Salam kepada rakan2,
Minggu depan adalah hari-hari terakhir kita berada di UPSI. Pastinya kita sibuk dengan peperiksaan akhir yang akan membawa kita mendapat gelaran sebagai Guru Besar Siswazah. Apakah yang berada di pemikiran rakan2? Mungkin di antara kita tidak dapat menyatakan sesuatu yang terbuku atau terpendam di hati. Mungkin ada kekangan-kekangan yang tidak membenarkannya ia berlaku. Seperti mana rakan2 kita telah mendedahkan identiti mereka dalam majlis jamuan akhir, pastinya apa saja bicara dan tutur kata kita sudah tidak menjadi satu tutur kata yang akan mengguriskan lagi hati dan perasaan. So, di harap rakan2 akan dapat meluah dan menyatakan apa sahaja di ruangan topik ini.
Sekian, terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
7 comments:
assalamualaikum,
saya memohon maaf daripada semua kawan2 yang saya pernah memberi respon kepada komen2 kawan2.tiada niat dihati untuk menguris hati sesiapa pun,hanya untuk bergurau senda sahaja dan meluangkan masa.
mulai semalam nama samaran goblog tidak akan muncul lagi.
terima kasih kepada faris yang mengujudkan blog ini.sama2lah kita dapatkan maanfaat darinya.saya seru marilah semua kawan2 memberi sumbangan keilmuan.
sekian terima kasih.
assalamualaikum,
wah zul, nampaknye kau telah mendahului aku, tahniah! Teruskan berblog walaupun kita sudah tiada lagi di upsi.
aku di rumah,,keletihan akibat keseronokan..just ta say that
assalammualaikum
hari ini aku mula menulis guna nama sendiri. rasanya mcm org lain pula.
kwn2.. sampai sudah kita pd hujung perjalanan sbgi siswazah tua. bgi kwn2 yg msh membara smgt utk menambah nilai ilmunya ke prkt lebih tinggi, teruskanlah. tya pd sendiri, mampu lg atau tidak. jika sdh buat kptsn, pgg kuat2. jgn toleh belakang lagi.
bgi diri aku rasanya setakat ni ajelah. aku ada skrip hidup yg berlainan utk diteruskan dan diperjuangkan. Pglaman hdp yg pelbagai lebih tinggi nilainya dari ijazah yg diperolehi..kata2 Prof Datuk.
Minggu dpn kita akan berjuang utk kali terakhir. Moga semua berjaya dgn cemerlang. Mudah2an ada di antara kita yg akan menerima anugerah dekan.
Spt zul, aku sekali lg minta maaf zahir dan baitn pada sesiapa sj yg terasa marah, sedih, jauh hati dgn tulisan aku yg tak ada kualiti spjg aku guna nama pena tok gajah, rajawali n cenderawasih. yakinlah sebenarnya aku tak ada sbrg niat yg tersembunyi atau buruk. ok aku nak gi bentang sejadah di masjid. nanti imam marah.
assalamualaikum,
aku dah beberapa hari tak jenguk blog ini, bukannya apa2, selain daripada sibuk kononnya nak exam, aku tak dapat layan internet semasa berada di kolej, sunyinya rasa macam ditinggalkan bebini...
pada kesempatan ini, aku pun turut menyusun jejari nan sepuluh memohon kemaafan daripada kalian kekawan yang aku hormati dan sayangi akan segala salah silap aku, makan dan minum minta dihalalkan, sejak kita bersama di IAB lagi. Memang seakan terasa baru semalam yg kita mula berjumpa, walapun sebenarnya telah tiga tahun berlalu, sungguh cepat masa berlalu kan?
kita akan sama2 meneruskan hala tuju masing2 selepas ini, hanya kuharap persahabatan yang telah sekian lama terjalin akan kekal hingga ke akhir hayat kita. Sudi2kan la singgah ke teratak hamba jika lewati daerah Muar nanti.
pada tahun depan aku akan terasa lebih tua kerana aku akan mendapat gelaran 'Datuk', mungkin hampir sama waktunya dengan hari konvo kita, Alhamdulillah, itulah rezeki namanya kan... nampak2nya macam anak bersalin bini bersalin ler pulak... hehehe
satu lagi harapan aku ialah semoga kita terus berhubung melalui blog ini, sesiapa yg belum pernah tulis komen di sini walaupun selalu bertandang ke sini, sudi2kan ler menulis komen nanti, terubat jugak rindu di hati...
sekian dulu, jumpa lagi, wassalam
Salam,
Aku juga lama tak jengah. Bila jengah semula hari ini, tak ramai yang respon. Mungkin semua sibuk dengan exam. Bila dah tiba fasa akhir ni, dah macam tak bersemangat pula. Nak cepat habis pulak rasanya. Walau apapun, teruskan perjuangan ke titisan peluh terakhir.
Kepada rakan2 yang akan pulang ke rumah dan menemui keluarga tersayang pada hari esok, selamat jalan dan selamat tiba ke destinasi masing2 diucapkan. Berhati2lah di jalan raya.
So, jika ada yang tersalah kata, terlanjur bahasa, tersilap tingkah laku, maaf jua dipohon dan jika ada yang termakan dan terminum, sama2lah kita halalkan. Jumpa lagi.
Terima kasih.
Dalam fasa terakhir ini,kami menyusun jari sepuluh memohon kemaafan terutamanya kepada semua bloggers, zul, faris, usop, firzan, azamboy dan lain-lain yang sering melayari blog ini. Kami sedar bahawa telah banyak gurauan dari kami yang ala-ala manja kepada kalian semua. Harapan kami agar kita tidak melepaskan peluang untuk meluahkan isi hati masing-masing ataupun berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua selepas ini. Inilah sahaja pengikat hubungan kita selepas ini. Kami juga berharap kalian semua dilindungi Allah dalam keadaan sihat dan walafiat di samping keluarga tersayang. Selamat menempuh dugaan dalam mengejar cita-cita kita untuk menjadi Guru Besar DG 44. Insyaalah !
Ikhlas daripada :
Puterimas KZA111
Zaiton @ Seri Dewi Malam
Rozita @ Chocolate Cake @
Melati Putih
Rofidah @ Fidah
Mahani @ Mak Lang
Rusma
Rohani.
Post a Comment