Thursday, April 23, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Aishah

Salam rakan2 Kumpulan A dan B,
Saya telah menerima email dari Saudari Aishah yang menjemput rakan2 semua ke majlis perkahwinan anak lelakinya pada 3 Mei 2009. Disertakan email beliau :

salam.

faris, sampaikan kepada rakan-rakan (kumpulan A & B)

kalau pada 3 mei 2009 ni, mereka berada di johor bahru, jemputlah ke majlis perkahwinan anak sulong saya (lelaki) di dewan tarom (dekat dengan hospital pakar jalan abdul samad , JB). dipersudikanlah jua.


bersama ini saya sertkan kad jemputan. Pada zaman IT ni, jemputan majlis melalui blog atau emel le ye.

terima kasih..


Disertakan kad jemputannya :


Selaras dengan zaman teknologi dan IT, sudilah kiranya rakan2 menerima kad jemputan elektronik ini dan print-out jika nk pergi dan nak lihat pelan rumah.

SELAMAT BERMENANTU AISHAH. TAK LAMA LAGI DAPAT PANGKAT JADI NENEK.

11 comments:

noris said...

Aisyah,Kita jumpa di IAB U tak cakap pun nak dapat menantu.Betulah U ni nak sorok2 pula atau malu nak cakap.
Tak apa .Semoga majlis U meriah dan berjalan lancar.

datukY said...

haah la, ari tu tak ckp ape pun.... tak kan ler malu kot dah nak bermenantu, bimbang cepat dah nak jadi nenek ke???

Tok Ki said...

Selamat datang menantu baru,
selamat berbahagia,
selamat ke anak cucu,
semoga berbahagia,

pesan tok ki dengan aishah,
sekarang ni dah nak bermenantu,
kontrol sikit kau punya gelak tu lah aishah!!!!

aisyah said...

noris, datuk y dan rakan-rakan. sorry le. masa kat iab tempoh hari, saya tak ingat langsung fasal jemputan majlis. dua hari di iab lepas kursus, masa petang dan malam, ada le saya buat preparation sikit fasal urusan sekolah. hari jumaat ni baru saya mula edar kad. mana yang saya tak tahu alamat, sms dan email sahaja. terima kasih Tok Ki atas ingatan, saya ni kalau dah ketawa susah nak berhenti sebenarnya. pernah satu ketika dalam mesyuarat guru, saya susah nak berhenti ketawa sebab ada joke drp cikgu saya. sehingakan saya keluar bilik mesyuarat, dan beri signal kpd PK untuk teruskan mesy.dah berhenti ketawa, baru masuk semula. kawan2, jemputlah datang ke majlis tersebut. kesudian kawan2 sangat dihargai. tk

aisyah said...

faris, terima kasih kerana banyak membantu.

aisyah said...

faris, terima kasih kerana banyak membantu.

Lee said...

Aisya, congratulations, anak sulong u yg lepasan dari U Petrosains itu ke? Hearty wishes to the bride and bridegroom

rozita said...

Tahniah Aisyah! Wah cepat gak u dapat menantu. Untung menentu tu dpt mak mertua muda cute miut!
Smoga majlis itu dalam keberkatan dan berjalan lancar hendaknya.
I dpt bayangkan bagaimana sibuknya u sekarang ni... mesti tak lepas2lah telefon tu dari tgn ye. Nak tergelak bila mengingat kembali keasyikkan u selalu benar melayan telefon hingga menyorok2 bawah meje di dewan kuliah dulu!

datukY said...

ita, aishah ni mmg penah digelar 'Ratu Henfon'.....hehehe

teropong said...

aishah, you emailkan makanan hari kenduri kepada kami terutamanya rakan2 yg jauh.

ini baru dinamakan kenduri zaman ict. heheh.

tukang sampok said...

wei teropong, kau makan melalui teropong jer la, kau kan rajin neropong sana sini....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites