri dan defreg minda kita utk ke UPSI ni. selamat menuntut ilmu wahai kwg2. bye

cikgu yusof said...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi aku, bulan mei sangat la istimewa. Pada tahun ini, pada 16 mei makan genaplah 48 tahun umur seorang aku. Perasaannya bercampur antara syukur gembira dan resah. Bersyukur kerana dipanjangkan umur dan resah bimbang kerana umur yg semakin lanjut tapi iman dan amalnya belum mantap.

rajawali, memang kekawan kita sibuk, biarlah mereka.... ada kelapangan pasti mereka akan menjengah ke mari.

zaimz said...

Salam untuk semua,
Diam tak diam kita dah pun berada di bulan Mei. Bulan yang sungguh istimewa bagi kita sebagai pendidik. Walaupun ini merupakan kali ke 28 I menyambutnya tetapi ia tetap merupakan tarikh yang sungguh istimewa. Cuma agak sedih dah 2 tahun tak dapat meraikannya bersama-sama guru-guru dan murid-murid di sekolah. Kepada teman serumah ingat tak lagi sambutan hari guru tahun lepas bersama murtabak Singapura…
Hari Sabtu lalu I berpeluang bawa staf sekolah melawat ke SK Lubuk Kelubi, Hulu Langat (sekolah yang kita lawat masa di NPQH dulu) Bukan apa, cuma nak buka minda guru-guru lihat apa2 yang boleh dijadikan panduan dari sekolah harapan negara bagi negeri Selangor tu. Seronok tengok keakraban komuniti di kampung berbanding dengan sekolah I yang ibu bapa sering mencari kesalahan pihak sekolah. Lepas melawat kami makan tengah hari di IKBN Dusun Tua dan sempat rendam kaki dalam kolam air panas di situ. Part yang paling seronok ialah bershopping di Nilai 3. Program yang dianjurkan oleh Kelab Guru ni dijadikan juga salah satu Program Latihan Dalaman. Masa kat sekolah Lubuk Kelubi GBnya sempat tanya tentang kesediaan staf seramai 70 orang ( 2 buah bas) untuk menyertaan lawatan itu. Jawapannya senang sahaja …mereka cuma sediakan duit untuk membeli belah di Nilai yang lain disponsor sepenuhnya. Jumpa di UPSI!

cikgu yusof said...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ton, staf kau tu mesti majoritinya org pompuan kan? Biasa ler tu, kalau part shopping mana ler boleh lawan...
aku kalau temankan wives bershopping, jika ada kerusi roda sgt ler bagusnye, lemah lutut ler ngikut diaorang memilih barang...
Lelaki mmg tak gemar ikut isteri shopping la, hehehe

ita said...

Salam semua ! (Pd geng tu juge ler..)

Hello Rajawali jgn gitu... bila u aktif u kata yg lain tak minat pula. I memang agak sibuk 2 minggu ni maklumlah mengurus 2 program daerah di sekolah I, mana lagi minggu pencerapan dan berbagai lagi. Idea sentiasa bercambah dan mana mungkin mandul idea!

Plan K.ton tu .. memang dah lama dia berkongsi idea dgn I. Cukup bagus utk menambah kejelekitan warga kerjanya. Masalah dan situasi kita kan x sama, so Ucop itu yg terbaik utk sek K.ton.

Hang tu cop kalau part ikut isteri shopping amboi lemah lutut na..???
Part lain ok pula lutut u tu. Ni lepas kenduri ntah2 u lebih pula dari pengantin!!! Tahun depan bukan jer dapat cucu tapi anak baru !!! Cop ..anggaplah Shopping tu a part of therapi minda dan penyuburan jiwa gitu. Tapi berpada-padalah kan dgn isi poket dan luang waktu.

To all rasanya dah hampir benar nak jumpe kembali. Dah cari dan keluarkan beg, nota dll ?? Dalam pada seronok nak jumpe, teruja kluar beralih angin dari sekolah... sayu pula nak meninggalkan umah dan mereka yang tersayang maklumlah dah lama pula berkepit dgn mereka. Apa pula perasaan u all?

Adios. C U SOON.

cikgu yusof said...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

kau ni ita bukan main lagi ngusik aku ye...

part "lepas kenduri ntah2 u lebih pula dari pengantin!!! Tahun depan bukan jer dapat cucu tapi anak baru !!!",...... nanti i citer kat u personally la, hehehe

i jarang rasa berat nak meninggalkan isteri2, cuma kat anak2 yg masih kecil tu jer la... tentu sgt rindu nt kat papa dia.

selamat kembali ke upsi dan meneruskan perjuangan yg hampir selesai!!!

wassalam

rajawali said...

salam sejahtera geng semua..

selamat kembali ke upsi. jgn lupa bawa ubat bagi penyakit yg dihidapi. yg kencing manis, lemah jantung, asma, resdung, dll. yg pasti azam akan bawa ubat spesel. siapkan duit aje. sop hg selalu order berapa biji?

sapa ada nota yg berkaitan, bawa sama. jgn jadi hj bakhil. ita hg ni sibuk sungguh ya. aku dgr sekolah hg nak naik taraf sekolah harapan negara. tahniahle.. nanti aku nak bawa cg2 aku lawat sekolah hg.

ton tahniah kerana berjaya bawa cg2ekau ke bkt kelubi. bkn senang nak satu batalion ke sekolah lain. mcm2alasan. hg hebatlah ton. aku lama dah bercdg nak bw cg2 aku melawat sekolah hrpn negara ni, tp tak berjaya lagi. masalah plg besar duit. cg2 ni berkira sgt bab duit. kalau keluar rm50 sorg spt blh jatuh miskin.

bye

cikgu yusof said...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

rajawali, aku tak main la ubat2 tu... masih perkasa la!!!

rajawali said...

sop hg bagilah petua kat aku. aku dengar org jawa ni tinggi makamnya

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites