Wednesday, October 22, 2008

Permohonan ke Gred DG41 PPGB

Salam kepada rakan2,

Disertakan maklumat semasa dari Bahagian Sumber Manusia, KPM melalui laman web KPM di http://www.moe.gov.my

DOKUMEN – DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN BAGI PERMOHONAN KE GRED DG41 OLEH CALON YANG TELAH TAMAT PROGRAM PENSISWAZAHAN SECARA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB), PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PPGB), PROGRAM KHAS PENSISWAZAHANGURU(PKPG) DAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH(PJJ)

Dua (2) salinan Ijazah dari universiti tempatan / luar negara atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( termasuk surat kelulusan nilai taraf ijazah, jika berkenaan dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi ijazah luar negara yang diperolehi selain daripada Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris )
Kelayakan Ikhtisas – Sijil Perguruan Asas / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma / Diploma Perguruan Malaysia / Diploma Pendidikan / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah / Keputusan Latihan Mengajar Sepenggal, jika disyaratkan dalam nilai taraf

Salinan Surat Kelulusan / Kebenaran mengikuti Kursus Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) / Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamatkan Permohonan Kepada :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 1-5, Blok E12
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p: Cik. Rosaliza Bt Adnan - ( KG1 – PJJ DG41) ( 03-8884 7714 )

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-8884 7714 / 03-8884 7768
En. Shahrizan ( Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Labuan, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu, P.Pinang)
Puan Rubiyah (Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak)

ARAHAN KEPADA CALON-CALON

Sila dapatkan Salinan Surat Persetujuan Penempatan SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE. Sila gunakan No.rujukan Surat tersebut semasa calon memohon PPPS Gred DG41 secara on line didalam laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Pegawai yang telah menghantar salinan dokumen yang diperlukan ke Kementerian tidak perlu menghantar sekali lagi ke Kementerian. Sila semak dengan Kementerian samaada salinan dokumen yang dihantar telah diterima atau tidak, kerana salinan dokumen tersebut akan digunakan untuk cadangan penempatan setelah calon lulus temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Semua salinan dokumen hendaklah diikat/dibinding bagi mengelakkan kehilangan atau keciciran dan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan. Sila catatkan NOMBOR TELEFON (HP) dan alamat tempat bertugas untuk dihubungi.
Segala perkara berkaitan status permohonan, tarikh temuduga dan status calon selepas di temuduga sila berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak Kementerian hanya akan menguruskan surat tawaran pelantikan ke Gred DG41 yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setelah lulus interview. Surat Pengesahan Pelantikan ke Gred DG41 akan dikeluarkan dan diberi oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) secara terus kepada calon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Urusan Pengambilan Bagi Calon-Calon yang Memohon Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG41 Setelah Tamat Program Pensiswazahan.
Sila lujuk lampiran dan format berkaitan

Pautan berkaitan adalah seperti berikut :

1. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=37&bhs=my&mod=baca

2. http://apps.emoe.gov.my/bsm

Terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Faris, Macam kita ni dah boleh mohon ke. sebab kita belum ada apa2 sijil pengesahan (grad) lagi.Kalau ada apa2 yang perlu dibuat U beritahulah kami sebab kami ni selalu tak tahu berita2 terkini.So gunakan blog kita untuk berita2 terbaru atau tindakan yang perlu dibuat.

Anonymous said...

Waalaikum Salam,
Untuk pengetahuan, kita tak boleh mohon lagi. Info ini adalah sekadar makluman dan apa tindakan yang sepatutnya kita lakukan apabila kita akan buat permohonan nanti. So, kalau orang lain tanya bolehlah kita jawab dan sampai2kan terutamanya apabila cikgu2 kita tanya.

Terima kasih.

Anonymous said...

noris serikandi melaka !
kalu kau nak mohon boleh, tapi kena tunggu thn hadapan.boleh juga dihimpunkan segala dokumen2 yg dikhendaki mulai sekarang. bila dapat skroll terus saja hantar.

thanks faris for your informations.kau kalu bab2 SPI dan siaran2 lain aku 'tabik spring'sebab kau lebih advance.

Anonymous said...

Terima kasih Faris,
Saya manalah tahu bab2 ini.Yang saya tahu bila dah konvo baru boleh mohon.Tapi baik Faris terangkan untuk persediaan.
emzex,sekarang sibuk ,kerja2 disekolah banyak perlu disiapkan.SSQS kamu dah buat.
Dengar cerita kamu jumpa Azam di Sg.Petani.Kamu belanja depa makan apa.Tentu seronok jumpa member kan...

Anonymous said...

noris, saya baru selesai bagi taklimat kpd guru kelmarin.SSQS- smart school qualification std,bkn semua sekolah di Penang dipilih.hanya 200 buah shj,tapi sekolah saya nasib baik terpilih , mkn setakat 3 bintang kut.banyak yg perlu dilakukan utk mendapat 4 atau 5 bintang.GB dia pun tak berapa pandai sangat dlm hal2 ICT nie.

kelmarin saya jumpa azam dan zubaidah.mereka pun sibuk dgn program. sempat minum teh saja.hari ni mereka dah pun nak balik.kau tahu lah azam memang banyak cerita2 nya.aku dengar saja.bagus juga dapat bertemu dgn member2 nie.kau bila pula nak datang keutara.slow talk lah dengan 'pengarah'tu suruh buat program disini.

Anonymous said...

kepada semua kawan.
maklumat yg aku terima dari azam,dia kata gb 34 yg dah sampai siling tu akan dianjak lagi gaji sehingga ke T11 dan gb yang terima dg38 kena berkhidmat selama 3 tahun.kalu mcm tu rugi lah gb yg akan dpt dg41.mereka kena tunggu 6 thn utk memohon dg44.azam mkn dapat maklumat nie,kerana dia sedang berkursus.

apa mcm kawan2 yg lain,kalu ada apa2 berita beritahulah kawan2 yg lain.mkn azam boleh memperjelaskan lagi.kita tunggu dia habis berkursus.

Anonymous said...

emzex, saya pun dah dengar macam tu. MGB saya cakap, mereka mesyuarat minggu depan dengan MGB Kebangsaan.Yang dah sampai siling tiga empat tahun tu mungkin dapat backdated sebab T7 ke T11 ada perbezaan.Saya pun tak tahu betul ke tidak .Mungkin baru cadangan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites