Tuesday, June 3, 2008

Exam 9 & 10 Jun 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan2, dah bersedia untuk exam? Manalah sempat nak bersedia. Assignment bertimbun-timbun nak disiapkan. Buatlah apa yang patut, takkan 2 paper pun tak sempat. Sekurang2nya fasa ni mesti boleh dapat 4.0

Kalau ada maklumat dan tips, kongsilah bersama. Terima kasih.

21 comments:

yusofsipan said...

aku lom bersedia, so hujung minggu ni tak boleh balik ler... sesapa ada nota ringkas ke, tips ke, soalan2 tahun lepas ke, kongsi ler...

Anonymous said...

Jawapan latihan Perundangan

BAHAGIAN A : (50 MARKAH)

1. Nyatakan tiga syarat yang mesti dilaksanakan oleh seseorang guru besar sebelum menghukum murid. (3 markah)

(a) Tahu tuduhan
(b) Peluang bela diri
(c) Adil

2. Jelaskan istilah in loco parentis dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah. (4 markah)

(a) Ganti ibu bapa atau ibu bapa kedua
(b) Bertanggungjawab sebagaimana ibu bapa
(c) Kuasa kurang
(d) Kecuaian boleh didakwa

3. Senaraikan empat faktor penentu tahap kewajipan berjaga-jaga seorang guru terhadap murid. (4 markah)

(a) Bilangan pelajar
(b) Jenis aktiviti
(c) Umur
(d) Jantina
(e) Kemahiran
(f) Jenis dan keadaan peralatan
(g) Kelakuan/tabiat/tingkah laku
(h) Kematangan
(i) Sejarah/latarbelakang

4. (a) Jelaskan konsep liabiliti vikarius. (2 markah)

Liabiliti undang-undang yang dikenakan ke atas seseorang untuk tort yang dilakukan oleh seseorang yang lain.

(b) Nyatakan dua keadaan di mana majikan boleh dikenakan liabiliti vikarius. (2 markah)

(i) Majikan mengarahkan/membenarkan/mengesahkan tindakan pekerja; ATAU
(ii) Tindakan dilakukan oleh pekerja DALAM BIDANG PEKERJAANNYA, contoh: dalam waktu bekerja, dalam kawasan pekerjaan (pejabat/premis), berkaitan dengan apa-apa tugas yang memang dipertanggungjawabkan.

5. Terangkan dua jenis pampasan dalam undang-undang Tort. (4 markah) – beri penjelasan

(a) Tindakan untuk ganti rugi
o Ganti rugi am
o Ganti rugi khas
o Ganti rugi nominal
(b) Injunksi
o Mandatori
o Larangan melakukan sesuatu
Menurut WVH Rogers (1994), injunksi adalah satu penghakiman atau perintah mahkamah dan ia berfungsi menyekat perlakuan atau penerusan sesuatu perbuatan salah, atau penerusan sesuatu peninggalan salah


6. Berikan empat keadaan di mana penjawat awam harus membuat laporan pemunyaan harta. (4 markah)

(c) Saiz, amaun, nilai harta berbanding pendapatan pegawai
(d) Pemunyaan harta mungkin bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam
(e) Pendapatan kerajaan
(f) Faktor-faktor lain demi menjaga kecekapan perkhidmatan awam

7. Jelaskan dua keadaan yang menunjukkan seseorang penjawat awam mengalami keterhutangan kewangan yang serius. (4 markah)

(a) Hutang tidak bercagar melebihi 6 kali pendapatan bulanan
(b) Penghutang Penghakiman yang tidak menjelaskan dalam tempoh satu bulan
(c) Bankrap

8. Berikan maksud dua daripada istilah-istilah berikut. (4 markah)

(a) Volenti non fit injuria
• Seseorang yang telah memberi kebenaran untuk diperlakukan sesuatu ke atas dirinya tidak boleh kemudiannya mengadu mengenai hal itu
o Kebenaran – hukuman munasabah – disiplinkan murid
(b) Respondeat superior
• Biar prinsipal menjawab.
• Majikan bertanggungjawab
• Kesalahan tertentu semasa menjalankan tugas
(c) Ultra vires
• Tidak bertindak di luar batasan

9. Terangkan dua garis panduan yang digunakan untuk mengenalpasti bahawa seseorang guru telah melakukan kecuaian pendidikan. (4 markah)

(a) Pencapaian kelas secara keseluruhan.
(b) Kelayakan akademik guru yang tidak mencukupi.
(c) Hasil laporan yang kurang positif oleh Jemaah Nazir.
(d) Kegagalan guru mematuhi peraturan sekolah.
(e) Kegagalan guru mengikut kaedah pengajaran tertentu.

10. Senaraikan lima peralatan yang dianggap merbahaya kepada murid di sekolah. (5 markah)

(a) Suis lampu
(b) Tiang gol
(c) Peralatan kemahiran hidup
(d) Peralatan pendidikan jasmani
(e) Lantai tandas licin
(f) Longkang
(g) Tingkap yang tidak bercermin

Anonymous said...

tk faris atas usaha ko 2. kalau ada apa2 lagi bglah pd member. sop hg 2 asyik minta dari org aje. dari hg sendiri tak ada. kalau ada pun bukan hg nak bagi pd member lain. hg nak anugerah senat sorg2 aje. aku mmg mrh dgn hg. ni satu lagi aku ckp, kalau bentang tgsan kump hg sorg aje pulun, hg ni tak caya dgn member. hg rasa org lain tak pandai mcm hg

Anonymous said...

Salam untuk semua. Terima kasih atas usaha Sabri dan Faris membantu kawan –kawan. Kalau boleh kami pun teringin juga nak membantu kawan-kawan tapi kami ni tak ada sumber lain selain yang diberikan oleh pensyarah. InsyaAllah kalau dapat petunjuk dalam mimpi kami akan beritahu kawan-kawan. Itupun kawan nak percaya....

Anonymous said...

Salam. Maaf kerana ada kesilapan ejaan dalam komen di atas. Sebenarnya ayat akhir tu sepatutnya dibaca " itupun kalau kalau nak percaya..."

Anonymous said...

aku mmg tak percaya dgn ko org berdua. hg pun sama, nak cemerlang sorg2. aku sedih betul dgn member kelas kita ni. bersuku2, berpuak2 mkn nak habis bljr ni makin nyata tingkahlaku msg2. semua hipokrit.
faris hg lain, hg suka bantu member. aku doakan hg moga jadi pljr plg cemerlang.

Anonymous said...

salam. terima kasih kepada faris dll yang banyak memberi dan membantu dalam soalan latihan dan persediaan moodle. saya setuju dengan Ton & Ta. kami kaum hawa ni memang tidak ada apa2 tips atau bahan berkaitan kursus selain dari apa yang diberikan oleh pensyarah atau dari buku2 yang dicadangkan untuk dibeli.bukan kami tak mau beri atau kongsi... sebenarnya tak de apa yang nak diberi, hanya dapat berkongsi idea saja. tetapi ada kalanya juga org lelaki tidak mau guna pakai idea org perempuan.akhirnya.... lebih baik berdiam diri. rasanya tak elok le kalau rajawali mengatakan yang kumpulan kita sudah "bersuku-suku, berpuak-puak...semua hipokrit".. apa yang dikata perlu berasas dan ada bukti.. sebagaimana kuliah pn.azita. mungkin itu hanya perasaan rajawali sahaja sedangkan mereka yang dikatakan tidak le macam tu. biasa le.. dah tujuh fasa kan, persahabatan yang terjalin semakin akrab dan mesra.. tentulah kelihatan rapat dan macam tidak mahu berpisah..bukan berpuak-puak atau bersuku-suku. kalau kawan kita dapat cemerlang...tahniah.. sudah memang itu rezeki mereka. orang yang menanam pokok dengan bersungguh2 pastinya akan mendapat hasil yang berkualiti. usia kita pun semakin lanjut, biarlah hati dan perasaan kita juga bersih, biar le kita rasa bahagia apabila melihat rakan kita berjaya dan cemerlang.

Anonymous said...

tak sempat nak berceloteh panjang. kalau nak bahan2 TMK meliputi tajuk2 yang Cik Asmara beritahu dalam bentuk slaid powerpoint, sila ambil di Yahoo Groups kita dalam menu file.
terima kasih.

yusofsipan said...

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.

1.Faris, terima kasih kerana postkan jawapan latihan perundangan. Terima kasih daun keladi.....

2. Rajawali, aku mmg malas dah nak layan kerenah kau atau nak bertekak dgn kau, membazir karan jer... Yg kau sakit hati aku asyik minta dari org aje nape... aku takde aku mintalah dari org lain, kalau dia org beri Alhamdulillah, kalau tak beri, buat apa kita nak marah2, apa hak kita nak marah2 kat org lain??? Ttg sangkaan buruk kau yg aku nak anugerah senat sorg2aje tu dan menuduh aku "kalau bentang tgsan kump hg sorg aje pulun, hg ni tak caya dgn member. hg rasa org lain tak pandai mcm hg"
aku ucapkan tk dan tahniah, teruskan ler sifat dan amalan suka berprasangka buruk kau tu... semoga kau berbahagia di dunia dan di akhirat. Aku sedar diri aku adalah seorang insan lemah yg tak punya apa2...

3. Ta dan Ton, aku juga setuju dengan pendapat korang. Jgn hiraukan kecaman si rajawali tu, sedap mulut dia jer menuduh orang lain hipokrit, kau suruh dia beli cermin besar2 dan suruh dia cerminkan diri dia sendiri. Nama sendiri pun tak berani nak guna, boleh lak tuduh org macam2...
Tan dan Ton, korang jgn merajuk dan jgn ler pulak tak mahu beri komen lagi kat sini tau...

4. Anony, terima kasih di atas ingatan dan pesanan. Memang kita perlu menjaga dengan baik hubungan di antara kita yg telah terjalin sekian lama.

Sekian, terima kasih.

p/s: komen ini adalah tanpa prejudis.

Anonymous said...

Assalam dan selamat sejahtera kwn2.

Terima kasih kpd sdr administrator kita yg menyediakan nota utk exam.

Diucapkan selamat menyiapkan tugasan dan study utk exam semoga mendpt pertolongan dari Nya jua. Selamat berjaya.......

Tk dan wsslam.

Anonymous said...

6. Berikan empat keadaan di mana penjawat awam harus membuat laporan pemunyaan harta. (4 markah)

Aku nak respon tentang jawapan ini..bukan kah kita kena buat laporan harta apabila:-

1.mula menyandang jawatan sebagai penjawat awam
2.bila memperolehi harta baru
3.bila berlaku perubahan atau pelupusan harta lama
4.bila di arah oleh ketua jabatan atau kementerian
'sila rujuk buku puan azita ms 31

AKU SALAH BACA KE?? PLEASE SOMEONE CLEARIFY..

THANK U FARIS

Anonymous said...

aku terbaca komen rajawali dan komen orang yg tak dikenali..memang betul..dalam kumpulan kita ni memang ada macam macam ragam...biasalah tu..itu sebab kita dipanggil manusia biasa,,bukannya nabi...aku di fasa lalu dan fasa ini dah tak kisahdah..apa nak dikejar sangat kerana bukannya masa ini aku nak kejar benda ini semua..sepatutnya 26 tahun dulu aku kejar,aku struggle benda ini..ni dah lambat,,bio le asalkan anak anak aku pula yang kejor benda ini..aku ada empat anak di IPTA..,,itupun setengah mampus menanggung keperluan dan ditambah lagi dgn harga minyak yg melambung..kita kata org tak bagi nota atau kita saja asyik mintak nota orang...nota kita pula kita sorok..sebenarnya..saja agak nya dema sorok,,nak buat suspen dan nak buat tertanya tanya..iyo orang hairan dan berasa curiga...allah kome oooi..yg penting orang dg41,,kita dg41..org berijazah...kita berijazah.nota yang disorok tupun bukan apa apa..saja buat suspen..apa yg ada dalam buku puan azita dan powerpoint cik asmara tulah yg penting,,apatah lagi bila cik asmara dah kabo slaid mana nak ditumpukan..itu sebab masa mengajor aku merapu..supaya tak boring dan rakaman aku tu aku dengor balik..bio lekat dlm kepala otak tapi nampaknya tak mahu lekat juga..pengajaran pn asmara tu memang mudah tapi payah sangat nak lekat.mana tidak ,,byk pikiohttps://www.blogger.com/captcha?type=IMAGE&captchaKey=1qrkiwzat7smw
Visual verification lain..roadtax mati,,kereta rosak,,hutang kad kredit,,ayor belum bayor,,letrik belum bayo..jaga curi atap zink sekolah,,pk tak perform baik..ppd call tanya markah periksa yang dah jenuh dema mintak pada pk..cikgu mohon tukor kemudian tak mahu tukor...pengerusi pibg marah marah..org kantin tak bayor sewa..????? huh macam macam...mana le nak aman dunia ni..sabri pula tidor pukul 4 pagi..lampu nyala dlm bilik..aku tak boleh tido..jamban pagi pagi penuh..aku nak berak...aduhhhhhh.itu sebab rajawali..lantaknya dunia ni..kalau dema rasakan satu kepuasan dengan meyimpan nota nota...lantaknya tu..pagi isnin..kamu jumpa aku ..aku ada ayor penawar yg aku bubuh dlm labu sayong..minum sikit...gerenti baik..OK CUKUP SETAKAT INI...PESANAN AKU,,,,SAPA NAK UBAT SILA JUMPA AKU..AKU BAWAKAN SYURGA DUNIA UTK KOME..KASIH SAYANG AKAN BERPANJANGAN..JANGAN MAKAN LEBIH..KALU TAK MUHU TURUN JANGAN SALAHKAN AKU...OKOKOKO BYYYYEEEEEE

yusofsipan said...

Azam,

Jawapan soalan no. 6 tu, betullah mcm yg kau beri, ok ler tu...

Ada ke aku pun dikatakan sorok nota, sorok bebini adalah...hehehe

Anonymous said...

Alhamdulillah,
dah tamat satu paper exam. nampaknya apa yang diberi pn azita hanya keluar sebahagian sahaja. parah juga nak mengingatkan apa yang tidak dibaca. oleh itu, hentam sajalah labu........

TK.

yusofsipan said...

hari ni paper Teknologi Maklumat Sekolah Rendah, banyak ler pulak yg perlu dijawab, naik kebas tangan aku menulis, bukan tahu sangat pun jawapannya, hentam saja...

pesanan ikhlas buat si rajawali, berfikir ler dulu sedalam2nya sebelum mengamburkan sebarang kata, lidah tidak bertulang dan kata2 lebih tajam dari mata pedang. Aku dapat tahu ada yg telah terluka hatinya dan mernarik diri dari muncul di blog ini dek kerana lemparan komen kau yg pedas dan berbisa. Fikir2kan la, aku hanya sekadar mengingatkan, terima kasih.

buat semua kekawan, selamat maju jaya, selamat memulakan projek 3 dan InsyaAllah kita jumpa lagi di fasa akhir nanti.

wassalam.

Anonymous said...

sop
hg kata tak mahu layan aku tp kemunculan hg yg terakhir masih lagi kutuk aku. tak puas hati sungguh hg. aku tahu sapa yg merajuk 2. aku tak kisah kalau org nak merajuk. suruh le suami dia org pujuk. takkan ama merajuk. ama asyik problem aje. takkan zaim pula merajuk. dia 2 kan org rembau. dgr cite org rembau ni keturunan pahlawan.
azam
aku kesian btl tgk nasih hg. byk sungguh problem yg menunggu utk diselesaikan. aku nasihatkan hg mengadulah pada Allah. kita tak punya apa2. semua itu adalah miliknya. eh ...nampak mcm org alim pulak aku ni.
aku pun ada juga masalah. cuba hg diluar sana tlg. aku nak pindah sekolah dan keluar daerah dan dekat dgn rumah. apa metodologi yg paling sesuai aku guna agar matlamat aku tercapai. kalau nak pindah melaka mungkin senang. bini pengarah ada. sapa ada kerabat dgn menteri pelajaran.

yusofsipan said...

wahai rajawali, pandai kau nasihatkan si azam suruh mengadu pd Allah, kau sendiri nape tak mengadu kat Allah swt utk selesaikan masalah kau nak pindah tu, jgn pandai nasihatkan org jer...

aku sebenarnya malas nak kutuk2 kau, yg terbaik berdiam diri jer bila kau asyik melayan mulut laser kau tu, tapi aku ni bukan ler baik sgt, kalau kau boleh celupar aku dan orang lain pun boleh celupar jugak....cuma aku tak nak ler ada orang yg sampai tersinggung dan kecil hati dek kerana komen2 aku kat dlm blog ini. Keharmonian dan hubungan baik sesama perlu dijaga...

Anonymous said...

sop
hg ni nak cari salah aku aje. aku ni punyalah baik hati. gelaran aku pun rajawali. bukan sebarang burung tau. sudahlah ada title raja malah bersifat wali pula. aku tak kisah sapa nak terasa atau tidak. buat apa hipokrit. nampak baik, pijak semut tak mati tapi batiniah busuk. inilah sifat org melayu tak nak berubah2. melayu baru kena berubah dan berterus terang.

geng kohort5
mana kau org semua menyorok. tak syoklah ayik chat dgn usop santorian je.
sop aku tahu hg ni baik hati. tlg buatkan projek 3 boleh tak. aku upah hg. hg pelajar cerdas. aku ni pelajar cergas. sabri hg di mana. hg kalau dah jumpa bini, terus jadi suami mithali. itulah kalau nak berbini dua kena cukup ilmu. walaupun aku berbini sorang aje tp ilmu aku byk.

yusofsipan said...

perasan ler kau wahai rajawali, terbang ler tinggi2 lagi.... supaya bila kau jatuh nanti, kesakitannya lebih terasa dan menyiksakan.

'sifat org melayu tak nak berubah2, melayu baru kena berubah dan berterus terang' - konon...... kau rasa kau tu berterus terang ke rajawali??? Hingga saat ini pun kau masih tak mampu utk guna nama sebenar!!! Berterus terang ke benda... jgn ler asyik nak terbang tinggi hingga lupa nak cermin diri. Sori ler aku agak emosi sikit hari ni, mungkin tekanan darah aku naik.... masih celaru memikirkan ttg tajuk kajian tindakan.

rajawali, kau mungkin tak bersungguh nak suruh aku buatkan projek 3 tu tapi kalau kau bersungguh2 pun aku takkan buatkan... sendiri mahu ingat la, dah sampai belajar kat universiti pun masih nak suruh org buatkan, tak tahu malu ke???, jatuh kemaluan tau......!!! Terima kasih ler kerana mengatakan bahawa aku ni pelajar cerdas, mudah2an ianya menjadi kenyataan...

ok semua, jumpa lagi, khasnya si rajawali, bertemu lagi kita di lain perdebatan, hehehe.... jgn tension, aku saja nak provok kau!

Anonymous said...

sop
hg sampai hati mendoakan kejatuhan aku. tak baik berskp begitu. hg kata ikut sunnah nabi, janggutnya, bininya takkan bab doa tak bleh doakan yg baik2. aku sgt berbesar hati kalau kau sudi buatkan projek 3 aku. kau le saudara aku dunia akhirat.
pak lang n mak lang hg pa berdua syp aje ni dah ke mana. aku dgr hg nak berbulan madu ke arab saudi sambil buat umrah betoi ke. tlg doakan aku ya spy dpt msuk kelab sabri n usop.

yusofsipan said...

rajawali, selagi kita mempunyai kalimah yg sama kita tetap bersaudara dunia wal akhirah walaupun kau tak tolong aku atau pun aku tak tolong kau! Minta maaf jer la, aku memang tak akan buatkan utk sesiapa punya, aku dah janji pd diri aku sendiri, kau mintalah tolong pd orang lain. Tapi jangan lupa pulak, minta doa pada Allah swt dulu, solat hajat ke baca yassin hajat ke, aku sekadar berpesan.....ikhlas sebagai saudara Islam.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites