Rakan2,
Semalam semua Pengetua dan Guru Besar daerah saya telah dipanggil untuk sesi mesyuarat di PPD. Tanpa diduga Pengarah JPS telah hadir bersama tanpa diketahui oleh PPD sendiri kerana Pengarah dalam lawatan mengejut ke SMAP Kajang dan lantas terus ke PPD (boleh dikata sport check). Dalam ucapannya disebut tentang MBWA ni yang telah kita pelajari semasa di IAB dan UPSI. Pesanannya supaya 70% masa dalam sehari digunakan untuk MBWA dan dilakukan tanpa jadual tetap iaitu secara rawak supaya guru2 dan staf tidak dapat mengagak bila masa kita meronda. Teringat lagi semasa En Shukri mengajar kita tentang penyeliaan dan inilah yang diberi penekanan dan selanjutnya sewaktu MBWA tu perlulah kita membuat catatan. Catatan inilah merupakan data2 mentah kita untuk kita gunakan sewaktu berdepan dengan guru2 dan staf. Dalam konsep penyeliaan ini juga kami di Selangor telah diarahkan menandatangani setiap Buku Rekod Mengajar guru dan menandatangani setiap surat keluar masuk kerana ini juga dinamakan penyeliaan. Nampak gayanya rakan2 yang sekolahnya mempunyai kawasan yang luas, tak bolehlah nak duduk di bilik aircond aje, yang wanitanya tak boleh nak bertumit tinggi, yang sakit akan semakin sihat kerana tak payah nak jogging dan yang penting semua maklumat akan berada di hujung jari kita.
Renung2kanlah rakan2 apa yang telah kita pelajari tetapi tidak kita amalkan dan apa yang telah kita pelajari perlu kita praktikkan.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
6 comments:
sekolah aku kawasannya kecik jer, kekadang nak sampai 7 kali aku tawaf keliling sekolah.... wokey ker???
salam bro..pengarah jpn selangor yg baru ni adalah bekas kpp n timbalan kami di eprd dulu..so kami amat maklum budaya kerja beliau...antara org yg outspoken..
Saya walau buka GB memang suka budaya spt itu. Mcm murid klu guru dok terpacak kat depan yg belakang mula buat hal. Maka amalan spt itu wajar utk 4 pentadbir di sekolah gilir2 mbwa tolong GB kan bagus. Pagi GB, 2 Jam kemudian GPK 1 dan seterusnya ...pasti sekolah akan berubah,...tak ada tukang kebun relex di stor, guru di kantin tak abis sembang kerana ada GPK masuk klik sembang memanjang di waktu bertugas.
salam bro tn hj adesu. skrg dah tkr identiti ke? maksud aku, waktu kerja pakai songkok n luar waktu kerja pakai serban. maklumlah dah berstatus haji. tp aku nak nasihat tn hj, kalau naik motosikal jgn guna serban nanti kena saman n boleh dipenjara 2 hari jika engkar byr saman kerana kita bukan org sikh. org sikh tak apa, waktu kerja pun boleh pakai serban hatta polis n askar pun tak apa. lojiknya org sikh dibenarkan kerana itu kewajipan agama tp org islam hanya sunnah aje.
mbwa ni bagus juga diamalkan utk mengelakkan serangan gaut. tp kalau kena mmg nayalah gb tu nak round sek. tk juga atas pdgn hg halipah. faris hg ada instrumen p n p terkini tak. kalau ada kongsilah dgn member. boleh buat bandingan n tambah nilai.
Pirzan,
instrumen yang saya gunakan adalah instrumen SKPM. tetapi saya ubahsuai dengan mengambil main item saja. details item tu, kita faham dan hayati sendiri.
TQ.
pagi pagi...cubalah sampai mana- mana sudut/ area yang guru/pekerja kita pernah sampai.budaya MBWA memang klasik tapi berkesan sebenarnya.kita akan berada di mana-mana sahaja.
Post a Comment