Monday, May 5, 2008

Hari Guru 2008

Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2008
Tarikh : 16 Mei 2008
Masa : 3.00 Petang - 6.15 Petang
Tempat : Dewan Sri Negeri Ayer Keroh, Melaka

ATUR CARA PELANCARAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2008

3.00 petang : Ketibaan Para Jemputan
3.10 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
3.30 petang : Ketibaan YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pelajaran
Malaysia
3.40 petang : Ketibaan YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam Ketua Menteri Melaka 4.00 petang : Ketibaan YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri
Malaysia
4.10 petang : - Nyanyian Lagu Negaraku
- Persembahan Overture
- Tarian Selamat Datang Dondang Sayan
- Tarian Etnik Negeri Melaka Baba Nyonya, Chetty dan Portugis
- Majlis Diteruskan
Bacaan Doa
- Ucapan oleh:
- Yg. Bhg. Dato’ Alimuddin B. Mohd Dom
(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
- YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Menteri Pelajaran Malaysia) - - Ucapan Perasmian oleh:
- YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Malaysia)
- Penyempurnaan Gimik Perasmian Pelancaran Perayaan Hari Guru oleh
YAB Perdana Menteri
- Upacara menaikkan Bendera - Ikrar "Hari Guru"
- Persembahan Koir
Lagu Hari Guru Lagu Tema Hari Guru
- Persembahan Pentomen :
Deklamasi Sajak - "Guru oh Guru"
- Perarakan masuk Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan & Pengurusan
Pendidikan dan Tokoh Guru dengan iringan bacaan nazam
- Tayangan Multimedia Tokoh Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan dan Tokoh
Guru
- Ucapan Penyampaian Anugerah Tokoh Guru disempurnakan oleh
YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Malaysia)
- Penyampaian Cenderamata kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri
Pelajaran
- Sesi Bergambar
6.15 petang : Majlis Bersurai

4 comments:

yusofsipan said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Faris, boleh tak kau linkkan ucapan menteri pelajaran dan KPPM sempena hari guru di dlm blog ini. Very tq, wassalam.

PPGB Kohort 5 UPSI said...

Ucop,
Aku dah download perutusan KPPM tetapi Menteri punya tak ada lagi. Bila buka semula web KPM, dah tak ada pula. walau bagaimanapun aku sertakan disini. Kalau nak softcopy, ambil di UPSI nanti.

PERUTUSAN HARI GURU
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2008
“GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuantuan dan puanpuan warga pendidik yang dihormati sekalian,

1. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan
Nya dapat kita menyambut Hari Guru pada 16 Mei tahun 2008. Pada
tanggal ini, seluruh negara memberi pengiktirafan dan penghormatan yang tinggi kepada kaum guru atas peranan dan tanggungjawab mereka mendidik anak bangsa. Amanah yang suci ini menuntut warga guru menjalankan tugas dengan penuh komited dan dedikasi. Hanya guru yang cemerlang dapat melaksanakan semua
perancangan pendidikan dengan jayanya. Justeru, tema Hari Guru
tahun ini, “Guru Cemerlang Negara Terbilang” amat sesuai dan
bertepatan sekali.

2. Misi Nasional yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke9
telah menetapkan pembangunan modal insan dan pemupukan minda
kelas pertama sebagai satu daripada lima teras utama bagi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Di bahu gurulah terletaknya tanggungjawab untuk memastikan kemenjadian murid yang merupakan aset paling berharga kepada negara kelak.

3. Apabila bercakap tentang kecemerlangan guru dan profesion
keguruan, fokus perlu diberikan kepada lima perkara utama yang
menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru. Ia adalah kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta minat dan cinta terhadap
profesionnya. Setiap fokus ini saling berkait, melengkapi serta
bergerak serentak dan beriringan. Hayatilah dan amalkan lima perkara tersebut agar kita samasama
dapat memartabatkan profesion keguruan ini.

4. Dari segi kekuatan intelek, guru hendaklah cemerlang dalam
melaksanakan tugas asasi mereka dengan iaitu mengajar. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar dan bermakna
sekiranya guru menguasai kandungan subjek yang diajar dan berketerampilan dalam kemahiran pedagoginya. Di samping itu, guru
juga perlu memiliki pengetahuan umum yang baik dan terkini agar
mereka kekal relevan dengan tuntutan perubahan semasa.

5. Satu lagi aspek yang amat berkait rapat dengan profesion
keguruan ialah kepimpinan. Sebagai satu organisasi pembelajaran,
sekolah perlu dipimpin dengan cekap dan berkesan oleh mereka
telah diberi amanah. Dalam perkara ini, Pengetua, Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan merupakan pemain utama. Oleh sebab bidang
kepimpinan itu dinamik dan sentiasa mengalami perubahan maka
adalah tanggungjawab kepimpinan sekolah melengkapi diri dengan
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik kepimpinan, pengurusan
dan pentadbiran yang terkini antara lain model kepimpinan instruksional. Guru pula bertanggungjawab terhadap kepimpinan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan sahsiah murid.

6. Guru juga harus menyedari bahawa sebagai pendidik, diri
mereka menjadi contoh teladan yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Sehubungan dengan itu, peribadi guru hendaklah terdorong kepada yang berfikiran global, bermentaliti kelas pertama
dan memiliki a towering personality serta tidak terjebak dalam sebarang kes jenayah dan salah laku. Guru juga perlu bertindak secara terarah dengan menjadikan etika profesion keguruan dan Pelan Integriti Nasional sebagai panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Keadaan ini sekali gus membolehkan Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan kecekapan jentera perkhidmatannya dan memartabatkan profesion keguruan.

7. Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil dari kemajuan sains, kecanggihan teknologi dan ledakan ilmu. Bagi menangani perubahan dan pembaharuan, guru perlu peka dan sentiasa bersedia untuk turut berubah dalam menghadapi keadaan ini. Dalam perkara ini guru perlu bersedia untuk learn, relearn and unlearn dan menjadi pelajar sepanjang hayat agar kekal relevan.

8. Pendidikan merupakan satu bidang yang amat mulia dan penting. Ia merupakan asas pembangunan insan dan tamadun,
wadah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. Pendidikan juga
adalah satu bidang yang dinamik dan penuh cabaran. Ia menuntut
perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, perbelanjaan yang besar, serta jentera pelaksanaan yang cekap. Pendidikan juga
sentiasa terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan
selaras dengan perkembangan semasa dan negara. Justeru, negara
akan hilang daya saing, ketinggalan dan terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan secara cekap dan berkesan.

9. Keperluan dan kepentingan pendidikan, menuntut minat dan
kecintaan yang mendalam terhadapnya. Minat dan kecintaan ini akan menerbitkan keinginan dan dorongan untuk menjalankan tugas
secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Hanya mereka yang
mempunyai ROH GURU dapat menjiwai dan menggalas tugas yang amat berat lagi mencabar ini. Kita patut berbangga kerana tugas
tersebut adalah tugas kita KAUM GURU.

10. Sesungguhnya Sambutan Perayaan Hari Guru ini akan cepat berlalu namun harapan murid, ibu bapa, komuniti dan negara terhadap kualiti perkhidmatan guru tidak pernah hilang malah bertambah. Kecemerlangan guru sentiasa diperlukan selagi institusi
sekolah masih berdiri dan menempatkan murid di dalamnya. Oleh
yang demikian, guru perlu terus cemerlang kerana masa depan negara bergantung pada mereka. Pelaksanaan dan kejayaan tersebut bergantung pada sejauh mana guru dapat memahami, menghayati dan bertindak bagi tujuan menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 yang sedang dalam pelaksanaan sekarang ini.

11. Saya menyeru agar seluruh warga pendidikan menjadikan
Perayaan Hari Guru tahun 2008 ini sebagai tahun membugarkan
semula perkhidmatan pendidikan yang bukan sahaja cemerlang
malah gemilang dan terbilang.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayat Wassalammualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. SELAMAT HARI
GURU.

yusofsipan said...

Faris, tq very much.

Anonymous said...

aku nak ucapkah tahniah pada rakan2yg akan menerima lantikan dg 38 bulan 6 ni. jgn sombong tau. jgn pakai selendang Allah nescaya neraka tempatnya. belanjalah member, kalau tak makan di dusun bay, kita buat open table di kedai abuya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites