Tuesday, April 28, 2009

Cuti Hari Pekerja

Salam rakan2,
Bagaimana dengan keadaan sekarang? Tentunya letih dan penat bekerja. Kita akan merayakan Hari Pekerja pada 1 Mei (Jumaat) dan bersambung dengan hari Sabtu dan Ahad. Cuti selama 3 hari ni mungkin boleh dimanfaatkan untuk meredakan ketegangan bekerja dan merehatkan minda seketika. Pasti rakan2 mempunyai rancangan tersendiri untuk cuti selama 3 hari ini.
Semoga rakan2 akan dapat memanfaatkan cuti tersebut dan jangan lupa kepada mereka yang berkesempatan untuk bolehlah berkunjung untuk memeriahkan sambutan majlis perkahwinan anak rakan kita iaitu Aishah di Johor Bahru pada 3 Mei ini.
Ada tak rakan2 di Selangor dan KL yang nak buat rombongan? Boleh kongsi kereta dan kos ke sana. Kalau ada bolehlah saya join sama.

Terima kasih.

8 comments:

datukY said...

aku nak melepak jer kat rumah, melayan cucu...

noi said...

Salam,
apa kabar kawan-kawan? Agak sibuk sekarang. Cuti 1 Mei bukan untuk orang perempuan. Banyak tugas yang perlu dibereskan. Cuti inilah anak-anak akan balik. So... kena masak yang speciallah. Kalau tidak dapur sejuk saja sebab tinggal berdua. Kadangkala tinggal seorang kerana suami selalu outstation. Malam selalu tak makan. jaga kesihatan.

Hari ini saya ke JHDN, isi efailing. Mulanya kena RM 2,000.00. Terperanjat juga kerana tahun lepas kena RM 334.00 sahaja. Bila dibuat semakan semula cuma RM 98.82 sahaja.

Hari Khamis minggu lepas saya jumpa Hamidah (kumpl.A) di majlis RIMUP kebangsaan di Melaka. Gembira jumpa kawan sebab saya tak ada kawan di Melaka. Mereka takut nak kawan saya.
Selalu kesunyian. Saya sibukkan diri di sekolah. Sekolah dah ceria!
Program tahun 6 berjalan lancar dan ada perubahan.

To Ki said...

Al-kisah ..mengisah semasa Tok Ki mengikuti LDP baru-baru ni, penceramah kata kita hendaklah menjadi guru yang baik seperti mana biji benih yang baik; jatuh ke laut menjadi pulau.
Lagi kan..pegawai tu kata kalau guru yang malas,kayu mati,susah-susah ikat tangannya,campak ke laut biar dia dimakan dek ikan yu( begitu geramnya dia)
Aku pun nyampuk ;yang malas tu, kalau dicampak ke laut ikan yu pun tak hengen nak makan dia kerana ikan tu takut kemalasan yang ada pada orang itu akan menjangkit padanya.? Lu fikir lah sendiri jika kekawan ada jawapannya
Morale of the story is begitu geramnya kita pada guru yang malas,yang boleh menyusahkan orang lain untuk memikirkannya????

mpmn ko komen le.Aku rindu dengan komen kau yang de boom tu!!!!

mpmn said...

apalah kau org ni faris bukak entri ni cite lain. kau org tak respon lsg. datuk Y ni tak ada smgt setia kwn lsg. dah le sama2 jhr, patutnya kau jadi org pangkal. faris n aishah aku minta maaflah tak dpt hdr kerana aku ada prog jemaah. apa pun selamat bermenantu. nasihat aku mula2 terima menantu ni kau brief sikit hal2 rmhtnga n masalah yg mgkn dihdpi n cara mengatsi. jgn manjakan sgt menantu tu. salah tegur dia tp berhemah. langgar hukum Allah beri amaran. tak tahulah boleh ke buat gitu agaknya.

noi aku peliklah gaji kau besau, anak tak ramai tp cukai sikit. main silap mato ko? aku nak tahu juga caranya. paparkanlah keceriaan sek kau tu dlm lmn web. lps tu link dgn blog kita ni, boleh juga member lain tgk n menilai. bior terbeliak mato yg melht.

tok ki hg tak pyhlah nak geram pd cg yg malas. hg pun bknnya rajin sgt. aku tahulah hg tu masa belum jdi gb dulu pun malas juga. jgn mare ya..

noi said...

M.Pirzan, apo kabar?SK Kerayong akan datang melawat ke sekolah saya pada 7 Mei ini. Saya tak ada di sekolah pada hari tersebut kerana ada 3 program yang terpaksa dihadiri. Bahagi pada PK!
Saya tak pandai lagi macamana nak email gambar. Nantilah saya cuba.

Saya juga menghadapi masalah guru-guru muda yang memantul. LDP 3 nak buat motivasi pada guru-guru ini. Beri vitaminlah! Mereka tak segan dengan pentadbir. Komunikasi perlu tahu perbezaannya apabila berhadapan dengan situasi yang berbeza. Macam-macam manusia ada!
Letih nak melayan kerenah dia orang. Macam budak-budak.

emzex said...

mpmn, kali ni kau beri nasihat yg amat berguna kepada bakal mentua.

jgn ekau boei nasihat yg songsang udah lah.eden takut sebab ekau tu tinggal di kg. songsang.

kpd tok ki, guru yg malas tu kita kena beri motivasi dan nasihat.kayu mati pun kalu kita pandai guna ia akan jadi berguna juga.buat kayu api masak kenduri dirumah aishah ke.

apapun semangat team work dari subordinat di organisasi itu amat penting. mereka diharap akan dapat membantu dan membimbing orang spt. ini.

Tok Ki said...

pejam celik pejam celik sekarang ni UPSR dah dekat,minta jasa baik sesiapa saja sudi apalah kiranya memasukkan soalan-soalan yang boleh dimuat turun dari sekolah masing-masing dikongsi bersama(nak minta dengan Faris macam segan pulak;ye la selama ini Faris yang banyak bantu kita semua)angkat tangan sesiapa yang boleh bantu KITA.Ingat pula konsep SATU MALAYSIA

mpmn said...

aku nak tlg kau tok ki. beri almt sek, aku akan poskan. lepas tu kau pos soalan dri negri kau. ok bro. nak msk dlm blog atau group, susah bro. datuk y pun tak ada kemahiran tu. nak hrp pak lang, dia lg tak ada kemhiran tu. nak minta azamboy, aku tak fkr dia ada kmhrn tu, bab gbr2 dia bolehlah. tak tahulah kot teropong n tkg sampuk boleh.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites