Wednesday, May 21, 2008

Sambutan Hari Guru Kumpulan B (28.05.2008 - Rabu)

Salam sejahtera,
Saya mewakili AJK sambutan menjemput semua rakan-rakan ke Jamuan Hari Guru yang akan diadakan bertempat di Dusun Bay pada hari Rabu 28.05.2008 bermula jam 4.00 petang (selepas kelas Cik Asmara). Pakaian bebas. Menu utama nasi goreng Thai, Mee kari, sup, satay, kuih, buah-buahan dan minuman panas/sejuk. Sila bawa hadiah (RM20.00) sebagai pertukaran . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dan sudi menjadi AJK kerja untuk majlis tersebut. Semuga persahabatan dan persaudaraan kita lebih akrab dan mesra .
TQ.

14 comments:

Anonymous said...

Aslm & Slmt sejahtera.

Tahniah & Tk kpd AJK Sambt Hr Guru kump kita yg telah mengambil inisiatif bg merealisasikan akt tsebut. Hrpnya ia akan mndpt sambutan & kjsama baik rakan2 ahli kump kt.

Slmt kembali ke pangkuan klrga masing-masing & slmt kembali minggu depan. Kt org lelaki kena pindah rumah nampaknya krn ada pelajar pempuan nak dimasukkn ke blok bkenaan. Selamat Hr Guru.....
Wassalam..........

yusofsipan said...

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku pun nak ucapkan tahniah jugak kat AJK sambutan Hari Guru tu. Dusun Bay kat mana ye... InsyaAllah aku akan turut serta tapi hadiah lom beli la, susah jugakla nak cari hadiah yg sesuai.

Anonymous said...

Apa yang penting, majlis itu adalah untuk meraikan hari kita dan mengeratkan silaturrahim sesama kita. Sejak kebelakangan ni saya tengok dah ramai tunjuk belang masing2 yang selama ini tersorok. Betul atau tak, lihatlah perwatakan sesama kita. Setuju atau tidak, terpulanglah kepada pandangan masing2.
Walau apapun, ikatan ukhwah sesama kita perlu di pereratkan. SELAMAT HARI GURU.

Anonymous said...

tk pd ajk yg telah berjaya mengadakan sambutan hari guru dlm kekalutan kita menyediakan assighment wp dlm kekaburan yg amat sangat. tlg pastikan makanan disediakan oleh org islam dan tidak dicampur dgn aji no moto dan jika gunakan kicap, pastikan kicap org islam. kek disponsor oleh hamba Allah. pastikan kek dibuat oleh org islam kerana kek buatan bkn islam dicampur dgn arak utk tahan lama. begitulah yg diberitahu oleh kwn saya yg pernah jadi chef di hotel 5 bintang. bab makan ni bukan boleh sembarangan. ayat lepas diri `saya tak tahu tak boleh pakai' kerana kita boleh memilih. ttg hadiah 2, jgn berkira sangat ttg harganya. siapa yg ikhlas dan seronok kwn2nya dpt brg yg baik wp harga melebihi RM20 adalah sifat yg mulia.
ttg komen ko 2 faris, aku tak tahulah. tp selagi dinamakan manusia begitulah yg akan kita hadapi. masalah kita ni khususnya org melayu adalah kegagalan mengamalkan sikap berterus terang. di belakang kita umpat. kenapa.. kerana kita tdk sanggup melihat reaksi kwn kita yg x disenangi. macam mana org melayu nak bersatu. kerana hati2 kita tidak bersatu dan kembali kpd Allah. kita rasa kita hebat dan bijak. sdgkan kita tdk ada apa2 pun tanpa izinNya. wassalam

Anonymous said...

Salam buat semua.
Alhamdulillah.. idea untuk mengadakan sambutan Hari Guru telah diterima dengan baik. Sebenarnya ia lebih bermotifkan untuk memupuk kejelikitan , memperkukuh ukhwah dan menjalin keikhlasan dalam persahabatan antara kita. Ialah... tinggal berapa bulan je lagi nak bersama pun!
Marilah sama-sama kita berkumpul dan bersantai sambil mengimbas kembali kenangan bersama sepanjang memory lane dari 2005 lagi.Tolak tepilah apa juga perasaan yang bersifat 'aku' tu kalau ada.
Terima kasih atas kerjasama dalam cabutan nama untuk hadiah (macam2 kerenah ditemui. Biarlah rahsia!!)
Harap hari tu semua hadir bersama hadiah tulus dari hati masing2 untuk orang yang dinamakan 'sahabat'.
I dah dapat cari tadi.. lenguh gak kaki ni , maklumlah nak cari yang betul2 berkenan dan special di hati.. moga-moga si dia turut berkenan dan gembira.
Adios !

yusofsipan said...

ita, kau dah tahu ke sapa yg buat hal semasa pengundian utk menentukan penerima hadiah tu? aku bukannya nak tahu sapa, kau simpan jer la baik2 dlm hati, perangai kita ni kan kekadang lebih daripada bebudak!!!

aku pun dah beli hadiah semalam, puas jugak cari, siap bawak wife lagi, kebetulan nak beli barang2 keperluan dapur so mintak ler pendapat dia dan tolong carikan.

aku pun berharap majlis kita berjalan lancar dan meninggalkan kenangan manis dan abadi.

Anonymous said...

Salam buat semua.
Membaca persiapan kawan-kawan menjelang majlis sambutan hari guru kumpulan kita minggu depan, membuatkan perasaan tak sabar menunggu hari tersebut. Moga-moga segala yang dirancang berjalan dengan baik dan memenuhi segala objektif yang dirancangkan. Lagipun kan tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita bersama…
Macam cop dan ta, I pun dah beli hadiah untuk insan bertuah tu. Yang seronoknya I pun dapat bantu beberapa orang kawan-kawan yang minta carikan hadiah untuk mereka. (maklumlah kan I tinggal dekat dengan JUSCO yang terbesar di Malaysia tu).. Harap2 hadiah yang I beli tu dapat memenuhi citarasa penerimanya. Jumpa Isnin nanti.

Anonymous said...

aku rasa hadiah yg diberi tak sepenting mana kerana pd aku yg lebih penting ialah keikhlasan. Namun begitu mudah2an hadiah yg dipilih disenangi oleh kwn yg menerima. aku syorkan kita tiru bdy org putih iaitu kita buka hadiah masa tu juga. amacam ok tak

Anonymous said...

ni aku nak cite pglmn yg sgt mnrk. aku pegi kedai hardware tadi. taukeh kedai 2 perempuan cina, fuh punyalah lawanya. tak berkedip mata aku memandang, mengangga mulut aku. hati aku kata paling tpt lain tp nafsu aku yg jahat ni suruh tgk lama2. akhirnya aku kalah dgn nafsu. sbb perempuan cina tu rupanya mcm org kacukan hindustan. adik beradik dia yg lain tak lsg mcm dia. aku ingat mak dia ni ada affair dgn jantan lain. tak mungkin org cina ada rupa gitu. tp syg dia dah kahwin dan ada anak 2. aku mati2 ingat anak dara. dari tak nak beli aku borong brg di kedai dia. aku ingat kalau azam tgk tumbuh rambut dia serta merta. kalau bg ucop bergerak2 janggut dia ke dpn dan belakang. he...he...he..

Anonymous said...

Baguslah kawan2 sekalian kerana dah cari barang hadiah untuk hari guru kita. Betul cakap Rajawali tu, yang penting adalah niat ikhlas kita dan bukannya hadiah yang jadi ukuran. Mahal atau murah, cantik atau tidak, disukai atau tidak sebenarnya tidak penting. Saya malas nak fikir, serah kepada isteri tolong carikan ikut cita rasa orang perempuan.
Tentang buka hadiah tu, bukan aje budaya orang putih. Sewaktu saya ke Jepun pada tahun 1997 dulu pun, masyarakat di sana memang buka terus hadiah yang diberikan. Jika budaya kita atau kumpulan kita sanggup buat, it's okey.
Saya sedang sibuk mengemas dan membuat persiapan perkahwinan adik. So, minggu ni dan minggu depan agak sibuk.

TK.

Anonymous said...

faris wp hg sibuk, aku harap dpt luangkan masa utk mengajar member yg x sempat ikut tuisyen hari 2. tlg.....

Anonymous said...

alamak rajawali...kat mana ye???apa kamu tak kabo???aku nak tenguk....terima kasih pada ajk haroi guru yg berjaya mengadakan majlis,,aku dah beli hadiah...cabut cabut kena khadijah sulaiman...aku cadang nak bagi di labu sayong yang berukir dan boleh di buat lampu tidur..faris kata..ramai yg tunjuk belang..sapa,,,?kamu kabo kat aku..iyo aku payung dia...aku dgn sabri ni lama dah tunjuk belang....orangpun dah tak hairan kerana dema tahu belang aku rupa mana..kawan kawan..kalu aku tunjuk belang..usah le kome hairan..aku tu acah aje kerana aku bukan nak berkelahi dgn kome..aku bukan ada kawan orang lain selain dari kome...usah le marah kan aku,,nanati lambat tumbuh rambut aku..kome tahu botak ni syok rhopenya...tak caya cuba...melalong dema kena kepala rhope gajah kena cangkuk....TAK SABAR NAK SAMBUT HARI GURU DGN KAWAN KAWAN...INGAT..KITA SAMPAI BULAN LAPAN AJE...lepas tu masing2 bawa hal..entah jumpa entah tidak...tak ada can nak kelahi lagi..heheheheheheh.

yusofsipan said...

rajawali, aku cadangkan kau kahwin ler satu lagi kerana masalah kau tu serius: mcm mana kau boleh sampai mata tak berkedip dan mulut terngangga tengok pompuan!!! Tapi masalah problemnya yg lebih besar, kau tu takut bini kot!!!

Azam, kalau kau rasa dah tunjuk belang dan nak tunjuk lagi belang kau, lantak... jgn kau bukak seluar tunjuk kau punya seluar dalam sudah... bertambah ler pulak penghuni tanjung rambutan.

Hampir 3 tahun kita bersama, banyak dah perangai dan belang kekawan yg kita ketahui.... apa yg lebih penting ialah kita terimalah kekawan kita tu seadanya. kita manusia memang lemah dan banyak kekurangan...

Anonymous said...

Tahniah! Kerana sambutan hari guru kumpulan kita telah dapat diadakan dengan jayanya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites